Friday 20 January 2023

Kewajiban Berzakat & Perjanjian Sewa Rumah

 20.01.2023 | Jumaat

Harini kebetulan cuti tambahan 1 hari diawalkan sebelum Chinese New Year, sebelum ambik Dina balik dari KL, dapatlah selesaikan beberapa perkara sebab office selain sekolah masih beroperasi.


URUSAN PERTAMA:  Stamping Duty LDHN
Semalam lagi aku dah ke LHDN Nilai utk urusan duti setem Perjanjian Sewa Rumah yg aku renewal untuk 2 tahun lagi. Semalam pi petang, tp urusan stamping tak boleh buat kecuali dah beli siap² setem HASIL. So, tak dapat lah aku buat. Tapi pakcik guard dah pesan siap², sebelum mai esok, online kan siap² utk key in maklumat² utk di duti setem kan. So, esok senang la keja aku..

Jadi, harini datang ke LHDN Nilai sekali lagi. Urusan sekejap saja lah sb dah key in siap² semalam. Dalam 20 minit selesai lah urusan aku. Bayaran utk matikan setem ni ikut jumlah sewaan & berapa lama tempoh perjanjian sewa rumah tersebut. Macam rumah aku, RM700/sebulan = RM48 (asal) + RM10 (salinan).Kalau ada yg bertanya, kenapa perlu buat perjanjian dan matikan setem? Sebenarnya, ada beberapa perkara yg baik untuk buat agrement sewa rumah ni.

Yang pertama, bila ada agrement yg dienderose oleh LHDN, sangat laris untuk support dokumen jika nak buat loan.. sama ada loan beli rumah lain untuk invest, atau loan kenderaan dan sebagainya. Ibaratnya sebagai pendapatan bulanan kita lah. Tp dengan syarat kena matikan setem di LHDN. Kalau setakat syok² buat agrement, tp x matikan setem, tak ada value jugak yer.. 😁😁

Yang keduanya, agrement ni sebagai secure antara pemilik dan penyewa dari segi perlindungan deposit, kerosakan bangunan kediaman, dan sebagainya. Bermaksud, jika ada pertikaian akan datang, maka, perjanjian ini lah yg akan dirujuk untuk selesaikan masalah yang timbul. Semoga bermanfaat kepada yg ada rumah disewakan tp tak ada buat perjanjian sewa rumah.

URUSAN KEDUA: Bayar Zakat Simpanan
Zakat ni banyak jenis. Kpd yg x faham, dia bayar Zakat Fitrah pun dia anggap itu segala zakat dia dah bayar. Tak apa lah. Bukan semua kita yang faham tentang hukum² agama ni. Harini ke Pusat Zakat NS bagi melunaskan zakat simpanan mem aku. Jika simpanan keseluruhan anda melebih RM21,000 ke atas, adalah menjadi kewajiban kepada anda untuk membayar Zakat Simpanan dengan sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tu. Sebab dalam simpanan kita tu, ada sebahagian kecik untuk mereka yang susah, asnaf dan sebagainya. Biarlah Pusat Zakat yang menentukan arah bayaran wang zakat yg kita tunaikan tu.




Mcm aku dan mem, zakat pendapatan memang tiap² bulan dah buat potongan melalui slip gaji. Lebih mudah. Tak payah lah fikirkan lagi untuk bayar kerana automatik dah potong gaji. Zakat pendapatan lain, zakat simpanan lain yer.. ada kawan aku kata, dia tiap² bulan komitmen tinggi, mcm mana nak bayar Zakat Pendapatan?

Sebenarnya, membayar zakat ni akan hadir dalam diri sendiri. Jika kita inginkan keberkatan dalam aliran kehidupan kita, dan merasakan pendapatan kita sangat besar untuk berzakat, tunaikan lah.. Jangan pula kita mampu membayar RM1450 sebulan hanya untuk sebuah kereta yang agak mewah, tp mengatakan gaji tak cukup untuk membayar zakat pendapatan, itu kena lah tanya diri kamu semula 😁😁. Kalau nak kira komitmen, semua yang makan gaji terutamanya, akan kata cukup² makan pakai sara keluarga untuk elakkan daripada membayar zakat pendapatan. Berubahlah okey.. Slow² berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah..

URUSAN KETIGA: Terus ke KL ambik anak saya yang lawa ni..
Aku dan mem terus ke Pantai Dalam ambik Dina yang bercuti selama 4 hari. Happy la budak ni boleh balik rumah.. 🤭🤭

#mystory

No comments: