Friday 30 December 2022

GCR dan CRK Pada Pandangan Penulis

 Zaman skrg semakin mudah. Cuti Rehat Khas (CRK) boleh carry forward sendiri melalui HRMIS. Secara tak langsung, kita dapat tahu berapa jumlah GCR yg dah dikumpul untuk "diredeem" waktu bersara akan datang (kalau panjang umur ler..).

Bercerita ttg GCR Cikgu Awe contohnya.. senang.. aku nak tunjukkan calculation kasar ttg kegunaan CRK untuk GCR. Bagi kes Cikgu Awe:

GCR sehingga Disember 2022 = 100 hari

Tempoh perkhidmatan lagi (pencen Tahun 2036) = 14 tahun 

CRK yg digazetkan kerajaan = 14 tahun x 15 hari = 210 hari

So, maknanya jika Cikgu Awe tak ambik langsung CRK dalam tempoh 14 tahun akan dtg, GCR nya =310 hari

Oleh itu, kita andaikan Cikgu Awe setahun ambik 8 hari CRK dan setiap tahun dia berbakikan 7 hari CRK utk dimasukkan ke dalam GCR.

14 tahun x 7 hari GCR = 98 hari + 100 hari (GCR sehingga 2022), jumlah besar sebelum bersara = 198 hari.

Perlu kita ingat bahawa, kerajaan ketika ini hanya membenarkan "redeem" GCR selepas bersara maksimum 160 hari sahaja.

Sebelum bersara, Cgu Awe masih berbaki 38 hari untuk dihabiskan cutinya jika dia mahu sebab dia memang layak namun setiap permohonan cuti akan dipertimbangkan mengikut budi bicara pentadbir / Guru Besar.

Kesimpulannya.. kumpulan guru patut bersyukur sebab kerajaan menaikkan jumlah CRK sebanyak 15 hari setahun yang secara halus membantu kumpulan ini "redeem" maksima GCR sewaktu bersara. Oleh itu, sementara muda.. sementara kuat, sementara anak² bersama kita, jom la pi bercuti.. Tak perlu sayangkan sangat CRK tu (aku pesan kat aku la) sebab ambik lah cuti untuk berehat.. untuk bersama² keluarga.. Ciptalah kenangan bersama anak² ketika mereka kecik & remaja sebagai memori sebelum anak² bergerak ke haluan masing bila dah berkerjaya. Perlu diingat kawan², pergi bercuti tu juga satu kaedah terapi jiwa dan minda. Ada kaunselor berkata, pergi bercuti sekurang²nya 3 hari supaya dapat hilangkan stress bekerja. 

Lagi 1, bercuti ni x semestinya lah cuti sekolah, hari² biasa pun boleh pergi bercuti sb trend bercuti ketika cuti sekolah ni, semuanya jadi mahal contohnya hotel, sewa kenderaan dan lain². Dan bercuti bukan cuti sekolah ni keadaan lebih aman damai dan tak terlalu crowded dengan pelancong.. 😁😁🤩

Oleh itu, kumpulan guru boleh lah buat calculation bilangan CRK untuk diambil dan keperluan utk genapkan 160 hari GCR maksimum supaya hidup kita lebih bermakna. Sesungguhnya bila berniat baik, permohonan CRK pasti anda akan diluluskan oleh boss masing².

Pesanan: Segala penulisan diatas adalah hasil carian sendiri oleh penulis. Kalau salah, maaf zahir batin dipinta. 😁🤭

#cheguanuarmenulis@nilai

Ragam Manusia 1.0

Bila difikirkan sikap manusia, boleh sewel otak kita.. Dunia harini dan sebahagian masyarakat semakin hilang tindakan atau tahap pemikiran yang normal. Ke mana hilangnya semua ni?

Gambar sekadar hiasan

3 situasi pada pagi ni membuatkan aku berminat untuk menulis sedikit ttg sikap manusia. Pagi ni aku bersarapan di sebuah restoran di Bdr Baru Salak Tinggi yang ada kalanya menjadi rutin aku breakfast disini.

Situasi 1

Masa aku dan wife aku sampai di kedai, meja bahagian dalam kedai sebenarnya banyak juga tetapi ada 6 org yg menunggu bungkus roti canai duduk 1 meja 1 org. Cuba bayangkan, org yg nak dine-in, dah kekurangan meja. Bila masuk kedai, tercangak jugak la aku cari meja.. sebab penuh dek org menunggu bungkus roti canai. Nasib baik ada 1 meja kat luar yg kosong.

Rasional

Sepatutnya boleh fikir, kalau dah membungkus, boleh juga nak duduk tunggu roti canai, tp guna la akal.. takkan 1 meja 1 org stay menunggu. Sebagai yg membungkus, mestilah boleh nampak pelanggan lain yg bungkus sama.. duduk la 1 meja.. atau tunggu je la kat luar kedai.. ini dah menyusahkan pelanggan yg nak dine-in. 

Situasi 2

Tengah aku bgtau tokey menu² yg aku makan utk bayar.. tiba², sorang makcik ni letak kuih buah melaka kat kaunter.. "Ha, ni berapa ringgit..?" Hadoiiii.. aku tgh ckp apa yg aku makan kat tokey, makcik ni tak boleh sabar ke? Allah.. penat la tgk manusia mcm ni

Rasional

Patutnya, makcik tunggu aku selesai bayar, boleh la makcik bayar pulak. Tak kisah la makcik dah lambat ke cepat ke, aku pun nak cepat.. aku pun ada urusan lain jugak.. Haishhh.. pelik la hai...

Situasi 3

Masa aku tengah makan, terpandang 1 meja yg dah makan.. masa aku sampai, aku sempat perati, dah siap makan cuma nak habiskan air minuman. Tp sampai aku habis makan, tak bangun² lagi.. sedangkan ramai org nak dine-in. Dok berborak antara depa 4-5 org.. Kenapa la ada sikap mcm ni.

Rasional

Sepatutnya, kita ni kena peka keadaan sekeliling. Dalam media sosial pun selalu berpesan, makan di kedai jgn buat mcm makan kat rumah.. kena fikir pelanggan lain sama. Kan mudah, kalau dah habis makan dan minum, bangun dan bagi ruang utk org lain duduk makan pulak.

Kesimpulan:

Masyarakat harini byk terdedah dengan tatasusila dalam kehidupan tapi sangat susah untuk diamalkan untuk diri sendiri. Berfikir lah untuk orang lain sama. Walaupun, ada juga istilah "Buat lah apa yg rasa nak buat.." tp selagi tak menyusahkan org lain dan x melanggar undang² dunia dan akhirat, silakan lah.. Ini kan dah menyusahkan orang lain. Aku harap, masyarakat harini dapat berfikir secara rasional dan waras dalam melalui warna warni kehidupan mereka.

p/s: Kedai makan yg aku pi selalu ni memang sedap kena dengan tekak aku dan pelbagai pilihan yang ada untuk sarapan.

Ikhlas

cheguanuar@nilai

Sunday 11 December 2022

UA & IPG. Betulkah Ada Diskriminasi Persepsi?

 10.12.2022 | Sabtu | 4.28pm

Cuaca yang sejuk mcm ni buatkan aku tiba² teringat untuk menulis.. Baru ni saja sembang² dengan rakan sejawat aku.. sembang² kosong.. Dia bertanyakan mcm mana Nabilla di IPG skrg? Dah 4 bulan di KL.. 😁.. Aku respon, alhamdulillah.. Nabilla semakin boleh berdikari di Lembah Klang.. study peringkat persediaan PISMP pun susah jugak..


Penulisan aku ni bukan bertujuan untuk mengagongkan pelajar lepasan SPM yg pilih ke IPG, namun aku cuma nak bgtau, bila dah dapat IPG, terima masuk IPG, itulah pilihan yang TEPAT yg anda buat demi survival masa depan yang sangat mencabar. Juga penulisan aku ini jangan pulak disalahtafsir bahawa aku merendahkan pulak yang terima masuk UA / Politeknik / Matrikulasi dan sebagainya.. Cuma penulisan aku ni bertujuan utk meningkatkan martabat profesion perguruan disamping memberikan semangat kepada mereka yg DITAWARKAN MASUK ke IPG dan TERIMA BELAJAR di IPG disamping bukan berniat lain malahan belajar di UA juga sesuatu keputusan yang baik.

Sebelum baca lanjut, harapan aku agar pembaca faham tujuan utama aku menulis.. kesimpulan yg patut tahu, jika mendapat tawaran dari IPG dan UA atau tajaan MARA, personal opinion aku better ke IPG yang tentu² ada kerjaya selepas tamat pengajian. Tp kalau tak dapat IPG, teruskanlah belajar di mana² IPTA mengikut kelayakan.😁😁

Bersambung perbualan aku dengan kawan aku tadi..

Aku bgtau kawan aku.. Harap² Nabilla semakin baik penerimaan utk belajar di IPG walaupun Nabilla dan kawan² nya ada yg sikit terasa bila masyarakat seolah² x gembira bila ke IPG. 

Sebagai contoh:

Soalan org: Anak sambung belajar di mana?Jawapan: Sambung di IPG..

Soalan lagi: Kenapa ke IPG? Tak masuk U?Jawapan: bla.. bla.. bla.. hahaha (padahal IPG atau U sama saja pengakhirannya Ijazah Sarjana Muda jugak) - aku anggap saja dia x paham pun sebenarnya atau x cuba memahaminya..

Yg syok lagi.. ada pulak tanya.. IPG tu apa? Hahahaha..

 Ok. Aku teringin nak kupas sedikit tentang sambung belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia) dan belajar di universiti awam tempatan (UA). Kupasan ni aku khususkan untuk pelajar cemerlang SPM yang menolak tawaran ke UA dan terima IPG sebagai destinasi sambung belajar.

Stigma memperendahkan pembelajaran di IPG ni dah lama berlaku. Aku tak menafikan belajar di UA memang sangat mencabar. Secara signifikan nya, kedengaran belajar di IPG ibarat kamu seorang yang kurang cemerlang dan hanya layak diterima di IPG untuk sambung belajar selepas SPM. Benarkah begitu? Kadang², sampai ada yang tak tahu IPG tu apa? 😁😁.. Tak boleh lah aku nak salahkan sesiapa ttg hal ni. Mungkin masyarakat kurang terdedah laluan untuk menjadi seorang guru.. Anak aku sebagai contoh yang terdekat, alhamdulillah cemerlang dalam SPM2021, tetapi ada segelintir org sekeliling aku menganggap satu kekurangan / kesilapan sebab membiarkan anak aku terima tawaran ke IPG dan menolak tajaan MARA untuk program Farmasi di UKM. Berbaloikah? Dalam membuat keputusan, aku dan isteri aku tak membuat paksaan cuma membantu membuat PMI (plus minus interesting).

Aku ringkaskan sedikit ttg apa kelebihan IPG:

1.Permohonan kemasukan ke IPG Malaysia kebiasaannya cecah sehingga 40,000 - 50,000 permohonan. Selepas melalui tapisan UKCG, mungkin 50% akan diterim untuk ditemuduga oleh penemuduga profesional.

2.Daripada 25,000 yang layak melalui proses temuduga, hanya anggaran 3000-4000 sahaja yang akan mendapat tawaran belajar di IPG. Yang bermaksud, hanya +-10% daripada permohonan ke IPG yang akan diterima. Lagi 90% tak akan dapat laluan belajar untuk menjadi seorang guru.

3.Pelajar akan terima elaun bulanan sebanyak RM430 setiap bulan sehinggalah tamat belajar anggaran RM25,000 tanpa bayar balik. Tiada yuran pengajian dan bermaksud, selepas tamat 5 tahun pengajian di IPG, keluar tanpa bebanan hutang.

4.Jaminan kerja - Di Malaysia, 90% pelajar di UA belajar untuk tamatkan prog Ijazah adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian yang dipelajari. Walaupun, ada silibus kecik ttg dunia perniagaan kalau tak silap aku sebagai persediaan jika tidak mendapat tawaran kerja yang setimpal. So, tempoh 5 tahun, bolehlah sebut belajar di U jika ada yang bertanya, berbanding pelajar IPG yang kalau sebut IPG, haaa.. apa tu IPG? 😁

5. Tamat 5 tahun belajar di IPG, insyaallah tak lama lepas tu, akan terus diberikan penempatan bekerja. Dengan gaji permulaan +-RM3,000 termasuk elaun, sangat baik lah memandangkan keadaan ekonomi dunia yang kurang baik dan tempias turut dirasai ekonomi tempatan di Malaysia. Bermaksud peluang pekerjaan sangat² terhad terutamanya 2023 nanti dimana akan berlaku kelembapan ekonomi dunia. Jadi, pelajar di IPG tidak perlu risau ttg kerjaya kerana kerajaan dah berbelanja besar untuk anda belajar di IPG, mana mungkin tiada pekerjaan untuk anda. InsyaAllah..

6. Belajar di IPG merupakan satu pembelajaran di pusat latihan dididik dan dilatih menjadi seorang guru. Berbeza dengan belajar di UA, anda belajar tp belum tahu apa bidang kerjaya anda pada masa akan datang. Contohnya belajar dalam bidang Farmasi.. byk cabang kerjaya.. Farmasi di hospital kerajaan.. hospital swasta.. kilang ubat.. outlet kesihatan seperti Alpro / Guardian / Watson dan sebagainya. Tak tahu lagi di mana lokasi kerjaya anda walaupun bidang yang diceburi itu farmasi. 

7. Jika ada rezeki dilantik sebagai guru kelak, antara kelebihan menjadi guru:

- waktu kerja yang lebih singkat

- urusan keluarga lebih fleksible budi bicara ketua jabatan

- 1 hari = 3 jam berada didalam kelas

- peluang memohon pertukaran sekolah sebab sekolah memang ada dimana² seluruh Malaysia sama ada di kampung atau dibandar.

- utk wanita, jika sudah berumahtangga, mudah untuk mengikuti kerjaya suami jika suami bukan bekerjaya sebagai seorang guru.

- laluan naik pangkat melalui permohonan Guru Cemerlang

- mohon sambung belajar ke peringkat master / PHD melalui HLP (hadiah latihan persekutuan) yang ditanggung oleh kerajaan dan bergaji penuh.

- serta banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati sebagai seorang guru.

8. Selepas 3-4 tahun bekerja, boleh sambung ke peringkat sarjana malahan jugak boleh ambik PHD. Peluang kerjaya jugak banyak.. anda boleh terus bertugas sebagai guru disekolah, mohon sebagai pengajar di Matrikulasi KPM, pensyarah di IPG atau di universiti² awam seluruh negara dan pelbagai lagi jika berminat untuk sambung belajar.

9. Zaman skrg ni susah dapat kerja. Alhamdulillah.. anda di IPG memang jaminan kerajaan untuk anda bekerja didalam sektor kerajaan yang mana akan diberikan penempatan disekolah² rendah. Ramai juga graduan UA sekarang ni sukar sangat nak dapatkan pekerjaan. Jadi, mcm baru² ni, belajar di UA ijazah bukan pendidikan tp akhirnya mohon juga guru "one-off" dan berkhidmat di sekolah² menengah dan rendah.

10. Terlupa.. lagi satu.. kpd yg mungkin tak tahu.. program di IPG ni adalah program pensiswazahan.. Namanya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).. Jadi, prog nya sama lah dengan ambilan pelajar Asasi di UA seterusnya yang sambung prog ijazah di UA seluruh Malaysia. Jadi, sepatutnya tiada lah diskriminasi antara belajar di IPG dan di UA.










Berdasarkan apa yang disenaraikan diatas, boleh dikatakan, anda² yg memilih laluan ke IPG dan mengetahui anda akan dilantik menjadi seorang GURU, TAHNIAH diucapkan. Anda membuat pilihan yang tepat.

Akhir kalam, sekiranya I (institut) boleh digantikan dengan U (Universiti).. Contohnya IPG digantikan dengan Universiti Perguruan Malaysia, baru nampak ada identiti yg lebih profesional nya.

Walaubagaimanapun, personally, selamat maju jaya kepada semua pelajar yang sambung pengajian ke peringkat ijazah , diploma dan sijil sama ada di IPG / UA / Politeknik / Kolej Profesional Mara dan lain²..

Jauhi persepsi.. Fahami realiti..

#mystory