Wednesday 24 January 2024

Program Gemilang 2024: SK Desa Jasmin ke Bukit Merah Resort

 23.01.2024 | Selasa

Part 1 : Program Gemilang Jasmin 2023/2024 [sebelum program]

Alhamdulillah.. Syukur.. hari ni baru sempat menulis penuh ttg Program Gemilang Jasmin 2023/2024 yang sudah melabuhkan tirainya minggu lepas. Semuanya yang telah dirancang berjaya diselesaikan dengan jayanya oleh semua rakan² guru dan terutamanya pelajar² Tahun 6 SK Desa Jasmin. Mungkin juga boleh dijadikan satu sejarah peribadi diri sendiri untuk diimbas kembali oleh anak cucu pada masa akan datang.

1. PEMBUKA KATA

Idea asal untuk membawa program 4 in 1 yang meliputi lawatan + graduasi + khatam Al-Quran + makan malam ke luar dari SK Desa Jasmin ni semestinya daripada Guru Besar sendiri yang mahukan kelainan. Aku dan penyelaras Tahun 6, Cikgu Rohayan ambik cabaran utk merealisasikan program ni sebagai satu cabaran sama ada boleh dilaksanakan atau sebaliknya. Banyak yang kena fikirkan utk membawa pelajar Tahun 6 semaksimum yang boleh untuk bersama² join program yang bakal diatur ni. 

2. PEMILIHAN LOKASI

Lokasi tempat pun bukan satu perkara yang mudah.. kajian dari segi costing dan kemampuan pelajar sebab aku plan at least 90% daripada murid akan join sebab benda berbayar ni x boleh nak dipaksa.. tolak 10% anggap x join, kami perlu dapaf 189 pax at least utk cover 5 buah bas. Jadi, setelah buat sikit research, ada 2 lokasi terakhir utk dipilih iaitu Bukit Merah Laketown Resort, Perak ataupun A Famosa Resort, Melaka. 2 lokasi ni aku memang dah buat research awal ttg lokasi dan costing utk dibincangkan dengan team. Selepas dikaji beberapa faktor, kami decide memilih Bukit Merah Laketown Resort sebagai lokasi pilihan utk buat Majlis Graduasi & Khatam Al-Quran disitu. Salah satu sebab pilih BMR ialah kerana kami inginkan perjalanan jarak jauh yang memberikan pengalaman untuk pelajar. Itu salah satu sebab la walaupun banyak faktor lain lagi sebab pilih BMR. Keputusan akhir, lokasi Program Gemilang Jasmin 2023/2024. 

3. BAJET

Sebagai organizer, bukan hal senang nak tentukan bajet yang diperlukan dari setiap pelajar. Kalau dah relesed harga kepada parent, jika pada masa akan dtg x cukup, x boleh lagi mintak dengan parent. Selepas diteliti dari segala sudut, bayaran yang dibuat oleh ibubapa tentunya aku pastikan berbaloi dengan apa yang depa akan dapat. Kebiasaannya, pakej akan dibuat all-in yang bermaksud, pelajar tak bawak duit pun akan sentiasa kenyang sepanjang program. Aku pakejkan termasuk:

✍ Pengangkutan

✍ Penginapan di hotel Laketown [bukan homestay]

✍ Exclusive lanyard

✍ Cover fail exclusive untuk sijil graduasi

✍ Mug exclusive beserta sejadah

✍ Majlis Graduasi & Khatam di dewan BMR

✍ Meal 7x - 

Breakfast Day 1 (packaging) Nasi lemak & roti

Lunch Day 1 (buffet) di restoran

Tea Break (buffet) di dewan hotel BMR

Dinner (buffet) di dewan hotel BMR

Breakfast Day 2 (buffet) di Cafe Hotel

Lunch Day 2 (packaging di Taman Tema Air)

Dinner Day 2 (packaging) Nasi kukus ayam rempah

✍ Tiket masuk ke Taman Tema Air

✍ Tiket masuk ke Zoo Taiping 


Dengan jarak 330km dari Nilai, bagi aku memang berbaloi utk pengalaman dan memori pelajar yang aku yakin dan pasti mereka tak akan dapat merasai momen² mcm mana yang aku dan team created utk pelajar² Tahun 6 ini. 


4. PROSES PROMOSI

Tugas promosi, aku serahkan kepada guru kelas (GK) Memang semua GK sangat² supportive utk meyakinkan pelajar bahawa mereka tak akan rasa rugi untuk bersama² join program yang gemilang ni. Bermula bulan Jun 2023, piliham yang baik utk parent bayar secara ansuran bulanan. Aku open utk 6-7 bulan maksimum utk buat pembayaran. Kaedah mcm ni, dianggap win-win situation.. Kalau parent berkemampuan, nak bayar habis pun boleh tapi jika tak mampu bayar habis, boleh bayar secara ansuran. Tidak lupa aku jugak war² kat GK jika ada anak yatim piatu atau asnaf yang benar² berminat tapi tak mampu, aku boleh tolong realisasikan impian golongan ini. Tapi yang memang betul² tak berkemampuan. Hasil promosi GK, alhamdulillah.. kami dapat angka 189 pelajar utk join Program Gemilang ni. Tahniah semua GK. Anda memang hebat!!! 

5. RUNDINGAN DENGAN PIHAK KETIGA

Berunding merupakan salah satu faktor yang penting as a organizer. Juga communication skills sangat² perlu bila ada rundingan dengan pihak ketiga. Urusan yang paling penting, deal dengan Bukit Merah Resort. Banyak faktor kena ambik kira. Faktor jumlah penginapan, jumlah guru dan pentadbir, persiapan dewan, PA Sistem, saiz dewan, pergerakan masuk keluar, kedudukan meja makan dan macam² lagi lah.. Itu di BMR. Belum cerita deal makan minum di luar. Breakfast, nak makan tengah hari di mana.. dengan keadaan 5 buah bas, bukan senang nak sediakan makanan untuk 220 secara serentak. Semuanya kena berlegar² dalam pemikiran aku bagaimana susun atur yang elok molek utk lancarkan keadaan. So, deal dengan sales person BMR sangat² penting sebab BMR tu ialah "main location" semuanya akan berkampung disitu. Selain deal dengan Zoo serta venue restoran utk makan. Alhamdulillah.. semuanya baik² sahaja. 


6. PEMILIHAN GURU PENGIRING

Hal memilih guru pengiring juga agak sensitif. Ramai yang berminat untuk turut serta dengan program ni. Kriteria pemilihan utama ialah guru kelas & guru yang mengajar Tahun 6.. walaupun permintaan tinggi, kena jugak buat tapisan walaupun kalau boleh nak bawak semua cikgu. Terima kasih kpd kawan² guru yg menerima offer utk kerja kuat di Bukit Merah Resort. Yang tak terpilih, mungkin akan datang boleh terpilih atau offer kan diri anda okey.

7. PENGURUSAN MASA

Untuk kelancaran program, organizer perlu ada inisiatif utk buat site visit. Utk prog ni, 2x aku turun ke Taiping dan Bukit Merah utk dapatkan average timing yang baik untuk pergerakan 5 buah bas. Kena ingat, aku bawak 5 buah bas.. kalau 1 - 2 buah bas, takdak masalah sangat. Contohnya nak berenti makan dimana² pun boleh. Tapi kalau 5 bas, kena setting kan betoi² lokasi nak berhenti supaya semua 5 bas boleh masuk parking. Sama jugak dengan pengurusan dewan dan penginapan. Aku tengok semua bilik dulu. Dan aku juga cuba menginap 1 malam di Laketown Hotel utk tengok kemudahan yang disediakan oleh BMR selain kesesuaian dengan pelajar. Dewan lagi penting sebab 2 program utama akan berlangsung. Jadi, aku kena make sure setting PA, backdrop, photobooth, pergerakan pelajar ambik skrol di pentas, menu makanan, pengurusan makan guru dan pelajar, dan macam² lagi lah.. Ha.. Bukan senang ya sebab jarak jauh. Kalau dekat, boleh selalu pi buat site visit atau persediaan graduasi dan khatam lebih mudah. Tapi inilah dinamakan cabaran.

Cukup dulu serba sikit story aku ttg persediaan sebelum program berlangsung walaupun banyak lagi hal yang sepatutnya aku sharing tapi penat nak menaip.

Kalau ada masa, aku sharing aktiviti pengurusan sepanjang 2H1M program ni.. dari awal pagi berkumpul di sekolah, sehingga balik hari keesokkannya. Insyaallah..

Wednesday 3 January 2024

Terkena Jugak Virus Covid 19 Kali ke-2

 02.01.2024 | Selasa

Tahun 2024 aku dimulakan dengan kisah yang kurang manis bila mana aku kurang sihat. Balik dari bercuti selama 5 hari 4 malam, masih OK.. Malahan pada 01.01.2024 masih bertenaga boleh briskwalking lagi petang tahun baru 2024. Tapi menjelang malam, mula rasa sakit tekak yang amat³ dasyat dan tiba² badan rasa tak sedap..


Pagi esoknya, memang badan rasa tak bertenaga nak pergi kerja walaupun 02.01 tu hari pertama sepatutnya bekerja tapi apakan daya kita.. tak mampu nak bekerja, eloklah ke klinik dapatkan rawatan. Aku decide ke Poliklinik Dr.Azhar di Mantin. Doktor sahkan memang aku demam, sakit tekak dan selesema. Doktor maklumkan cuba buat covid test di rumah. Sebelum balik, doc bagi m.c 2 hari untuk aku berehat kalau result aku -ve covid19.

Sebaik sampai dirumah, tanpa lengahkan masa, terus aku buat test dirumah. Cubaan pertama, memang naik 2 line.. Rasa mcm x percaya.. Mem aku bgtau byk kahak utk cubaan pertama. Jadi, aku try lagi sekali.. Cubaan ke-2 sama jugak. Naik 2 line. Maka, dengan rasminya aku dijangkiti kuman Covid19. Cuma yang pertama aku mohon pada Allah SWT.. "Jauhilah kuman Covid19 ni daripada terkena kepada isteri dan anak aku, dan Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka.." - amin³ yra...

Terima kasih yang tak terhingga utk isteri kesayangan aku sebab sanggup ambik cuti selama 3 hari utk uruskan makan minum dan jaga kesihatan aku walaupun ambik risiko yang tinggi. Aku bercerita tentang mem aku [bini hgpa aku taktau la] yang selalu utamakan hal² kesihatan anak dan suami. Sanggup ketepikan urusan kerja untuk jaga kebajikan kesihatan suami dan anak nyer.. 😁😁😘😍.. Semoga isteri aku terus diberikan kesihatan yang sejahtera.


Masa hari pertama aku kena, mem aku drive sendiri ke tempat kerja walaupun diluar jangkaan. Tapi sekarang ni alhamdulillah semakin senang pergerakan sebab anak aku pun dah ada lesen memandu. Kalau ada berlaku kecemasan, selain mem aku boleh memandu, anak aku pun dah jauh dia memandu sampai ke Seri Iskandar. Alhamdulillah..

Kesimpulannya.. jika kita sakit, kita tak sihat.. tiada siapa yang akan pedulikan kita selain keluarga kita sendiri. Jika ada kawan² yg prihatin, sampailah kiriman doa "semoga cepat sembuh.." melalui whatsapp.. begitu juga dengan majikan kita.. bila kita maklumkan keadaan kesihatan kita, jika dapat majikan yang bagus, dapat lah sedikit kekuatan dan sokongan jika dibalas mesej kita dengan.. "Semoga dipermudahkan urusan kesihatan..".. "Semoga cepat baik dan sembuh".. "Berehatlah dulu..." Ok jugak kan? Macam boss No.1 aku, ada juga reply ucapan yang manis.. Boss hangpa mcm mana? 😁😁

So, itulah faktor aku berikan fokus utama kepada keluarga aku jika dibandingkan dengan kerjaya atau sekeliling aku sebab keluargalah yang memahami keadaan kita dan keluargalah yang akan ada dikala kita susah dan senang.

Harini hari ke-2 aku cuti kuarantin dirumah. Kalau sampai Jumaat, aku ada 2 hari lagi utk cuti kuarantin selain Sabtu Ahad cuti hujung minggu. Insyaallah.. aku harap boleh mula bertugas pada hari Isnin 08.01.2024 minggu depan sebab minggu tu aku terpaksa handle high volume event di Bukit Merah Resort.

Semoga Allah SWT memudahkan semua urusan seharian kita. Insyaallah.

Monday 1 January 2024

Bayar Zakat Simpanan

 31.12.2023 | Ahad | 08.35pm


Balik dari Seri Iskandar Sabtu smlm.. memang dah tau biasanya Pusat Zakat N.Sembilan akan bukak sampai malam utk tarikh 31.12.2023 sb nak bagi kesempatan kepada pembayar zakat nikmati rebat cukai.

Lepas solat Maghrib, aku dan mem aku pantas siap² nak ke Pusat Zakat NS di Nilai. Takut ramai orang dan takut tak sempat. Aku bgtau mem aku, mau nya beratur sampai luar pejabat zakat ni sb last day utk 2023. Rupanya jangkaan aku meleset. Bila sampai PZNS, hanya ada 1 pengawal keselamatan + 1 pegawai zakat [anak murid sendiri pulak tu 😁😁😁]. Aku membayangkan at least ada la 10 org yg ambik no.giliran nak bayar zakat pendapatan ka, simpanan ka atau apa² zakat la sebab itulah kewajipan kita sebagai umat Islam dan menunaikan zakat di Rukun Islam yang ke-4.

Mungkin ramai yang menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian. Tapi bayar zakat direct di kaunter ni lain rasanya.. Lain perasaan nya.. Cuba lah kepada yang belum.

Maka, selesailah urusan pembayaran zakat simpanan sebab zakat pendapatan memang dah dibuat melalui potongan gaji setiap bulan. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat kepada yang memerlukan di Negeri Sembilan.

Wallahualam..