Wednesday 29 November 2023

Rutin Medical Check-up

 28.11.2023 | Selasa

Kembali bertemu.. Temujanji dengan Dr.Chew di Hospital Pengajar UPM [ HPUPM ] ataupun sekarang dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.

Harini jumpa Dr.Chew kali ke berapa dah x ingat. Minggu lepas pi ambik darah. So, hasil ujian darah bawak ke harini utk didiagnose doc. Aku dgn mem aku memang setkan date yang sama dan jumpa doc yg sama. Utk info, aku dan mem memang rutin 1 tahun 2x akan jumpa Dr.Chew.. Thanks Dr.Chew sebab pilih kami as a patient..


Kali ni doc buat full medical check-up.. utk result kali ni:

👉 Glukose [OK]

👉 Kolestrol [OK]

👉 Liver [OK]

👉 Buah pinggang [OK]

👉 Asid Urik [OK]

👉 BMI [Hancurrrrr], tp mmg sejak kecik dah hancur.. hahaha

Alhamdulillah.. setakat harini masih dijauhkan penyakit² yg biasa² / menggerunkan.. Akan datang, wallahualam.. 

Dr.Chew pun ada bg beberapa suggestion utk aku follow supaya dapat reduce berat badan aku, aku mengiyakan saja.. 2 benda utama, cut sugar + kurangkan nasi bykkan makan sayur [lemah betoi bab ni.. lembut lutut kalau nasi kurang makan].. Takpa.. aku akan cuba jugak utk buktikan pada appoinment bulan Mei nanti.. Insyaallah..

Utk mem aku.. dia x bagi tulis sebenawnya.. tp aku tulis jugak la sikit..😁😁... masih kekurangan darah seperti yang sepatutnya bagi org pompuan.. dapatlah ubat baru dose berbeza, saiz gundu punya..

Sebagai meraikan kejayaan laporan perubatan yang bagus, balik hospital, kona kat Kajang pi pekena Sate Kajang Haji Samuri di Stadium Kajang.. 😁😁😁



Tuesday 21 November 2023

Eksplorasi SK Desa Jasmin ~ Gua Tempurung Siri 6.0

 18.11.2023 | Sabtu

Unit Lawatan & Rekreasi SKDJ berjaya buat kali ke-6 membawa pelajar Tahun 5 SKDJ meneroka eksplorasi alam di Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. 

Anda boleh 👉👉👉 Klik SINI untuk video menarik sepanjang ekspedisi

Tahniah kepada Ustaz Izwan & Cikgu Muzammil as a organizer, serta krew² SKDJ [guru pengiring] dan semestinya tak dilupakan peserta² murid Tahun 5 SKDJ yang ohsem.

Hebat² belaker semuanya..


Tuesday 14 November 2023

Malam Pertama di Uniparkland Residence

 11.11.2023 | Sabtu


01. Harini dari Nilai terus ke Tronoh berdepan dengan jem sebab cuti perayaan Deepavali.. disebabkan jalan jem highway atau jalan bawah, Google Map cadang ikut Felda Gunung Besout.. Aku pun follow lah ikut jalan hala ke Teluk Intan tapi tak la sampai pekan Teluk Intan. Kalau x silap aku, ikut Langkap.. Tp tak pulak lalu Kg Gajah.. potong kot mana aku pun main ikut ja map. Last sekali sampai simpang tiga antara Kampar ke jalan Tanjung Tualang. So, jalan ni dah memang aku faham sangat ler.. Ikut Kampung Bali dan akhirnya sampai lah ke Tronoh.

02. Misi pi ke rumah kami kali ni ada la 3-4 benda nak dibuat supaya tidak kebosanan. Utk rekod, 11.11.2023 ni adalah malam pertama kami 3 beranak bermalam di Uniparkland. Alhamdulillah.. malam pertama tidoq dengan jayanya walaupun aku x berapa lelap sangat sebab apa aku pun x sure. Mungkin sebab malam pertama kot.



03. Pasang divan + tilam ✅️
Perkara pertama kali ni tunggu kedai perabot hantaq divan + tilam. Asalnya nak ajer jer tido bawak toto tp tak tergamak pulak bini teman nak bagi laki nya tido atas toto sebab rumah mahai² buleh beli.. Katil x boleh beli pulak.. Thanks my darling.. 😍😍. Dalam jam 12.30pm abam lori sampai dan terus pasang katil dalam master bedroom. Alhamdulillah.. baru la nampak semart. So, utk rekod, divan & tilam ni perabot pertama masuk rumah Uniparkland.

04. Pasang rod langsir [master bedroom shj]✅️
Kali ni beli langsir readymade di Nilai 3. Bawak ke Uniparkland. Pasang rod siap² dan naikkan langsir. Barulah nampak lawa sikit. Lagipun langsir memang kena ada sebab walaupun dah tinted rumah, kalau bukak lampu, boleh nampak jugak belah dalam.

05. Mengecat Ruang Tamu & Dining Hall ✅️
Kalau ikutkan, memang kena cat semula semua bahagian dinding dalam rumah sebab cat asal pemaju buat nipis sangat. Masih kekalkan warna putih berseri supaya rumah nampak kelihatan luas. Beli cat Jotun utk construction special 20 liter. Cat gred premium boleh padam dan tutup crack/lubang halus. Aku memang terkejut bila tau harga cat. La ni kalau Jotun lah aku nak bgtau.. Yang 5 liter = RM160, Yang 15 liter = RM370, dan yang 20 liter aku beli ni RM420.. Memang harga agak kejam. Hahahaha.. tp nak mengecat bukan tiap² tahun kan.. Tak apa lah.. melabur modal sikit. Tapi urusan buruh mengecat, aku sendiri dan mem aku slow² yang mengecat. Kalau upah Brahim [pekerja developer], RM800 upahnyer.. biarlah aku jadi buruh.. Takdak masalah.. hahahaha.. Alhamdulillah.. utk Fasa 1, selesai jugak mengecat ruang tamu dan ruang makan. 👍





06. Mesin rumput ✅️
Kali ni bawak 3 bijik bateri. 1 bijik bateri mesin boleh la tahan +-20minit. So, dengan 3 bijik bateri boleh lah hampir 1 jam urusan mesin rumput. Selesai jugak mesin dari depan sampailah ke belakang. Lepas Subuh pagi Ahad aku dah mula ON kan mesin rumput.. Maaf jiran.. bising sikit ler.. nasib la mesin rumput wireless ni x bunyi kuat.





Alhamdulillah.. banyak la urusan dapat diselesaikan utk 2H1M di Uniparkland. Dina siap goreng cokodok bawang lagi sebab aku saja bawak dapur portable supaya boleh lah goreng² makanan ringan.

Insyaallah.. 18/11 minggu depan aku datang lagi sebab bantu team sekolah bawak budak² masuk Gua Tempurung. So, lepas aku selesai urusan Gua Tempurung, terus ke rumah aku. Bermalam lah lagi 1 malam.. bolehlah sambung mengecat bilik pulak. Insyaallah..

#mystory