Saturday 28 January 2023

SKDJ ke Gua Tempurung dan Kellie Castle, Perak

 24.09.2022 | Sabtu

Sememangnya aku suka bawak budak² SKDJ ke Gua Tempurung sebelum depa tamatkan sekolah rendah. Pengalaman masuk ke Gua Tempurung, bukan semua pelajar sekolah rendah dapat rasai. Lebih² lagi bersama kawan². Jadi, menjadi tanggunggjawab aku utk bawak budak² aku explore apa yg ada didalam gua.

Jam 4.00am:

Ramai parent dan peserta yg dah sampai sekolah walaupun kehujanan.. Kata sesetengah parent, risau x tersedo dari tido.. 😁😁 Hujan lebat di Nilai mmg merisaukan aku as a organizer event yang bawak 120 murid dengan 14 org team renjer Jasmin 💪💪.. Menguruskan 120 murid umur 11 tahun bukan lah satu hal yang senang.. berbeza kalau uruskan orang dewasa 😅😅. Dalam kehujanan, ngam 120 org sampai ke sek ikut pesanan awal aku masa taklimat.. Jam 5.00am klu x sampai, bye-bye 🤣🤣

Jam 5.05am:

Alhamdulillah.. Roda bas berputar seperti yg aku harapkan.. kemain happy lagi budak² ni dpt naik bas nak pi jalan jauh.. Hahaha.. pung pang pung pang dok nyembang dalam bas.. Aku biarkan saja.. Bagi depa feel dulu.. Hahaha..

Jam 6.10am:

Sampai Jejantas Sg Buloh.. Solat Subuh + breakfast.. dah mcm MRT bila gerak ke surau.. Panjaaaaang... Bila pi rombongan Cik Kiah mcm ni, dengan jumlah peserta yang besar, x dapat la nak layan mcm raja.. Makan lepak tepi jalan saja.. Asalkan perut kenyang. Selesai solat dan breakfast nasik lemak Kak Ma Nilai. Paduuu..

Ada briefing dari team renjer


Owner company Gua Tempurung..


Jam 9.10am:

Kali ni memang mantap Pak Abu.. ON TIME!! Memang aku plan jam 9.15-9.30am sampai Gua Tempurung.. dengan 2x berhenti (Sg Buloh & Ladang Bikam).. Tp kali ni awai 5 min. CUN.. Tp.. tp.. tp.. bila sampai, aku nampak sekumpulan besar dah standby nak masuk gua.. Adehhhh.. Pedih.. Sebab 3-4 hari sebelum bertolak, admin Gua Tempurung bgtau group aku 2nd group yg akan masuk selepas 1 group lagi yg berjumlah 25 pax. Ni aku tengok ratusan pax. Tp takpa.. Hero pi settlekan.. 😅😅😅. Group KKM berjumlah 193 pax masuk dulu.. So, sebelum kami masuk, dah ada +-250 pax kat dalam gua walaupun 9.30am kami dah terpacak kat pintu masuk. Its OK.. Tak perlu lompat² katak.. Rileks saja.. sebab kalau naik hantu pun x boleh masuk gua jugak dengan bersesak² dalam tu.. hahaha.. Akhirnya.. 

Jam 9.50am:

Alhamdulillah.. Turn kami masuk... 40 org peserta kami utk masuk dulu.. Renjer Gua Tempurung buatkan 20-20 pax setiap kemasukan. So, habis semua masuk bila dah jam 10.20am.. Tp sebelum masuk, majlis ringkas cenderahati kepada boss Gua Tempurung, Datuk Rahman sebab byk support team dari SK Desa Jasmin ni dari pelbagai segi termasuk technical. Pelbagai ragam yg berlaku sepanjang 2 jam 30 min dalam Gua Tempurung. Tp utk group 1st yang aku bawak masuk, semuanya teruja. To be honestly, kemasukkan kali ni, personally aku lebih enjoy la.. mungkin sebab dah cekap kot sb dah kali ke-4 masuk sini 🤣🤣🤣🤣. Sebab apa, sebab kali ni aku tekankan kat budak² supaya "menikmati" bukannya berlari dengan laju utk habiskan exploration. So, pergerakan nampak lebih smooth dan cun. Merangkak sikit, pastu kumpul balik.. duduk dalam air.. rileks².. slow² gerak.. berendam lama² dalam gua tu.. benda tu lah diulang².. 

Renjer Zulhelmi & Ustaz Izuan

Jam 12.20pm:

Lega.. group yg aku dan ustaz Toha bawak, 1st group yg jumpa pintu keluar.. memang enjoy betoi budak².. Alhamdulillah.. tak lama kemudian, yang lain² pun selesai keluaw gua tanpa ada masalah kecederaan.. luka sikit² tu biasa laa.. dah merangkak kat batu².. Hihihihi.. Bagi chance depa berkubang dulu kat sungai luar gua.. Habih keruh ayaq sungai.. Tp depa peduli apa? 🤣🤣🤣🤣🤣 Kdg², peluang mcm ni lah depa perlukan.. Timba pengalaman yang tak dapat lagi didalam alam persekolahan.. lepas tu, bersihkan diri.. dan menikmati buffet lunch @ kaki Gua Tempurung.. Memang nikmat.. Kami team renjer, makan makanan ala² kampung.. dengan tempoyak dan sambai belacan kuinin ditambah dengan ikan masin dan mcm² menu lagi.. Niqmat sungguh.. Syukur alhamdulillah..








Jam 2.00pm:

Bye² Gua Tempurung dan hai Kellie Castle. Dah alang² sampai ke Gopeng, rugi x ke Kellie Castle.. lebih kurang 35 min perjalanan. Lebih kepada sesi kenali sejarah pembinaan istana Kellie ni oleh Sir William.. Selebihnya.. mai la sendiri tengok dan lawat 🤭🤭. 1 jam aku bagi depa pusing².. sambil ingat apa yg patut.. sebab ada kuiz yg hadiah² pun best jugak. Kuiz ni saja nak fun² saja.. dan at least ada benda yg budak akan cuba igt balik sepanjang program yg dia lalui satu hari ni..


Jam 5.00pm:

Bye² Kellie Castle.. dan say Hai to Nilai 😁😁. Bergeraklah balik ke Nilai.. singgah di Kawasan Rehat Ulu Bernam (Tg Malim) utk dinner dan solat. Budak² ni kdg² dasyat.. dah makan nasi ayam, pastu depa pi balun pulak maggie.. adehhh.. sampai ada la yg termuntah² dalam bas .. inilah yg kita panggil "kebebasan membeli".. Hahahahaha..

Kesimpulan:

Syukur alhamdulillah.. Walaupun hujan lebat sebelum bertolak ke Perak, namun keberkatan hujan itu membantu cuaca yang baik sebaik masuk Selangor dan Perak.. Pengurusan masa pun kali ni antara yang terbaik. Kerjasama parent dan anak² murid pun terbaik yg membantu time management jadi bagus. Aku personally nak ucapkan terima kawan² aku yg bersama² 120 org murid dan membantu dari awal sampai tamat program. Hangpa memang ohsem + mantap + amat² dasyat.. Tkasih byk² kawan..

Ketua Renjer: Chip Cgu Isman

Cgu Zulhelmi + Cgu Joe + Ustaz Toha + Ustaz Sandy + Ustaz Izwan + Cgu Fadli + Ustazah Ros + Ustazah Wiyah + Cgu Mimi + Ustazah Hana + Kapten Kak Wan..

Sesungguhnya.. pengalaman masuk Gua Tempurung berikan sesuatu yang berbeza.. Cubalah..

Ada rezeki, Gua Tempurung 5.0.. kalau ada yang sudi melaksanakan.. 😁😁

Sekian saja karangan panjang Kertas 2 (BM Penulisan). Semoga dapat A+

Next: Trip to Penang ~ 120 pax ~ 14hb Okt 2022

Chegu Anuar

Nilai, Negeri Sembilan..

p/s: Sila pm inbox kalau nak aku buat utk rombongan sekolah hangpa ataupun kot² org² kampung nak pi ka 😁🤭😁🤭 utk dptkan sebutharga.

Tuesday 24 January 2023

Sedap Niase Tomyam di Ipoh, Perak

 24.01.2023 | Selasa

Harini berkesempatan story singgah makan di Niase Tomyam dekat Ipoh baru² ni.. sebelum² ni mem aku memang teringin nak rasa tomyam ni sebab selalu sangat FYP kot Tiktok.. Jadi kebetulan nak hala ke utara, kami pi singgah..

Normally kena beratur 1-2 jam sebelum² ni aku tengok, tp nak dijadikan rezeki, aku hanya beratur dalam 15 minit kot sebab hari Jumaat org x ramai sangat. Alhamdulillah laa kan.. kalau dak, mau berpeluh kena beratur.. hahaha..

Mem aku tengah beratur tu.. 

Kronologi cara² nak beli:

1. Beratur (1 group/famili hanya sorang saja perlu beratur)

2. Bila cashier panggil, pi order.. sila decide siap² nak order apa sebab sepanjang beratur tu, owner dah letak 3-4 tagging menu yang dijual.. tak payah la dah sampai kaunter, baru dok nak pikiaq.

3. Lepas order, cashier akan bagi buzzer.. so, boleh la merayap mana² dulu dalam jarak 800m.. dan cari meja makan.. meja makan ni x kisah, boleh la dok mana² yg kosong..

4. Kalau org x ramai mcm time aku mai ni, dalam 10 minit x sampai, dah dapat makanan.. pesanan cashier: pulangkan dulang sb x cukup utk org lain.. its ok ja.. dan.. makan lah dengan penuh kenikmatan & kesyahduan.. 😁😁





Rasa / taste:

Utk 1st time ni, aku order

- Mix tomyam (udang + ayam) + nasi

- Add-on 1 bihun

- Dgg harimau menangis

- Mix tomyam take away 2 utk kakak² aku

Total = RM90.00


Daging harimau menangis memang sedap

Haa.. tgk saiz udang dia.. hahaha


Menu yg aku order utk makan berdua.. tp utk portion, sesuai untuk 3 org makan.. Memang aku rekeman sangat Niase Tomyam ni kat hangpa.. 

Tomyam pekat + isi banyak + rasa memang sedang + dgg harimau menangis memang nak teriak aku makan, sedap gila..

Jadi, aku dan mem aku (ikut tekak kami), akan repeated balik bila² mai ke Ipoh atau kalau mai tgk rumah kami di Seri Iskandar.. Insyaallah..

Pesanan: Sebenanrnya dah 2x aku mai sini.. kali ke-2, beratuq dekat sejam sb cuti CNY.. Cubaan kali ke-2 ni nak pastikan konsistensi taste Niase Tomyam ni. ALHAMDULILLAH.. Still sedap mcm yang kali pertama. MANTOPPPP.. Tahniah owner Diana Sidek.

Lokasi: Hangpa waze saja Niase Tomyam Ipoh

#mystory



Sunday 22 January 2023

Beli Rumah Di Usia Muda

 22.01.2023 | Ahad

Rumah pertama kami 

Aku beli rumah ni Jun 2006.. Harga RM131,100.. Kelayakan LPPSA pun RM130,000 saja dan masa tu pun hanya boleh loan 25 tahun saja.. la ni dah 16 tahun byr installment rumah ni.. 

Rumah ni siap Jun 2007.. Julai 2007 terus aku pindah ke Pajam.. 5 org yg terawal pindah masuk ke Perdana College Heights.

Harini 2023, nilaian rumah ni antara RM370,000 - RM400,000.. 😁😁 Tak rugi beli rumah diusia muda.. bagi aku, aset penting untuk orang yg mcm aku sebab aku jenis yg susah nak menyimpan duit.. Jadi, aku mencipta aset sebagai simpanan masa depan kami sekeluarga.

Kesimpulan: Belilah rumah diusia muda sebagai satu pelaburan jangka masa panjang. Jangan utamakan kenderaan bukan bermaksud x perlu beli kereta, beli kereta yang sederhana mewah asalkan kereta baru mengikut gaji bulanan anda. Walaupun kepuasan setiap manusia berbeza², tp keperluan utk ada sebuah rumah kediaman sangat perlu untuk ahli keluarga kita.

Nasihat aku, kereta biar biasa² ajer asalkan dah beli rumah utk keluarga. Melainkan mmg dah ada rumah, lebihan wang tu boleh lah beli kereta yang ikut selera masing².

Tepuk dada, tanya selera..

#mystory

Friday 20 January 2023

Kewajiban Berzakat & Perjanjian Sewa Rumah

 20.01.2023 | Jumaat

Harini kebetulan cuti tambahan 1 hari diawalkan sebelum Chinese New Year, sebelum ambik Dina balik dari KL, dapatlah selesaikan beberapa perkara sebab office selain sekolah masih beroperasi.


URUSAN PERTAMA:  Stamping Duty LDHN
Semalam lagi aku dah ke LHDN Nilai utk urusan duti setem Perjanjian Sewa Rumah yg aku renewal untuk 2 tahun lagi. Semalam pi petang, tp urusan stamping tak boleh buat kecuali dah beli siap² setem HASIL. So, tak dapat lah aku buat. Tapi pakcik guard dah pesan siap², sebelum mai esok, online kan siap² utk key in maklumat² utk di duti setem kan. So, esok senang la keja aku..

Jadi, harini datang ke LHDN Nilai sekali lagi. Urusan sekejap saja lah sb dah key in siap² semalam. Dalam 20 minit selesai lah urusan aku. Bayaran utk matikan setem ni ikut jumlah sewaan & berapa lama tempoh perjanjian sewa rumah tersebut. Macam rumah aku, RM700/sebulan = RM48 (asal) + RM10 (salinan).Kalau ada yg bertanya, kenapa perlu buat perjanjian dan matikan setem? Sebenarnya, ada beberapa perkara yg baik untuk buat agrement sewa rumah ni.

Yang pertama, bila ada agrement yg dienderose oleh LHDN, sangat laris untuk support dokumen jika nak buat loan.. sama ada loan beli rumah lain untuk invest, atau loan kenderaan dan sebagainya. Ibaratnya sebagai pendapatan bulanan kita lah. Tp dengan syarat kena matikan setem di LHDN. Kalau setakat syok² buat agrement, tp x matikan setem, tak ada value jugak yer.. 😁😁

Yang keduanya, agrement ni sebagai secure antara pemilik dan penyewa dari segi perlindungan deposit, kerosakan bangunan kediaman, dan sebagainya. Bermaksud, jika ada pertikaian akan datang, maka, perjanjian ini lah yg akan dirujuk untuk selesaikan masalah yang timbul. Semoga bermanfaat kepada yg ada rumah disewakan tp tak ada buat perjanjian sewa rumah.

URUSAN KEDUA: Bayar Zakat Simpanan
Zakat ni banyak jenis. Kpd yg x faham, dia bayar Zakat Fitrah pun dia anggap itu segala zakat dia dah bayar. Tak apa lah. Bukan semua kita yang faham tentang hukum² agama ni. Harini ke Pusat Zakat NS bagi melunaskan zakat simpanan mem aku. Jika simpanan keseluruhan anda melebih RM21,000 ke atas, adalah menjadi kewajiban kepada anda untuk membayar Zakat Simpanan dengan sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tu. Sebab dalam simpanan kita tu, ada sebahagian kecik untuk mereka yang susah, asnaf dan sebagainya. Biarlah Pusat Zakat yang menentukan arah bayaran wang zakat yg kita tunaikan tu.




Mcm aku dan mem, zakat pendapatan memang tiap² bulan dah buat potongan melalui slip gaji. Lebih mudah. Tak payah lah fikirkan lagi untuk bayar kerana automatik dah potong gaji. Zakat pendapatan lain, zakat simpanan lain yer.. ada kawan aku kata, dia tiap² bulan komitmen tinggi, mcm mana nak bayar Zakat Pendapatan?

Sebenarnya, membayar zakat ni akan hadir dalam diri sendiri. Jika kita inginkan keberkatan dalam aliran kehidupan kita, dan merasakan pendapatan kita sangat besar untuk berzakat, tunaikan lah.. Jangan pula kita mampu membayar RM1450 sebulan hanya untuk sebuah kereta yang agak mewah, tp mengatakan gaji tak cukup untuk membayar zakat pendapatan, itu kena lah tanya diri kamu semula 😁😁. Kalau nak kira komitmen, semua yang makan gaji terutamanya, akan kata cukup² makan pakai sara keluarga untuk elakkan daripada membayar zakat pendapatan. Berubahlah okey.. Slow² berubah ke arah yang lebih baik. Insyaallah..

URUSAN KETIGA: Terus ke KL ambik anak saya yang lawa ni..
Aku dan mem terus ke Pantai Dalam ambik Dina yang bercuti selama 4 hari. Happy la budak ni boleh balik rumah.. 🤭🤭

#mystory

Wednesday 18 January 2023

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023/2024

 18.01.2023 | Rabu | 11.00am

Alhamdulillah.. harini selesai aku jalankan tanggungjawab aku untuk serahkan wang tunai RM150/setiap murid yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dan dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Untuk kelas aku sahaja, serahan tunai sebanyak RM6,600 berjaya diselesaikan. Dapatlah ibubapa / penjaga sebagai wang bantuan dalam persediaan sesi persekolahan akan datang. Jangan pula kita anggap BAP ni sebagai menanggung kos persekolahan, tp sekadar membantu kos pembelian barang² sebelum masuk sekolah.

Ada sesetengah ibubapa yg sujud syukur bila dapat bantuan sebegini. Sekurang²nya, dapat membantu mereka untuk membeli peralatan sekolah. Namun, x kurang juga yang mengeluh.. Ada yang beranggapan, dengan nilai RM150 tu beli baju dan seluar boleh lepas tp tak cukup untuk membeli kasut dan peralatan persekolahan lain.

Sebagai ibubapa, tanggungjawab kita dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak² kita. Jadi, bantuan tunai sebegini, bersifat membantu tp bukan menanggung. Selebihnya, sebagai ibubapa perlu lah menanggung semuanya. Sudah menjadi kewajiban ibu bapa.

Bila dikenang kembali, zaman aku bersekolah dulu, tahun 80-an, mana ada bantuan mcm sekarang ni. Bukan kata nak dpt bantuan tunai, tp utk terima buku teks pun bersifat memilih kasta. Ada yang kena beli dan ada yang dapat Skim Pinjaman Buku Teks. Tapi hari ini, mcm² bantuan tunai yang secara terus dapat ditangan rakyat hasil cetusan idea pemimpin kerajaan terdahulu diteruskan sehingga kerajaan hari ini. Jadi, sebagai rakyat, sepatutnya bersyukur dan belajar mensyukuri nikmat Allah SWT ini tanpa lagi mengeluh itu dan ini.

Semoga ibubapa yang terima BAP harini dapat menggunakan tunai tersebut sebaiknya untuk persediaan persekolahan anak²

Pesanan: Mak ayah jgn dok pi buat joli ya BAP tu.. Fokus utk belanja sekolah anak². 😁😁

#mystory

Tuesday 10 January 2023

Perjanjian Sewa Rumah

 10.01.2023 | Rabu

Kepada anda yang memberikan sewa rumah anda kepada penyewa, sebaik²nya sediakan lah dokumen "Perjanjian Sewa Rumah". Kebiasaannya "orang kita" memang jarang sediakan dokumen perjanjian sewa rumah ni kecuali agen yang uruskan.

Kena buat gini..

Perjanjian sewa beli sangat baik untuk secure antara tuan rumah dan penyewa. Selain tu, dokumen sewa rumah adalah antara dokumen sokongan kepada tuan rumah untuk buat pinjaman perumahan lain atau apa² pinjaman melibatkan bank. So, berbaloi lah kan?

Namun, jangan lupa.. lepas siap dokumen perjanjian sewa rumah, minta penyewa tandatangan dan bawak ke LHDN untuk perekodan dan mati setem hasil. Barulah valid dokumen tu.

Kalau sapa², nak kan soft copy, boleh mesej diruangan komen dengan tinggalkan emel.

Semoga membantu.

#mystory

#sewarumah

Thursday 5 January 2023

Motor Aku Habis Minyak

 05.01.2023 | Khamis

Honda EX-5 aku memang akan minum petrol isian penuh lebih kurang 3-4 bulan sekali. Cuba hangpa bayangkan, mcm mana penggunaan motor aku ni? 🤭🤭🤭

Memandang esok Jumaat, pakai motor pi solat Jumaat.. petrol aku dah perasan 2-3 mgu lepas mcm nak empty.. harini balik sekolah, aku dengan perasaan semangat, terus start motor nak pi isi minyak petrol di FIVE Kg.Gebok.. pertengahan jalan, adehhhh.. motor aku dah semput.. mcm org x cukup nafas.. 🤣🤣🤣🤣. Aku dah agak minyak dah langsung licin ni.. "

Dengarkanlah... disepanjang jalan aku berdoa.. semoga sampai ke stesyen minyak.." 😁

My Honda Expai

Akhirnya, bersemput² kritikal, terus mati enjin.. Apa lagi, turun dan tolak laa.. jarak nak sampai stesyen minyak dah x jauh.. dalam 600-700 meter lebih kurang.. Baru 10-15 tapak menolak motor.. aku dengar ada motor berenti belakang aku.. aku toleh laa... kelibat sorang lelaki muda berbangsa India..
"Bro.. minyak habis ke?".. aku mengiyakan.. sambil senyum kambing.. hahaha.. "Takpe bro, sy tolak..".. dalam hati aku, dengan keberatan aku ni, segan pulak rasanya.. tp takpa lah.. dah brader India ni offerkan diri..

Terus dia tolak guna kaki motor aku sampai lah ke stesyen minyak FIVE Kg Gebok.. Alhamdulillah..

Aku ucapkan terima kasih kat brader india tu dan dia jawab.. "Ok bang.. No problem..." ingat nak la hulur sikit duit kopi, tp dia terus berlalu....

Kesimpulan:
Sebenarnya.. ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni sebenarnya "support each other".. Cuma ada kalanya diletakkan kayu api oleh pemimpin² politik utk membunuh semangat perkauman sesama bangsa kita di Malaysia. Aku sangat respect dengan brader India tadi sebab mahu tolong aku.. THANKS BRADER.. 👍👍👍

#cheguaanuarmenulis.nilai
#mystory

Wednesday 4 January 2023

Selamat Bertukar Sekolah Kawan..

 04.01.2023 | Rabu 

Hari ni ada momen sedey sikit la di SK Desa Jasmin bila sahabat seperjuangan berhijrah ke destinasi pilihan masing² bagi menyambung tangunggjawab utk didik anak bangsa. 2 org cikgu sekolah aku akan berpindah ke Kedah dan juga Semenyih, Selangor.

Yang diraikan

Cikgu Sarimah atau aku panggil Kak Sarimah/Sherry hampir 23 berkhidmat di SKDJ. Memang orang lama. Berada di SKDJ sejak awal pembukaan sekolah (Tahun 2000) sesuai sangat lah istilah cikgu otai atau akak kawasan 🤭. Berhijrah kembali ke negeri asal iaitu Kedah setelah berpuluh tahun berhijrah menabur bakti didalam dunia pendidikan di negeri orang. Semestinya gembira sebab dapat bertukar tp pasti hiba hendak tinggalkan tempat yg begitu sinonim dengan kehidupan kerjaya sebagai seorang guru. Semoga Kak Sarimah terus cemerlang dan gemilang serta gembira kerana dapat kembali menabur bakti dikawasan kelahiran sendiri serta mungkin juga semakin dekat dengan saudara mara. All d best Kak Sarimah. Sempat jugak aku berborak ringkas tadi dengan otai kita. "Hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri.. Ok jugak la dinegeri sendiri walaupun kawasan hujan emas pun sebenarnya ok jugak 😁😁" kata aku kat Kak Sarimah tadi..

Otai kita, Cikgu Sarimah

Next.. sorang lagi rakan dalam Matematik.. Cikgu Intan Syafinaz atau Intan SO. 1st posting di SKDJ. Selama 7 tahun di SKDJ, akhirnya memilih untuk berhijrah ke kawasan tempat tinggalnya di area Semenyih. Masuk di SKDJ utk 1st posting semestinya berikan pengalaman kepada Intan utk menerima pengalaman di "rumah" baru. Seorang yang sangat efisien dalam melaksanakan tugasan. Kami di Panitia Matematik, kehilangan seorang lagi guru Matematik selepas Kak Hamidah bersara sebulan yang lalu. All d best untuk Intan SO. Semoga tempat baru memberikan cabaran yang baru serta pengalaman juga baru.

Cikgu Intan SO

Selamat maju jaya buat kedua²nya.. Cikgu Sarimah dan Cikgu Intan..

Kesimpulan:

Bila menjadi guru, kadang² penghijrahan itu juga perlu tak kisah lah setelah berpuluh tahun kita disuatu stesyen kerja kita. Aku pun mungkin akan terus di SKDJ sampai pencennnn atau dipindahkan ke mana² atau aku berpindah ke negeri mana².. Penang ka, Kedah ka.. Selangor ka.. Mana kita tau.. Kita boleh la buat planning, tp "master planning" Allah yg pegang.

Walau macam mana pun kita seronok bekerja di negeri lain, perasaan utk kembali ke negeri sendiri atau yg dekat sikit dengan kampung halaman senantiasa ada lebih² bila dah semakin tua.. hahaha

p/s: Ni aku pesan siap² kat sini.. Kalau lah aku nak pindah sekolah, tak payah la buat apa2 okey.. Nak gerak mcm tu ajer.. segan.. suppp.. suppp suupppp, terus hilang..  🤭🤭

#mystory

#cheguanuarmenulis@nilai 


Monday 2 January 2023

Azam Baru 2023

Salam Tahun Baru 2023!!!

Inilah yang aku cuba nak praktikkan untuk tahun pertama bermula 01.01.2023. Aku cuba nak kurangkan sharing di dalam media sosial FB / IG / Status Whatsapp.. Aku cuma akan sharing apa² yang sesuai pada pandangan aku dalam blogspot sb blogspot ni tak ada kenalan ataupun follower kecuali laaa ada yg senyap² intai penulisan aku dalam blog aku ni laa.. Hahahaha..

Try la tgk utk suku pertama 2023 😁😁.. 


Membeli rumah? Tutup mulut awak. 🤫

Membeli kereta baru? Tutup mulut.🤫

Akan berkahwin? Tutup mulut.🤫

Pergi bercuti / makan angin? Tutup mulut.🤫

Pergi kursus? Tutup mulut.🤫

Telah dinaikkan pangkat? Tutup mulut.🤫

99% selalunya sebab impian dan visi kita tidak menjadi kenyataan apabila sepatutnya, adalah kerana kita terlalu cepat membuka mulut kepada orang yang salah pada masa yang salah.

Kita tersilap berkongsi projek / kejayaan kita dengan orang yang mengaku sebagai "kawan". Hasad dengki dan cemburu yang rendah sudah cukup untuk orang ramai memberi makan dan meruntuhkan apa yang BOLEH ADA, sebelum ia berlaku, jadi... Tutup mulut anda!!!🤫

Majoriti "kawan" anda, ingin melihat anda berjaya tetapi Tidak pernah lebih baik daripada mereka!!

Dan hanya peringatan! Ahli keluarga pun ada rasa dengki yang tersembunyi!!!

Tetapi, mereka tidak boleh menghalang apa yang Tuhan sediakan untuk anda! Lihat lebih sedikit

Kredit: Owner / Negeri Sembilan Kini