Thursday 30 June 2022

Pasca Covid19

Ketika tak dengar dah kes positif Covid19, kami sekapai karam kena jangkitan virus Corona.. sungguh tak sangka.. 😁😁

Harini hari ke-9 dari tarikh aku buat RTK positif Covid19. Selalunya aku baca artikel tentang kesan² pasca Covid19. Tp, la ni aku sendiri mengalami sindrom cepat keletihan akibat virus yang dah masuk ke badan aku baru² ni.



Apa yang aku rasa tu?

1.Sampai ke harini aku makan minum tak berbau. Makan tak terasa.. Bancuh ayaq nescafe, kalau dak, aroma nescafe punyala surrrr bau dia, huh, takdak bau.. masuk muka dlm gelas, sayup² ada la sikit bau aroma Nescafe.. Semalam pulak, aku pi Nasi Kandar Pelita kat Seremban, kot² boleh selera dan berasa sikit masa makan, namun mengecewakan. Punya lah boh banjir sikkandaq, suap masuk mulut, tak rasa apa.. potong laa hai.. 😅😅

2.Kelesuan. Semalam 1st day ke sekolah, dari rumah okey.. bila ke sekolah byk berjalan, mula aku rasa cepat keletihan. Sebelum ni masuk kelas, boleh pakai speaker volume maksimum, tp dua harini dah x terdaya.. Tak boleh dah all out buat presentation. Lepas mengajaq la ni, kalau kuat sikit push, jadi tak cukup nafas.. harap² bersifat sementara.

3.Mood pun swing. Aku ni kira nak tidoq saja.. hahaha.. mungkin cepat letih, jadi nak tidoq saja la kejanya.. 😁😁

So, harap² simptom pasca Covid19 yang terkena kami sekeluarga ni akan berlalu.. dan dapat la aku jalani kehidupan seperti biasa.. mungkin simpton² pasca Covid19 juga berbeza mengikut jantina, usia, berat badan, dan lain²

Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah.. masih diberikan peluang utk menikmati kehidupan dimuka bumi Allah.

Tuesday 28 June 2022

Membesar Sebagai Johan

Ramai org kata, anak tunggal ni untung.. kesayangan mak ayah.. 😄😄😄


Anak aku, memang lah tunggal tp bukan semua benda boleh dimanjakan.. ada part okey, boleh layankan.. ada part yg x okey, dia kena akur dan patuh.. aku kali ni nak story hal princess aku yg sorang ni.. bermula dari sekolah rendah..

Sekolah Rendah
Mcm kawan² guru lain jugak, aku bawak Dina ke sekolah aku sb mama Dina bukanlah seorang guru walaupun minat yg mendalam jadi cikgu dan SPM lagi bagus pada aku, namun bukan rezeki mama Dina utk jadi cikgu.. Tak apa lah..

Mem aku, awai² dah pesan dengan Dina.. dirumah, abah is abah.. tp di sekolah, abah tu Cikgu utk org² lain.. mem aku bab ni memang straight wooo.. hahahaha.. Jadi, Dina memang kurang la kelebihan pada murid² lain yg mak ayah bukan cikgu sb memang dia akan jadi murid yg bukan ayahnya ada di sekolah tu. Sebagai contoh:
1. Aku x benarkan Dina utk makan dengan aku di kantin (kawasan makan guru). Nak makan, pi makan kat tempat murid lain makan.

2. Sebelum pi sek, make sure bawak duit, bekal dan apa² lah peralatan sek. Pernah satu hari, mem aku lupa bagi duit makan. Dina x mai cari aku wpun aku ada saja di sekolah.. dia pi pinjam duit kawan dia. Memang dia akur arahan mama dia.. kesian jugak bila la ni aku pikiaq.. tp ok laa.. berdikari kan..

3. Tak pernah gunakan kelebihan aku sebagai cikgu Maths utk meminta² hin soalan periksa. Pernah sekali aku saja nak test dia.. Dina nak tgk soalan Maths tak? Dia dengan jujur TAKNAK katanya.. Tp kesian dia, bila dpt result Maths bagus, kawan² kata "Ko ok laa.. ayah ko yang buat soalan.." See.. hurmm

Sedikit kelebihan yg gunakan oleh Dina ialah, bila waktu balik.. aku bagi la duduk meja aku di Bilik Guri sebelum aku balik..

Alhamdulillah.. Sepanjang disekolah rendah, belajar akademik bagus.. agama bagus.. cuma anak aku ni kurang la sikit hal ko-kurikulum.. biasala.. Nobody perfect.. "Kalau A pandai main bola, dia x semestinya pandai semua hal akademik.." Akhirnya, UPSR 2016, Dina 1st kohort KSSR (new silibus) yang keputusan staight A's hanya 1% daripada calon UPSR seluruh negara. Di SKDJ, hanya 7 org saja dapat straight A's (6A). Semuanya kawan² Dina. Alhamdulillah.. Walaupun 6A x boleh bawak ke universiti, tp kepuasan bagi yang berusaha bersungguh².


Sekolah Menengah
Dengan keputusan 6A UPSR 2016, Dina dpt tawaran ke Kolej Tunku Kurshiah.. Disebabkan anak sorang dan rasa masih budak² nak hantar dia berdikari ke asrama, lepas meeting, tak jadi hantar ke TKC.. Ramai org keliling aku mcm marah la jugak sebab x bagi Dina ke TKC.. Tp aku tetap percaya walaupun sekolah harian, kalau usaha bersungguh², pasti menemui kejayaan. Bahkan lebih membanggakan kalau sekolah harian boleh cemerlang SPM sb kita boleh faham mcm mana SBP/MRSM akan perah budak² dia supaya cemerlang SPM berbanding sekolah harian yg mana budak tu sendiri ke triple usaha kalau nak sama kejayaan dengan budak SBP.


Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, berkat usaha yang bersungguh² Dina disamping ajaran guru² sekolah, dijelmakan PT3 dengan 7A3B. Keputusan yang agak tidak memuaskan hati Dina. Tp aku kata takpa.. PT3 dinilai oleh guru sendiri. Aspek "bias" sedikit sebanyak mesti muncul. Takpa.. SPM lah misi terakhir.

16.06.22 yg lepas, sekali lagi.. Allah SWT izinkan Dina genggam 11A (semua A). Syukur alhamdulillah.. Dina calon tunggal Sains Tulen + Agama yang dapat straight A's di SMKDC. Dalam suasana pandemik Covid19 ditambah pulak 2 tahun sekolah on off on off.. memang menyulitkan..


Kelahiran 2004 jugak 1st kohort KSSM yang silibus sangat² mencabar.. semuanya sangat² struggle utk calon² ni yg perlukan kekuatan mental & fizikal dalam menghadapi SPM..

Kesimpulan:
Belajarlah dimana² saja sekolah, sama ada sekolah harian atau sekolah berasrama penuh atau MRSM, asalkan ada daya usaha yang bersungguh², insyaAllah akan dapat kecemerlangan yang hebat.

Friday 24 June 2022

SPM : Permulaan atau Pengakhiran?

 Ketika anak aku (batch kelahiran 2004) baru menjejak kaki ke Tingkatan 4, dunia dikejutkan dengan kemunculan virus yg kita pun x pasti betapa dasyatnya penangan Coronavirus ni. Amat² dasyat.. Sampai ke la ni pun masih ada kes +ve Covid19 walaupun dah 2 tahun lebih menapak.

Cukup lah intro pasai Covid19 sb semua org diseluruh dunia dah tau. Aku nak cerita hal keputusan SPM2021 yg diumumkan Khamis lepas. Anak aku salah sorang calonnya 😁 .

Apa kaitan Covid muncul dan SPM2021?

Kaitannya, proses persekolahan bersemuka tersekat sepanjang 2 tahun Covid19 menyerang dunia. Bermula Mac 2020, sekolah ditutup lama. Kemudian bukak sekejap.. Tutup balik.. bukak sekejap.. Tutup balik.. Begitulah sampai dipenghujung 2021. 

Anda² diluar sana patut tau la betapa struggle nya anak² SPM2021 ni sebab?

1. SPM 1st kohort utk KSSM yang mana kebanyakan format peperiksaan berubah dan silibus yang tinggi.

2. Tidak bersekolah secara berterusan selama hampir 2 tahun. 

Jadi, secara teorinya.. kita lihat betapa dasyatnya cikgu² sekolah yg berusaha berikan maksima mungkin secara online & budak² yg taknak tercicir dlm SPM, berusaha tuisyen secara online. Sebab apa depa usaha? Sebab nak berjaya dalam SPM sebagai permulaan kehidupan dalam fasa yg baharu okey.. tp bukan pengakhiran sebenarnya.. 

Namun, lepas result SPM2021 keluar minggu lepas, menjadi trending pulak.. antaranya.. 

"Biar x berjaya dlm SPM, janji jaga solat dan agama" 

"Aku berjaya hafaz Al-Quran wpun kurang berjaya dalam SPM" 

"Tak payah straight A's pun no problem, sebab akang dtg, ada yg gagal SPM tp jadi boss" 

"Pelajar cemerlang SPM x patut diraikan sebab yg gagal akan terguris hati dan peraaaan" 

Ok. Yg ni hanya sebahagian kecik la jadi trending.. Kat sini, sebenarnya yg menjadi trending begini adalah sebab.. 

Parent calon SPM2021 yg mana anak dia x cemerlang.. atau tak dpt A langsung dalam SPM sebenarnya hati dah sentap, kecewa.. sedih dengan pencapaian anak depa. Apa yg aku ckp ni, kenalah akui.. 

Cuba fikir.. kalau lah anak dia atau calon SPM tu sendiri dapat straight A's, ada ke dia nak keluarkan statement² yang meraban? Semestinya takkan.. 

Penulis bersama princess penulis 

Dalam FB baru ni, aku terperasan, ada seorang parent ni, meluahkan rasa mcm bunyinya.. 

"Walaupun anakku tak cemerlang dalam SPM, ibu tahu kamu anak yang baik.. x tinggal solat.. mendengar cakap ibu.. biar lah x dpt straight A's, tak apa.. asalkan bla..bla..bla.." 

Apa yg ibu tu luahkan sebenarnya meluahkan kekecewaan sebab anak dia x dpt straight A's.. ditunekan la kata anak dia bagus sikap dan itu ini.. cuba kita reverse balik kalau anak dia straight A's.. ada ke dia nak keluarkan statement tu? Semestinya takkan.. 

Aku yakin, budak² yg straight A's SPM ni bukanlah nak kutuk, kecam dan memerli kawan² yg keputusan kurang bagus. Budak² yg bijak ni depa pemikiran beberapa langkah ke depan dan mentaliti depa sedikit maju dari org lain. Jadi, bila depa peroleh 9A, 10A, 11A mahupun 12A, biarkanlah kat depa.. itulah kejayaan depa setelah penat lelah berusaha. Apa salahnya kan?

Kepada yg dok kata mcm² tu, fikirkanlah.. takkan lah budak straight A ni x solat.. takkan la budak straight A ni x hormat ibubapa atau org yg lebih tua.. takkan la budak² straight A ni x pandai mengaji Al-Quran. Ada jugak yg mengandaikan.. yg berjaya, kerja besar², gaji besar², mak ayah pun xnak peduli. Alamak.. dangkalnya pemikiran.. 

Tak semua mcm tu. Ada anak² yang hebat tahap pendidikannya x pernah abaikan keluarganya.. dan tak jugak dinafikan, anak² yg rosak pendidikannya bukan semuanya pasti akan jaga org tuanya dengan sempurna. Semuanya adalah terpulang pada didikan keluarganya / mak ayahnya.. 

 "Ko tak pandai, ko pasti akan jaga mak ayah bila mak ayah tua nanti.."

"Ko pulak pandai SPM.. Belajar universiti pandai².. bila ko keje besar, mesti ko x akan jaga mak ayah kan?"

Anda² tau tak betapa susahnya depa ni berusaha.. dikala org lain tidur, depa berjaga.. dikala org lain pi tgk wayang, depa masuk kelas online.. dikala org lain enjoy, depa tak putus study dan sentiasa solat sunat tahajjud supaya diberikan kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Ada juga yg berusaha bersungguh², tp rezekinya tertulis setakat itu saja.. kena lah redha.. tp secara lazimnya, kalau yg kurang berjaya tu anda² pun dah tahu bagaimana tahap usaha mereka kan? 

Kesimpulannya.. wajar lah mereka² yg berjaya dalam SPM diraikan.. diupkan.. sebab teruk depa berusaha untuk mencapai kejayaan tu. Jangan pulak tak raikan dek sebabkan nanti yang kurang berjaya tu sedih. Habis tu? Sapa pulak nak fikirkan perasaan mereka² yang terlalu excellent ni? Asyik nak memikir kepada yang tak cemerlang pulak. Tak patut la trend mcm ni diamalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

Penutup: Aku ucapkan TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!! kepada anda² semua calon² SPM2021 yang cemerlang tak kisah lah 7A / 8A/ 9A /10A/ 11A / 12A.. ANDA MEMANG HEBAT!!! 

Kepada yang kurang berjaya, anda jangan risau.. byk peluang sambung belajar yang disediakan oleh pihak kerajaan utk membantu anda terutamanya bumiputera.. mohon la selagi boleh. 


Nota: Artikel ini ditulis ketika aku berkuarantin dirumah akibat Covid19 Gelombang Baru (25 Jun 2022)

Wednesday 22 June 2022

Kisah Perkhidmatan Perunding Takaful

Assalamualaikum wbt..

Setelah bertahun aku x berblog, tiba pulak aku menulis harini.. 😁😁

Aku nak story ttg service ejen takaful.. untuk info, ada 2 senario okey..

Senario 1: (AIA Takaful)
Polisi ni aku ambik utk plan medical card anak dan wife aku. Ambik melalui online saja.. wasap pi wasap mai, agen tu dpt closing sales. Agen melayu perempuan. So far ok la.. kalau tanya cepat jawab dan kiranya memudahcara kita la.. tp malangnya, lepas setahun ambik polisi, dia dah berenti sb tukar syarikat..

Nak buat mcm mana.. tp yg x bestnya, dia dok pulak suruh aku tukar polisi dengan dia melalui company insurans yg dia masuk. Dia kata better than AIA (yg dulu dia kata AIA is the best takaful operator).. Kesan dia kalau aku tukar syarikat, cooling period medical card wife dan anak aku automatik akan bermula baru. So, dengan AIA dah lama habis cooling period, takkan nak ikut cakap dia pulak. Kalau ikut dia, dah tentu ambik lagi masa menunggu utk cooling period. Pastu, x lama pulak, dia "lompat parti" lagi..  Hangpa tau ka apa tu cooling period tu? 🤭🤭 .. Google ja lah okey..

Agen bangsa cina

Jadi, disebabkan dia stop dengan AIA, automatik polisi medical card wife dan anak aku dikawal oleh manager agen tu seoorang perempuan berbangsa cina. Baru ni aku ada buat penukaran kaedah pembayaran dengan tukar kad kredit. Dia bagus monitor bantu aku. Akhirnya selesai dalam tempoh yang singkat saja.

Senario 2 (Great Eastern Takaful)
Yang ni polisi hibah utk aku. Agennya lelaki melayu. Sebelum aku ambik polisi ni, dia punya layan pertanyaan kita, punyala laju.. akhirnya aku setuju la ambik polisi takaful hibah plan dengan agen melayu ni.

Baru² ni, kad debit aku rosak. Tukar baru. Automatik potongan bulanan aku utk bayaran polisi aku terhenti sb no.kad debit dah bertukar.. so, aku pun wasap la agen ni yg aku harapkan boleh uruskan hibah bila aku dah tiada nanti. Tp malangnya..

Agen bangsa melayu

Jam 2pm aku wasap, malam baru reply.. tu pun sebab malam tu aku yang wasap tanya lagi.. sampai ke harini dia langsung tak update dengan aku.. utk rekod, aku wasap dia 15hb Jun 2022, harini aku menulis dah 24hb Jun 2022 (diedit) maksudnya dah 10 hari tanpa khabar. So, mcm mana pulak potongan bulan depan? Akhirnya, terpaksalah aku bayar la direct online..

Conclusion:
Boleh nampak beza takaful consultant melayu & cina? Bukan sengaja aku nak compare.. tp semuanya based on situasi yg berlaku kat aku dlm masa yg terdekat ni. Namun, aku percaya, bukan semua agen takaful berbangsa melayu mcm ni punya sikap, tp ada segelintir mungkin.

Akhir kata.. zaman la ni dah canggih, kita buat lah apa yg kita rasa boleh buat sendiri.