Tuesday 20 June 2023

Kesesakan Hospital Kerajaan

 20.06.2023 | Selasa

Tengah hari tadi, dari Nilai aku ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah [dulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM] sebab ada appointment dengan doktor. Sudah menjadi rutin aku dan mem aku setiap 5 atau 6 bulan ke HPUPM untuk pemeriksaan kesihatan berkala.

Bila nak ke HPUPM, mestilah kena lalu ikut Hospital Serdang.. setiap kali lalu, tak dpt aku nak gambarkan keadaan kenderaan kiri kanan bahu jalan bermula di flyover hala ke Hospital Serdang sampai lah ke lampu isyarat nak masuk hospital, punyalah sesak dengan kereta. Bukan sampai lampu isyarat saja, malahan lepas lampu isyarat sampai lah ke lagi satu lampu isyarat [nak ke MAEPS] kiri kanan bahu jalan penuh dengan kereta pesakit mungkin, atau waris pesakit atau yang ada temujanji hospital.Apa yg cuba aku share ni tentang kesesakan di luar hospital dan semestinya didalam hospital pun cornfirmlah sesak sangat. 

Aku pernah dengar luahan seorang kawan yang mana ada temujanji kali pertama di Hospital Serdang [Pusat Kardiologi Hospital Serdang] atau hospital jantung yang baru beroperasi dalam 2-3 bulan kebelakangan ni.. Kawan aku tu datang dari Rembau sebelum Subuh sebab beranggapan nak dapat giliran antara yang terawal. Sampai di hospital jam 6.30am mcm tu.. dia terkejut bila tengok barisan dah melingkar orang menunggu giliran. Siap bawak bangku mudah alih lagi. Kalau yang datang dengan anak, ok la sikit sb anak boleh la beratur ambik giliran, cuba bayangkan kalau dah berusia, kena beratur awal pagi mcm tu.. Kan mcm susahkan diri.. Tapi kadang² dah jadi keperluan, terpaksa lah datang juga ke hospital. Kawan bgtau lagi, dia selesai keluar pintu Hospital jantung tu jam 4pm.. Cuba lah kita bayangkan.. Punya lah lama berurusan di situ sebab apa? Mestilah sebab ramai sangat pesakit yang perlukan rawatan jantung.

Kerajaan Malaysia melalui KKM aku rasa dah cuba yang terbaik utk penuhi aspirasi kesihatan rakyat. Tp iya la, sakit bukanlah "dijemput".. Bila² pun boleh sakit. Istilah mencegah itu lebih baik daripada merawat aku rasa sangat baik utk mula diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Sepatutnya penjagaan makanan dan aktiviti senaman boleh membantu mengurangkan risiko terima pelbagai penyakit. Aku ulang.. "mengurangkan risiko".. bukanlah jaminan 100%.. 😁😁setidak²nya bila rakyat tahu dan berusaha menjaga kesihatan diri melalui kawalan penjagaan makanan seharian dan melakukan aktiviti senaman secara berkala, mungkin akan dapat membantu mengurangkan kesesakan pesakit di hospital dan secara tak langsung, membantu diri sendiri kekal sihat dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.Dengan cara begini, dengan kadar 80-90% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, semestinya dapat mengurangkan risiko penyakit. 

Kadang² di zaman sekarang ni, aku tengok mcm² makanan dan minuman viral yang kelihatan mengiurkan selera kita macam desert² merecik, yang secara tak langsung gunakan bancuhan kadar gula yang tinggi dan campuran bahan² yang kurang berkhasiat utk badan dijual dimerata² tempat. Makanan dan minuman pelik² ala-ala hipster ni patutnya dihentikan supaya tidak memudaratkan badan kita. Contoh paling senang, dulu² kita beli pisang goreng biasa saja. Zaman sekarang, pisang goreng disalut & dikisar dengan cheese tabur kat atas pisang goreng.. memang la sedap tp paham² lah.. aku pun kadang² belasah jugak la, tp 2-3 bulan sekali pun payah. Pisang goreng tu sendiri pun sebenarnya dah terlalu banyak kolestrol bila digoreng dalam minyak yang banyak. Inikan pulak di add-on dengan cheese.. Itu lah antara penyebab risiko pelbagai penyakit jika amalan ini diteruskan. Teringin nak makan tu boleh, tapi bukanlah menjadi tabiat. Sekali sekala tak ada masalah utk menikmati makanan begitu. [Teringat pulak kat goreng pisang cheese 🀣🀣]. 

Berbalik pada asal rencana aku ni, faktor kesihatan diri perlu ditingkatkan penjagaannya jika pada masa depan, kita berhajat untuk kurangkan kesesakan "tetamu" yang hadir ke hospital² kerajaan mahupun hospital swasta. Semoga sedikit sebanyak artikel ringkas dapat bantu memburu impian kita untuk jaga kesihatan diri dan keluarga. Insyaallah..

p/s: Artikel ringkas ini adalah pandangan peribadi penulis. 




Thursday 8 June 2023

Keputusan SPM calon 2022

 08.06.2023 | Khamis

Insan hebat, my princess

Harini keluar keputusan SPM bagi calon² SPM2022.. Bila saat mcm ni, automatik rasa sebak terkenangkan kenangan ambik result SPM Dina tahun lepas. Orang lain mungkin byk kali boleh ambik result SPM anak, tp kami ni lah sekali 😁😁😁

Alhamdulillah.. berkat usaha yg gigih Dina.. siang malam pagi petang.. buku sentiasa menemani.. diadun dengan tahajjud dan mengaji Al-Quran setiap malam, menghasilkan keputusan cemerlang gemilang sebab aku sendiri masa sekolah dulu bukan kategori pelajar cemerlang.. Dina dapat 11A.. Straight A.. Bukan pencapaian yang mudah sebab 2 tahun on off sekolah akibat Covid19.. dan ditambah pulak Dina ambik aliran pure Sains + Agama.. dan hanya sekolah harian biasa walaupun pernah dipanggil oleh TKC by call masa Tahun 2016 dulu.. Syukur kepada Allah SWT kerana walaupun sebutir puteri yang kami ada, Allah hadirkan pakej luar biasa kepada Dina.. Terima kasih Allah..

Kepada calon² SPM 2022 yang ambik result tadi, TAHNIAH kepada yang cemerlang.. Tahniah jugak kepada yang kurang cemerlang.. Laluan perjalanan masih panjang.. Kepada yang cemerlang, anda mempunyai pelbagai laluan utk masa depan utk memilih Asasi, Matrikulasi, Kolej Mara, IPG atau mana² yang sesuai.. tak kurang jugak kepada yang kurang cemerlang, masih byk ruang TVET dan kemahiran yang disediakan oleh agensi kerajaan utk sambung belajar di peringkat sijil dan diploma.

All The Best semua !!!

Sunday 4 June 2023

Cuti Khas Kpd Kumpulan Ini

 03.06.2023 | Sabtu


Selalu kita dengar, kerajaan melalui kementerian berkaitan terutamanya mengusulkan pelbagai kemudahan untuk wanita dan keluarga. Di antaranya dulu ialah kemudahan cuti bersalin dilanjutkan ke 90 hari dan lain² keistimewaan kepada penjawat awam atau kakitangan wanita. Jika diperhalusi lagi, cuti² khas ini diberikan kesinambungan pulak jika anak² dijangkiti penyakit berjangkit dimana ibu atau bapa akan diberikan cuti kuarantin khas selama 5 hari untuk setiap anak. 

Aku tidak langsung menafikan kebaikan kerajaan untuk menambahbaik keistimewaan kepada kakitangan awam yang terlibat terutama dalam urusan melahirkan anak dan jugak cuti² khas kuarantin anak sakit ini sebab memang secara langsung memberikan kebaikan kepada keluarga.

Tetapi, adakah pihak kerajaan lupa kepada dua golongan ini? Siapakah itu??

Mereka ialah kumpulan kakitangan awam yang tidak berkahwin sehingga lanjut usia dan satu kumpulan lagi ialah pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunya zuriat

Adalah tidak adil jika pihak kerajaan langsung tidak memandang kepada insan² ini yang juga patut sekali diberikan sedikit ganjaran kepada mereka. Ada juga sampai ke bersara masih tidak dianugerahkan zuriat oleh Allah SWT. Mereka ini bukan tak mahu anak, tapi sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui. Bila tiada anak, bermaksud TIADA CUTI BERSALIN 90 hari & TIADA LAH CUTI KUARANTIN anak tak sihat.

Kumpulan lagi 1 adalah kakitangan wanita yang bujang atau tidak berkahwin sehinggalah mereka lanjut usia. Mereka ini bukan tak mahu berkahwin, tp jodoh mungkin belum tiba. Kumpulan mereka ini TIADA CUTI BERKAHWIN + TIADA CUTI BERSALIN + TIADA CUTI KUARANTIN.

Jom kita buat kiraan kasar:

Cuti bersalin 90 hari x 3 org anak = 270 hari sepanjang perkhidmatan.. Cuti kuarantin tu tak perlu lah kira sebab bukan semua orang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit. Namun jika ambik cuti kuarantin, sepanjang perkhidmatan mungkin akan ambil dalam 50 hari ambik lumpsum.. Jadi, total cuti bersalin + cuti kuarantin = 320 hari sepanjang perkhidmatan. Dari segi angka, memang kelihatan sanagt besar cuti yanh diperuntukkan itu.

Jadi, kadang² aku rasakan kerajaan perlu wujudkan atau ambik peduli sedikit supaya diberikan sedikit keistimewaan kepada kumpulan mereka ini dengan sesuatu yang mengubat hati mereka. Sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan "Cuti Khas Gantian" kepada mereka yang tidak berkahwin dan mereka yang tidak mempunyai anak.

Cuti Khas ini diberikan secara bersasar lah. Kalau dah berkahwin 10 tahun dan tidak ada zuriat, tahun ke 11 perkahwinan, diberikan cuti tambahan 2 hari untuk pasangan tu pergi bercuti atau sebagainya. Kalau 20 tahun berkhidmat selepas 10 tahun berkahwin, barulah 40 hari jumlah cuti yang diberikan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan keistimewaan kepada mereka yang dimurahkan rezeki dengan zuriat sejumlah 300 hari.

Cuti Khas ini jugak patut diberikan kepada kakitangan yang tak berkahwin [pegawai² kanan fikir lah term & conditon].

Nampak lebih adil kan? 

Aku harap idea dan pandangan aku ni dapat diperhalusi oleh pihak kerajaan supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih adil dan saksama dibawah pentadbiran kerajaan yang sangat cemerlang

Wallahualam...

Mohd Anuar Saed

Nilai, Negeri Sembilan.