Monday 27 February 2023

Part 1: Bercuti ke Pulau Langkawi

Bila dah cuti sekolah, ditambah pulak anak pun ada cuti seminggu, berpikir lah untuk makan angin.. asalnya dah beli tiket ke Kota Kinabalu utk tarikh 25-28 Feb 2023, tp last minute IPG buat pindaan cuti.. tak tergamak la pulak aku dan mem aku fly ke KK tp nak hantar awal Dina ke IPG.. Kesian pulak.. so, batalkan ke KK.. Burn gitu ja lah tiket sb kalau nak tukar tarikh, utk Batik Air penalti 1 org = RM250.. Belum campur beza harga tarikh baru lagi.. takpa lah.. Tu namanya bukan rezeki.. Tp akhirnya rezeki dipertemukan dengan tiket flight murah untuk bercuti ke Pulau Langkawi.. RM72/pax utk KUL - Langkawi - KUL.. Walaupun masa yg murah tu tak beropa ngam, tp boleh laaa.. Jomm pi lagi Langkawi.. 😁😅😁😅😁😅😁😅

RM216 utk return flight 3 pax

Day 1: 21.02.2023 | Selasa | 

Jam 4pm 

Sempat ke Mantin beli pisang goreng Cik Jenal dulu dan parking kereta di sekolah. Ambik Grabcar ke KLIA2 RM24. Lepas sampai terminal KLIA2, aku nak check-in luggage dulu. Ada lagi 2 jam sebelum penerbangan masa aku sampai KLIA. Dari rumah, aku dah siap² check-in.. So, tak la kalut sangat. Cuma luggage kena self check-in. Tak susah pun. Terus ke Kiosk Mesin Air Asia.. scan QR Code yg ada pada boarding pass aku.. Ikut ja arahan. Tagging bag boleh print berapa byk yang hangpa mau.. Kalau ada 4 beg, print la 4x.. Kemudian lekat la kat tempat yang sesuai pada luggage hangpa.. Asalkan bar code tu tak terlipat sebab nanti beg akan auto scan. Bawak beg ke tempat nak lepaskan beg. Kena scan lagi sekali boarding pass kita.. Ikut saja arahan. Make sure beg x lebih la dengan berat yang dah dibeli.. Kalau ada masalah, jangan risau sebab ada AA Assistant akan tolong kalau kita tak pandai. Lepas dah hantar beg, boleh la pusing² terminal KLIA2 sebelum pi boarding. Flight aku jam 7.40pm, sejam sebelum tu elok la masuk ke kawasan pelepasan. Nasib pintu aku pintu 6. Tak la jauh sangat nak berjalan naik flight nanti. Tengah² syok makan, dpt notification flight delay sejam. Takpa la.. nak buat lagu mana. Tunggu ja lah.. So, penerbangan jadi jam 8.50mlm baru lah boleh berlepas. Keadaan dalam flight 80% penuh lebih kurang.. Cuaca pun x baik sangat sebab hujan. Jadi, perjalanan awal tu jenuh la jugak bergegar².. Alhamdulillah dalam 60 minit, AK6322 selamat mendarat di Pulau Langkawi.. Lebih kurang dekat jam 10mlm la boleh selesai ambik bagasi semua..

Dina buat sendiri tagging luggage

Air Asia assistant boleh tolong






10.00mlm

Wasap agen sewa kereta, Afif Fahmi.. Aku panggil dia "bang" saja.. 😁😁. Memang baguih.. aku sangat rekeman lah kalau hangpa plan nak mai Langkawi ni utk ambik kereta dengan Afif ni. Dah banyak kali aku mai Langkawi, ni lah org yang paling tenang, paling senang, paling sempoi sepanjang aku berurusan. Aku order Myvi baru. Tapi Afif bgtau aku 1 hari sebelum aku pi, boleh dak Bezza baru? Harga sama.. RM120 asalnya dia bagi aku RM110.. Sebab cuti sekolah.. Kalau weekday atau weekend biasa, Afif kata dalam RM70-80 saja sehari. Afif mmg dah tunggu di airport. Aku terus buat full payment dan Afif bawak pi kat kereta. Memang betoi. Bezza baru. Kalau tgk milage baru 21,000km.. dengan bau showroom tak hilang lagi.. Minyak ada 1 bar. Sempat la aku teruih pi Kuah tanpa isi petrol dulu. Overall, utk kereta sewa, aku sangat² berpuas hati. Aku harap hang boleh maintain service mcm ni Afif utk future. Lupa nak habaq, aku jumpa Afif ni kot TikTok.. 😁😁😁. Aku bagi no.phone dia kot kalau ada yang nak pi holiday ke Langkawi.. 0173555754..





10.30pm

Perut dok lapaq pulak. Dalam perjalanan, aku stop saja 1 kedai makan ni. Nama aku x ingat. Tp kedainya belah kiri nak ke Kuah.. bertentangan dengan Kedai Minyak Gamat Sireh Lagenda ni belah kanan. Kedai makan aku ni belah kiri. Aku nampak kat menu set gulai ikan termenung. Apa lagi, aku pun order laa.. Mem aku makan nasi goreng kampung. Pun sedap. Pekena dengan teh ais yang piyor.. Adoiii.. Kemain sedap set nasi dengan gulai termenung 3 ekoq. Termenung saiz kecik² tu yang set dia mai 3 ekoq tu. Cicah sambai belacan pulak, memang rasa nikmat la sangat walaupun agak lewat malam. Alhamdulillah kenyang..



11.15pm

Aku booked Hotel Bayview di betoi² Pekan Kuah.. Kawasan Perniagaan Pakdak Mayah. Harganya murah sangat la bagi aku. RM112/semalam untuk bilik katil king tanpa breakfast. Aku memang ambik yang x mau breakfast sebab nak la kota try makan pagi yang lain sikit. Selalu sangat dah breakfast di Nilai, kali ni pusing² sikit la Langkawi.. Hihihi.. Bercakap soal bilik, lepas masuk bilik, memang aku puas hati sangat. Dengan viewing Mahatower, nampak jugak laut sikit, memang menarik sangat. Bilik puas luas boleh berlari² dalam bilik.. Hahaha.. Ada bathtub (aku mmg x suka) dan ada juga shower untuk mandi dengan bilik air yang luas. Segala kemudahan bilik disediakan mcm iron, iron board, pengering rambut, mini fridge dan lain² keperluan asas. Malam², aku pun mengadap lah Mahatower tengok lampu dok bertukar² colour.. Hahahaha.. Pemandangan yang cantik. Kedai makan, bank, kedai coklat, semuanya dalam 100m saja. Cuma malam² x la happening mcm di Pantai Cenang. Lagipun, aku memang suka rileks dalam keadaan x serabut. Rileks² santai².. Overall, aku puas hati dengan Bayview Hotel Langkawi.. 5 bintang aku bagi 👍👍👍








Lepas solat, aku pun tertidurrrrr.. esok pagi lepas Subuh, ada projek yang jarang² berlaku di Langkawi.. Tungguuuu story Part II (Day-2)

#mystory

Friday 10 February 2023

Menulis di blogspot

 10.02.2023 | Jumaat

YB (yang besarrr) tengah berucap

Sekarang ni aku lebih suka menulis disini sb aku dapat menulis apa yg aku rasa nak tulis tanpa ada sekatan. Blogspot ni satu ketika dulu tempat sharing pelbagai info, tp lepas FB, IG, Twitter dan media sosial lain wujud, blogspot ni tenggelam ditelan zaman 😁😁😁. Tambahan pula, skrg ni ada TikTok yg memang meletup² penggunanya.

Menulis kat sini boleh tulis tanpa memikirkan rakan² kita, saudara mara kita, kawan² kita, follower² kita nak terasa hati atau tak. Walaupun, ada kalanya penulisan kita bersifat natural saja, tp mungkin jugak sedikit sebanyak akan tersentuh sensitiviti rakan² kita. Jadi, tak best jugak kan. Kita tersekat utk menulis, kawan kita pulak terasa apa² walaupun bukan niat kita.. So, bagi aku, buat masa ni, aku suka menaip disini untuk berkongsi kisah² kehidupan atau pengalaman atau apa² saja yg aku rasa tak menyentuh peribadi sesiapa kecuali, sapa makan cili, tiba² dia akan tersedak kepedasan.. Yang tu awal² aku mintak maaf lah ya..

Berkongsi pengalaman dan bercerita didalam blog ni dah lama aku buat. Sejak tahun 2011 lagi aku dah menulis didalam blogspot.. So, dah jadi sebati dalam jiwa akum hampir 1,000,000 viewers blog ni sejak aku buat dulu. Walaupun skrg dah x ramai yg baca blog, aku x kisah pun asalkan aku boleh menulis apa yang aku nak tulis tanpa memikirkan keterasaan pihak² lain aku aku kenali. Kalau di FB, semua friend tau.. Hahahaha..



Wednesday 8 February 2023

Sarapan Pagi Hari Bekerja

 08.02.2023 | Rabu

Jam 7.30am keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Jam 7.58am punch card dan keluar minum pagi. Kemudian jam 9.00am atau kadang² sampai jam 9.30am baru masuk office. Itu yang punch dan keluar sarapan. Yang bawak bekal sarapan lebih baik, makan di pantry office tp makan sambil berborak².. berborak.. berborak.. sedar² jam 9.15am dah.. baru masuk kerja..

Gambar hiasan

Persoalan: Betulkah kitaran kaedah sarapan yang kita amalkan pada hari bekerja?

Waktu bekerja bagi sektor kerajaan biasanya jam 8am - 5pm termasuk waktu rehat. Waktu rehat biasanya jam 1-2pm.

Tiada istilah waktu sarapan pagi kerana waktu rehat bekerja hanya 1 jam setiap hari. Jadi, datang pejabat, punch card dan keluar sarapan adalah budaya kerja yang tak betul. Sepatutnya, sarapan siap² atau bawak bekal ke pejabat. Jam 8am sepatutnya sudah mula menjalankan kerja² pejabat. Namun, sebahagian masyarakat atau dikalangan pekerja sudah menjadi budaya mereka datang office dan keluar semula untuk breakfast. Bila sudah menjadi budaya, adalah susah untuk menukar kaedah sarapan begitu melainkan adanya ketegasan daripada pihak Ketua Jabatan atau leader masing². Cuba bayangkan.. 1 hari 1 jam curi waktu bekerja utk sarapan.. 1 tahun anggaran 250 hari bekerja = 250 jam.. 10 tahun = 2500 jam.. Bagaimana kita nak ganti waktu tu? Haaa.. insaf kan? 😁

Kadang², bos² ni, ada kakitangan yang bagus, bila sharp on time terus buat kerja.. sarapan siap² sebelum waktu bekerja, tapi staff mcm tu la pulak jadi sasaran. Yang benar² bermasalah, tak diusiknya.. Kepada bos², kena ingat, jawatan kita ni bersifat sementara sahaja. Besar dosanya jika tak melaksanakan amanah dengan betul. Yang salah perlu ditegur, yang bagus perlu dipuji.. jangan amalan jadi terbalik.. Yang salah tp pandai bodek, dipuji².. Yang rajin x pandai bodek, dikeji² dan disusah²kan.. Apa yang aku maksudkan ini adalah realiti.. Perlu telan walaupun pahit..

Laksanakan lah tugasan dan tanggungjawab tu dengan baik dan amanah.

Wallahualam

#mystory

#cheguanuar@nilai 

p/s: Penulisan ini berdasarkan realiti kehidupan dan tidak ditujukan kepada sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia

Tuesday 7 February 2023

Nasi Kandar Saddam di KL

 07.02.2023 | Selasa

Baru² ni aku dah jumpa the best Nasik Kandaq Penang di KL.. byk kali dok baca review kwn² kandarian di FB NKH (Nasi Kandar Hunters) pasai Nasi Kandar Saddam ni. NK Saddam dah bukak 3-4 cawangan di KL kalau x silap aku..

Jadi, baru ni aku try la terjah NK Saddam di Jalan Tunku Abdul Rahman, KL.. memang sedap, padu, bertenaga.. ada la ala² sikkandaq di Penang..


So, aku bagi rating 4.75/5 sebab rasa yang sesuai dengan tekak aku. Alhamdulillah 

My GCR calculation

 07.02.2023 | Selasa

Bercakap berkenaan GCR (Gantian Cuti Rehat), memang menguntungkan jika mempunyai baki maksima 160 hari pada tahun akhir perkhidmatan sebelum bersara. (aku dah ulas dalam artikel sebelum ni)

Harini nak kira GCR aku..

Baki 2022 GCR = 95 hari

Tempoh berkhidmat = Lagi 13 tahun x 15 hari = 195 hari

Total = 95 hari (2022) + 195 hari (hingga tahun 2036)

So, jumlah 290 hari.. - 160 utk GCR, maka dalam tempoh berbaki 13 tahun perkhidmatan ni, aku boleh ambik Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 130 hari.

Jika dipuratakan, setahun = 10 hari aku boleh mohon CRK. Kalau tak guna CRK dengan baik, rugi jugak lah sewaktu bersara nanti.

Kesimpulannya, utk kwn² kita yg usia 40 tahun ++, jangan la kita tertanya kenapa selalu CRK.. dia mestilah dah ada calculation utk claim GCR dan bila byk berbaki waktu pencen, rugi lah dia kalau tak ambik CRK. Biarkan lah dia bercuti untuk urusan keluarganya atau apa² urusan sekalipun ataupun dia nak pergi bercuti. Jangan nak pertikaikan pulak ya. 😁

Biarpun hak ketua jabatan meluluskan CRK tersebut, tp harus diingat, guru juga berhak diberikan CRK jika itu suatu keperluan dia. Jangan disebabkan hak kita sebagai ketua jabatan berkuasa utk pertimbangkan sehingga menafikan hak guru yang nak mohon cuti  bagi keperluan dirinya.

#mystory

Pelajar cemerlang di sekolah. Perlu diraikan?

Di penghujung sesi persekolahan 2022/2023, memang ketika ini musim Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan akan bakal di adakan di semua sekolah diseluruh Malaysia. Tidak lah terkecuali dengan sekolah aku yang tahun ni cuba kelainan dibuat di waktu malam.. 😁

Aku terpanggil nak menulis bukan sebab apa. Selepas tahun anak aku UPSR (2016), keluar pekeliling kalau tak silap aku mengatakan, "Tiada majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR 2017".. Demi menjaga perasaan pelajar yang kurang cemerlang.. Lebih kurang begitulah lah bunyinya.. 

Sebenarnya, kenyataan ni akan melibatkan responbalas dari 2 pihak iaitu parent yang anaknya memang cemerlang dan semestinya responbalas sebelah pihak lagi dari parent yang anak mereka kurang cemerlang dalam bidang akademik. Aku nak ulas benda ni dari sudut kumpulan golongan masyarakat biasa bukan dari side ahli akademik dan sebagainya.

Sudah menjadi rutin dalam kehidupan, bila seseorang insan berjaya sesuatu, orang terdekat atau ahli keluarganya akan meraikan kejayaan tersebut. Diluar konteks pendidikan, misalnya anak kita tamat membaca 30 juzuk Al-Quran, ibubapa yang ambil berat akan hal ini akan meraikan anak mereka dengan bersedekah pulut kuning kepada guru yang mengajar bersama rakan². Jadi, disini juga akan ada istilah meraikan anak² yang berjaya menghabiskan atau khatam Al-Quran.

Dalam konteks pendidikan, sebenarnya pelajar cemerlang ini adalah sangat perlu diraikan oleh pihak sekolah kerana apa? Kerana setiap pelajar cemerlang ini ada liku² kesusahan mereka berusaha untuk mengecapi kejayaan dalam bidang akademik. Bukanlah suatu usaha yang ibarat melepaskan batuk ditangga, tp satu usaha keras yang akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Kenapa perlu dinafikan hak mereka untuk diraikan kecemerlangan mereka dengan memikirkan perasaan dikalangan pelajar yang kurang cemerlang? Jika anda pelajar cemerlang, semestinya akan terasa hati apabila pihak sekolah langsung tidak meraikan kejayaan anda setelah anda berusaha bagai nak gila bagi menempah kejayaan. Adakah perlu difikirkan perasaan pelajar lain? 

Sepatutnya, pihak sekolah atau KPM perlu bijak menilai apakah bentuk kaedah yang sesuai bagi meraikan yang berjaya & menghargai yang kurang cemerlang. Mungkin boleh wujudkan 2 majlis bagi menggembirakan semua pelajar disekolah tersebut. Ini lebih baik daripada menyisihkan kedua² kumpulan pelajar ini iaitu yang cemerlang dan kurang cemerlang. Ibubapa khususnya yang anak mereka kurang cemerlang, semestinya lah bersetuju untuk tidak diraikan.. tetapi cuba ketika keputusan diumumkan, anak mereka tiba² berjaya cemerlang, adakah mereka mahukan anak mereka berlalu begitu saja? Semestinya lah dalan hati ada sekelumit perasaan mahu anak mereka diraikan sedikit dengan kejayaan tersebut.

Sekali lagi apa yang perlu dilakukan ialah.. "MERAIKAN pelajar cemerlang & MENGHARGAI pelajar kurang cemerlang"

Kepada yang mengeluarkan idea ini di KPM ketika 2017 itu, cuba kita bayangkan.. Perlukah diwujudkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Tak payah ambil jauh, kita fokuskan juga di dalam kawasan sekolah.. Semua guru mengajar.. semua guru membantu program² sekolah.. semua guru berusaha untuk kejayaan anak² murid.. TETAPI, kenapa dalam 100 orang guru, hanya 6-7 orang sahaja diberikan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG? Apa guru lain tak cemerlang? Terasa tak hati lagi 93 orang guru tu? Semestinya lah sedikit sebanyak akan terasa.. So, kenapa tak mansuhkan saja Anugerah Perkhidmatan Cemerlang supaya yang tidak cemerlang itu tak terasa atau berasa hati atau tersisih. Hal APC ni lagi dasyat daripada meraikan pelajar sekolah. Sebab meraikan pelajar cemerlang ni memang ada perbezaan usaha sb pelajar cemerlang mereka punya usaha berlipat ganda daripada pelajar yang kurang cemerlang. Memang layak lah mereka diraikan. Berbeza dengan APC, semua orang bekerja dengan bidang tugasan yang sama. Walaupun guru A lebih bagus dan menghasilkan kejayaan kepada murid, tp akhirnya guru W yang dianugerahkan APC.. betul ke mcm tu?

Benda simple mcm ni pun kadang² sebagai pagawai tinggi dalam kerajaan tak dapat nak fikirkan. Penyakit orang kita ni biasalah.. Bila kumpulan bawahan berikan idea atau pandangan yang memang betul, bernas tp tak mahu gunakan. Kenapa? Sebab orang atasan akan terasa tercabar kenapa dia x boleh berfikir mcm mana pegawai bawahan dia berfikir. Walaupun cdgn pegawai bawahan itu bagus, tetapi akan dibakulsampahkan sebab mengatasi pemikiran pegawai tertinggi tersebut. Kebenaran itu kadang² rasanya pahit namun kena juga telan..

Anyway, berbalik kepada meraikan pelajar cemerlang, aku sangat setuju. Tak dapat dinafikan. Sehingga harini, semua sekolah meraikan pelajar² cemerlang akademik dalam majlis² hari anugerah cemerlang. Mana boleh kita nak hadam kecemerlangan pelajar kita tidak diraikan. Jika sekolah bersetuju dengan saranan KPM suatu ketika dulu bahawa pelajar cemerlang tidak perlu diraikan, makan saban tahun TIADALAH HARI ANUGERAH CEMERLANG pelajar² sekolah.

Wallahualam..

#mystory