Tuesday 16 August 2022

Part 2: Cerita di IPG KL

 16.08.2022 | Rabu (Part 2)

Sambungan dari Part 1 (dari kaca mata seorang ayah , guru dan orang awam)

Lepas 3 hari Dina di IPG, aku nak bgtau mcm mana pun x pasti.. Yang nyatanya, dia mungkin rasa kejauhan sangat dengan aku dan mama nya walaupun 47 min aku boleh sampai ke situ dari rumah aku. Jadi, mem aku pun mulakan siasatan, awat yg mcm x selesa.. kemurungan.. tak ceria.. selalu wasap bagitau dia rasa x seronok. Dina ada jugak tanya aku tentang tarikh daftar Asasi Sains @ UiTM yang jadual daftar pada 09.08.2022. Nampak mcm Dina seolah² nak quit dari IPG dan ke UiTM sebab peluang ke YTP Mara (UKM - Farmasi) dah tertutup sebab tarikh yang sama daftar IPG 01/08/22. Pasrah saja lah..

Cantikkk

Tp as a hero utk princess aku, aku senyap² cuba contact semula pihak MARA dan UKM. Aku kena standby sebarang kemungkinan utk keputusan tak dijangka kalau² Dina nak quit dari IPG dan ke mana² peluang yang dia ada. Kadang² aku pun dok terpikir, disebabkan aku kah Dina decide ke IPG atas kerana mcm aku halakan Dina jadi cikgu? Aku sebenarnya nak dia yang ikhlas utk ke mana demi masa depan Dina. 3 peluang yang besar utk Dina pilih betoi² sukar nak buat keputusan. YTP Mara ni nasib la aku pilih local universiti saja. Aku punya firasat, kalau pilih ke luar negara pun Dina berpeluang sb SPM Dina yg cemerlang 11A. Kalau kata dpt pi Jerman ka, France ka, aku dok rasa pakai x bagi dah pi 🤭🤭🤭

Berbalik pada kisah x seronok di IPG.. Hari ke-3 Dina di IPG, aku decide utk jumpa Ketua Jabatan HEP utk discuss dengan perkara² yang aku rasa perlu tahu direct dari org yang betul² boleh buat decision. Alhamdulillah, perjumpaan face to face berlangsung selama 40 minit lebih kurang, dapat bagi aku input yang baik daripada pihak HEP. Aku respect cara Ketua Jabatan HEP yang boleh dibawa bincang. Senang aku dengan beliau. Bukan itu saja, juga aku dapat face to face dengan Ketua Warden dan seorang lagi asisstane kepada KJ aku rasa. So, dengan pencerahan beliau, aku dapatlah tenangkan Dina utk seketika.

Berbalik pada YTP - Mara.. pada hari ke-3 tu jugak, sambil aku memandu ke KL, sempat aku call MARA dan UKM yang menguruskan pengambilan pelajar YTP Mara. Aku dengan jujur bercerita ttg masalah Dina decide ke IPG tp lepas daftar rasa kurang selesa. Cuba kita bayangkan.. MARA bagi peluang hanya 5 org saja utk program Farmasi di UKM termasuk anak aku ni, tp kami menolak peluang utk daftar pada 01.08 haritu. Jadi, bila kita perlukan semula peluang ini, mungkin tipis sangat.. harapan cuma 5%. Aku berterima kasih kepada Puan Nik yg begitu komited bantu Dina utk MARA berikan peluang kedua utk kembali daftar bersama UKM dan terus ke AsasiPintar selama 1 tahun. Hasil discussion dengan UKM dan MARA, akhirnya pihak MARA bagi peluang kepada Dina. Jam 6pm hari Rabu tu, Puan Nik call aku bgtau MARA proceed nama Dina diterima kembali utk ditaja oleh pihak YTP MARA. Hanya berikan jawapan YA, pihak UKM akan emelkan form setuju terima. Sampai ke tahap macam tu lah datangnya peluang kedua.

Apakah hikmah yang mungkin tersurat atau tersirat? Kenapa ada peluang kedua utk Dina kembali ke UKM selepas tak daftar pada hari yang sepatutnya.. Semuanya menjadi persoalan kepada aku dan mama Dina.. Mungkinkah peluang ini hadir utk kukuhkan alasan utk check/out IPG dan check/in UKM? Susah bukan utk buat keputusan? Aku pun bgtau Dina, dia ada 2nd chances jika betul² nak ke UKM dengan prog Farmasi. Aku bagi masa 24 jam utk Dina fikir dan aku ke IPG keesokkannya utk face to face dapatkan jawapan yg ikhlas dari Dina.

Akhir sekali, lepas aku buat full presentation pasai UKM dan IPG.. Jawapan yang keluar dari mulut Dina:

1.Saya nak jadi cikgu..

2.Saya nakkan pahala mendidik walaupun org kata saya boleh pergi lebih dari IPG

3.Saya risau Prog Farmasi susah dan takut tak lepas sebab MARA pun tetapkan pointer sekian² utk ke Prog Farmasi.

Jadi, kesimpulannya, Dina memilih profesion perguruan dengan rela hatinya tanpa ada paksaan dari aku walaupun aku seorang guru yang sudah hampir 22 tahun bergelar guru. Jadi, sebagai tanda hormat, aku telefon pihak UKM utk sampaikan kemaafan sebab kali ke-2 menolak tawaran YTP MARA utk ke UKM. Puan Nik ok saja.. dia kata, biar lah pelajar yang pilih mana dia nak belajar dan fikirkan kerjaya masa depan mereka.

So, maksud kembalinya peluang kedua tu bukanlah perlu kita terus grab.. Peluang kedua tu ada kalanya sebagai satu evidens utk buktikan bahawa peluang asal yang pertama & yang samar² itu adalah peluang yang lebih baik dan sempurna.

Lupa nak ucapkan terima kasih byk² utk kakak dan adik aku.. 2-3 org kawan yang byk bagi pandangan peribadi depa untuk bantu kami buat keputusan yang terbaik. Dan melayan call aku.. 🤭🤭

Akhir sekali, selama 15 hari di IPG, aku nampak kehidupan Dina lebih stabil.. pergaulan lebih nampak baik walaupun tak semua nya bagus dan aktiviti dengan kawan² sebilik pun bagus. Semoga kekal selama 5 tahun pengajian. InsyaAllah..





Part 1: Coretan Daftar IPG KL

 15.08.2022 | Selasa (Part 1) 

Dari kaca mata seorang ayah dan seorang warga pendidik serta orang awam.

Harini hari ke-15 Dina stay kat IPG.. Dan harini baru lah sempat aku nak menulis sedikit coretan ttg permulaan Dina masuk ke IPG hinggalah hari ini hari ke-15.. Coretan aku ni sikit sebanyak satu hari nanti, bila aku dah warga emas, boleh lah terimbas balik kenangan 2022 ni 🤭🤭🤭


Apa mcm?

Selama 18 tahun aku dan mama Dina bagi "protection" mcm screen protector la kan supaya elok dan dilindungi sepanjang masa. Tp bila dah tamat sekolah, mau tak mau kena lah lepaskan jugak walaupun hati aku as a papadom dan mama Dina berat sangat nak lepaskan. Dina lagi la.. seminggu sebelum tarikh 01.08.2022, dah nampak mcm susah hati saja sebab nak mulakan chapter baru dalam hidup dia. Sebenarnya, bukan chapter baru tu hidup Dina saja, malah termasuk kehidupan aku dan mama Dina auto akan berubah sebab hanya Dina saja lah anugerah Allah SWT untuk kami.

Hari pendaftaran ok saja. Semuanya berjalan lancar. Daripada 96 org pelajar baru yang patut mendaftar, kalau tak silap aku cuma dimaklumkan hanya 70 org saja yg hadir daftarkan diri. Mungkin bakinya tu ada pilihan lain yang lebih diminati. Lepas pendaftaran, terus ke Kolej Kediaman yg dah didaftarkan. Dina dapat Kolej Kediaman di Blok 9. Untuk pengetahuan, seperti biasa lah.. Blok Kolej Kediaman ni dah lama. Dikhabarkan Blok 8 & Blok 9 tu kategori baharu, tp aku sendiri x nampak mcm mana kategori baru tu sb lif pun x boleh digunakan khabarnya juga makan tahun. Its OK. Parent memang x dibenarkan masuk ke rumah pelajar. Maksudnya semua barangan yang dibawa pelajar depa kena bawak naik sendiri. Its OK. Biasalah tu.. Pelajar baru.. Ada juga JPP yang membantu dan sebaliknya. 6x jugak lah Dina naik turun naik turun ke tingkat 2. Nampak sangat keberdikarinya anak aku yang sorang ni walaupun sebelum ni tak la agresif mcm tu. 😄😄😄.. Keadaan bilik yang Dina dapat, sebenarnya agak menyedihkan lepas Dina send gambar. Bilik sempit diletakkan 4 katil rapat² agak tak selesa. Tapi, aku paham sebab aku pun keluaran maktab perguruan, tp bilik aku dulu xlah sesempit mcm tu punya bilik. Nak study sendirian didalam bilik pun x selesa. Kalau matlamat nak kekang Covid-19, maka, ianya sangat lah tidak praktikal. Namun, aku rasa bangga jugak dengan anak aku sebab dia x rasa susah pun dengan bilik kediaman dia tu. Dia terima dengan hati yg redha. Aku yang bapak nya ni pulak rasa sedih. Tp Its OK ja. Kita faham bagaimana keadaan bangunan kerajaan yang dah berpuluh tahun binaannya.

Viewing dari balkoni rumah Dina

Saat kita berpisah (mcm lagu IKLIM 🤭)

Sebaik lepas selesai angkat semua barang ke bilik dia, depa terus kena pi surau utk program seterusnya yang diuruskan oleh JHEP dan JPP.. maka, berpisahlah buat sementara antara aku, mama Dina dan Dina.. Dina ni x pernah masuk asrama walaupun ada peluang ke TKC masa Form 1 dulu.. Ni kiranya 1st time Dina akan melalui kehidupan baharu dengan cara tersendiri. Kami memang takdak nak peluk cium beriya² menangis walaupun Dina tu anak sorang kami dan pertama kali dia meninggalkan rumah. Just, salam cium tangan peluk sikit, Dina terus kata, bye² mama abah.. dan teruih pi mcm tu saja. Aku paham sgt. Dina mmg x boleh lama² peluk cium bagai sb nanti dia akan sedih sangat. So, kami pun bye² kan saja sambil berdoa kepada Allah SWT supaya terus memberikan perlindungan kepada puteri kami yang sorang ni.


Minggu Orientasi

Secara jujurnya, aku paling menyampah dan meluat dengan istilah "Minggu Orientasi". Sejak aku sekolah menengah dulu.. Aku rasa, patut ada pihak yg tukar la nama tu kepada nama yang lebih komersial. Contohnya, KANTIN.. Zaman dulu iya la.. zaman la ni tukar lah ke BISTRO ka.. CAFE ka.. lebih moden dan sesuai serta millenium. Ok. Stop.

Dina terus dengan minggu orientasi. Memang agak padat. Aku sangka, musim² endemik Covid19 ni, tak lah begitu padat jadual nya. Sampai jam 12am-1am jugak la baru tamat setiap hari. Aku dok perati tempat² lain macam Matrikulasi / Uni x pack sangat. Byk jugak yang program yang campur².. online separuh, bersemuka separuh. Its OK. Terpulang la pada pengurusan.. maybe ada sebab la kot jadual orientasi penuh. Merapatkan ukhwah maybe salah satu objektif asas untuk mana² minggu orientasi yang dijalankan.

Alhamdulillah.. sampai Sabtu (6 hari), Dina dan batch PPISMP 2022 berjaya selesaikan minggu orientasi walaupun dikhabarkan ada dikalangan pelajar yang demam dan sebagainya. Untuk pengetahuan, dalam pertengahan minggu orientasi ni, aku ada ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) berjumpa dengan Ketua Jabatan HEP. Untuk apa aku jumpa?

Nantikan next episode

Kalau org yang sayang anak, cornfirm dia rasa rindu sangat dengan anaknya tambahan pulak macam aku yang tak ada anak lain untuk difikirkan kisah hidup depa.. 15 hari direct Dina dah pandai berdikari tidur malam bertemankan cahaya Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Menara TM Avengers. 😁😁😁😁Yang penting, dah 2 minggu kuliah, Dina nampak happy dan kelihatan bertambah serasi dengan kawan² serumah. Semoga berkekalan kebahagian depa..

Harap minggu ni pihak sepatutnya benarkan aktiviti outing / bermalam supaya dapat 'cucikan' mental pelajar yang dah masuk hari ke-19 pada hari Jumaat ini tidak dibenarkan keluar dari Kolej Kediaman.

Anyway, thanks utk semua team pengurusan JHEP dan JPP yang berjaya memberikan jalan serta panduan kepada pelajar baharu utk melalui fasa baru kehidupan mereka sepanjang 5 tahun pengajian di IPG.