Monday, 27 July 2026

Jiran Yang Pengotor

Dulu.. Jiran belakang rumah aku ni aso.. Baik saja orang nya.. Kalau CNY, mesti bagi buah limau.. Masa Dina kecik, bagi angpau kat Dina.. 2-3 tahun kebelakangan ni, anaknya dah sewakan rumah ni lepas aso meninggal dunia. Penyewa berbangsa melayu. 




Bertahun jugak bukak tingkap belakang, nampak keadaan mcm ni. Punyalah pengotor jiran belakang rumah aku ni. Lepas tu suka tabur nasi bagi burung merpati mai belakang rumah. Dan sebelum ni, bela kucing dalam rumah. Baru2 ni dia x bagi kucing dia masuk rumah. Hanya bagi makan saja kat belakang rumah. Akhirnya, kucing ni buat jamban kat slab belakang rumah aku ler..

Keadaan belakang rumah aku penuh taik kucing

Kerja aku pulak la nak membasuh belakang. Sejak belasan tahun sebelum ni, takdak pun kucing yang berani jambankan belakang rumah aku tempat dia melepaskan hajat. Cuba bayangkan.. Tak boleh tahan ooo..

Mcm2 la jiran2 aku la ni.. Nak cakap susah.. Tak cakap, pendamkan dalam hati saja la.. Cukup lah isu jiran pengotor belakang rumah aku ni.. Akhir sekali, apa yang boleh aku buat? Terpaksa buat aduan Majlis.. Alhamdulillah.. 

Lepas beberapa hari, dia dah bersihkan kawasan belakang. Kan senang kalau dari awal ko bersihkan. Tu kan rumah ko duduk hari2. Tak faham aku. 

Dah bersih. 

Belakang rumah aku pun dah aku bersihkan

Dan lepas ni, harap jiran2 sini faham la kesalahan bagi makan burung merpati. Burung merpati ni boleh bawak penyakit. Dan ada akta yang sabitkan kesalahan beri makan binatang di kawasan terbuka. 

#mynameisanuar

Wednesday, 22 July 2026

Bila Nak Pindah ke Tronoh?

Setiap kali dari Tronoh nak balik ke Nilai, hati selalu bertanya.. Bila dapat jadi permanent residence kat sini? Bulan Julai ni, genap 3 tahun ambik kunci rumah.. Dalam tempoh 3 tahun tu, beli itu ini buat itu ini sikit2 pun dah lebih RM50K.. Byk jugak labur dengan bayo monthly installment tanpa ROI.. 😒 

Soalan selalu aku tanya bila nak kunci pintu rumah.. Bila nak pindah ke sini? Bila boleh nak mengajar belah2 Perak sini..

Jawapannya.. Insyaallah.. Paling cepat hujung 2027.. Paling lambat Jun 2028..

Bergantung pada result eg-tukar 

Bergantung pada keizinan Allah SWT

Kalau panjang umur murah rezeki..

Kalau rancang macam manapun, kalau Allah tak izinkan, maka, sampai tua bangka duduk di Pajam niii.. 😁😁😁



Tiap2 bulan memang aku akan ke Tronoh.. Kadang2, masuk minggu ke-3, dah nak balik Tronoh.. Stay di hotel merosot teruk sampai 90% πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜€πŸ˜€.. Nikmat stay di weekend home ni lain mcm vibe nya.. Biarpun penat 270km ke Tronoh.. Tapi nak jugak balik.. 🀣🀣🀣

Sekian..

#mynameisanuar

#mas

#mystory

Thursday, 16 July 2026

Part 01: Dari KL ke Warsaw, Poland

Dah seminggu Dina balik ke Malaysia, baru sempat aku menulis.. Menulis sebagai satu coretan.. Sebuah perjalanan seorang anak.. 

1.Bila balik Malaysia.. Banyak yang dikongsikan dengan aku dengan mama nyer.. Banyak pengalaman yg dapat dijadikan panduan. Betul la kata Dina. Pergi melancong tak sama dengan pergi program yang Dina join. Pergi program ni memang bergaul, berkomunikasi 100% dalam English dan memahami kawan2 dari pelbagai negara. Ada yang bertanya, mcm mana apply course mcm ni? Di Malaysia masih ada program2 pertukaran pelajar yang diaturkan oleh sesetengah Uni tapi bukan semua. Individu yang apply sendiri akan ada melalui tapisan jugak sebab sesetengah negara menaja program2 short course ni yang melibatkan kos yang besar. Jadi, semua org ada peluang, cuma kena tahu dimana, bagaimana nak apply. By the way, Dina ke Poland dibawah tajaan sebuah agensi kerajaan Poland (NAWA) yang taja 15 hari program ni termasuk bagi duit tunai mingguan, penginapan, aktiviti termasuk trip ke Vilnus, sebuah bandar di negara Lithuania. 

2.Berbalik pada journey Dina.. Kadang2, tak sangka dia dapat jejakkan kaki di negara Poland, salah sebuah negara Eropah. Bagi yang memang selalu travel, maybe biasa bagi depa tapi tidak bagi aku, Mama Dina dan Dina. Luar biasa bagi kami semua. Bukan senang nak lepaskan anak perempuan bergerak solo ke negara Eropah.

3.Lepas Dina masuk Balai Pelepasan, perlahan2 aku dan Mama Dina ke Masjid KLIA untuk solat maghrib. Lepas solat, cepat2 ke Anjung Spotter KLIA nak tunggu Qatar Airway terbang ke Doha dari KLIA. Flight take off lewat 30 min dari jadual asal. Sepatutnya 8.20pm tp terbang jam 8.50pm. Hanya Allah saja yang tahu perasaan bila Qatar Airway betul2 atas kepala aku dan Mama Dina. Aku rasa, jauh sangat anak aku nak terbang sampai ke Poland. "Ya Allah.. Kau berilah perlindungan untuk anak kami".. Hanya itu yang mampu hati berkata2. 😒 

4.Siapa pernah terfikir untuk lepaskan seorang anak perempuan dan tunggal, seorang diri.. Menerbangkan diri ke sebuah negara Eropah dengan penerbangan sehingga 15-16 jam penerbangan dengan hanya bertemankan doa perlindungan dari Allah SWT. Penerbangan Dina dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar ambik masa dalam 7 jam. Transit di Doha dalam 3 jam sebelum tukar kapal terbang dari Doha ke Warsaw, Poland. 

5.Budak seusia 22 tahun untuk pertama kali, dan secara solo berjaya jejakkan kaki di Qatar terlebih dahulu. Cuba bayangkan lah.. Kalau aku sendiri, pun rasa bercelaru dan tak berani melainkan ada kenalan kita sama turut serta. 

6.Bak kata Mr. Thiru, pensyarah Dina di IPG.. "Once you dah masuk flight, you sudah tak boleh patah balik lagi.. You kena teruskan apa yang telah dicatat dan dirancang. Tapi, ketika you masih di kawasan departure hall, masih ada peluang untuk patah balik.." Betul lah kata Mr Thiru tu. Untuk info, harini (14/7), Dina ke IPGKBA jumpa JHEP dan mentornya, Mr Thiru utk bagi souvenir dan share story. Memang lecturer JHEP support program yang Dina join di Siedlce, Poland. 

7.Penerbangan dari Doha ke Warsaw, Poland ambik masa dalam 6 jam lebih kurang. Aku cuba bayangkan, tibanya Dina di airport Warsaw, bukan ada jemputan. Yang jemputnya adalah transportation hotel tempat Dina bermalam untuk malam pertama di Poland. Masa sampai di hotel, nasib baik atas negotiate Dina, dapat check in awal hotel. Masa tu sampai di hotel jam 8.30am (waktu Poland). Nak tunggu check in sebenar, jam 3.00pm. Kan lama lagi tu. 😁😁

Di luar Warsaw Airport. 1st time jejak Poland.. πŸ’ 



8.Ketika di Malaysia, dapat text sorang kenalan di Thread yang buat master di Warsaw. Sharifah, orang Malaysia yang pertama Dina boleh ngopi2 😁. Alhamdulillah.. Boleh lah ada sorang kawan dari Malaysia yang mungkin boleh bantu kalau ada masalah sepanjang 20 hari di Poland. Sharifah pun baru belajar di Warsaw bulan Mac 2026. Masih newbie jugak lah tapi at least dah ada pengalaman.

9.Malam pertama Dina di luar negara berlalu dengan baik. Dengan suhu yang cecah 15 darjah celcius kata Dina walaupun di Poland menghampiri musim summer. Aku dan Mama Dina dah Subuh, tapi waktu di Poland jam 12am. Sebelum Dina tidur, sempat lah kami bervideo call sebab ketika tu kami sibuk nak ke tempat kerja. Penangan waktu berbeza buatkan aku dan Mama Dina biasanya jam 4am dah terjaga sebab nak tanya perkembangan anak. Nama pun anak. 😁😁 

10.Keesokan hari, dah janji dengan sorang kawan sama program, dari Turkey. Jumpa di bandar Warsaw untuk tren ke Siedlce (macam KL Sentral la 😁). Sepanjang 2H1M di Warsaw, masih ada jualan makanan halal. Nak cari makanan halal di Warsaw tak susah sangat sebab ramai orang Arab / Pakistan yang meniaga kebab dan beriani. 1 set nasi beriani lebih kurang RM45 tapi portion makan untuk 2-3 orang kata Dina. 

Begitulah kisah Dina di hari pertama dan kedua di bandar Warsaw, Poland. Belum lagi ke universiti di Siedlce yang ambik masa perjalanan tren dalam 1 jam 30 minit. 

Bersambung...... 

#mynameisanuar 



Sunday, 12 July 2026

Tecer Bella ke Warsaw, Poland

 08.07.2026 | Rabu

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..

Anak teman dah selamat balik ke Malaysia selepas lebih kurang 20 hari di Siedlce dan bandar Warsaw, Poland. Peluang yg datang mungkin sekali seumur hidup dan bukan semua orang dapat. So, nikmatilah dan rasailah..



Ambiklah seberapa banyak pengalaman semasa di benua Eropah. Sepanjang program ni, dapatlah Dina merasa berada di dua negara eropah, Poland dan Lithuania.



Dan, yang pasti, berjaya Dina terbang solo dari Kuala Lumpur transit di Doha, Qatar & terus ke benua Eropah tanpa aku dan mama Dina atau sesiapapun dari Malaysia. Yang temani Dina hanyalah doa dari aku dan Mama Dina selain saudara-mara & kawan2 yang sama2 kirimkan doa.




Semuanya dengan izin Allah SWT. Syukur alhamdulillah.

Penghargaan dan terima kasih buat:

✅ Pengarah, JHEP dan pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, KL kerana beri kelulusan dan sentiasa memberikan dorongan dan kata2 semangat. 

✅ University Of Siedlce sebab bagi peluang mengikuti program "Get to Know Poland Better"

✅ Narodowa Agencja Wymiany Akademickiej (NAWA) sebuah agency pendidikan tinggi di bawah Kerajaan Poland yang menyediakan tajaan sepanjang program berlangsung. 

✅ Tuan Tamizi & team Pejabat Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland yang memberikan respon yang baik sepanjang berurusan. 

✅ Seterusnya doa dan kata2 semangat dari saudara mara, kawan2 secara langsung atau tidak langsung yang memudahkan segala urusan perjalanan Dina sehingga pulang ke tanah air.


Akhir kata...

Mam nadziejΔ™, ΕΌe pewnego dnia bΔ™dΔ™ mΓ³gΕ‚ wrΓ³ciΔ‡ do Polski z mamΔ… i tatΔ…. 😁😁 (gpt) 

#mynameisanuar

Tuesday, 7 July 2026

Cukup 3 Tahun "Weekend Home" Perak

 07.07.2026 | Selasa

Harini cukup 3 tahun ambik kunci rumah Perak.. Rasa mcm baru bulan lepas ambik kunci rumah Perak. 😁😁 

Alhamdulillah.. Sentiasa syukur dengan apa yg Allah berikan, mudahkan segala2nya.. 

Bila laki bini suka berjalan, maka setiap bulan lah ulang balik "weekend home" di Tronoh. Kadang2 hanya 1 malam pun nak balik jugak sebab suka la.. 😍😍 

Untuk berpindah ke Perak ni, memang ada dalam perancangan cuma belum lagi masanya.. Sikit lagi rasanya.. Insyaallah

#mynameisanuar 



Thursday, 2 July 2026

Persahabatan

Kadang2.. Teringat kawan2 yang telah pergi meninggalkan kita.. Harini dah 7 bulan pemergian sahabat aku Allahyarham Cikgu Shaiful Muzammil..

4 hari lps reply status, arwah meninggal dunia

Kalau tak silap aku, 2009 aku masuk SKDJ arwah dah ada disitu atau belum tu kurang pasti. Tp yang aku yakin, belasan tahun jugak la aku bersama bekerja dengan arwah. 

Apa yang aku banggakan, arwah lah satu2 nya kawan yang selalu reply status wasap aku. Kalau 10 kali aku upload status wasap, at least 3-4x arwah akan reply. Maksudnya, arwah memang terus pertahankan engagement persahabatan. Walaupun tak perlu berjumpa, minum, mengopi dan sebagainya.

Dengan cara reply status pun dah menunjukkan arwah setia berkawan. Aku memang menghargai cara arwah mengekalkan hubungan persahabatan walaupun aku dah tak bertugas bersama2 sebab kena redeployment. 

Semoga arwah sahabatku, Cikgu Muzammil ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

#mynameisanuar