Tuesday, 29 September 2026

Mohon Award Pemberian Awal GCR

29.09.2026 | Selasa

Iklan dari JPA

Baru ni aku ada mohon Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat GCR utk Tahun 2026. Aku dan beberapa orang kawan yang layak pun mengisi dengan letak sikit harapan kot la ada rezeki tahun ni dapat tembusi redeem awal GCR. 




Masa proses hantar pun nampak mcm x lancar sebab CC aku mcm tak cukup pengetahuan untuk uruskan namun aku dan kawan2 tetap menaruh harapan. Nak melengkapkan pun byk benda kena siapkan. 

Lepas 4 bulan isi, esok 30.09.2026 tarikh tutupnya. Senyap sunyi tanpa ada apa2 update. Aku pun emel admin yang uruskan Q&A berkenaan permohonan awal ini. Akhirnya.. Aku dapat reply yang menyedihkan.. Pihak admin GCR maklumkan no. ic aku tak ada dalam urusan permohonan. Ya Allah.. Mana borangnya kalau gitu? Siapalah yang x buat submission ke JPA? 

Kpd yang tak selesaikan menguruskan urusan submission ni, kenapa tak selesaikan. Aku tak kisah kalau gagal sekali tapi ada bukti "Permohonan Anda Tidak Berjaya". 

Jangan la pulak gunakan istilah yang selalu sangat aku dengar..  "Kalau senyap tu, maksudnya tak ada laaa".. Tak betul.. Kalau gagal, kena ada notification bahawa permohonan itu gagal. 

Kenapa ada orang yang malas bekerja begini? Tak faham aku. Kan tanggungjawab kau untuk selesaikan amanah tu. Semoga kamu mendapat pembalasan yang setimpal jika kamu tak laksanakan tugas dan tanggungjawab kamu dengan sepatutnya.

#mynameisanuar 

Thursday, 24 September 2026

Rutin @HPUPM

24.09.2026 | Khamis

Hari ni seperti biasa.. Appointment rutin setiap 6 bulan. Menunggu result darah. Pilih appointment petang sebab pagi boleh hadir bekerja.

Kita nantikan result sekejap lagi.. 

#mynameisanuar 

Tuesday, 22 September 2026

Proton eMas 5 Review Jujur

22.09.2026 | Selasa

Harini.. Cukup 11 hari menikmati "kesedapan" memandu Proton eMas 5. Untuk tempoh yang singkat ni, aku buat beberapa kesimpulan tentang eMas 5:

1.Kereta senyap sangat sebab tak ada enjin.

2.Tiada push start button. Masuk kereta, tekan brek, masuk gear D, terus jalan. 

3.Handling sedap. Sound speaker sedap jugak la sebab ada 6 bijik speaker.

4.Ada function auto high beam. Yang di try masa jalan malam dalam felda. Bila tak ada kereta, auto high beam. Bila ada kereta/motor/cahaya lampu, auto normal.

5.Service setiap 20,000km atau setahun 1x service. Ok ke?

6.Testimoni utk perjalanan jauh dari Tg Malim - KL - Nilai (170km)

-Tenaga yg digunakan 20kWh

Caj DC di luar: RM1.50 X 20kWh = RM30

Caj AC di rumah: RM0.37 X 20kWh= RM7.40

Kalau petrol (Almera) = RM35

Kesimpulannya, untuk tempoh 11 hari ni, aku rasa sangatlah berpuashati dengan performance eMas 5. Harap kekal berpanjangan. 

#mynameisanuar 



Monday, 21 September 2026

Capati Kari Daging, Titi Gantung, Bota

20.09.2026 | Ahad

Alhamdulillah.. Harini, pagi ni.. Sempat ke Titi Gantung pekena capati kari daging kegemaran mama Dina dan aku ler.. Ada jugak kari kambing, tapi kami lebih gemo kari daging.. 


Setiap kali balik rumah Tronoh, mostly lah pasti akan ke Titi Gantung cari capati. Seronok makan pagi area Perak Tengah ni sebab vibe original kampung. 

Harap next month masih ada kesempatan untuk aku ke Tronoh. Hanya Allah saja yang tau seronoknya jalan2 cari makan.. Semuanya rezeki Allah SWT.. Alhamdulillah

#mynameisanuar