Saturday 30 September 2023

Membeli atau menyewa rumah? Mana yang lebih bermanfaat?

 30.09.2023 | Ahad

Semalam 29/9, genap 21 tahun ulangtahun perkahwinan aku dan mem aku lah semestinya.. Alhamdulillah.. Allah SWT berikan kami perhubungan yang panjang sehingga saat ini dan sebagai hamba-Nya yang tawwaduk, aku terus berdoa bersujud memohon supaya dikekalkan perhubungan ini sehingga akhir nafas dan berjumpa di syurga.. Insyaallah..

Rumah kami di Perak

Bercakap hal perkahwinan, semestinya sebuah kehidupan dan rumahtangga, memerlukan sebuah bumbung untuk berteduh atau meneduhi pasangan dan anak² terutamanya. Memiliki sebuah rumah idaman sudah tentu menjadi impian setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. 

Tahun 2006, seusia 26 tahun, selepas 5 tahun aku bekerja, aku sudah membeli sebuah rumah mengikut kemampuan poket sendiri. Sebuah rumah teres 2 tingkat sudah memadai bagi aku dan keluarga walaupun bukan sebuah rumah banglo. Masa tahun 2006 tu, rumah yang aku beli berharga RM131K dengan bayaran bulanan RM717 selama 25 tahun, tp harini, selepas 17 tahun, harga jualan rumah aku dah mencecah RM370K. Bila dibuat kiraan kasar, aku dah bayar rumah aku sejumlah RM137K.. So, bermaksud, jika aku jual rumah harini, aku masih ada keuntungan RM170K. Tambahan pula, ketika berusia belum 27 tahun, aku dah pindah menginap dirumah sendiri. Tak perlu la aku memiliki Mazda atau Honda CRV tapi duduk dirumah sewa. Biarlah aku pakai kereta jenama tempatan, asalkan sudah memiliki sebuah kediaman sendiri utk keluarga.

8 tahun selepas itu, tahun 2014, selepas bincang dengan mem aku, kami beli sebuah apartment di Nilai juga yang berharga RM172K. Apartment 3 bilik 2 bilik air ini memang kami beli untuk tujuan pelaburan atau pun sebagai satu aset dimasa depan. Rumah ni aku sewakan dengan nilaia sewaan RM700/bulan. Walaupun perlu add-on +-RM200 sebulan utk monthly installment + maintanance fee, tapi ianya still berbaloi sebagai aset pelaburan masa depan. Apartment ni dapat kunci pada penghujung 2017 dan awal 2018 aku dah mula bagi sewa rumah kami tu. Pada hari ini, setelah +-6 tahun, nilai jualan rumah ni dah cecah RM230K-RM250K. Dalam masa 5-6 tahun saja, boleh lah dapat sedikit keuntungan jika dijual.

Rumah ke-2 di Nilai

8 tahun lepas beli rumah ke-2, tahun 2022, aku dan mem aku kembali berbincang nak beli rumah. Bila usia dah semakin meningkat, teringin beli rumah dikawasan yang lebih dekat dengan saudara-mara. Terjebak kami dengan beli 1 unit rumah semi-D di kawasan Tronoh / Seri Iskandar, Perak dengan nilai belian RM308K dan keluasan tanah agak berbaloi iaitu 45 x 80 kaki.. Unit ni memang aku simpan utk aku balik ke Perak tak lama lagi yang bermaksud planning soft landing sebelum bersara, bukan selepas bersara.

Pada harini tahun 2023, jumlah ketiga² aset hartanah ni hampir mencecah RM1j. Alhamdulillah.. Bukanlah satu yang mudah utk memiliki harta dunia ni setelah 4 tahun menyewa rumah yang sekadar touch and go. Kesemuanya memerlukan pengorbanan. 

Aku menulis hal pemilikan rumah ni sebab 3-4 hari lepas, influencer ataupun ahli perniagaan. Khairul Aming [KA] seorang jutawan muda mengejutkan dunia media sosial kerana hanya ada sebuah kereta Perodua Bezza dan tak pernah membeli rumah. KA hanya ada kilang yang digunakan untuk operasi perniagaan Sambal Nyet nya. Rata² penasihat², pakar² hartanah media sosial mulalah job skop depa untuk meracuni fikiran anak² muda terutamanya bahawa, untuk jadi jutawan, tak perlu berkereta mewah dan tak perlu membeli rumah kerana membeli rumah dengan cara berhutang, hanya merugikan sahaja sebab interest bank yang tinggi. Dinasihatkan oleh Tuan Penasihat ni supaya menyewa dahulu rumah. Boleh beli rumah cash dengan simpan duit sikit². Jika beli cash, lebih bagus utk pengurusan kewangan yang baik.

Jom kita buat sedikit perbandingan:

BELI RUMAH

Membeli hartanah bernilai RM300,000

Bulanan: +-RM1,400 [35 tahun]

Status rumah: Memang milik peribadi aku la.

SEWA RUMAH

Menyewa rumah flat/apartment: RM800/bulan, baki RM600 simpan bulan² untuk beli rumah cash bak kata penasihat kewangan media sosial. Yang RM800 hangus lah sebab bayar sewa rumah OK.

RM600 x 35 tahun = RM252,000 yang disimpan secara konsisten setiap bulan. Mula menyewa diusia 25 tahun. Selepas kumpul duit sebab nak beli rumah cash selama 35 tahun sehingga usia 60 tahun, anda memiliki cash money = RM252,000.. banyak tak? Banyak kan?

Persoalan: Masa tu, tahun 2058, rasa² ada lagi ke rumah banglo / teres / semi-D yang berharga RM250K sebab coach hartanah media sosial kita suruh kita menyewa sampai terbongkok² usia tua? Jawapannya: Semestinya tiada.. 

Kesan & akibat: Sampai ke tua x memilik hartanah. Sangat merbahaya kehidupan ini kerana menyewa sahaja tidak menjamin kita kekal disitu. Anytime boleh kena halau oleh tuan rumah.

Sedikit tambahan. Ada sesetengah org bertuah kerana mempunyai tanah warisan ibubapa dikampung dan selalu berkata akan buat rumah dikampung suatu hari nanti. Perancangan yang baik juga. Tapi, sebaiknya memilikilah sebuah rumah didalam radius kawasan bekerja kita supaya anak² akan membesar dalam suasana yang lebih selesa dirumah kita sendiri berbanding rumah sewa. Jika kita terus merancang untuk buat rumah dikampung, rumah yang bakal didirikan dikampung suatu hari nanti tu tidak dapat dinikmati oleh anak² kerana ketika itu anak² dah dewasa dan mereka sudah ada kehidupan mereka sendiri.

Kesimpulan:

Khairul Aming tak apa. Dia jutawan.. Katalah esok dia teringin beli sebuah rumah banglo di Nilai atau di Damansara, its OK sebab dia ada cash money. Terus esoknya dia beli.

Cuba kita. Banyak sangat ke cash money yang kata nak beli rumah cash tu. Hari ni boleh semak simpanan, kerja 10 tahun berapa ratus ribu dah dapat kumpul? Mau menggigil ketiak sebab duit tak ada nak beli rumah cash. Akhrinya, menyewa lah rumah sehingga pencen atau sehingga dihalau oleh tuan rumah atau aku jalan dulu.

Pandangan peribadi aku, belilah rumah kediaman utk tempat berteduh. Janganlah terpengaruh dengan agen² FB yg suruh ikut style KA yang kaya tp x beli rumah. Kita perlu cermin diri kita adakah poket kita sama dengan poket KA. Kalau nak kira interest, semua pinjaman ada interest. Beli kereta sepit ketam pun ada interest. 

Akhir sekali, tepuk dada, tanya selera kita. Wallahualam..

#mystory