Showing posts with label Makanan Best!!!. Show all posts
Showing posts with label Makanan Best!!!. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Pekena Cendol Sedap @ Seremban

Assalamualaikum wbt ..

Harini dah 3 hari umat Islam melalui ibadah berpuasa.. Tiba-tiba teringat waktu pekena cendol sedap kat Seremban hari Ahad lepas sehari sebelum kita berpuasa. So, saja nak buat review sikit pasal Restoran Cendol Haji Shariff di bandar Seremban.



Kami sefamili, kalau lah ke Seremban, mesti beli cendol Haji Sharif ni. Sedap.. Mantop.. Terbaik..
Aku malas nak makan situ. Bungkus ja.. Bungkus atau minum, beratuq punyalah panjang.. Melayu , cina, india semua ada dok makan pasembur rojak & cendol. Bungkus cendol biasa - RM2.00..

Sapa nak try, boleh la lepas Raya nanti, pi serbu kedai cendol Haji Shariff ni.. Biar gambar yang menceritakan kesedapan cendol Hj. Shariff.. 













Monday, 28 March 2016

Pekena Nasi Kandar Line Clear @ Kampung Baru, KL

Assalamualaikum wbt..

Ermmm.. Terbaik!!
Sapa minat nasik kandaq? Aku angkat tangan.. Dulu, mem aku tak tau makan nasik kandar.. Sekarang bukan takat mem aku, anak aku pun dah turut serta menjadi peminat setia nasi kandar & nasi beriyani.. Tapi yang terbaik tetap di Penang.. 

Pernah pekena Nasi Kandaq Line Clear @ Penang dulu-dulu memang best.. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku dah tak pi.. Aku lebih berfokus kat Nasi Beriani Hamediyah.. Lagi best.. Tentang Line Clear ni, aku pun taktau apa permasalahan hal keluarga depa, depa dah berpecah kepada 2 kumpulan.. La ni Nasi Kandar Line Clear dah bukak di KL.. Memang pure Line Clear dari Penang.. Setakat la ni, dah 4 kali aku pi.. Tapi berjaya makan cuma 2 kali sebab tak tahan beratuq panjang.. Semalam, dapat la aku pi makan dengan selesa.. Sebab aku sampai time Maghrib.. Solat tak payah risau, sebab ada surau dalam Restoran Line Clear ni.. Di Kampung Baru, Line Clear ni lebih dikenali sebagai Restoran LC Nasi Kandar.. Memang terbaik!!

Sapa yang tak pernah try, hangpa memang kena pi try sekali.. Berbeza dengan kat Penang dari segi kemudahan & kebersihan.. Tandas pun OK.. Restoran LC KL ni lebih nampak moden.. Harga pun murah.. Semalam, kami 3 beranak makan:




Pinggan 1 : Nasi putih + timun (wajib dia bubuh) + ayam kapitan/ros (saiz XXL)+ telur rebus + tea o ais
Pinggan 2 : Nasi putih + timun + ayam goreng + milo ais
Pinggan 3 : Nasi putih + timun + daging hitam + telur ikan + ais kosong

Total = RM29.90 termasuk GST

Bagi aku, berbaloi la.. Air Tea O ais pun RM1.40 saja.. 

Dari segi rasa, memang baik la bagi aku.. Kiranya, sapa yang nak rasa nasi kandar asli dari Penang, tak payah pi Penang lagi.. Singgah la di Restoran LC Nasi Kandar a.k.a Line Clear Nasi Kandar..

Dari segi paking, memang ok.. Hangpa boleh parking kereta di belakang restoran.. Kalau kat depan restoran, memang la takdak parking.. 



Okey.. Line Clearrrrrrr!!


Friday, 19 September 2014

Makan @ Ikan Bakar Bagan Lalang

Assalamualaikum..

Kesibukkan tugas aku menyebabkan dah bersawang blog aku ni.. -)




Teringin makan ikan bakar?? Kalau duduk kat Nilai ni, tempat nak makan ikan bakar yang terhampir tak lain tak bukan ialah Bagan Lalang.. Walaupun harganya memang mahal kalau dibandingkan dengan ikan bakar di Pulau Pinang dan di Jeram, Selangor.. Ikan siakap saja dah RM55/kg.. Kalau seekoq mau jugak RM35 ke atas.. Kesimpulannya sekali duduk mau jugak RM60-70 untuk aku 3 beranak..

Dalam tahun ni, aku dah 3 kali try makan kat satu kedai makan yang bernama Restoran Ikan Bakar D'Bagan.. Aku memang rekeman kan kalau sapa2 nak pi makan, cari kedai ni.. Lokasinya.. Sebelum sampai tepi laut, mesti jumpa restoran ni dulu.. Sebabnya kebanyakkan restoran ikan bakar lain semuanya tepi laut.. Restoran ni sebelah kiri dalam 300m sebelum sampai tepi laut @ Bagan Lalang tu.. 

Pasai apa aku rekemankan kedai ni?? 1) Bersih.. Memang bersih.. 2) Harga memang sama tapi kuantitinya rasa aku lebih baik jika dibandingkan dengan kedai Wxx Lxx yang selalu aku makan.. Contohnya sotong goreng tepung, memang anggaran jumlahnya sama seperti yang kita pilih.. 3) Aman dan tenang.. 4) Rasanya memang sedap sedap kedai ni orangnya tak ramai ( sebab baru buka ).. 





Aku dulu memang suka makan di satu restoran ni.. Aku namakan restoran ikan bakar X.. Tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa tak puas hati dengan service dia.. Terutamanya bab kuantiti.. Tapi tak kesah sangat.. Tapi dalam bulan puasa haritu, dia menipu aku bab pengiraan.. Hati aku sebenaqnya memang tak lah kesah sangat sebab aku boleh pi argue dia.. Tapi memang cashiernya tak rasa bersalah langsung... MINTA MAAF dengan aku pun TIDAK.. Memang teruk!!!! Bukan sikit bezanya, sampai berbelas-belas ringgit jugak lah.. Start dari tu,aku BOIKOT kedai tu...

So, kepada rakan-rakan pembaca blog aku ni, aku suggestkan ke Restoran Ikan Bakar D'Bagan @ Bagan Lalang untuk dapatkan keselesaan dalam menikmati ikan bakar anda...


Tuesday, 29 April 2014

Lama Tak Pekena Nasi Beriani Penang

Rasanya.. Lama tak pekena nasi kandaq / nasi beriani original PENANG.. Kat Lembah Klang @ Nilai ni banyak jugak nasi kandaq, tapi ciplak punya... Ghasa hampeh saja.. Takpa.. Ada rezeki, aku nak balik kampung Mei nanti.. InshaAllah..

Terliuqqqqq aku..


Thursday, 9 January 2014

Jom Pekena Nasi Beriyani Hamediyah

Assalamualaikum.. 

Best betoi view..

Tuuuu dia...


Saja masuk post ringkas pasai nasi beriyani Hamediyah.. Kalau pi Penang, rugila kalau tak try Nasi Beriyani Hamediyah ni.. Aku memang sejak aku kecik (wpun badan tetap besaq), famili aku memang selalu jugak mai makan beriyani kat sini.. Dulu-dulu Restoran Hamediyah ni cuma ada kat Penang Road saja kat area2 Chowrasta.. Tapi la ni dah buat banyak cawangan.. Seperti biasa la, kalau dah bukak banyak cawangan, taste mesti dah lari tune.. 

Baru-baru ni masa menguruskan urusan pak aku, lalu la ikut Sungai Dua, Seberang Perai.. Nampak Restoran Hamediyah.. Teringin pulak nak pekena rasanya.. Kalau nak masuk Penang, bermodal lagi dengan tol jambatan pulak.. Kasi hentam saja laa.. Disebabkan dah lama tak pekena Beriyani, fuhhhh.. Terbaekk.. Tapi taste dah lari masa dulu2 makan kat Penang.. Tapi still OK laa.. Sepinggan Nasi Beriyani + Ayam (1/4ekor) = RM9.00... Okla kalau dibanding dengan Restoran Insaf kat Jalan TAR... Hahaha..

Tuesday, 31 December 2013

Mee Udang Mak Jah @ Kuala Sepetang, Taiping

Assalamualaikum wbt..

Meleleh ayor lior teman..


Sapa2 nak pekan mee udang terbaek, silalah ke Kuala Sepetang, Taiping sebab memang sungguh udang menutup mee sebab bila dihantaq mee udang kat meja kita, yang nampak udang.. mee disorokkan kat belakang udang yang membawa maksud sungguh banyak udangnya..

Bolehlah sapa2 teringin nak pekena mee udang, banyak warung pilihan.. sama ada Mak Jah Mee Udang ka, Mak Teh Mee Udang ka.. Rasa lebih kurang saja.. Jangan pi pekena Mee Udang Sungai 2, udang tak banyak.. Harga sepinggan Mee Udang RM12.00 (udang laut saiz besaq).. Yang murah sikit pun ada tapi udangnya kurang uuummmpppp..

Jom layan..





Sunday, 25 November 2012

Jom try pekena durian Mantin

Sambung satu lagi kisah..

Sapa nak try durian baik punya, mai la Mantin.. Mantin ni memang banyak buah durian memang pokoknya dikawasan sekitar perkampunggan di Nilai, Manti, Beranang, Lenggeng, Pantai dan sekitarnya.. Bukan mcm di bandar sana, buahnya mai dr kampung jugak.. kurang menyentak.. Hahaha..

Setakat hari ni, aku dah 3 kali beli durian kat sini.. tapi semua main timbang kilo punya.. Sekilo = RM2.00 untuk durian kampung.. Boleh la tu.. Ha.. Sampai ke petang tadi, masih belambak2 durian disekitar Mantin.. Datang jangan tak datang.. Datang jangan tak datang.. Datang jangan tak datang.. Hehehe




Wednesday, 12 September 2012

Makan @ Labu

Salam.. Malam ni badan tak sedap sgt.. Rasa mcm nak demam pun ada.. Tapi sebab semangat berblogger tu masih ada, hantam saja la.. Nak jugak masukkan entry.. Hahaha..

Errmmm.. apo den nak makan niiii?

Petang tadi Mywife pun badan tak berapa nak sedap. So, aku kata makan luar aja la.. Kedai makan untuk isi perut malam ni Restoran Aneka Selera @ Wuyaaaiii kat Labu, Batu 8. Nak kata hebat tu tak laa.. Biasa2 ajoo.. Cuma selesa sikit kat sini walaupun jaraknya dari rumah aku, mak aihhhh.. jauh la jugak. Tapi nak buat lagu mana cik abang & cik oiii.. Kat Nilai tu boleh dikatakan tak ada kedai makan pun yang kena dgn tekak aku n myFamily.. Errmmmm..

Kat sini ada lauk-pauk jugak.. tomyam tu biasa laa.. Roti canai, Sup Tulang, Laksa, Mee Kari dan yang sedikit teruja ada Wifi.. Hahaha.. Bagus2.. Anak suka suka la sebab boleh dok main game.. So, sedikit pic untuk tatapan anda..

Haaa... ni aku punya,, ABC '0"



Haa.. Sup tulang ni baguih utk bg berpeluh badan..



Dan budak kecik ni tak termasuk dalam menu.. hehehe.. Sedapnyaaa..


Good Nite..