Monday 30 October 2023

Gaji Guru Lepasan IPG

 30.10.2023 | Isnin

Aku share video Tik Tok aku yang mendapat viewers paling tinggi , 99.9K.. Aku yg chokia ni kira rasa sikit penghargaan la yer kome² semua..

Boleh ler 100,000 kan viewers teman utk content ni. ..

https://vt.tiktok.com/ZSNSSKRA2/

Kepada bakal guru tak kisah lah lepasan IPG atau pun graduan pendidikan lepasan UA.

Sila komen.

Wednesday 25 October 2023

Makan Di Rumah Itu Nikmat

24.10.2023 | Selasa

01. Alhamdulillah.. pagi yang indah harini boleh breakfast lempeng cicah kari kepala ikan jenahak. Dilempengnya mem aku pagi ni ada sebab.. semalamnya masak kari kepala ikan jenahak. Ada baki sikit, buat la pencicah lempeng.. Org kata, kari kalau bermalam 1 malam, memang padu.. Alhamdulillah.. Sedap yakmat.. 😁😁

Lempeng cicah kari jenahak

02. Aku dan mem aku harini berada dalam situasi yang rileks² sebab anak sorang kami berdua dah keluar sambung belajar. Jadi, kami berdua ni banyak masa yang tenang² boleh masak dirumah kalau mood kerajinan tu datang selalu. Biasalah.. sudah menjadi lumrah manusia, ada kalanya mood rajin masak tu muncul, tp kadang² rasa letih, mood memasak pun akan ikut ke laut juga. 🤣🤣🤣

03. Di sekolah, aku dah jarang duduk makan di kantin sejak selepas covid-19. Masa Dina masih bersekolah, memang setiap hari mama Dina akan masak untuk Dina bawak bekal ke sekolah. Jadi, rutin tu dah bawak sampai ke hari ini. Masak dirumah ni memang beri nikmat dalam menikmati makanan sebenar² makanan. 

Kari kepala ikan jenahak 👍👍😋😋

Ikan masin + sambai belacan ni mmg surrr

04. Pukul berapa bangun pagi kalau nak masak? Haa.. untuk standby masak dalam keadaan tak terkejar, mcm mama Dina akan bangun seawal jam 4.30am atau selewat²nya 4.45am. Sebab tu, malam, mem aku akan tidur awal. Dalam jam 9.30 atau selewat²nya jam 10.00mlm dah tidur supaya dapat bangun awal keesokkan paginya.

05. Keseronokkan masak hari² pun ada kalanya kena jugak makan kat luar. Ambik mood rileks².. bila dah berada dalam julat usia 42 - 48 tahun, makan kat luar pun kena tgk keadaan lokasi.. dah xnak yg serabut².. nak yg damai² ajer.. 😁😄

Conclusionnya.. Nak masak dirumah ikut kemampuan tenaga dan semangat membara lebih² lagi yang laki bini berkerjaya.

Selamat menjamu selera..

/cheguanuar.nilai

Tuesday 24 October 2023

Jilid 1: Bab 5 [Bermulanya Kerjaya Seorang Guru]

"Cerita Saya: Sekeping Hati, Seutas Memori"

Bermula kehidupan sebagai seorang "Cikgu Anuar"

Kadang² tak percaya aku ni dah jadi cikgu..

18.06.2001, tarikh aku melapor diri sebagai seorang guru betul² ataupun org panggil cikgu [sebelum ni guru pelatih / cikgu praktikum.. 🤭] ataupun ketika tu masih lg boleh dapat title pendidik di SK Puchong Jaya, Selangor. Dari Pulau Pinang, buat pertama kalinya aku akhirnya akur dengan ketentuan Tuhan bahawa tak selamanya aku boleh terus berada di negeri kelahiran aku, Pulau Pinang. Ketika tu rasa lega jugak sebab kakak aku mengajar di area Balakong dan menetap di kawasan Taming Jaya. Tapi langit ada kalanya tak selalunya cerah. Kakak aku pula dapat berpindah ke negeri Perak dan tempat bertugas baru di Teluk Intan. Tarikh aku melapor diri di Puchong sama pulak tu dengan tarikh kakak aku melapor diri di Teluk Intan. Memang kakak aku mintak utk masuk ke negeri Perak sb dah 5 - 6 tahun di Lembah Klang kalau tak silap aku. Maka, lupakan lah tempat berpaut.. Melepas la teman!! 

Kat signboard SK Puchong Jaya tu lah bilik aku- gambar kredit Google

Seingat aku, seminggu sebelum lapor diri, kami sekeluarga dah turun ke Puchong. Mak aku bapak aku semua mai ke Puchong nak tengok sekolah dan sempat jumpa dengan Guru Besar ketika tu, Cikgu Abdul Rahman Ngalih. Pertama sekali jumpa GB, dia pesan dengan aku.. Jangan main politik.. hihihi.. GB memang setiap hari akan pangkah tarikh di kalendar sb ketika tu, hanya lebih kurang 3-4 bulan dia nak bersara. So far, nampak GB okey dan baik orangnya. Alhamdulillah.. ada juga perbincangan dengan GB tentang tempat tinggal aku termasuklah GB offer aku untuk menginap di sekolah sebab memang ada 1 bilik di sekolah ni, seorang guru yang nama dia pun Anuar yang akan berpindah ke Pahang. Cikgu Anuar tu dah 5 tahun tinggal di salah satu bilik kecil di SK Puchong Jaya. Aku pun respon dengan GB, jika aku tak ada tempat lain, aku akan menginap di situ. Saiz bilik x kecik sangat. Boleh lah nak berlari² anak dalam tu.. 😁😁😁. GB pun ada tanya Cikgu Asaari utk aku tinggal situ dengan Cikgu Asaari. Cuma Cikgu Asaari ni walaupun bujang, tp semua bilik rumah dia dijadikan bilik untuk tempat tuisyen. Jadi, aku taknak lah ganggu urusan depa. 


Bertolak dari Penang ke Lembah Klang

[17.06.2001 | Ahad | 8.00am]

Harini aku bertolak ke Puchong dengan naik motor Honda EX5 PDD8814 secara solo. Jarak 350km dengan naik Honda EX5 bersama beg luggage termasuk radio sebagai teman hiburan dibawa bersama ke Puchong. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Klang Valley, aku sempat singgah dulu di Permatang Pauh berjumpa dengan kekasih hati sebelum meninggalkan Pulau Pinang 😍😍😍 dan berlakulah drama air mata.. lalu hero pun menghidupkan enjin EX5 segera berlalu untuk elakkan kesedihan berpanjangan.. 😁😁😁

Sejam selepas tu lebih kurang, bergerak lah aku ke Puchong. Bila solo ride ni, memang agak bosan tapi aku tak kisah sangat sebab aku boleh saja nak berhenti dimana² tempat yang aku perlu berhenti sambil rehatkan badan. Perjalanan aku lebih kurang hampir 9 jam termasuklah berenti rehat, solat dan makan. Sampai di Sungai Buloh, aku ikut laluan Lebuhraya Damansara Puchong [LDP] untuk ke Puchong Jaya.

Flat Puchong Permai - kredit ehsan gambar dari Google

Lebih kurang lewat petang aku sampai di Puchong Permai. Seperti tak mahu tinggal di sekolah, memang mak aku ada bincang dengan sepupu aku, Faizah yang masa tu menetap di Puchong Permai untuk aku menumpang rumah Faizah buat sementara waktu. Faizah ketika tu ada 2 atau 3 orang anak yang masih kecik ketika tu, dengan kehadiran aku mungkin menimbulkan ketidakselesaan sebab Faizah ketika tu tinggal di flat Puchong Permai yang memiliki 2 bilik tidur kalau tak silap aku. Memang tak patut sangat lah aku menumpang rumah Faizah. Walaubagaimanapun, aku hanya 3 malam menumpang rumah Faizah sebab rasa mengganggu privasi Faizah dan keluarganya. Jadi, aku ambik keputusan untuk tinggal di bilik sekolah aku yang sebelum ni 5 tahun Cikgu Anuar tu duduk sebelum dia pindah ke Pahang. Maksudnya, Anuar keluar dan Anuar masuk ke SK Puchong Jaya. Urusan pindah, terpaksa mintak tolong Faizah dan abg Fadil bantu aku menghantar barang² aku ke SK Puchong Jaya. Tinggal lah aku seorang diri di SK Puchong Jaya dengan bertemankan radio buruk yang aku bawa dari Pulau Pinang 😁😁. Ketika 2001 tu, penggunaan gajet sangatlah tak meluas lagi, ada handphone tapi semata² untuk telefon dan mesej text selain dari tu kalau pakai Nokia, ada game ular. Setiap malam, sambil dengar radio, perlahan² mata aku terlelap sambil radio aku juga secara bersama² aku terpadam begitu sahaja. Macam pelik, tp itulah realitinya.

Security sekolah utk shif siang waktu tu namanya Pak Din. Pak Din ni dalam urusan nak bawak keluarga dia tinggal jugak kat sekolah sebab Pak Din ni orang susah. Aku okey la bila ada jugak jiran bermalam aku di sekolah. Pengawal malam aku memang tak kenal. Kalau Pak Din, memang okey sangat sebab peramah.

Guru Besar memang bagi aku 1 set kunci pagar utama sekolah. Hari pertama aku bermalam, lepas balik dari makan malam, bukak pintu pagar utama sekolah. Untuk makluman, di pintu pagar tu ada sebuah pokok yang merendang sangat. Bukak pagar pun tangan boleh tahan getarannya. Bukan lah takut, cuma takut "benda²" pelik yang tak takut dengan aku. Sebaik dah bukak kunci, meluncurlah motosikal Ex5 aku ke kawasan dataran perhimpunan sekolah. Tiba - tiba..... kelihatan satu makhluk berdiri tegak tak bergerak². Cemas jugak la aku. Bercakap pun tidak, menegur pun tidak. Aku pun terus introduce diri aku kat pakcik tu. Tapi dia sepatah kata pun tidak. Cuma nampak macam mengangguk² kefahaman. Aku terus berjalan pantas naik ke tingkat atas sekali bilik aku. Kepala masih berfikir, siapakah gerangan pakcik tu. Keesokkannya baru dapat tahu, pakcik tu rupanya pengawal keselamatan waktu malam cuma dia memang jenis pendiam.

Hari kedua tinggal di sekolah, rakan sekerja, Cikgu Khairuddin lah yang banyak tolong aku. Tolong bawak aku pi beli tilam single, beli almari zip dan barang² keperluan awal untuk aku duduk disekolah. Cikgu Khairuddin ni memang baik orang walaupun muka garang jugak. Waktu tu dia Setiausaha PIBG sekolah, secara tak official lantik aku sebagai Penolong SU PIBG sekolah tahun pertama aku bertugas di SKPJP.

Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak - gambar ehsan Google

Aku hanya mampu bertahan menetap di sekolah lebih kurang 3 bulan. Dalam 3 bulan tu, aku juga menumpang tidur di rumah sepupu aku juga, arwah Abg Zul di rumah flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras. Ni kiranya deal mcm mana pun aku dah tak ingat. Mungkin arwah mak aku mai KL, bawak pi rumah Abg Zul di Cheras tu, terus bukak cerita yang aku duduk di sekolah. Jadi, abg Zul pun offer la aku duduk rumah dia. Tapi Abg Zul memang anak jati KL. Siap pesan dengan aku, kalau sapa² kacau, bgtau dia.. Wahh.. Aku rasa macam berjalan dalam kekebalan waktu tu 😁😁. 

Bercerita ttg ulang-alik ke Bdr Tun Razak, habis sekolah petang, aku mandi semua siap², makan malam siap², dari Puchong Jaya terus aku pederas jentera EX5 aku ke Cheras untuk bermalam. Aku memang rasa selesa duduk di rumah abg Zul, sebab abg Zul dan Kak Izzah belum dikurniakan anak. Jadi, agak selesa lah. Esok paginya, awal lagi, abg Zul dan Kak Izzah akan pi beli buah sebab depa meniaga buah potong di depan sekolah area Pandan. Jadi, aku bangun tidur, memang takdak sapa dah kat rumah. Jam 10am aku gerak ke Puchong Jaya. Sebelum balik ke Puchong Jaya, kak Izzah akan disediakan sarapan untuk aku. Betapa baiknya layanan depa kat aku. Alhamdulillah..

Sehingga episod di atas, kebanyakkan nama yang aku nyatakan, telah kembali ke rahmatullah. Terima kasih banyak² aku mampu zahirkan kepada semua watak yang pernah membantu aku seawal aku berkhidmat di SK Puchong Jaya.

Al-Fatihah [dibaca] untuk arwah:

Ayahanda & Bonda tercinta

Cikgu Abdul Rahmah Ngalih - GB SK Puchong Jaya

Cikgu Asaari - meninggal dunia waktu aku masih di SKPJP

Cikgu Khairuddin - baru meninggal dunia tahun 2022

Abg Zul [Bdr Tun Razak] 


Salam Takziah..

Monday 23 October 2023

Pekena Ikan Bakar Bagan Lalang

21.10.2023 | Sabtu

Salam Sabtu salam hujung minggu.. 😁😁 Semoga hangpa semua sihat² belaker..

01. Harini Dina aktiviti memandu kereta dengan jarak yang lebih jauh supaya jumlah jam semakin meningkat 😁😁. Dari Pajam aku suruh dia bawak ke Mitsui dan seterusnya ke Pantai Bagan Lalang anggaran jarak perjalanan 60km. Laluan Pajam ke Mitsui OK jugak tp dari Mitsui ke Bagan Lalang tu agak mencabar lebih² lagi dari Mitsui nak masuk ke bulatan Masjid KLIA. Susah nak masuk bulatan tu sebenarnya, aku sendiri pun kdg² ambik masa tp alhamdulillah berjaya lepas. 😁😁👍👍




Hasil belian utk customer hampir RM600

02. Nak ke Mitsui ada 2 tujuan. Tujuan pertama aku suruh Dina lekatkan hasil bisnes dia dengan satu barang. Tujuan kedua pulak, bila orangnya otak bisnes, cepat saja dia ON kan telegram utk keuntungan. Hari Sabtu pagi tu Dina dah open order as a "Personal Shopper" Bath & Bodywork dalam group Telegram sebab tengah ada promotion. Hasil pancingan, dapat lah 16 item customer order. Memang murah barangnya. Biasa bodymist RM99, bila ada promo mcm ni dapat RM36. Jauh beno, bezanya harga. So, ambik la masa dalam 1 jam utk customer add-on order. So, job ptg tu dpt lah RM80/=. Ok laa.  


Tokey busat belanjer.. 😘😘🥰🥰

03. Lepas pusing Mitsui, gerak ke Bagan Lalang. Dina masih terus bawak kereta.. So far, nak ke Bagan Lalang jalan ok. Trafik tak la jem sangat. Lepas 30min, alhamdulillah.. sampailah ke Restoran Ikan Bakar Wak Sehab ataupun Restoran Senandung Malam.

04. Aku penuhi hajat Dina nak belanja mama dan abah ikan bakar selain dia pun lama x pekena ikan bakar di Bagan Lalang. Hasil business Dina agak lumayan masa dia cuti semester 1 minggu baru ni, cecah 4 angka jugak. Tahniah & alhamdulillah.. bukan senang nak membina keyakinan customer yang beli bukan dari platform Shopee atau Lazada atau TIKTOK. Tapi pengalaman berbisnes kecik² sejak usia 10 tahun, digunakan utk dapatkan keyakinan customer. Barang apa yang Dina jual?? Next chapter la story OK. Tp apapun, study tetap No.1.. biz ni part time saja.

05. Harini order macam biasa.. aku selalu jugak la mai kedai makan ni sejak 1-2 yang lalu. Sebelum² ni, dok pi Restoran Bayu Malam.. pun ok dan sedap.. cuma bagi aku, lebih selesa mai bukan weekend.. macam hari Jumaat malam ka, lebih OK sb tak ramai sangat pelanggan macam malam ni.. Malam ni sampai berdiri la tunggu meja..  Menu malam ni:

Nasi putih x3

Ikan siakap bakar 

Ikan pari bakar 

Sotong goreng tepung

Sotong masak sambal

Sup sayur

Ais kosong x4


Total bill = RM95/=

Alhamdulillah.. kenyang.. rezeki Allah SWT. Harap² pada masa akan datang, Dina teruihkan la amalan mcm ni jika ada rezeki lebih.. 😁😁😁.

Selesai makan, balik ler rumah..

#cheguanuarmenulis


Friday 20 October 2023

Rumah Apartment Murah Untuk Dijual Di NilI

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera seluruh rakyat Malaysia..


Harini nak iklankan rumah utk dijual. Rumah aku sendiri.

Apartment Untuk Dijual : 

Taman Bukit Inai, Nilai, Negeri Sembilan

Harga termurah

RM230,000 nett

Kediaman apartment dalam komuniti yang selesa & dilengkapi kemudahan asas disekeliling. 

Lokasi ni aku berdiri depan Mr.Diy.. dekat kan??




Spesifikasi:

🏠 Tingkat 1

🏠 1 unit lif untuk 4 pintu rumah (setiap tingkat)

🏠 Keluasan lantai 798sqft

🏠 3 bilik 2 bilik air

🏠 Lantai berjubin sepenuhnya & vinyl tiles untuk bilik tidur

🏠 Sliding door & balkoni yang luas 

🏠 Penggunaan kad akses untuk lif 

🏠 1 aras hanya 4 pintu rumah (privasi)

🏠 Hakmilik kekal (freehold)

🏠 Kediaman yang mula diduduki hanya 6 tahun (November 2017)

🏠 Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah ditubuhkan 


Kejiranan:

⭐ 1 minit ke kedai runcit & restoran

⭐ 1 minit ke dobi layan diri

⭐ 2 minit ke Sek Keb Batang Benar

⭐ 2 minit ke Tadika Kemas

⭐ 2 minit ke masjid

⭐ 2 minit ke dewan orang ramai

⭐ 2 minit ke Stesen Minyak Petronas

⭐️ 2 minit ke KFC, MR.DIY, 7-11, Speedmart99, restoran, klinik


Akses:

✅ 3 minit ke Plaza Tol Lekas (exit Pajam)

✅ 10 minit ke Plaza Tol Plus (exit Nilai)

✅ 3 minit ke Stesen Komuter Batang Benar

✅ 10 minit ke AEON / Tesco / Giant Nilai

✅ 5 minit ke CIMB/AFFIN/Hong Leong Bank

✅ 5 minit ke Nilai 3

✅ 30 minit ke KLIA1/KLIA2

✅ 40 minit ke Kuala Lumpur 


Tambahan:

Nilai sewaan semasa: RM700-800


Sebarang pertanyaan: (direct owner)

www.wasap.my/60122344294

Tuesday 10 October 2023

Cerita Bab Kuih 😁

10.10.2023 | Selasa

Zaman dah berubah.. la kuih semua main pek-pek.. Saja la santai² cerita bab kuih 😁😆😁😆. Sebab apa tuan², pagi tadi aku teringin nak beli ketayap & karipap.. beli 2 pek RM6.. Tapi tak sedap.. Hahaha.. sebab tu open the story..

Sedap nampak cara berlauk ni

Zaman dulu², beli kuih buleh seketui².. beli coq badak sebijik 20sen, beli karipap 1 bijik 20 sen, bayar lah 40 sen.. cerita 20 sen, sebab zaman dulu² 90an-2000an..

La ni nak beli kuih, kena beli terus 1 pek = 4 / 5 bijik kuih.. Kalau teringin karipap sebijik & kuih ketayap sebijik, kena beli 2 pek = RM6/=.. Jadi, sebijik kuih berharga +-70 sen.. Kalau zaman dulu 20 sen boleh beli sebijik².. Zaman digital ni harga sebijik kuih jatuh 70 sen sebijik pun x boleh jual sebijik².. 

Bila dah beli 2 pek, kalau sedap, boleh la makan sampai kembung perut atau share dengan kawan² kalau depa mau, atau simpan sampai ke petang.. tapi kalau x sedap, makan karipap 1 bijik, makan ketayap 1 bijik, selebihnya nak bagi sapa tu?

Bagi pembeli, mesti setuju kalau dikembalikan zaman beli kuih sebijik².. boleh pilih pelbagai kuih yang teringin makan dengan membeli 1 atau 2 bijik setiap jenis kuih.

Tapi bagi peniaga, mestilah setuju dijual dengan pek-pek ni sebab 1 pek terjual, dah ibarat 4 / 5 bijik kuih berjaya dijual. 

Conclusion: Tepuk dada, tanya selera.. intai dompet atau QR Pay / e-wallet..

Wallahualam...

[Ada org komplen, kalau nak jimat dan teringin mkn mcm² kuih, pi buat sendiri.. 🤣🤣🤣]

Saturday 7 October 2023

Bekerjasamalah kita ibu dan ayah

 06.10.2023 | Jumaat

Salam Jumaat penuh barakah. Harini terbaca satu artikel seorang doktor tertinggal bayinya yang belum sampai usia 1 tahun selama 10 jam didalam kereta sehingga meninggal dunia. Pelbagai spekulasi sehingga mengatakan ibu itu cuai dan sebagainya. Ibu bayi itu seorang doktor, mungkin terlalu memikirkan hal urusan kerja sehingga terlupa bayinya didalam kereta. Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa.

Kadang², aku terpikir la.. mungkin byk sangat urusan si ibu ni kadang membuatkan berlaku kecuaian tanpa diduga. Sama ada rutin atau tak rutin, aku sendiri pun adakalanya boleh terlupa sesuatu kalau terlalu memikirkan hal lain.

Kesinambungan kisah sedih ibu tadi, aku storykan sikit kisah rutin harian yang aku nampak selalu. Seminggu 3x aku dan mem aku briskwalking didalam taman perumahan aku. Setiap kali aku bersenam, aku mesti akan melalui sebuah taska [aku namakan Taska M]. Disebabkan kebiasaannya hari bekerja, aku akan briskwalk waktu petang la. Jadi aku selalu nampak proses ibubapa ambik anak di taska tu. Apa yang aku nak katakan, kelihatan ibubapa yang mengambil anak, kalau 10 kereta yang datang, 9 daripadanya kaum ibu. Hanya 1 atau 2 orang sahaja kaum bapa yang datang ambil anak depa. Inilah realitinya.

Aku terus berjalan utk pusingan kedua briskwalk, setiap pusingan ambik masa dalam 20minit yang bermaksud selang 20 minit, kelihatan lagi 6-7 kereta yang ambik anak mereka, pun sama.. majoritinya kaum ibu yang ambil anak mereka. Aku selalu cakap dengan mem aku.. kenapa asal ambik anak saja, mesti ibu²? Mana pergi ayahnya? Aku sebagai seorang suami dan ayah, simpati dengan kaum² ibu ni sebab ambik hantar anak pun depa kena buat sedangkan boleh saja arrangement suami utk ambik atau hantar anak ke taska. 

Semua kita tahu, jika seorang ibu yang berkerjaya, mereka sangat penat menjalani kehidupan seharian. Sudahlah mereka keluar mencari rezeki membantu suami dan keluarga, hal² anak dan rumah juga mahu diuruskan. Cuba bayangkan, tugas mereka:

1.Bekerja pagi ~ petang

2.Mengemas rumah

3.Basuh kain, sidai kain, lipat kain

4.Memasak

5.Menguruskan anak² utk ke sekolah

6.Menghantar anak ke taska

7.Mengambil anak di taska

8.Memikirkan hal sekolah anak

9.Memikirkan hal pelajaran anak

10. Dan mcm² lagi kerja si ibu ni kena buat

Dimanakah ayah atau suami si isteri ni? Bekerja ke? Minum dengan kawan² lepas balik kerja? Main futsal? Main badminton? Atau memang dah terbiasa isteri yang menguruskan semua hal² anak.

Tepuk dada, tanya diri sendiri..

Kalau zaman dulu², mak² kita memang tak bekerja. Tak apalah kebanyakan hal urusan anak² dan rumah diuruskan oleh ibu kita. Tapi zaman sekarang ni, ramai wanita yang berkerjaya.. jadi, perlu lah ada sikap bertolak ansur antara suami dan isteri dalam menguruskan hal keluarga.

Tapi, aku tak nafikan, ramai jugak ayah atau suami yang sangat rajin dalam menguruskan urusan anak² dan rumahtangga. Tahniah. Apa yang aku bagi contoh diatas tu, hasil tinjauan aku di taska sahaja dan ada lah 2-3 contoh insan² disekeliling aku.

Akhir sekali, semoga rumahtangga kita kekal bahagia sejahtera. Inshaallah..

p/s: Semua penulisan diatas adalah pandangan peribadi penulis. Jangan sedih, marah, atau terlalu gembira pulak yer.. 😁😁