Tuesday 29 August 2023

Cuti Penggal Persekolahan [Ogos 2023]

29.08.2023 | Selasa


Cuti sekolah pertengahan tahun dah start Sabtu lepas. Cuti selama 1 minggu. Kepada warga sekolah, memang seronoklah kan sebab ada cuti yang ditunggu² tanpa perlu memohon.



Walaupun mendepani pelbagai cabaran dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak² murid yang disayangi, namun hal cuti sekolah ni memang tak perlu dikompromi. Sesibuk mana kerja di sekolah, tp masih mempunyai cuti yang panjang untuk berehat. 

Semua jenis pekerjaan mempunyai skop kerja yang berbeza-beza. Sesibuk² seorang guru, tp bagi diri aku, masih banyak mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri. Kena lah pandai bahagikan masa ketika bertugas disekolah.

Berbalik kisah cuti sekolah, la ni aku hanya rileks² lepak² dirumah lah.. Sebab mem aku bekerja.. dan my dotter Dina dah pulang ke IPG sebab cuti IPG dan sekolah dah bergerak x seiring. Kalau dulu² zaman aku dimaktab, cuti sekolah sama dengan cuti maktab perguruan. Tapi tak kisah lah sebab bukan bidang kuasa aku nak samakan cuti sekolah dan cuti IPG 😁😁😁

Kepada yang tengah bercuti, SELAMAT BERCUTI.. kepada yang tak bercuti, rajin²kan lah bawak anak² dan isteri/pasangan utk makan angin. Ada sesetangah ketua rumah tangga ni jenis langsung tak kisah nak bawak anak bini pi bercuti. Ini realiti.. In real life dalam circle aku.. Kalau 1 tahun 1 kali bawak anak bini pi bercuti, tak jatuh miskin. Malah Allah SWT akan lebarkan lagi rezeki kita.. Insyaallah..

Selamat bercuti

p/s: Buat jugak cerita ringkas ni sebab nak lekatkan 1 post untuk bulan Ogos 🤣🤣🤣