Friday 30 December 2022

GCR dan CRK Pada Pandangan Penulis

 Zaman skrg semakin mudah. Cuti Rehat Khas (CRK) boleh carry forward sendiri melalui HRMIS. Secara tak langsung, kita dapat tahu berapa jumlah GCR yg dah dikumpul untuk "diredeem" waktu bersara akan datang (kalau panjang umur ler..).

Bercerita ttg GCR Cikgu Awe contohnya.. senang.. aku nak tunjukkan calculation kasar ttg kegunaan CRK untuk GCR. Bagi kes Cikgu Awe:

GCR sehingga Disember 2022 = 100 hari

Tempoh perkhidmatan lagi (pencen Tahun 2036) = 14 tahun 

CRK yg digazetkan kerajaan = 14 tahun x 15 hari = 210 hari

So, maknanya jika Cikgu Awe tak ambik langsung CRK dalam tempoh 14 tahun akan dtg, GCR nya =310 hari

Oleh itu, kita andaikan Cikgu Awe setahun ambik 8 hari CRK dan setiap tahun dia berbakikan 7 hari CRK utk dimasukkan ke dalam GCR.

14 tahun x 7 hari GCR = 98 hari + 100 hari (GCR sehingga 2022), jumlah besar sebelum bersara = 198 hari.

Perlu kita ingat bahawa, kerajaan ketika ini hanya membenarkan "redeem" GCR selepas bersara maksimum 160 hari sahaja.

Sebelum bersara, Cgu Awe masih berbaki 38 hari untuk dihabiskan cutinya jika dia mahu sebab dia memang layak namun setiap permohonan cuti akan dipertimbangkan mengikut budi bicara pentadbir / Guru Besar.

Kesimpulannya.. kumpulan guru patut bersyukur sebab kerajaan menaikkan jumlah CRK sebanyak 15 hari setahun yang secara halus membantu kumpulan ini "redeem" maksima GCR sewaktu bersara. Oleh itu, sementara muda.. sementara kuat, sementara anak² bersama kita, jom la pi bercuti.. Tak perlu sayangkan sangat CRK tu (aku pesan kat aku la) sebab ambik lah cuti untuk berehat.. untuk bersama² keluarga.. Ciptalah kenangan bersama anak² ketika mereka kecik & remaja sebagai memori sebelum anak² bergerak ke haluan masing bila dah berkerjaya. Perlu diingat kawan², pergi bercuti tu juga satu kaedah terapi jiwa dan minda. Ada kaunselor berkata, pergi bercuti sekurang²nya 3 hari supaya dapat hilangkan stress bekerja. 

Lagi 1, bercuti ni x semestinya lah cuti sekolah, hari² biasa pun boleh pergi bercuti sb trend bercuti ketika cuti sekolah ni, semuanya jadi mahal contohnya hotel, sewa kenderaan dan lain². Dan bercuti bukan cuti sekolah ni keadaan lebih aman damai dan tak terlalu crowded dengan pelancong.. 😁😁🤩

Oleh itu, kumpulan guru boleh lah buat calculation bilangan CRK untuk diambil dan keperluan utk genapkan 160 hari GCR maksimum supaya hidup kita lebih bermakna. Sesungguhnya bila berniat baik, permohonan CRK pasti anda akan diluluskan oleh boss masing².

Pesanan: Segala penulisan diatas adalah hasil carian sendiri oleh penulis. Kalau salah, maaf zahir batin dipinta. 😁🤭

#cheguanuarmenulis@nilai

Ragam Manusia 1.0

Bila difikirkan sikap manusia, boleh sewel otak kita.. Dunia harini dan sebahagian masyarakat semakin hilang tindakan atau tahap pemikiran yang normal. Ke mana hilangnya semua ni?

Gambar sekadar hiasan

3 situasi pada pagi ni membuatkan aku berminat untuk menulis sedikit ttg sikap manusia. Pagi ni aku bersarapan di sebuah restoran di Bdr Baru Salak Tinggi yang ada kalanya menjadi rutin aku breakfast disini.

Situasi 1

Masa aku dan wife aku sampai di kedai, meja bahagian dalam kedai sebenarnya banyak juga tetapi ada 6 org yg menunggu bungkus roti canai duduk 1 meja 1 org. Cuba bayangkan, org yg nak dine-in, dah kekurangan meja. Bila masuk kedai, tercangak jugak la aku cari meja.. sebab penuh dek org menunggu bungkus roti canai. Nasib baik ada 1 meja kat luar yg kosong.

Rasional

Sepatutnya boleh fikir, kalau dah membungkus, boleh juga nak duduk tunggu roti canai, tp guna la akal.. takkan 1 meja 1 org stay menunggu. Sebagai yg membungkus, mestilah boleh nampak pelanggan lain yg bungkus sama.. duduk la 1 meja.. atau tunggu je la kat luar kedai.. ini dah menyusahkan pelanggan yg nak dine-in. 

Situasi 2

Tengah aku bgtau tokey menu² yg aku makan utk bayar.. tiba², sorang makcik ni letak kuih buah melaka kat kaunter.. "Ha, ni berapa ringgit..?" Hadoiiii.. aku tgh ckp apa yg aku makan kat tokey, makcik ni tak boleh sabar ke? Allah.. penat la tgk manusia mcm ni

Rasional

Patutnya, makcik tunggu aku selesai bayar, boleh la makcik bayar pulak. Tak kisah la makcik dah lambat ke cepat ke, aku pun nak cepat.. aku pun ada urusan lain jugak.. Haishhh.. pelik la hai...

Situasi 3

Masa aku tengah makan, terpandang 1 meja yg dah makan.. masa aku sampai, aku sempat perati, dah siap makan cuma nak habiskan air minuman. Tp sampai aku habis makan, tak bangun² lagi.. sedangkan ramai org nak dine-in. Dok berborak antara depa 4-5 org.. Kenapa la ada sikap mcm ni.

Rasional

Sepatutnya, kita ni kena peka keadaan sekeliling. Dalam media sosial pun selalu berpesan, makan di kedai jgn buat mcm makan kat rumah.. kena fikir pelanggan lain sama. Kan mudah, kalau dah habis makan dan minum, bangun dan bagi ruang utk org lain duduk makan pulak.

Kesimpulan:

Masyarakat harini byk terdedah dengan tatasusila dalam kehidupan tapi sangat susah untuk diamalkan untuk diri sendiri. Berfikir lah untuk orang lain sama. Walaupun, ada juga istilah "Buat lah apa yg rasa nak buat.." tp selagi tak menyusahkan org lain dan x melanggar undang² dunia dan akhirat, silakan lah.. Ini kan dah menyusahkan orang lain. Aku harap, masyarakat harini dapat berfikir secara rasional dan waras dalam melalui warna warni kehidupan mereka.

p/s: Kedai makan yg aku pi selalu ni memang sedap kena dengan tekak aku dan pelbagai pilihan yang ada untuk sarapan.

Ikhlas

cheguanuar@nilai

Sunday 11 December 2022

UA & IPG. Betulkah Ada Diskriminasi Persepsi?

 10.12.2022 | Sabtu | 4.28pm

Cuaca yang sejuk mcm ni buatkan aku tiba² teringat untuk menulis.. Baru ni saja sembang² dengan rakan sejawat aku.. sembang² kosong.. Dia bertanyakan mcm mana Nabilla di IPG skrg? Dah 4 bulan di KL.. 😁.. Aku respon, alhamdulillah.. Nabilla semakin boleh berdikari di Lembah Klang.. study peringkat persediaan PISMP pun susah jugak..


Penulisan aku ni bukan bertujuan untuk mengagongkan pelajar lepasan SPM yg pilih ke IPG, namun aku cuma nak bgtau, bila dah dapat IPG, terima masuk IPG, itulah pilihan yang TEPAT yg anda buat demi survival masa depan yang sangat mencabar. Juga penulisan aku ini jangan pulak disalahtafsir bahawa aku merendahkan pulak yang terima masuk UA / Politeknik / Matrikulasi dan sebagainya.. Cuma penulisan aku ni bertujuan utk meningkatkan martabat profesion perguruan disamping memberikan semangat kepada mereka yg DITAWARKAN MASUK ke IPG dan TERIMA BELAJAR di IPG disamping bukan berniat lain malahan belajar di UA juga sesuatu keputusan yang baik.

Sebelum baca lanjut, harapan aku agar pembaca faham tujuan utama aku menulis.. kesimpulan yg patut tahu, jika mendapat tawaran dari IPG dan UA atau tajaan MARA, personal opinion aku better ke IPG yang tentu² ada kerjaya selepas tamat pengajian. Tp kalau tak dapat IPG, teruskanlah belajar di mana² IPTA mengikut kelayakan.😁😁

Bersambung perbualan aku dengan kawan aku tadi..

Aku bgtau kawan aku.. Harap² Nabilla semakin baik penerimaan utk belajar di IPG walaupun Nabilla dan kawan² nya ada yg sikit terasa bila masyarakat seolah² x gembira bila ke IPG. 

Sebagai contoh:

Soalan org: Anak sambung belajar di mana?Jawapan: Sambung di IPG..

Soalan lagi: Kenapa ke IPG? Tak masuk U?Jawapan: bla.. bla.. bla.. hahaha (padahal IPG atau U sama saja pengakhirannya Ijazah Sarjana Muda jugak) - aku anggap saja dia x paham pun sebenarnya atau x cuba memahaminya..

Yg syok lagi.. ada pulak tanya.. IPG tu apa? Hahahaha..

 Ok. Aku teringin nak kupas sedikit tentang sambung belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia) dan belajar di universiti awam tempatan (UA). Kupasan ni aku khususkan untuk pelajar cemerlang SPM yang menolak tawaran ke UA dan terima IPG sebagai destinasi sambung belajar.

Stigma memperendahkan pembelajaran di IPG ni dah lama berlaku. Aku tak menafikan belajar di UA memang sangat mencabar. Secara signifikan nya, kedengaran belajar di IPG ibarat kamu seorang yang kurang cemerlang dan hanya layak diterima di IPG untuk sambung belajar selepas SPM. Benarkah begitu? Kadang², sampai ada yang tak tahu IPG tu apa? 😁😁.. Tak boleh lah aku nak salahkan sesiapa ttg hal ni. Mungkin masyarakat kurang terdedah laluan untuk menjadi seorang guru.. Anak aku sebagai contoh yang terdekat, alhamdulillah cemerlang dalam SPM2021, tetapi ada segelintir org sekeliling aku menganggap satu kekurangan / kesilapan sebab membiarkan anak aku terima tawaran ke IPG dan menolak tajaan MARA untuk program Farmasi di UKM. Berbaloikah? Dalam membuat keputusan, aku dan isteri aku tak membuat paksaan cuma membantu membuat PMI (plus minus interesting).

Aku ringkaskan sedikit ttg apa kelebihan IPG:

1.Permohonan kemasukan ke IPG Malaysia kebiasaannya cecah sehingga 40,000 - 50,000 permohonan. Selepas melalui tapisan UKCG, mungkin 50% akan diterim untuk ditemuduga oleh penemuduga profesional.

2.Daripada 25,000 yang layak melalui proses temuduga, hanya anggaran 3000-4000 sahaja yang akan mendapat tawaran belajar di IPG. Yang bermaksud, hanya +-10% daripada permohonan ke IPG yang akan diterima. Lagi 90% tak akan dapat laluan belajar untuk menjadi seorang guru.

3.Pelajar akan terima elaun bulanan sebanyak RM430 setiap bulan sehinggalah tamat belajar anggaran RM25,000 tanpa bayar balik. Tiada yuran pengajian dan bermaksud, selepas tamat 5 tahun pengajian di IPG, keluar tanpa bebanan hutang.

4.Jaminan kerja - Di Malaysia, 90% pelajar di UA belajar untuk tamatkan prog Ijazah adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian yang dipelajari. Walaupun, ada silibus kecik ttg dunia perniagaan kalau tak silap aku sebagai persediaan jika tidak mendapat tawaran kerja yang setimpal. So, tempoh 5 tahun, bolehlah sebut belajar di U jika ada yang bertanya, berbanding pelajar IPG yang kalau sebut IPG, haaa.. apa tu IPG? 😁

5. Tamat 5 tahun belajar di IPG, insyaallah tak lama lepas tu, akan terus diberikan penempatan bekerja. Dengan gaji permulaan +-RM3,000 termasuk elaun, sangat baik lah memandangkan keadaan ekonomi dunia yang kurang baik dan tempias turut dirasai ekonomi tempatan di Malaysia. Bermaksud peluang pekerjaan sangat² terhad terutamanya 2023 nanti dimana akan berlaku kelembapan ekonomi dunia. Jadi, pelajar di IPG tidak perlu risau ttg kerjaya kerana kerajaan dah berbelanja besar untuk anda belajar di IPG, mana mungkin tiada pekerjaan untuk anda. InsyaAllah..

6. Belajar di IPG merupakan satu pembelajaran di pusat latihan dididik dan dilatih menjadi seorang guru. Berbeza dengan belajar di UA, anda belajar tp belum tahu apa bidang kerjaya anda pada masa akan datang. Contohnya belajar dalam bidang Farmasi.. byk cabang kerjaya.. Farmasi di hospital kerajaan.. hospital swasta.. kilang ubat.. outlet kesihatan seperti Alpro / Guardian / Watson dan sebagainya. Tak tahu lagi di mana lokasi kerjaya anda walaupun bidang yang diceburi itu farmasi. 

7. Jika ada rezeki dilantik sebagai guru kelak, antara kelebihan menjadi guru:

- waktu kerja yang lebih singkat

- urusan keluarga lebih fleksible budi bicara ketua jabatan

- 1 hari = 3 jam berada didalam kelas

- peluang memohon pertukaran sekolah sebab sekolah memang ada dimana² seluruh Malaysia sama ada di kampung atau dibandar.

- utk wanita, jika sudah berumahtangga, mudah untuk mengikuti kerjaya suami jika suami bukan bekerjaya sebagai seorang guru.

- laluan naik pangkat melalui permohonan Guru Cemerlang

- mohon sambung belajar ke peringkat master / PHD melalui HLP (hadiah latihan persekutuan) yang ditanggung oleh kerajaan dan bergaji penuh.

- serta banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati sebagai seorang guru.

8. Selepas 3-4 tahun bekerja, boleh sambung ke peringkat sarjana malahan jugak boleh ambik PHD. Peluang kerjaya jugak banyak.. anda boleh terus bertugas sebagai guru disekolah, mohon sebagai pengajar di Matrikulasi KPM, pensyarah di IPG atau di universiti² awam seluruh negara dan pelbagai lagi jika berminat untuk sambung belajar.

9. Zaman skrg ni susah dapat kerja. Alhamdulillah.. anda di IPG memang jaminan kerajaan untuk anda bekerja didalam sektor kerajaan yang mana akan diberikan penempatan disekolah² rendah. Ramai juga graduan UA sekarang ni sukar sangat nak dapatkan pekerjaan. Jadi, mcm baru² ni, belajar di UA ijazah bukan pendidikan tp akhirnya mohon juga guru "one-off" dan berkhidmat di sekolah² menengah dan rendah.

10. Terlupa.. lagi satu.. kpd yg mungkin tak tahu.. program di IPG ni adalah program pensiswazahan.. Namanya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).. Jadi, prog nya sama lah dengan ambilan pelajar Asasi di UA seterusnya yang sambung prog ijazah di UA seluruh Malaysia. Jadi, sepatutnya tiada lah diskriminasi antara belajar di IPG dan di UA.










Berdasarkan apa yang disenaraikan diatas, boleh dikatakan, anda² yg memilih laluan ke IPG dan mengetahui anda akan dilantik menjadi seorang GURU, TAHNIAH diucapkan. Anda membuat pilihan yang tepat.

Akhir kalam, sekiranya I (institut) boleh digantikan dengan U (Universiti).. Contohnya IPG digantikan dengan Universiti Perguruan Malaysia, baru nampak ada identiti yg lebih profesional nya.

Walaubagaimanapun, personally, selamat maju jaya kepada semua pelajar yang sambung pengajian ke peringkat ijazah , diploma dan sijil sama ada di IPG / UA / Politeknik / Kolej Profesional Mara dan lain²..

Jauhi persepsi.. Fahami realiti..

#mystory

Tuesday 22 November 2022

Ok ke kalah bertanding PRU?

 22.11.22 | Selasa

Selesai sudah Pilihanraya Umum Ke-15 untuk Malaysia memilih Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu. Namun, ketika tulisan ini ditulis (jam 4.52pm), ketika ini semua Ketua² Parti Politik tengah menghadap YDPA di Istana Negara bagi menentukan Perdana Menteri Malaysia ke-10. Bior lah.. Nanti tahu la kita PM baru kita.. 😁😁😁








Bila musim PRU ni, aku teringat masa rakan aku, Mr. Gan Chee Biow bertanding atas tiket Barisan Nasional DUN Nilai masa PRU13. Namun, Gan kalah dengan calon dari parti DAP yg kekal YB Nilai sehingga hari ini (2022). Aku menulis hanya untuk berkongsi perasaan seorang calon parti politik yang gagal bila bertanding pilihanraya. Bagi mereka yang bekerja kuat untuk rakyat sebelum pilihanraya (bukan tempoh kempen saja okeh 😁) memang benar² atau betoi² kecewa dan sedih gila. Kadang², paling senang kita kata, takdak rezeki dia lah untuk menang.. betoi la tu..


Aku bersama Gan sejak 2008 yang mana BN kali pertama kalah di DUN Nilai masa PRU12 (2008 tu). Gan sejak tu, berusaha bersama² aktivis masyarakat dengan mcm² usaha membantu rakyat di Nilai dan Mantin walaupun BN kalah. Aku selalu berjumpa Gan di Pusat Khidmat BN Nilai atau minum malam² dengan kawan² bincang prog² yang boleh bersama masyarakat. Kebetulan, aku pun baru pindah 1-2 tahun di Pajam, dan aku pun suka sangat aktiviti kemasyarakatan buatkan kami selalu berjumpa. Dari masalah bantuan kewangan, penambahan lampu jalan dikampung tradisional, longkang tersumbat, penjadualan pungutan sampah, bantuan² rakyat susah dan mcm² lagi lah yang Gan and team buat untuk bantu rakyat. Termasuklah jugak beberapa kali aku bawak Gan dan jugak boss Mr.Gan, Dr.Yeow, Ahli Dewan Negara ketika tu (dah meninggal dunia) utk bantu prog² sekolah dari bentuk kewangan. Pendek kata, ribuan RM jugak Gan dan Dr.Yeow bantu sekolah aku dan sekolah² sekitar Nilai ketika tu.


Sepanjang 2008 - 2013, memang pusing² hal kemasyarakatan saja dipikir sampai lah kemuncak pemilihan calon BN di Nilai. Bila kita bergaul dengan orang² politik, ramai lah kenalan kita. Bagi sesetengah org, join politik senang kaya. Tapi itu bukan lah aku. Aku memang suka membantu mana² yang patut dibantu. Begitu la jugak dengan Gan. Pernah team kami ke Wisma MCA jumpa dengan Presiden MCA ketika tu, Dato Seri Chua Soi Lek.. Haa.. bukan senang nak jumpa org² politik 1st tier level. Dapatlah aku dan beberapa rakan² Nilai face to face jumpa Presiden MCA (patut nya aku jumpa Presiden UMNO kan.. hahaha)





Gan tercalon untuk parti BN DUN Nilai PRU13. Tu pun dah kira "menang" la sebab nak dinaikkan nama as a candidate pun bukan senang weiii.. Kalau aku x join politik, aku nampak mcm senang ja pilih calon.. 🤭🤭 Mcm² kriteria termasuklah report dari special branch (SB) berkenaan calon yang nak dipilih. Persaingan jugak dari rakan² parti yg sama lagi.. Ni belum bertanding.. Baru nak dicalonkan.. Haa.. Payah kan?



Sepanjang kempen, aku x lah bantu sangat sebab kita ni berkerja.. Payah jugak nak ke sana sini.. Sikit² ada jugak turun bantu Mr.Gan.. Utk penamaan calon, Gan pun lantik aku sebagai pencadang kepada dia utk lapisan kedua. That means, kalau pencadang 1st ada problem, aku akan dibawak masuk utk pencadang Gan sebagai calon BN pada hari penamaan calon. Tp syarat nya aku mesti undi di DUN Nilai. Tentulah aku undi di sini.. Pun ini pengalaman pertama aku laa..

Diringkaskan sikit story, calculation awal kami, Gan akan menang tipis di DUN Nilai sebab, kami ada data utk buat calculation.. Bukan main tembak saja.. Hahaha.. satu lagi faktor sebab calon DAP adalah kaum India dan ada sedikit advantage utk Gan meraih undi dari kaum Cina yg majoriti lebih sikit dari Melayu masa 2013 tu.

Namun, pada hari PRU tu, selepas kiraan undi, Gan Chee Biow kalah dengan calon DAP dengan majoriti 4000+-. Malam keputusan PRU, jam 11.30mlm+-, PA Gan call aku suruh ambik Gan di Seremban. Gan suruh aku ambik dia wpun dia dah pasang 3 org bodyguard.. Hahahaha.. Dengan bawak Saga hitam aku, terus aku ke Hospital Mawar, Seremban.. jam 1am+-, Gan turun hospital dan naik kereta aku.


Aku akan ingat sampai bila² momen ni.. Sebaik dia naik kereta Saga aku, dia dok sebelah aku.. turunkan seat (agak keletihan).. dan dia kata kat aku.. "Nuar, apa lagi yang rakyat Nilai ni nak..? Macam² i dah bantu dan usahakan utk diaorang.. i penat laa".. Ini lah yg maksudkan, perasaan org yang memang 5 tahun bekerja kuat bantu rakyat, tp akhirnya ditolak oleh rakyat.

Aku pun terkedu jugak laa.. Aku kata dengan Gan.. "Boss, ini bukan masalah rakyat Nilai x suka u.. skrg ni tsunami politik seluruh negara..rakyat tolak BN dan Najib Razak"

Lalu kami terus minum disalah sebuah kedai mamak area Pasar Seremban sampai lah jam 3am.

Dah penat story.. sekian.. 😁😁😁

Tuesday 8 November 2022

Beli Rumah Baru di Perak

 07.11.2022 | Sabtu

Dah hampir 1 tahun kami beli 1 unit di Uniparkland Residence, Tronoh, Seri Iskandar, PERAK. Kalau nak fikirkan, mcm x percaya pulak mcm mana aku dan mem boleh decide beli 1 lagi rumah di Perak. Mem aku biasanya mengikut saja apa future planning aku. 

Masa PKP 2020, plan asal nak beli tanah buat rumah. Kalau ada tanah warisan mak ayah ok la.. tak perlu la kalut nak beli tanah. Tp, biasala.. aku start from zero.. kena slow² la.. 😁😁. Lagipun, lebih selesa dan puas hati kalau belian tu dari usaha dan titik peluh sendiri. Berbalik cerita tanah, lepas aku deal dgn 3-4 org broker dan agen hartanah, 2x aku turun Taiping & Ipoh, tp tak dapat tanah lot yang memenuhi kriteria aku.. sambil² cari tanah, dok tgk² jugak rumah yang okey area dari Taiping bawak ke Parit Buntar, tp tak dapat memenuhi spesifikasi yang mcm mana aku rasa sesuai.

15 November 2021.. nak dijadikan rezeki atau nasib kot.. scroll FB tiba² ternampak rumah semi-D cantik kat area Seri Iskandar. Sekali tengok memang terpekenan aku nyah.. Harga RM308K dengan keluasan tanah 45' x 80'.. terus la wasap salesman yang nasib dia baik tu. Chinese salesman.. lepas berbalas-balas wasap dia kata, utk Fasa 4 ni, ada 1 unit saja.. last unit.. yang ni pun sebenarnya ada buyer dah masuk loan tp 1 bank gagal.. dia tengah cuba bank ke-2. Pada aku, biasa la.. taktik sales person nak cuba paksa aku cepat beli. Tp katanya jugak, kalau kata loan dia lepas, aku kena tunggu Fasa 5. Aku pun x kisah sgt sb bukan rushing nak beli rumah. Sementara tunggu loan dia approve, aku pun masuk jugak loan lepas pi tgk rumah.

Si Niclos kata, kalau aku dtg Seri Iskandar dan tengok rumah, for sure aku akan beli jika mmg plan nak beli rumah yang ada tanah. Dia mintak RM200 utk locked last unit tu. Kalau x jadi, dia return duit balik. So, bila aku dan mem aku fikir², ok la.. RM200 ok laa.. kalau dia x mau refund, tak la rasa ralat sgt..

Lepas transfer payment booking RM200, Sabtu tu aku terus ke Seri Iskandar. Mcm Niclos kata la.. Memang aku minat dengan design dia dan harga still reasonable la. Kalau di KL, mau jugak RM500K-600K.

Lepas balik ke Nilai, hasil perbincangan, aku dgn mem aku decide utk beli rumah ni. Bila check jarak nak ke kawasan adik beradik aku & mak mentua aku, memang Seri Iskandar ni tengah².. 145km ke Felda Soeharto & 143km ke Nibong Tebal. Adil la kan 😁😁.

Dalam mgu yang sama, aku submit dokumen utk loan. Alhamdulillah.. Loan bank lulus without penjamin. Masa Disember 2021 tu, interes rate dapat 2.95% (BLR 1.75% + fix bank rate 1.2%). Tapi la ni, sedeh laaa.. dah cecah 3.95%. Nampak kecik tp interest ni cecah RM60K akibat kenaikan 1% saja. Redha saja laa.. Nak kata apa.. Installment boleh bayar Honda CRV baru tau.. 😄😁😄😁😄

1st wasap dengan Niclos 15/11/2021.. loan approve 22/11/2021.. seminggu saja tempoh 1st wasap deal dan tempoh loan approve.. Syukur alhamdulillah.

Kenapa aku beli rumah disini? 

Sebelum ni tak pernah pun aku terfikir akan menetap di negeri Perak walaupun Penang negeri kelahiran aku. Sebab kami pun dah ada 2 unit rumah di Nilai, N9 yang memungkinkan aku bersara di Negeri Sembilan (kalau panjang umur la). Tp semuanya kehendak Allah SWT.. Kita ni hanya mampu merancang.. Hanya Allah jua penentu segalanya. Byk kami discuss sebab wife aku bukan lah seorang guru yang boleh berEG-tukar. Tp, takkan la aku nak tunggu pencen baru pindah ke Perak. No no no.. Hahahaha.. Adalah perancangan aku.. Sama jugak, jikalau diizinkan oleh Allah SWT.. kalau dok di Perak ni, rasa lah dekat sikit dengan kakak² dan adik aku serta saudara mara lain yg kebanyakannya di belah Perak dan Penang. Boleh lah sekali sekala jumpa depa bila dah usia semakin layu. Kalau di N9, jauh sangat. Kami berdua ni takdak sapa pun di N9.. Beli rumah disini ketika usia 26 tahun.. Muda lagi.. Hanya fikirkan kerjaya saja masa tu.

Tapi bila usia dah semakin senja, baru lah terfikir kdg² nak merasa tak jauh sangat dengan adik-beradik. Alhamdulillah.. semuanya perancangan Allah.

Jika tak ada halangan, seperti kata salesman pemaju, maybe rumah kami akan siap sepenuhnya pada end of Disember 2022. Atau mungkin penyerahan kunci pada 1st quarter 2023. Aku bukan rushing nak pindah. At least, ada la pot kami melepak sambil deko² rumah kalau free time hujung minggu sebab anak pun bizi di IPG. Biasalah.. Bernikah diusia muda.. anak ada sorang & dah belajar di IPG. Keja aku dengan mem aku, berdating saja laa.. dah x payah fikir bangun lewat malam / awal pagi nak bancuh susu baby lagi.. 😁😁😁😁

#mystory

Wednesday 2 November 2022

Day Trip Cameron Highland

CAMERON HIGHLAND.. Walaupun kdg² difikir², bukan lah ada yang menarik kalau setahun sampai 4-5x naik ke atas tu.. tapi, hanya "kaki berjalan" mungkin saja yang faham apa yg best di CH sampai asal cuti saja nak pi situ.. Hahaha.. nak kata sebab sejuk, ok la mmg sejuk.. tp kat rumah kalau ON ekon, pun sejuk.. 😁😁


CH Daytrip:

Kali ni cuma nak share kpd yang nak buat daytrip ke CH. Aku cuma berkongsi apa yang aku buat tp terpulang lah pada keadaan semasa kalau² ada yg nak try follow step aku. So, aku bgtau siap², step ni utk org yang memang selalu pi CH la.. Kalau dah 10 tahun x pernah jejak ke CH tu, elok la stay at least 3H2M, baru la puas dan selesa.

Kita ambik weekend (Sabtu laa):

Waktu bertolak:

Jika dari KL, aku cadang bertolak sebelum Suboh.. Contohnya jam 5am bertolak.. Boleh solat Subuh di R&R Rawang atau Tg Malim. Selepas solat, terus highway ikut Exit Tapah. Laluan Tapah - Brinchang adalah laluan paling dekat dan jimat jarak sehingga 40km+- kalau compare dengan laluan Simpang Pulai. Cuma laluan Tapah ni agak mencabar sebab laluan bengkang bengkok dan sempit ditambah pulak byk jalan yang rosak tp still OK.

Singgah Pertama: Air Terjun Lata Iskandar

Di pertengahan perjalanan, boleh singgah sekejap di Lata Iskandar utk OOTD atau nak rileks sekejap. Lepas tu, teruskan perjalanan ke atas. Aku kalau buat daytrip, sanggup tak breakfast dibawah sb planning nak breakfast di Tanah Rata.. 🤭 Tp boleh la beli apa² sikit buat lapik perut.

Singgah ke-2: Cameron Valley (Bharat Tea)


Boleh buat pit stop kat sini utk saja pekena tea tarik panas sambil berOOTD dengan viewing ladang tea yang menarik. Tp Cameron Valley ni ada 2 port.. Upper station & lower station.. Yg bawah tu boleh naik buggy kalau nak pi ke bahagian bawah ladang teh. Nak turun bergambar pun boleh jugak tp ada bayaran. RM2-3 kalau x silap aku la. Nak pekena kek potong pun ok jugak dgn suhu yg sejuk, memang padu.. teruskan perjalanan

Singgah ke-3: Taman Kg Sedia, Tanah Rata


Nak kata taman, tp mcm kampung.. boleh breakfast kat sini. Biasanya aku pekena Nasi Lemak di Aidilbadri. Nasi lemak dia sedap + ayam rendang.. Pastu boleh la add-on roti jala kaler pink.. kat sini jugak aku akan beli stoberi coklat sb anak dan mem aku suka kat sini. Dah tentu² bumiputera. Biasanya beli coklat saja 2-3 bekas bawak turun utk cicah stoberi. Aku mmg x makan.. 😅😅😅. Utk buah stoberi, ada opsyen nak beli disini atau di Kea Farm atau petik stoberi kat ladang Raju.

Singgah ke-4: Kea Farm, Brinchang

Aku selalu akan singgah Kea Farm tp bukanlah untuk beli belah sangat. Biasanya aku beli buah oren sb kalau kena dgn cara pilih buah, memang manis. Jagung pun aku selalu beli dengan uncle dekat simpang masuk ke kiri (hala turun ke Brinchang).

Singgah ke-5: Ladang Stoberi Raju

Kat sini khas kalau nak petik buah strawberi. Aku pilih kat sini sebab kalau kita petik sendiri, buah stoberi ni tahan lebih lama sikit. Bagi aku, kat sini ada privasi sendiri.

Ok. Apa yg aku bagi ni just untuk sharing kepada yg saja² utk ke CH secara daytrip. Sebenarnya, boleh la pegi 1-2 tempat lagi macam Lavendar Garden.. Tempat biri².. tp aku x beropa minat sangat sebab anak dah remaja. 😁😁

Semoga membantu. Cuma pesanan aku.. Apa yg ditulis ni adalah based on experience aku. Maybe lain org lain style nya. Apapun, pi Cameron Highland ni memang x menjemukan walaupun 1 tahun naik 3-4x.

#storycheguanuar


Perantisiswa 2022

 1.Bila benda diberikan percuma, untuk menghargainya tu tidak begitu penting.. Berbeza kalau kita beli sendiri.. Kita akan jaga brg yg dibeli tu dengan elok. Zaman harini dah byk berubah. Sikap menghargai pemberian org lain semakin pudar ditelan zaman. Sebenarnya, semuanya adalah berkenaan sifat atau keperibadian seseorang utk menghargainya atau sebaliknya.



2.Tentang Perantisiswa, baru² ni ada yg sanggup jual sebab katanya spec tak berapa bagus dan lain² sebab. Tak sepatutnya berlaku. Kadang², parent juga perlu ambil tahu hal begini. Pastikan anak² menghargai pemberian kerajaan dan tanamkan sifat berterima kasih kepada yang memberi serta mensyukuri nikmat apabila diberikan sesuatu yang bernilai untuk kegunaan pembelajaran di IPT.

3.Ada juga yang sebenarnya tidak layak memohon disebabkan pendapatan isi rumah melebihi syarat kelayakan, dengan tanpa rasa bersalah terus memohon dan dapat pulak tu. Dimanakan nilai² murni yang patut ada dalam diri kita? Kita belum berkuasa tp sudah salahguna cara yang sepatutnya. Setiap hari kita komplen orang² politik hanya tahu jaga kroni, rasuah dan utamakan anak beranak sedangkan kita sendiri pun perkara x sepatutnya kita layak, kita manipulasi supaya kita dapat benda perantisiswa tu secara percuma. Cuba fikirkan, mcm mana diri sendiri jika ada kuasa?

4.Aku harap, rakyat Malaysia lebih matang untuk membuat penilaian segala bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan walaupun aku secara peribadi langsung tidak pernah merasai bantuan² yang diberikan oleh kerajaan malah ribuan ringgit membantu kerajaan melalui pembayaran cukai pendapatan yang digunapakai untuk bantu golongan berpendapatan rendah.

5.Bagi sudut yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 pulak, perlulah menghargai setiap bantuan dan tak perlulah menidakkan hak² kumpulan M40 atau T20 kerana kumpulan ini banyak membantu negara serta meningkatkan ekonomi negara melalui pembayaran cukai dan kuasa berbelanja.

Kepada mahasiswa/wi.. hargailah tab Perantisiswa yang kerajaan Malaysia berikan. Gunakan dengan baik untuk memudahkan urusan pembelajaran anda di IPT.





Tuesday 1 November 2022

Menuju 100 hari Tecer Bella di IPG

Harini 01 Nov 2022. Menulis di blog ni aku rasa lebih bebas tanpa perlu fikir sapa².. kalau kat medsoc lain, nak kena jugak pikir orang lain yang membaca.. kat blog ni, boleh menulis sesuka hati aku selagi menjaga batas² penulisan 😁😁

Sebelum tu, mintak maaf dulu.. Aku ni memang jenis yang suka berkongsi (tp ada la jugak tapisan).. sebab apa? Sebab kdg², aku pun cedok idea² atau info² daripada blogger yang rajin menulis. So, tak adil la asyik mencedok saja tanpa berkongsi.. kan...? 🤭😅🤭😅 Lagi satu.. kalau baca blogspot aku ni, tiba² meluap² rasa nyampoh ataupun meluat, takpa².. boleh pi cari benda lain kat Gugel.. 🙈

So, tajuk pilihan utk harini ttg kisah Tecer Bella @ Dina yang skrg di Lembah Pantai, KL.

Harini jugak, genap 3 bulan anak aku, Dina berada di IPG KBA, KL.. 3 bulan jugak la dia berasingan dengan mama dan abah nya.. tp semakin serasi dan nampak juga semangat berdikarinya. Banyak benda dah pandai buat. Balik ke Nilai naik komuter.. Naik Grab ke KLIA dan baru ni bersama mama nya ke Penang naik flight. Kehidupan bersama kawan² di IPG pun semakin baik walaupun biasa lah.. mesti ada jugak yang tak perfect tp dapat elokkan dalam masa yang singkat tanpa perlu simpan lama².

Baru² ni Dina bagitau, kawan² serumah nya dah tahu dia dapat straight 11A dalam SPM. Sebelum ni, hanya sorang saja yang tau.. Budak tu terlepas ckp kat kawan² lain.. depa agak terperanjat Dina yang hanya disekolah harian, mcm mana boleh dapat 11A??

Housemate Dina ni kebanyakannya dari SBP dan MRSM. Depa pun pandai² belaka. Maknanya, guru² pelatih di IPG bukan calang² hebat orannya ya. Bukan senang nak terpilih masuk ke IPG ni berapa banyak tapisan. So, sambung cerita kawan Dina.. Jadi, depa kata.. "Aku yg cikgu bagi spot SPM question keluar sebijik² pun x boleh dapat straight A, mcm mana ko dari sekolah harian boleh dapat 11A?" Kawan² Dina mcm terperanjat jugak la.

Memang betoi kata kawan² Dina yg dari SBP / MRSM.. normally, student dari sekolah² jenis ni akan dapat soalan spot di saat² akhir.. tapi, wallahualam.. Aku pun x minat nak kupas benda ni.. Yang nyata dan fakta, Dina hanya dari sekolah harian biasa dan kelas Sains Tulen + Agama boleh dapat 11A memang lah jadi kebanggaan aku as a parent. Hanya Dina, mama Dina dan aku yang faham bagaimana kesungguhan Dina sepanjang mengharungi SPM. Walaupun sebutir, tetapi sebutir ini memberikan cahaya yang bersinar² kepada aku dan mama Dina.

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah..

Sekarang, teruskan perjuanganmu wahai anakku.. Aku percaya, kamu yang cemerlang dan gemilang mampu melahirkan lebih ramai insan² yang juga bakal cemerlang dan gemilang seperti kamu Tecer Bella..

Aku selalu mengingatkan Dina.. bukan semua org diluar sana berpeluang sambung belajar yang setakat hari ini menjanjikan peluang pekerjaan tetap mcm mana yang Dina dapat ni. Walaupun namanya bukan 'U' tapi 'I', namun 'I' bukan sebarangan sebab 90% graduan masuk ke IPT untuk dapat pekerjaan, so, anda sudah sebelah kaki masuk ke dunia pekerjaan yang gaji agak lumayan di permulaan kerjaya. Alhamdulillah..

All d best dan Selamat Maju Jaya 🥰😍🥰😍

Wednesday 7 September 2022

Kisah cakoi dan donut sedap di KL

Semalam aku makan malam kat Bazaria Pantai Dalam, KL.. Sebenarnya aku confuse sikit antara Lembah Pantai dan Pantai Dalam.. mungkin kawasan dekat² kot.. 😁

Masa duduk tunggu makan sampai, aku dok perati.. gerai sebelah gerai aku nak makan, punya la ramai manusia beratur nak beli cakoi, donut dan pau kat gerai acik ni.. selalu dok nampak beratuq kat kedai nasi kandaq.. hihihi.. tiba² aku teringat dulu tecer Rin ada sebut pasai cakoi Pantai Dalam.. Sah dah kat sini aku rasa..

Keterujaan aku kian meningkat bila barisan makin lama makin panjang.. yg dah dpt cakoi / donut jalan dah tp berbaris makin panjang.. mesti sedap yakmat kot.. sampai makanan aku sampai pun aku dok teruja tgk proses buat cakoi donut dan pau wpun aku ni memang bukan peminat cakoi.. Pau dia pulak ada inti sambal bilis & kacang.. ni pau bergoreng okey..


Dipendekkan cerita, lepas habih sepinggan nasi putih dgg black pepper + tolo dadar, aku pun beratuq.. x lama pun beratuq walaupun panjang.. dlm 15-20 minit saja setel..

Memang panas² lagi sebab baru naik dari kuali.. Aku try beli donut & pau sambal.. masuk ja mulut, wpun dah kenyang sebenawnya, tudiaaa.. memang patut la org beratuq panjang.. sedappp sungguh.. serius tak tipu..

Dia punya level sedap tu kiranya esok tu aku pi buat 2nd round beli lagi dengan tambahan kuantiti 🤭🤭. Harga semuanya 70 sen seketui tak kisah la cakoi / donut / pau.. memang sedap.. 

Kpd sapa² yg nak try, boleh la try test cuba ke Gerai Cakoi & Donut Cik Lah kat Bazaria Pantai Dalam, KL ni..

Tuesday 6 September 2022

KL: Bermula Kenali Kehidupan

06.09.2022 | Selasa


Bulan September 2022 genap 20 tahun aku berumahtangga (semua rumah aku duduk bertangga 🤭).. Jadi, saja story sikit bab rumah sewa aku duduk lepas menikah.

Rumah sewa pertama:
Bercakap ttg rumah, aku masa mula² menikah dulu cari rumah sewa dan dapat duduk di Taman Castlefield (kwsn Sri Petaling yg terbelah dua akibat KL-Seremban Highway dan 3 minit ke Pekan Sungai Besi). Pemilik rumah ni tokey used car di Jalan Klang Lama, CK Chong. Muda lagi dia ni. Sewa rumah masa tahun 2002 tu RM450/= rumah apartment (flat) ground floor. Majoriti yang dok situ bangsa cina. Tp semua bagus dan aku siap buat tuisyen ajar anak cina 5 org kat rumah aku.. 😁😁😁. Mem aku masa ni keja di Proton Edar dealer kat Sri Petaling sebagai administrator. Mem aku ni sebenarnya bijak byk dari aku, sb SPM dapat pangkat 1 agregat 17 (aku pun pangkat 2 saja.. hahahah) tp minat nak jadi cikgu tak kesampaian sampai lah bersuamikan seorang cikgu dan jugak jika ada rezeki, anak pun bakal jadi seorang cikgu. Berbalik hal rumah, aku sewa rumah CK Chong ni sampai umur Dina 5 bulan ( Ogos/2004).



Rumah sewa kedua:
Ogos 2004, aku pindah ke kawasan Sri Petaling sebelah kiri KL-Seremban Highway (rumah lama belah kanan KL-Seremban Highway). Pindah sebab dekat sikit nak pi tempat keja. Rumah dua tingkat ada 2 bilik. Sewa RM500 masa tu. Masa pindah ni, aku ada janji dengan mem aku, 2007 aku plan nak beli rumah. Tp tahun 2006 aku dah beli rumah di Pajam. Alhamdulillah laa.. ada rezeki anak. So, aku duduk di rumah Sri Petaling lebih kurang 3 tahun sebab tahun 2007, rumah aku di Pajam siap, terus pindah ke Pajam.


Overall.. Banyak kisah suka duka sepanjang 2002 - 2007 sebelum pindah ke Nilai, N9.. Semuanya jadi kenangan.. 😁😁😁

Tuesday 16 August 2022

Part 2: Cerita di IPG KL

 16.08.2022 | Rabu (Part 2)

Sambungan dari Part 1 (dari kaca mata seorang ayah , guru dan orang awam)

Lepas 3 hari Dina di IPG, aku nak bgtau mcm mana pun x pasti.. Yang nyatanya, dia mungkin rasa kejauhan sangat dengan aku dan mama nya walaupun 47 min aku boleh sampai ke situ dari rumah aku. Jadi, mem aku pun mulakan siasatan, awat yg mcm x selesa.. kemurungan.. tak ceria.. selalu wasap bagitau dia rasa x seronok. Dina ada jugak tanya aku tentang tarikh daftar Asasi Sains @ UiTM yang jadual daftar pada 09.08.2022. Nampak mcm Dina seolah² nak quit dari IPG dan ke UiTM sebab peluang ke YTP Mara (UKM - Farmasi) dah tertutup sebab tarikh yang sama daftar IPG 01/08/22. Pasrah saja lah..

Cantikkk

Tp as a hero utk princess aku, aku senyap² cuba contact semula pihak MARA dan UKM. Aku kena standby sebarang kemungkinan utk keputusan tak dijangka kalau² Dina nak quit dari IPG dan ke mana² peluang yang dia ada. Kadang² aku pun dok terpikir, disebabkan aku kah Dina decide ke IPG atas kerana mcm aku halakan Dina jadi cikgu? Aku sebenarnya nak dia yang ikhlas utk ke mana demi masa depan Dina. 3 peluang yang besar utk Dina pilih betoi² sukar nak buat keputusan. YTP Mara ni nasib la aku pilih local universiti saja. Aku punya firasat, kalau pilih ke luar negara pun Dina berpeluang sb SPM Dina yg cemerlang 11A. Kalau kata dpt pi Jerman ka, France ka, aku dok rasa pakai x bagi dah pi 🤭🤭🤭

Berbalik pada kisah x seronok di IPG.. Hari ke-3 Dina di IPG, aku decide utk jumpa Ketua Jabatan HEP utk discuss dengan perkara² yang aku rasa perlu tahu direct dari org yang betul² boleh buat decision. Alhamdulillah, perjumpaan face to face berlangsung selama 40 minit lebih kurang, dapat bagi aku input yang baik daripada pihak HEP. Aku respect cara Ketua Jabatan HEP yang boleh dibawa bincang. Senang aku dengan beliau. Bukan itu saja, juga aku dapat face to face dengan Ketua Warden dan seorang lagi asisstane kepada KJ aku rasa. So, dengan pencerahan beliau, aku dapatlah tenangkan Dina utk seketika.

Berbalik pada YTP - Mara.. pada hari ke-3 tu jugak, sambil aku memandu ke KL, sempat aku call MARA dan UKM yang menguruskan pengambilan pelajar YTP Mara. Aku dengan jujur bercerita ttg masalah Dina decide ke IPG tp lepas daftar rasa kurang selesa. Cuba kita bayangkan.. MARA bagi peluang hanya 5 org saja utk program Farmasi di UKM termasuk anak aku ni, tp kami menolak peluang utk daftar pada 01.08 haritu. Jadi, bila kita perlukan semula peluang ini, mungkin tipis sangat.. harapan cuma 5%. Aku berterima kasih kepada Puan Nik yg begitu komited bantu Dina utk MARA berikan peluang kedua utk kembali daftar bersama UKM dan terus ke AsasiPintar selama 1 tahun. Hasil discussion dengan UKM dan MARA, akhirnya pihak MARA bagi peluang kepada Dina. Jam 6pm hari Rabu tu, Puan Nik call aku bgtau MARA proceed nama Dina diterima kembali utk ditaja oleh pihak YTP MARA. Hanya berikan jawapan YA, pihak UKM akan emelkan form setuju terima. Sampai ke tahap macam tu lah datangnya peluang kedua.

Apakah hikmah yang mungkin tersurat atau tersirat? Kenapa ada peluang kedua utk Dina kembali ke UKM selepas tak daftar pada hari yang sepatutnya.. Semuanya menjadi persoalan kepada aku dan mama Dina.. Mungkinkah peluang ini hadir utk kukuhkan alasan utk check/out IPG dan check/in UKM? Susah bukan utk buat keputusan? Aku pun bgtau Dina, dia ada 2nd chances jika betul² nak ke UKM dengan prog Farmasi. Aku bagi masa 24 jam utk Dina fikir dan aku ke IPG keesokkannya utk face to face dapatkan jawapan yg ikhlas dari Dina.

Akhir sekali, lepas aku buat full presentation pasai UKM dan IPG.. Jawapan yang keluar dari mulut Dina:

1.Saya nak jadi cikgu..

2.Saya nakkan pahala mendidik walaupun org kata saya boleh pergi lebih dari IPG

3.Saya risau Prog Farmasi susah dan takut tak lepas sebab MARA pun tetapkan pointer sekian² utk ke Prog Farmasi.

Jadi, kesimpulannya, Dina memilih profesion perguruan dengan rela hatinya tanpa ada paksaan dari aku walaupun aku seorang guru yang sudah hampir 22 tahun bergelar guru. Jadi, sebagai tanda hormat, aku telefon pihak UKM utk sampaikan kemaafan sebab kali ke-2 menolak tawaran YTP MARA utk ke UKM. Puan Nik ok saja.. dia kata, biar lah pelajar yang pilih mana dia nak belajar dan fikirkan kerjaya masa depan mereka.

So, maksud kembalinya peluang kedua tu bukanlah perlu kita terus grab.. Peluang kedua tu ada kalanya sebagai satu evidens utk buktikan bahawa peluang asal yang pertama & yang samar² itu adalah peluang yang lebih baik dan sempurna.

Lupa nak ucapkan terima kasih byk² utk kakak dan adik aku.. 2-3 org kawan yang byk bagi pandangan peribadi depa untuk bantu kami buat keputusan yang terbaik. Dan melayan call aku.. 🤭🤭

Akhir sekali, selama 15 hari di IPG, aku nampak kehidupan Dina lebih stabil.. pergaulan lebih nampak baik walaupun tak semua nya bagus dan aktiviti dengan kawan² sebilik pun bagus. Semoga kekal selama 5 tahun pengajian. InsyaAllah..