Thursday 25 April 2024

Bekerja di Kuala Lumpur

24.04.2024 | Rabu

Hari Senin lalu cuti sekolah [sebab Ahad buat Merentas Desa], aku ke KL sebab ada urusan peribadi sikit... Jarang masuk KL hari bekerja.. Bergerak jam 7.00am dari Nilai.. dengan jangkaan ETA sampai ke Bangsar dalam jam 8.00am.. Tapi meleset jangkaan aku..


Lebuhraya Persekutuan hala ke PJ

Sesungguhnya aku memang tabik sangat² kat geng² yang datang dari Seremban, Nilai, Bdr Seri Putera dan seangkatan dengannya yg keja di KL ikut KL - Seremban Highway.. dari Melaka pun ada sebenawnya.. Aku yang masuk ikut Plaza Tol Nilai, start Hentian Nilai kereta bergerak dah slow.. sampai la Plaza Tol Sungai Besi.. Tapi suratan atau kebetulan aku x pasti bila lepas toll Sungai Besi, polis trafic panggil masuk laluan kontra yang nak hala ke Bandaraya KL. Kat situ saja aku berjaya jimat 20 minit dari jem.. Tapi selepas tu, dan mana² lah pun area KL, jemmm sesajer.. 

Lepas Tol Sungai Besi

Iya lah kan.. Beli rumah area Nilai atau Seremban ni harganya walaupun agak keras tp masih reasonable utk beli walaupun berulang jauh sikit. Tapi dgn tempoh masa +-1 jam 30 min Nilai ~ KL mcm agak memenatkan jugak la. 2 hala dah makan masa 3 jam utk perjalanan saja.. Jam 6.30am keluar rumah, jam 7.30pm sampai rumah agak memenatkan. Tapi mungkin tak ada pilihan. Terpaksa lah jugak redah kehidupan dan cabaran.

Kalau nak sewa rumah di KL pulak, harga rumah sewa contohnya di Lembah Pantai RM1800+- utk apartment keluasan 850sqft 3 bilik 2 bilik air. Landed house kalau nak sewa dah tentu² RM2K ke atas. Nak beli lagi la keras harganya. Sebab tu lah ramai yg akhirnya tewas utk kehidupan dibandar utk balik stay dgn mak ayah dikampung dan kerja la area kampung atau meniaga kecil-kecilan. Memang berlaku bak kata mak mentua aku, dah berapa ramai anak² org Felda yg dulu keja Kolumpo dah balik ke kampung duduk dengan mak ayah.

RM1700-RM1900 sewa bulanan

Hidup di Lembah Klang ni kerasssssss gais.. kena "Henyak sampai lunyai.." baru boleh survive.

#mystory