04.11.2026 | Rabu
Tahun ni, tahun 2026 sejarah aku tak uruskan program lawatan sambil belajar sekolah. Sejak 2007 di Puchong dan 2012 di Nilai, memang inilah portfolio yang aku suka buat.
![]() |
| Ni dinner di Hotel Seri Malaysia, Penang |
Nak hasilkan kerja lawatan yang lancar bukan lah mudah seperti ABC atau 123. Kalau buat sekadar ada program saja, tak akan dapat hasil yang dapat puaskan hati sendiri.
Aku.. Memang akan sehabis baik buat perancangan yang teliti sebelum presentation dekat team. Teliti mcm mana?
1.Lokasi lawatan - Penyelaras kena buat kajian lokasi untuk bawak budak2. Dari sudut keselamatan mengikut anggaran jumlah peserta. Perlu jugak buat site visit untuk tengok keadaan trafik, kawasan macam mana, bas ok tak untuk masuk dan sebagainya.
2.Makanan - Ini lah yang paling aku jaga. Prinsip aku, budak balik ke sekolah lepas lawatan, parent tanya dah makan ke belum, budak akan jawab.. "DAH MAKANN".. Sehabis baik aku akan sediakan tempat makan yang selesa. Meminimakan tapau sebab bila tapau akan berselerak budak2 makan. Kalau bermalam, aku selalunya akan deal dengan manager untuk buatkan sekali dinner dengan harga yg reasonable. Bukan semua budak pernah rasa makan di hotel. Inilah masanya kita bagi peluang.
3.Penginapan - Aku.. Memang tak akan masukkan budak2 aku ke homestay. Homestay memang jimat tapi akan disumbatkan ramai2 dalam satu rumah dengan alasan, setakat nak bermalam sekejap jer. No.. Itu bukan aku. Aku akan pastikan pilihan penginapan adalah hotel. Bukan homestay atau rumah tumpangan atau hostel. Di Langkawi aku pilih Greenish Hotel.. Di Penang dan Kuala Terengganu aku pilih Hotel Seri Malaysia.. Di Cameron Highland aku pilih Hotel Wan Alyasa. Bukan semua pelajar kita pernah rasa duduk di hotel. Masa ni lah kita bagi depa rasa.
4.Site Visit - Dalam byk lawatan, hanya ke Kuala Terengganu saja aku x buat site visit sebb mcm jauh sgt. Tp lokasi lain, semua aku akan buat site visit. Deal lah dengan tempat yg kita nak bawak. Contohnya, nak bawak ke Gua Tempurung, masa 1st time.. Aku masuk dulu ke dalam.. Tengok keadaan dalam tu selamat atau tidak untuk budak2. Ke Lost World Tambun.. Aku masuk dulu tengok keadaan dalam. Lokasi nak letak beg dan sebagainya.
Begitulah diri aku.. Bukan aku nak kata aku ni bagus.. Bukan.. Bukan.. Cuma aku memang akan teliti sebelum release satu2 event supaya kesilapan atau kekurangan hanya sedikit. Harini, aku dah tak mahu lahi uruskan projek2 lawatan. Salah satu sebabnya keadaan kesihatan yang x mengizinkan.
By the way.. Puas hati aku jika dapat pastikan prog berjalan lancar, budak luas hati dengan tempat lawatan.. Puas hati makanan.. Puas hati tempat tido.. Itu lah KPI diri sendiri aku..
#mynameisanuar


