Showing posts with label Jom Makan Angin. Show all posts
Showing posts with label Jom Makan Angin. Show all posts

Friday, 26 May 2017

Bercuti Ke Pulau Payar , Kedah

Assalamualaikum wbt & Salam Ramadan..

Harini.. Alhamdulillah.. Dipanjangkan usia kita untuk bersama-sama menghayati bulan Ramadhan untuk kali ini.. Semoga kita semua memperoleh keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini..

Untuk makluman sekalian alam, buat masa ni, mood nak menulis blog dah semakin tipis.. Tak dapat dikenalpasti puncanya.. Mungkin kesibukan kerja membuatkan masa agak terhad untuk menulis cerita yang adakalanya ok jugak.. Tapi ada kalanya mengarut-ngarut.. 

Tu diaa.. Sampai dah..

Berbekalkan kekuatan memori, harini ada sikit mood nak story hal Pulau Payar. Baru-baru ni aku ke Pulau Langkawi.. Untuk ketenangan jiwa bersama famili aku.. Bukan nak cerita pasai Langkawi sebab ramai sangat yang dah story hal Pulau Langkawi ni.. Hari ni aku nak story sikit untuk sapa-sapa yang ada planning nak ke Pulau Payar, Kedah..

Okey.. Untuk info, Pulau Payar di kepunyaan Negeri Kedah dan bersempadanan dengan Penang.. Lebih kurang kalau naik feri dari Penang untuk ke Pulau Langkawi, akan melalui Pulau Payar. Pulau Payar ni pulau yang cantik ala-ala Pulau Manukan di Sabah.. Dengan air yang jernih ibarat kaca, dapatlah kita bersnokeling bersama-sama ikan-ikan.. Yang bestnya, boleh menyelam dengan anak ikan jerung.. Serius tak tipu..

Sedikit info untuk ke Pulau Payar jika kita dari Pulau Langkawi:

1. Sebaik sampai Langkawi, masa check-in hotel, boleh tanya reception.. Ttg pakej ke Pulau Payar.. Kebiasaanya hotel boleh uruskan. Cuma harga berbeza.. Mcm aku, harga yang aku dapat RM130/dewasa.. Tu pun puas memujuk staff hotel.. Hahaha.. Patutnya RM140 katanya.. Tapi aku dok survey, memang lingkungan tu rate nya sebab sebelum pi ke Langkawi, aku ada wasap 2-3 orang ejen ke Pulau Payar, memang mcm tu la rate nya.. Pakej RM130 tu termasuk pick-up kat hotel, feri ke Pulau Payar, set lunch, hantar balik hotel termasuk peralatan snorkeling nanti.. Berbaloi tak? Bagi aku okey la.. Seharian kita di pulau kannnn.. Dah bayar untuk ke Pulau Payar? Okey..  Next..

2. Pagi2 esok jam 8.30 hangpa kena tunggu di Lobi Hotel.. Pihak hotel akan bagi satu sticker untuk ditempek di baju untuk tujuan memudahkan team van / bas yang akan pick-up kita dihotel. Driver akan masuk lobi hotel dan tanya kita nanti.. Jom naik bas / van..

Sticker.. tempek ja lah kat baju..

Susah hati nampak mem aku.. Dina cool..

3. Sampai di Jeti Kuah.. Tapi bukan Jeti yang nak pi balik Kuala Perlis tu.. Dia ke atas sikit.. Sampai situ, ada 1 team akan panggil kita dan bagi tagging gelang.. Pastu, dia bagi jugak kupon makan.. Tunggu lah sampai semua yang nak pi sampai kat Jeti tu dulu.. Sambil kita menikmati view yang cantik jugak kat situ..



Menuju ke Feri

4. Tiba masa.. Jom naik feri.. Feri nya besaq.. Boleh muatkan lebih kurang 200 penumpang rasa aku.. Macam feri Kuala Perlis - Pulau Langkawi.. Ok la kan.. Perjalanan dari jeti Kuah ke Pulau Payar lebih kurang 1 jam 30 minit.. Lama jugak la.. Masa dalam feri, staf feri akan bagi kat kita jaket keselamatan.. Untuk keselamatan sepanjang perjalanan dan jugak tujuan snorkeling sekali.

5. Ok. Sampai di Pulau Payar.. Feri tak dibenarkan parking kat jeti.. Dia berenti jauh sikit.. Pastu ada satu bot transit yang akan bawak kita ke jeti. Bot tu sempoi ja.. Mcm rakit moden.. Huhu.. Tapi sat ja perjalanan ke jeti.. Dalam 1-2 minit saja.. Jangan risau kepada sapa yang takut.. 

Ni lah yang aku kata rakit moden tu.. Huhu
Lebih kurang jarak feri ke jeti

6. Sampai jeti, kita akan diberikan taklimat oleh otai laut a.k.a beach boy.. Tentang perkara yang dilarang dan yang boleh dibuat. Pulau Payar ni pulau yang dikawalselia oleh Jabatan Laut.. Tak ada pun penghuni di situ.. Bekalan ayaq pun takdak.. Depa guna ayaq laut ja sebagai ayaq paip depa.. Jadi, jangan lupa.. sebelum mai, sila bawaklah ayaq mineral 2-3 botol untuk bilas badan selepas aktiviti snorkeling.. Selesai ja taklimat, jom kita snorkeling.. Sila dapatkan peralatan untuk snorkeling dahulu..

7. Untuk makluman, ada 2 syarikat yang menguruskan aktiviti di Pulau Payar ni.. Syarikat yang aku ambil ni Coral Island.. Yang lagi satu tu Langkawi Coral.. Yang Langkawi Coral tu lebih mahal kos nya sebab makanan disediakan secara buffet.. Dan tempat dia pun lebih eksekutif..

Ni lah yang aku kata eksekutif sikit tu.. Jarak tak jauh pun

8. Kebiasaannya, dalam jam 11.00am tu kita snorkeling.. Sampailah jam 2.45pm.. Sebab jam 3.00pm kena siap sedia dah untuk balik.. Jadi, lebih kurang 3-4 jam lah kita boleh snorkeling termasuk makan. Makan tu memang dah disediakan.. Nak snorkeling - makan - snorkeling balik pun boleh.. Takdak masalah..

9. Oklah nooo.. Banyak dah bercerita.. Selamat menikmati hidupan marin yang cantik.. Memang berbaloi.. Best jugak Pulau Payar ni.. Nak pi Sabah, banyak modai sangat.. Kat sini pun ok..

Secara kesimpulannya, aktiviti di Pulau Payar ni memang menarik selain daripada dok shopping di Pulau Langkawi saja noooo.. Boleh try..

Selamat Bersnorkeling..  Layan dulu gambaq yang sempat di snap..





Kawasan makan
Aku dah ngantuk daaa.. 

Hellooo.. Hai..

Laluan jalan kaki dari jeti ke pantai

Naik rakit untuk balik.. Bye-bye Payar Island

Wednesday, 21 December 2016

Bercuti Ke Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Assalamualaikum wbt ..

Cuti sekolah dah dekat end of story.. Cuti lebih kurang sebulan.. Tolak Sabtu Ahad, cuti Maulidur Rasul & Hari Krismas, kiranya ada la lebihan 18 hari beza cuti dengan kakitangan awam lain.. Dulu org kata, keja cikgu cuti banyak.. La ni tak boleh kata cuti banyak.. Cuti cikgu ni lebih sikit saja dari orang lain.. Belum lagi kira duty Sabtu terpilih sepanjang tahun.. Kan.. Takpalah.. Redha saja lah apa org nak kata nooo..

Ok.. Just nak share cerita pi makan angin baru ni. Dari sebelum cuti sekolah punya lah dok cari mana tempat nak pi.. Pening jugak lah.. 2016 ni, Terengganu 2x pi, Johor, Melaka, Cameron Highland, Perak semua dah pi.. Last sekali, aku balun pilih Sungai Petani (SP) tempat bercuti rileks2 buat aku sefamili. Bukan apa sangat, cuma ada 2 kenduri kahwin sedara aku kat SP selang sehari.. Jadi, tak payah lah balik Bagan Serai, pastu naik pulak SP.. Baik aku check-in SP ja.. Boleh tenang2.. 





Bab hotel.. Mcm biasa, dengan bantuan Mr.Agoda, aku dapat duduk Hotel Park Avenue @ SP. Lokasi yang sangat mudah. Keluaq highway Plus Sungai Petani (Selatan) , terus nampak hotelnya. Agoda bagi aku harga RM266 nett untuk 2 malam check-in situ without breakfast. Ok la kan.. Tak breakfast kat hotel pun takpa sebab keliling hotel tu, mcm-mcm makanan ada waktu pagi. Jimat.. Review tentang hotel, bagi aku ok hotel Park Avenue ni.. Nampak hotel bertaraf 4 bintang.. Masuk ja, ada orang bukak pintu.. Mau ja depa bawak barang aku.. Tapi aku ni rasa mcm kesian pulak suruh depa bawak sedangkan aku pun boleh bawak sendiri.. Bilik?? Terbaik.. Fully carpet.. Aku la ni memang suka bilik hotel yang fully carpet.. Nampak ada class nya tersendiri.. Katil saiz king dan ada satu sofa.. Boleh la aku lepak kat sofa tu sambil goyang kaki tgk TV.. Huhu.. Fasilitis lain, ada swimming pool (tapi kami tak pi pun.. iyalah.. anak aku dah besaq).. Ada gym.. Yang gym ni aku masuk jugak.. Staff pun peramah.. So far, overall aku bagi 8/10 bintang untuk Park Avenue.. 


Jom Gym

Sungai Petani ni ada apa nooo? Aku memang plan nak rileks2 ja.. Lokasi yang aku pi:

1) Pantai Merdeka
2) Tanjong Dawai
3) Puncak Gunung Jerai
4) Memorial Tsunami @ Kota Kuala Muda
5) Bandar Sungai Petani

RM10.00


View cantik punya

Itu saja lah kot.. Yang lain2 tu aku ronda-ronda pusing Yan, Kg.Pulau Sayak pekena Mee Udang & Nasi Goreng Udang.. Memang terbaik.. Kalau sapa ke SP, boleh try cari Mee Udang Pulau Sayak.. Udang dia taklah banjir mcm Kuala Sepetang.. Tapi, saiz 5XL.. Terbaik lah.. Harga pun cuma RM10.00/sepinggan. Selamat mencuba..

Tanjong Dawai.. Memang lokasi yang aku target nak pi.. Kalau sapa2 nak pi Tg.Dawai dari Pantai Merdeka, boleh naik bot.. Tapi disebabkan baru-baru ni (Oktober) ada bot terbalik dan 2 orang meninggal dunia, tak jadi lah aku naik bot.. Kalau hangpa dah ada di Pantai Merdeka, tapi nak pi Tg,Dawai naik kereta, kena pi balik naik Sungai Petani.. Mcm tu la lebih kurang walaupun dari Pantai Merdeka tu, kita dah nampak Tg.Dawai.. Kat Tanjong Dawai ni, orang ramai beli hasil lain.. Macam kat Pulau Pangkor / Lumut.. Tapi, menurut kata mem aku, harga ikan bilis mata biru di Tg.Dawai jauh lebih murah dari Pulau Pangkor.. Cuma 1kg=RM48.. Kalau di Pangkor, 1kg=RM70-80.. Ok lah kan.. Murah.. 

Aku nak cerita pasai restoran ikan bakar.. Sebelum ke Tg.Dawai, aku ada searching bab ikan bakar sebab aku memang suka ikan bakar.. Disebabkan nak try ikan bakar Tg.Dawai, aku batalkan hasrat aku nak pekena ikan bakaq Teluk Tempoyak, Penang.. Lepas beli ikan bilis & lain-lain, aku nampak 2 kedai makan ikan bakar.. Restoran Ikan Bakar Mak Njang & Restoran Ikan Bakar Anjung Muara.. Aku pi tengok yang Mak Njang ni dulu.. Bila tanya, harga main lumsump.. Ikan Siakap Merah RM45.00 sekoq.. Pastu nampak ikan tu mcm berlendir.. Tanya ikan lain pun sama.. Aku batalkan hasrat makan di Mak Njang ni walaupun orang review OK.. Aku bukan apa, merata tempat ikan bakaq aku dah pekena, tak pernah nampak ikan yang tak best mcm ni..

Chalet Terapung @ Merbok.. Untuk kaki pancing


Pastu aku pi kedai Anjung Muara.. Sebelah kedai ja.. Nampak ikan ok sikit.. Harga siakap RM40/kg.. Okla dari segi harga walaupun Ikan Bakar Adnan Teluk Tempoyak RM35/kg.. Tapi Bagan lalang RM55/kg.. Aku rasa ok la kot.. Sebelum aku komen bab makanan, aku nak sentuh sikit bab kebersihan.. Apalah punya kedai.. Dari luar nampak Ok.. Masuk belah dalam.. Tu dia.. Kotor.. Tak kemas.. Bangku meja buat lebih kurang ja.. Pondok2 kat tepi pantai tu tak rasa nak upgrade ka wahai taukey.. Tapi, tak apa lah.. Maybe akan datang kot.. Bab order air, bagus.. Cepat sampai.. Makanan aku order, hangpa nak tau mai pukui berapa? hampir sejam lepas aku order walaupun waktu aku sampai kedai tu (lebih kurang jam 6.15pm), ada la kot 2-3 meja belum dpt makanan.. Aku kecewa betoi.. Sampai aku naik angin aku pi tanya kaunter.. Mana makanan aku ni?? Memang serabut.. Lepas tu, sinki basuh tangan.. Sat ada air.. sat takdak air.. Apa punya kedai laaa.. Ikan bakaq nya tak setanding dengan Teluk Tempoyak & Bagan Lalang.. Muara Sungai Duyung Melaka pun lagi sedap.. GAGAL lah Ikan Bakar Tg.Dawai.. Bila nak bayar, aku tanya cashier.. "Kat sini memang takdak ayaq ka..??" Dia jawab apa tau.. "Ish.. Taktau nak kata lahhhhhh..." Mcm tu ka dia jawab dengan aku sebagai customer.. Minta maaf makanan aku lambat???? Jauh api dari panggang.. So, overall.. Ikan Bakar Tg,Dawai GAGAL.. Aku suggestkan kalau ada yang berhajat nak makan ikan bakar, eloklah ke Ikan Bakar Adnan di Teluk Tempoyak.. Memang sedapppp... Minta maaf lah tuan taukey.. AKu harap boleh upgrade.. Aku bayar semua makanan.. Bukan free.. So, boleh diperbaiki pada masa akan datang.. Balik dari Tg.Dawai, balik hotel.. Tidoq laaa.. 

Malam kedua aku makan western ja kat area Taman Sejati area hotel yang aku duduk tu ja.. Dekat.. Sedap.. Murah.. Mantop.. Aku rasa, yang buat biz ni geng-geng tabligh kot.. Tapi makanan semua sedap.. Char Koay Teow pun sedap.. Western OK.. Nasi lemak daun pisang pun ok.. Terbaik Tuan..

Aku pi utara ni asyik cari makan ja.. Sedap makanan belah utara ni sedap2.. Lepas 3 hari 2 malam ni SP, aku check-out dan balik semula rumah pak aku.. (sebelum pi SP dah check-in rumah pak aku dah.. hahaha).. Check-in kat Bagan Serai pulak..

Sekian..

Monday, 8 February 2016

Bercuti Ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt & Salam Tahun Baru Cina..

Happy Chinese New Year buat rakan2 yang berbangsa Tiong Hua..

2 minggu lepas, aku sampai ke Kuala Terengganu. Percutian tak planning detail pun. Saja ja sebut-sebut nak pi Kuala Terengganu. Akhirnya sampai jugak.. Last aku pi Kuala Terengganu 3 tahun lepas. 



Bertolak sebelum Subuh.. Ikut jalan Kuala Pilah - Batu Kikir - Palong - Keratong - Muazdam Shah - Gambang - LPT 2.. Kool.. Sejuk la sebab keluaq pagi-pagi buta. Perjalanan tak la bosan sangat sebab ikut jalan kampung. Kalau ikut highway Karak, mungkin lebih bosan kot sebab dok ateh highway saja.. Hahaha..

Aku sampai di Kuala Terengganu lebih kurang jam 12.00pm.. Perjalanan ambik masa dalam 6-7 jam jugak la termasuk berenti-berenti solat, mandi, rehat dan lain2.. Ok la.. Sampai Gambang, baru start masuk balik highway LPT.. Teruih ja sampai Kuala Terengganu. Aku nak pesan siap2, kena isi petrol siap2 sebab sepanjang perjalanan di LPT2 memang takdak stesen minyak petrol. Tol dari Gambang tu ke Kuala Terengganu cuma RM4.30 sahaja sebab tol belum mula kutip. Yang RM4.30 tu dia kira sampai Jabo saja.Ok la kan.. Tapi nanti dah ada tol, rasanya mau RM30-40 jugak tu.. Jauh wooo..

Ah Lan Wal Sahlan..



Sampai di Kuala Terengganu, aku menginap di Grand Puteri Hotel. Memang tengah bandar. Ada swimming pool, bilik puun okey, makan okey.. 4 bintang aku bagi.. Boleh check-in awai pulak tu. Boleh la aku rest sikit.. Harga RM156.00/malam... Ok tak?

Di Kuala Terengganu ni bab makan agak mengecewakan.. Mahai sungguh la.. Makan tengah hari, aku Google, orang kata Restoran XX Selera xxxx best.. Aku pun Waze la.. Jumpa kedainya.. Lauk dah kurang.. Aku ambik jugak la sebab lapar.. Cuba bayangkan.. Nasi putih + ikan kembung + telur rebus 1 biji = RM9.20... Tak campuq air.. Sumpah tak tipu punya.. Mahai ka? Ka murah?? Hangpa pikiaq la sendiri.. Anak & mem aku makan nasi ayam.. Puih.. Haram tak sedap.. RM5.00/pinggan.. Apa daaa.. Teruk betoi... Aku makan kalau mahai, tapi sedap, aku takdak hal.. Hadoiii.. Taktau la masa aku makan tu, jadi tak sedap.. Ntah laaa.. Memang tak kena tekak aku.. Sorry la Tuan Kedai..

Makan malam pun sama.. Depan hotel aku aku satu warung untuk makan goreng-goreng la.. Aku order nasi goreng kampung, nasi goreng payata & nasi goreng ayam.. Milo ais, teh air & air suam = RM32.00... Amcam? Ok ka?? Menyesai aku.. Bab makan di Kuala Terengganu, memang gagal.. Penang / Utara jugak yang best bab makanan ni..







Untuk shopping, ok la.. Pasar Payang, Kraf Noor Arfa, Masjid Kristal, Kopok Lekor Tok Beng.. Semuanya okey.. Dapat jugak mem aku beli sutera 2 pasang buat kenangan.. Harga ok la.. Yang aku terkejut, kain samping songket.. Kat Pasar Payang tu juai sampai RM4,000.00??? Pehhh.. Kalau Kat Nor Arfa Kraf, aku boleh la terima akai jugak.. Ni kat Pasar Payang tu.. Harap Kerajaan Negeri dapat lah upgrade sikit Pasar Payang tu... Sejak dulu dok mcm tu ja... Ok Tok MB..

Jam 3.00pm hari esoknya aku gerak balik Nilai.. Tu pun ikut laluan jalan lama dulu sebab nak tengok pantai.. Memang cantik pantai sepanjang laluan aku balik sampai ke Rantau Abang.. Aku naik balik LPT2 kat Kuala Dungun.. Aku nasihatkan pengguna, supaya jangan la naik highway ikut Kuala Dungun tu.. Dari jalan lama nak ambik tol PLT2, mau jugak 14-15km ke dalam.. Hadoiii..

Sampai Kuantan, singgah sat jumpa Faris, anak buah aku.. Sempat la borak sat & bagi sikit bekalan makanan & minuman kat Faris.. 

Dalam jam 10malam aku bertolak dari Kuantan.. Jam 1.30am sampai rumah.. Peh.. Letihnya badan.. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Wednesday, 6 January 2016

Jalan-Jalan Labu Sayong @ Sayong, Perak

Assalamualaikum wbt & Salam Rabu..



Kebetulan masa on the way nak balik Bagan Serai haritu, sempat jugak aku cari labu yang asalnya dari Sayong, Perak.. Bukan apa.. Saja nak tunjuk kat anak aku proses buat labu ni.. Kalau dak, depa tak tau nak buat ceghita dalam karangan nanti. Hehe..

Lokasi Kampung Sayong idok lah susah sangat.. Ikut PLUS Highway, exit Tol Kuale Kangso.. Bayar tol, ambik je kanan.. Hah.. Kome teghuih aje.. Tak jauh dah tu.. Cari lah Sayong kat Waze kome tu.. Senang ceghitey.. Hahahahaha.. Senang ja kalau nak cari.. 

Bila dah sampai area Sayong, memang ada trade-mark labu.. Besaq bukan main labu nya tu.. Aku puas jugak memusing la nak cari tempat proses labu ni.. Jumpa jugak la satu tempat.. Tepi Sungai Perak ja.. Hantam sajalah.. Asalkan dapat tengok mcm mana depa buat labu ni..



Bak kata brader yang buat labu a.k.a taukey nya. Laa ni depa dah pakai acuan.. Tak mcm dulu 'pure' handmade.. Tanah liat kat Sayong ni ja lah yang elok utk buat labu.. Hebat sungguh!! Nampak terer la depa dok main tanah liat tu.. Aku layan saja lah.. Aku suruh anak aku tengok proses buat labu ni..





Akhirnya.. lepas belek-belek, ambik jugak lah satu labu Sayong ni buat kenang-kenangan.. Aku pilih yang dah siap syelek siap ada lampu.. Aku rasa mesti lawa kan letak kat ruang tamu (tapi sampai la ni dok dalam kotak lagi.. Hahaha). Harganya RM80.00 ja.. Okey la.. Yang x bersyelek, murah la sikit.. Dah yang mahai lagi pun ada.. Yang RM5.00 pun ada. Nak minta kurang pun serba-salah jugak sebab tengok, leceh jugak depa buat. Tapi aku minta jugak diskaun, taukey kata tak dapat la.. Cuma dia bagi free kat aku labu saiz kecik utk anak aku letak pensel kat meja study dia.. Terima kasih nooo taukey..

Kepada yang minat dengan labu Sayong ni, moh kite pi Kuale Kangso..



Thursday, 11 June 2015

Fly To Kota Bharu



Alhamdulillah.. Dengan izin Allah SWT.. Walaupun dalam ketidaktentuan jiwa & emosi disebabkan pelbagai ke kapal terbang sebelum ni, berjaya juga aku membuat booking flight Air Asia ke Kota Bharu.. Sebenarnya, bukan nak pi sangat pun.. Cuma, bila masuk website AA aritu, dapat tiket flight murah sangat.. Tak pernah dalam sejarah aku dpt harga mcm tu..

Berapa?? RM67.00 penerbangan dua hala KLIA2 - KB - KLIA2.. Bukan untuk sorang.. Tapi untuk 3 orang aku anak-beranak..

Hantam saja laaa..
Takpa la.. Hentam saja.. Nanti, sampai masa, nak pi, pi saja la.. Kalau tak mau pi, tak payah pi.. 

Apapun, AA memang bagi harga murah.. Kita sebagai pembeli tiket, kena lah pandai mencari-cari dengan menggunakan pelbagai kaedah & strategi untuk mendapat tiket yang murah.. 

Sekian

Tuesday, 19 May 2015

Bercuti Ke Kedah & Perlis

Assalamualaikum...

Cuti panjang 1hb Mei lepas, aku sefamili saja pi mkn angin ke negeri Perlis.. Pakej percutian balik kampung + makan angin ke Pehgelih.. 

Kebetulan buah harumanis baru ni dipetik, langkah kanan jugak la aku.. Nak cerita sikit pasal harumanis.. Apa keistimewaan harumanis ni??

Masa di Perlis, aku pi la ushar tokey-tokey harumanis yang jual harumanis. Tempat pertama aku pi, Pusat Kecemerlangan Harumanis yg dikawal selia oleh Jabatan Pertanian.. Aku pi 2hb Mei 2015 ke situ.. Indah khabar dari rupa.. Dalam suratkhabar kata RM24-26/kg.. Tapi bila ke sana, Jabatan Pertanian pun juai buah harumanis RM30/kg... Mcm tak masuk akai pulak.. Sepatutnya, pihak Jabatan Pertanian dengan program Festival Harumanis sepatutnya juai lah dengan harga yang lebih murah drpd yang dok juai di tepi jalan..


Indah khabar dari rupa


Secara peribadi, bagi aku, buah pelam harumanis ni tak lah special mana pun kalau nak dibandingkan dengan harganya.. Lebih kurang buah pelam yang lain jugak yang dijual RM10/3kg yang juai di pasar malam.. Kalau durian musang king, berbaloi la harganya RM25/kg sebab mmg lain drpd durian lain.. Jangan la marah pulak ya org Peghelih.. Aku ckp berdasarkan pendapat peribadi.. Mungkin jugak sebab harumanis ni hanya terdapat di negeri Perlis, tu yang jadi mahai kot..

Untuk tak menghampakan rakan-rakan aku yg order buah harumanis, terpaksalah aku beli jugak dengan kauntiti 60kg.. Kalau ikutkan order, semua sekali 70kg.. Beribu RM jugak la aku bermodai.. Takpa lah.. Harapan kawan-kawan tu penting.. Yg penting, depa dapat merasa..

Secara kesimpulannya, aku suka pi Kedah / Perlis ni.. Sebabnya makanan murah.. Cuma satu kedai saja yang mahai.. Kalau dr Alor Setar nak ke Kangar, ada sebiji kedai yang atap dia warna hijau kuning.. Tepi sawah bendang.. Aku daripada aku kecik dulu aku teringin nak pi kedai makan tu sebab nampak mcm best ja.. Tapi la ni baru dapat pi.. Tapi.. Harganya sangat mahai.. Ikan kembung bakaq sampai RM8/ekor.. Ingat Kolumpo ka makcik oiii..

Tapi di Perlis, paling best makan nasi tomato & nasi kuning.. Lokasinya lagi 6-7km nak sampai Padang Besaq.. Kat kampus UNIMAP... Mmg terbaik la kak oiii.. Sepinggan nasi tomato + ayam goreng panas lagi tu , baru RM3.50 sepinggan.. Terbaik.. Di Alor Setaq pun okey.. Banyak gerai-gerai makan yang dibuka waktu malam.. Di depan hotel aku ( Grand Alora Hotel), pun berderet kedai makan..

Selamat pi makan angin ke Negeri Jelapang Padi & Perlis Indera Kayangan


Kayuh nak pi mana tu? Takkan nak balik Nilai naik basikal tu.. Huhu

@ Lobby Hotel Grand Alora

Nasi Kuning habaq hangpa mai..

Memori Gua Kelam