Thursday 23 March 2023

Ramadhan Baru Tahun Ni

 23.03.2023 | 01 Ramadhan | Khamis

Tahun ni ada sikit terasa kelainan dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak jika dibandingkan dengan tahun² sebelum ni. 😁

Yang pertama

Jejak 01 Ramadhan kali ni, episod baru sebab sahur dan berbuka puasa hanya berdua aku dan Mama Dina sajer ler.. biasanya ber-3.. tapi bermula tahun ni dan mungkin jugak sampai masa² akan datang, Dina bersahur dan berbuka puasa di KL dan kami org tua berdua ni kat rumah.

Aku faham, setiap daripada kita pun akan lalui perkara yang sama yang bila mana anak² dah dewasa, sambung belajar atau bekerja, akan keluar juga dari rumah mak ayahnya. Tp bagi kami, tetap ada perbezaan mcm aku story dlm post sebelum² ni.. di usia 40-an, anak dah keluar tanpa ada anak yang lain sebab kurniaan Allah hanya sebutir mutiara utk kami.. Perancangan Allah itu lah yang terbaik kan.

So, mungkin pasangan Abg Ramli dan Kak Kiah anaknya 3 orang. Seorang dah ke universiti, seorang lagi di Politeknik.. dan anak bongsu Form 3 masih ada dirumah sebagai peneman. 

Pasangan Pakcik Jenal & Mak Munah pulak tinggal berdua bila anak tunggal depa dah melalui fasa kehidupan dewasa tp usia mereka hampir dah 53 tahun & hampir bersara. Sebab tu aku kata, ada juga perbezaan dengan kami sebab aku dan Mama Dina belum pun cecah usia 45 tahun tp dah kembali berdua mcm masa muda² dolu².. hahahaha..

Tak apa lah. Berpuasa dan bersahur dimana² pun tak jadi masalah. Nanti hari Jumaat, budak tu mesti nak balik bukak posa kat rumah. Mama Dina dah pesan. Sepanjang posa ni, tiap² minggu balik rumah.. 🤣🤣🤣🤣

Yang Kedua

Ramadhan kali ni adalah tahun pertama aku lalui Ramadhan tanpa rokok. Memanglah waktu kecik dan awal remaja dulu dah berpuasa tanpa merokok, tp selepas 26 tahun aku merokok, akhirnya 01.07.2022 tahun lalu, aku berjaya hilang ketagihan merokok. Alhamdulillah..

Tiap kali bukan puasa, biasalah.. bila bergelar perokok, selepas bukak puasa dan bersahur, mesti lah cari rokok walaupun sepanjang hari di bulan posa tu boleh pulak tahan merokok. Hihihi.. Jadi, tahun ni, dah x kisah dengan rokok walaupun selepas bukak posa atau selepas bersahur. Kadang², bila kenang balik, tak sangka pulak aku boleh berhenti ketagihan rokok terus. Drive la jauh mcm mana pun, dah x hairan dah kalau x merokok. Sampai mcm tu sekali ganjaran Allah hadirkan kepada aku. Syukur Alhamdulillah..

Semoga Ramadhan tahun ni lepas bermakna dalam mengerjakan amal soleh sebanyak mana yang mampu. Insyaallah..

Salam Ramadhan Ya Kareem..

#mystory

Monday 13 March 2023

Kenangan Dina Terima Tawaran Kolej Tunku Kurshiah

 13.03.2023 | Isnin 

Mungkin minggu ni atau tak lama lagi,ramai murid Tahun 6 sesi lepas akan ada yang dapat result utk kemasukan ke sekolah² khas mcm KAA KRK SABK SBP ataupun MRSM. Bila anak sorang, memang aku sentiasa ingat momen² Dina masa Tahun 2016 (Tahun 6) masa tu. Kalau hangpa pun masih ingat atau ada anak yg kelahiran 2004, mesti ingat yang depa ni adalah 1st kohort utk KSSR. Semuanya berformat baharu. Keputusan UPSR 2016 pun menunjukkan trend yang merosot bila hanya 1% sahaja calon² UPSR yang berjaya dapat straight A. Maksudnya lebih kurang 4,000 calon sahaja daripada keseluruhan calon UPSR ketika tu lebih kurang 400,000 calon. 

Tahniah my princess 

Di SKDJ ketika tu, daripada 200+- calon UPSR, alhamdulillah Dina antara 7 orang calon yang dapat 6A. Hebat anak aku dan kawan² dia. As a parent, aku sangat bangga dengan apa pencapaian anak aku sb hanya aku dan mama Dina yang tahu mcm mana usaha yang dibuat oleh Dina untuk berjaya dalam UPSR. Tahniah utk semua calon² UPSR ketika tu. Dengan kejayaan cemerlang tu, semestinya kami menunggu tawaran daripada SBP atau MRSM. Utk rekod, permohonan SBP, Dina mohon Kolej Tunku Kurshiah di Enstek. Sapa yang tak tau TKC.. Sekolah yang pencapaian terbaik di Malaysia.. 

Masa awal cuti sekolah hujung 2016 tu, aku dihubungi oleh TKC.. "Hello.. Assalamualaikum.. bla.. bla.. bla.. Anak En.Anuar, Nurul Nabilla Irdina DITERIMA utk kemasukan ke Kolej Tunku Kurshiah.. Jadi, kami harap, En.Anuar dan Nurul Nabilla terima tawaran kami yer.. Kalau boleh jangan terima offer lain yer.... " 

Aku pun jadi tergamam.. Masa tu, mmg semua semakan permohonan ke SBP belum keluar lagi, kiranya Dina ni antara tawaran dari TKC berbentuk special yang jarang orang lain dapat. Kami pun tak ada kena mengena dengan TKC. Sama ada bekas alumni atau apa² sekalipun. Betapa bangganya kami as a parent bila anak kami diterima masuk ke sekolah yang hebat hanya dengan panggilan telefon. Maksudnya TKC booked Dina.. kalau x silap aku, ada sesi tapisan temuduga sebelum diterima masuk ke TKC.

Alhamdulillah..

Anyway, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada pelajar Tingkatan 1 yang ditempatkan di mana² SBP MRSM KAA KRK, Sekolah² Khas ataupun sekolah harian. Walau dimana sekolah anda, anda sentiasa berpeluang untuk berjaya.

Insyaallah

Ada juga yang special dari MARA selepas SPM 2021. Nanti aku story.

p/s: Semua cerita diatas adalah berdasarkan pengalaman aku.

Friday 10 March 2023

Berdikari Hadir Tanpa Paksaan

 10.03.2023 | Jumaat

Pagi tadi Dina ada wasap bgtau nak lunch di Mid Valley.. Nak bawak kawan try Genki Sushi sb ada keretapi mai hantar makanan kat meja.. Aku pun teruja jugak.. Hahahaha.. Sebenarnya, Dina dah 1x pernah makan di Genki Sushi KLCC dengan kawan dia dari Nilai sebelum masuk ke IPG. Itu lah kali pertama Dina keluar sendiri dengan sorang kawan dia dari Nilai ke KL.. Mula² mcm x harap jugak, tp aku bagi peluang utk bebas sikit sambil belajar sikit² kenali dunia luar. Alhamdulillah.. Pergi balik selamat.. 😁😁😁

Sebagai sorang anak tunggal lebih² perempuan, aku memang akan selalu bagi "protection" yang sehabis baik utk anak aku ni. Kami ada jugak terfikir, masa dapat tawaran ke IPG KBA, boleh ke anak aku survive duduk di KL? Memang KL sangat la sb nak ke Bkt Bintang x sampai 10km. Ke Jalan TAR 5km.. semuanya keliling² situ ja.. Bolehkah Dina berdikari nanti setelah 18 tahun aku pasang "payung besar" dalam kehidupan dia.. 

Naik MRT


Namun, harini setelah 8 bulan di KL, alhamdulillah.. Dina boleh bawak diri. Boleh bertolak ansur dengan kawan² serumah dengan dia. Malahan, kawan² baik Dina selalu anggap Dina ni mcm leader depa.. Hahahaha.. Ya.. Dina ni mempunyai perwatakan yang agak serius.. dia juga seorang yang akan fikir maju 1 tapak ke depan berbanding orang lain.. Dan antara penyelesai masalah harian dikalangan kawan² nya..

Sebagai contoh, bila satu hari dulu, tengok pantry rumah x kemas, Dina boleh discuss dgn 2-3 org kawan² utk basuh, dan bersihkan ruangan pantry tu tanpa perlu ajak semua orang join. Bagi dia, sapa rasa bertanggungjawab nak bantu bersihkan, silakan.. kalau taknak, pun no problem.. Akhirnya ruangan dapur bersih dan kemas walaupun depa buat sama² sampai lewat malam.

Sekarang pun dah pandai booking Grabcar, Maxim.. naik komuter, naik LRT, naik MRT.. pernah jugak ambik Grabcar dari IPG ke KLIA tahun lepas.. Ok la kan.. Baru ni pulak, sorang² dari kolej ke MyTown jumpa sepupunya. Try and error naik MRT for the 1st time. Akhirnya sampai di MyTown dengan jayanya. Ke KLCC dengan kawan².. Order makanan sendiri di outlet² di shopping mall, beli tiket wayang di kiosk self-service dan macam² lagi la benda² baru yang Dina belajar dan boleh uruskan sendiri tanpa lagi mengharapkan kami as a parent dia.

Conclusion:

Jika ada sesetengah pandangan, seusia 13 tahun sebaiknya hantar masuk ke sekolah berasrama supaya anak BOLEH & PANDAI BERDIKARI adalah hanya persepsi semata². Ada jugak yang walaupun pernah masuk belajar di asrama tapi masih x pandai menguruskan kehidupan bila tamat sekolah menengah dan memasuki alam belajar di IPT.

Mungkin ada sebahagian yang dihantar/digalakkan oleh mak ayah utk ke asrama supaya berdikari, akhirnya pandai berdikari, alhamdulillah.. tp bukan semua.. bagi aku usia 13 - 15 tahun adalah usia yang masih perlu dibawah jagaan ibubapa sebab ketika usia ini lah anak² mencari identiti mereka. 

Ada jugak ibubapa yang sanggup menghantar anak ke asrama walaupun sudah terlewat diterima tawaran. Sesi sekolah bermula Mac, tp hasil rayuan, diterima masuk ke sekolah berasrama pada bulan September, pun masih sanggup menghantar anak ke asrama walaupun anaknya dah belajar 6 bulan disekolah harian. Mungkin ibubapa tu ada alasan yang tersendiri sehingga sanggup menghantar anak ke asrama yang mungkin alasan belajar berdikari.

Tp bagi pandangan peribadi aku, berdikari ni bukanlah sebab dilepaskan anak kita seusia 13 tahun utk masuk ke asrama. Berdikari ni hasil daripada pengalaman kita dalam membesarkan anak disamping perhubungan yang rapat antara anak dan ibubapa akan lebih mematangkan anak tersebut. Jangan pulak ya ada ibubapa yang nak kan anak ke asrama demi kesenangan dalam pengurusan aktiviti seharian yang bermaksud tak perlu fikir pengangkutan anak ke sekolah, makan minum anak.. semuanya dilepaskan kepada anak dan warden. Jika ada mentaliti begini, agak malang juga lah..

Selain itu, bagi aku, sudah terbukti.. Anak aku tolak tawaran ke Kolej Tunku Kurshiah ketika umurnya 13 tahun bukanlah penamat nya disitu. Tak perlu sekolah yang cemerlang untuk anak kita cemerlang. Semuanya bergantung pada kesungguhan anak itu belajar dan tanggungjawab kita as a parent utk membantu anak kita berjaya dalam pendidikan di sekolah. Akhir kalam, berdikari itu akan hadir tanpa disusun.. akan hadir didalam diri anak² bila mereka mencapai usia matang.

Wallahualam..

p/s: Semuanya adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman

#mystory


Wednesday 8 March 2023

Part III (Akhir): Bercuti Ke Pulau Langkawi

Part III (last) - Bercuti ke Pulau Langkawi

23.02.2023 | Khamis

Harini lastday aku di Bumi Mahsuri. Flight yg murah jam 10.15malam baru daprture ke KLIA2. So, aku terpaksa booking hotel 3 malam wpun malam ni kena check-out sb mana mungkin aku keluar hotel jam 12pm tanpa mandi sampai jam 8.00mlm utk ke airport. Mungkin ada org yg okey, boleh jimat.. tp bagi aku, tak mungkin. Kalau add-on by hour pun 1 jam = RM30.. Baiklah aku tambah ja 1 malam lagi RM112 dapat aku solat Maghrib dulu baru check-out.. 😁😁


8.30am

Breakfast. Rupanya ditepi Bayview Hotel ni ada 1 kedai makan yang bagi aku memang padu. Tak perlu demand sebab viral sb makanan memang sedap. Kadang² yg viral ni menang kat view, tapi no taste.. kat sini ada roti canai, nasi lemak bungkus daun pisang, nasi lemak pinggan, gulai termenung, daging masak hitam (memang padu) dan ada la 4-5 menu lagi.. Sedap!! Hangpa boleh la try.. Nama kedai Idamanriah Cafe Roti Canai (kalau Google Maps).

Sedap rupanya sarapan sini.. 

Dina makan ruti canai..


Lepas breakfast, gerak cari minyak gamat. Memang dah biasa dengan minyak gamat Warisan Sireh Lagenda. Minyak panas dia memang nikmat kalau disapu di badan. So, aku belilah sikit minyak gamat utk kegunaan sendiri. Kemudian ke toko batik. Memang mahal la ni kain batik. Tak macam dulu².. Kedai batik pun lengang takdak customer. Mama Dina beli la jugak kain batik + kain pelikat utk kegunaan sendiri.

Tiba² teringin nak tengok laut di Tanjung Rhu tanpa laut terbelah. Geraklah aku ke sana. Memang berbeza la. Nampak kedalaman laut kawasan kami berjalan kaki semalamnya. Ramai mat saleh yang bersidai berjemur kat tengah panas. Tak lah ramai sangat pelancong kat situ. Untuk info, kat Tanjung Rhu ni pun ada mangrove dan aktiviti² laut mcm jet ski, ATV dan lain² aktiviti.

Dah x nampak beting pasir.. yg nampak makcik saleh ajer.. hahaha

Gerak ke Langkawi Adventure and Extreme Park sebab Dina teringin nak memanah. Kat sini mcm² aktiviti extreme ada. Pakej 4 aktiviti = RM80 kalau x silap aku. Tp Dina cuma nak aktiviti memanah, so, single aktiviti RM25. Dapatlah apa yang dihajati.. bukan takat 10 anak panah, banyak jugak la sebab nak kena belajar dan try. 😁😁 Next time, ingat aku nak ambik pakej aktiviti kat sini. Nampak macam best jugak.



Aktiviti terakhir.. ke MARDI Langkawi. Banyak akvititi kali ni dipilih Mama Dina sebab dah selalu sangat mai Langkawi, banyak aktiviti dah pernah buat... sebelum² ni, aktiviti yg dah buat. Rupanya best jugak ronda² dalam MARDI ni. Depa bawak naik tren. Pusing² ladang buah. Paling best, harga RM10/pax termasuk tren + makan² buah² segar. Memang sedap buah depa. Depa buat buffet style. Abang driver tren pun sempoi. Mcm² info dia share kat kami. So far so good untuk dimasukkan dalam senarai aktiviti tambahan kalau mai ke Pulau Langkawi.








Maka, tamatlah percutian singkat kami sekeluarga. Walaupun singkat, alhamdulillah dapatlah rileks² tenang fikiran dari asyik memikir hal kerja. 😁😁.. Bagi aku, bercuti ni perlu dengan keluarga.. mcm mana pun, aku sangat utamakan keluarga aku daripada yang lain². Sebab tu, aktiviti selain keluarga yang x bermanfaat, aku x minat untuk join. Nak gembira, biarlah dengan keluarga sendiri bukan dengan orang lain. Walaupun hanya 3 malam 2 hari (bukan 3H2M) sb datang malam, balik pun malam, tapi tetap best. Thank you Allah.. Syukur alhamdulillah..

So, sepanjang beberapa kali aku pernah ke Langkawi, antara aktiviti² yang dah pernah aku buat:


Kilim Mangrove GeoPark✅️

Island Hoping✅️

Snorkeling di Pulau Payar✅️

Masuk Wildlife Park✅️

Masuk Crocodile Farm✅️

Skycab Gunung Mat Chincang✅️

Pantai Tanjung Rhu ✅️

Pantai Cenang ✅️

Melawat Beras Terbakar ✅️

Melawat MARDI ✅️

Galeri Perdana ✅️

Pusat Kraf Langkawi ✅️

Shopping² coklat & pinggan mangku✅️


Hotel yang pernah aku stay:

Ombak Villa ✅️

Holiday Villa ✅️ 2x

Citin Hotel ✅️

Bahagia Hotel ✅️

Grand Continental ✅️

Greenish Hotel ✅️

Resort World Hotel ✅️


Kedai makan yang okey aku pernah makan:

Jom Ikan Bakar ✅️ - lunch

Restoran Nasi Campur Kak Yan ✅️ - lunch

Nasi Lemak Truck depan Grand Continental ✅️ - petang

Kak G Ikan Bakar ✅️ - dinner

Wan Thai Seafood Ori Thailand ✅️ - dinner

Idamanriah Cafe Roti Canai ✅️ - sarapan

Restoran Merah Mata Ayer ✅️ - dinner

Laksa Ikan Sekoq ❌️✅️ (so far ok laaaa)

Banyak jugak makan kedai² makan, tp x beropa surrr sangat..

Langkawi... Jumpa lagi!!!.. Aku tak akan jemu datang ke Pulau Lagenda, Permata Kedah ni walaupun berulang kali.. 

Bye² Langkawi

#mystory

#family1st



Wednesday 1 March 2023

Part II: Bercuti Ke Pulau Langkawi

Part II - Bercuti Di Pulau Langkawi

Day 2: 22/02/2023 | Rabu

6.30am

Hari ni dalam sejarah aku sampai di Langkawi ada fenomena laut terbelah di Pantai Tanjung Rhu. Jam 5.30am aku turun ke lobi, dah ada 3 bijik van pelancong standby.. 😁😅.. Utk info, kejadian alam yg unik ni hanya akan berlangsung selama 1 jam bermula jam 7.15am lebih kurang. So, hari Rabu tu, lepas solat Subuh, laju² aku pederas ke Pantai Tanjung Rhu. Dari hotel aku, lebih kurang 25 minit.. Sepanjang perjalanan, memang bersusun kereta depan dan belakang kami yang jangkaan aku tepat, semuanya menuju ke Pantai Tanjung Rhu 😁😁😁. Lebih kurang 30 minit, sampai la kami di Tanjung Rhu.. Ni kali pertama aku masuk sampai ke Tanjung Rhu Resort..



Bila nak sampai ke hujung, semua kalut dok parking.. berpusu² orang menuju ke laut.. Anggaran 2000-3000 orang pengunjung aku rasa.. Ya la, selain pelancong luar, mestilah org tempatan pun nak jugak join tengok dan rasa melintas laut sampai ke Pulau belah sana apa nama ntah. Sepanjang 600-700m tu, ada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APAM) yang memantau termasuk 2-3 bijik bot pasukan keselamatan. Akhirnya, dapatlah aku berjalan² atas beting pasir pi mai pi mai. Tapi syarat kena pakai kasut, kalau dak, sakit gila tapak kaki bila terpijak duri² landak laut kalau tak silap aku. Memang serius sakit kalau terpijak duri dari dalam laut tu. So far, alhamdulillah .. dapat menikmati keajaiban dunia di Langkawi kuasa Allah SWT..







Lepas lebih kurang 1 jam disitu, siren berbunyi 3-4x yang bermaksud semua kena beransur naik ke tepi pantai sebab air laut mula nak pasang. Overall, best jugak aktiviti mcm ni. Lain daripada yang lain.. Alhamdulillah kebetulan beli tiket flight waktu yang tepat.. Maka, keluarlah aku dari Pantai Tanjung Rhu. Nak keluar dari situ pun jenuh.. jem teruk.. Hahahaha..

9.00am

Mencari sarapan. Aku balik ke hotel dulu sebab nak bersihkan badan sebelum ke Oriental Village untuk ke Gunung Mat Chincang. Asalnya nak pi satu warung tepi bendang, tp x jadi sebab agak jauh nak berpusing. So, berenti ja lah kedai warung tepi jalan. Kali ni breakfast tak best sangat. Tp boleh la kenyangkan perut. Kot mana pun, tetap ada kari ikan termenung. 😁😁😁

11.30am

Bertolak ke Gunung MatChincang. Tapi kami singgah dulu kedai makan untuk lunch siap². Aku mmg plan nak ke Restoran Nasi Campur Kak Yan di mana ntah. Aku ni di Langkawi mmg taktau nama² tempat selain Kuah dan Cenang atau Padang Mat Sirat.. Hat lain pernah dengaq mcm Kedawang, Temonyong tp tak ingat belah mana. So, kedai nasi Kak Yan di kalau x silap aku la x jauh dari kawasan Kota Mahsuri.


Restoran Nasi Campur Kak Yan

Udang ni 5 ekor = RM8.. Ok tak?

Bercakap ttg menu Kedai Kak Yan ni.. Memang aku puas hati. Sedap dan boleh dikatakan murah. Kalau ikan bakar, memang kat pinggan ikan bakar dah di tulis siap² harga. Kalau hanga setuju, ambik laa.. Kalau rasa mahai, tak payah ambik. Aku ambik jugak ikan caru bakar, RM10. Ok tak rasanya? Yang paling aku rasa ok la, tengah aku nak bayar, nampak sambal tumis udang keluar dari dapur panas². Apa lagi, aku pi la ambik.. 5 ekor = RM8.. Hangpa rasa ok tak? 😁😁

Overall, dengan suasana kampung, lauk yang macam².. sedap², aku memang puas hati la makan tengah hari di Restoran Nasi Campur Kak Yan sampai keesokkan harinya kat sini jugak aku lunch.. hihihi.. Kalau nak makan, pukul 11am dah ada dah.. sampai 3.00pm kalau x silap aku.. Hari ke-3 aku pi lunch dalam jam 2.45pm, lauk masih ada..

12.30pm

Skycab di Gunung Mat Chincang. Banyak kali dah naik skycab atau cable car ni, tp kali ni mem aku teringin nak naik sb last naik masa anak aku darjah 2 kalau silap maksudnya 10 tahun lepas. Walaupun selalu mai Langkawi, jarang naik kecuali aku bawak rombongan sekolah masa 2019, terpaksalah aku naik jugak. Kali ni, kabel car bergoyang kuat sebab angin kuat masa tu. Serius aku pun rasa risau jugak sebab bergoyang² kabel car tu. Cuba la hangpa bayangkan.. Ke kiri.. ke kanan.. ke kiri.. ke kanan.. Ha.. hahahaha.. Dalam 20 minit kalau x silap, sampai la kami ke stesen paling atas.




Terus menuju ke Skybridge sb kali ni aku beli tiket skybridge. Cuma kena exercise la sikit sebab x beli tiket skyglide. Utk info, nak ke skybridge, ada 2 cara.. yang pertama turun ke skybridge jalan kaki ikut pokok².. yang kedua, boleh beli tiket skyglide.. RM10 kalau x silap aku laaa.. Tp kami pilih exercise. Masa turun bukit nak ke skybridge ok la.. tp masa nak balik, memanjat bukit, adoiiii.. memang mencabar.. memang senaman cardio betui.. tercungap² sementara nak sampai ke area cable car tadi.. ckp ttg skybridge, memang rasa bergoyang jambatan gantung tu.. Dina steady saja.. Memang berani budak ni.. Aku yang tua ni terasa jugak risau bila jalan atas jambatan tu sebab memang rasa bergoyang kalau tiba angin kuat.. tp pengalaman jugak la sebab ni 1st time naik skybridge.. lebih kurang 1 jam kat situ, aku pun turun. Kali ni turun ok sikit, sebab angin tak rasa. Jadi, cable car takdak la goyang².. smooth saja sampai ke bawah. Alhamdulillah..


Kat bawah ada lagi 3 benda boleh masuk dengan belian pakej tiket Skycab tadi.. Boleh masuk Skydome, Skyrex dan 3D Art Gallery.. syok jugak tp aku macam letih dah bercerita. Hangpa Google la sendiri okey.. Hahahahaha..

3.30pm

Balik ke hotel. Rehat dulu.. solat dan bersihkan diri sambil aku mendobi. Jenis kami ni, x suka kalut².. biar rileks².. penat kalau dok kalut².. Balik hotel, take a rest dalam sejam dua, lepas maghrib gerak keluar semula. Ke mana?

8.00pm

Dinner. Aku memang dah plan nak makan Kak G Ikan Bakar dekat area Desa Permata, Kuah.. ada 3-4 kedai ikan bakar sederet kat sini tp aku dah biasa dengan Restoran Kak G. Macam biasa.. Siakap sekor, sotong celup tepung, ketam masak cili / sambal, sup sayur.. nasi dan air.. Total = RM103.00.. yang paling best, kali ni x nampak air asam. Sebelum² ni memang ada ayaq asam.. tp kali ni ada sambal belacan saja. Aku pun pi la tanya tokey kat kaunter.. "Kak, ayaq asam takdak ka..?".. Tokey pun kata takdak.. sb selalu buat orang x makan sangat.. Tp kalau nak, dia boleh buatkan.. Apa lagi? Aku kata la nak ayaq asam.. Kak G teruih ke dapur pi buat ayaq asam kat aku. 10 minit kemudian, ayaq asam pun sampai.. Tudiaaa.. sempoi..


Ayaq asam special request.. 

Overall, alhamdulillah.. makanan sedap.. masih konsisten.. harga pun bagi aku reasonable la lebih kurang makan di Bagan Lalang..kalau mai Langkawi lagi, boleh mai lagi laaa..

9.30pm

Pi ronda² Pantai Cenang.. memang Cenang sangat happening diwaktu malam berbanding Kuah. Kuah ni malam² memang dah mcm mati. Agak sunyi. Tapi Cenang mcm pesta. 😅😅😅. Ronda² sambil beli cokelet.. Harga sama saja dengan kedai dekat Kuah. HIG ka, kedai² biasa ka, sama saja dengan kedai² coklat di sekitar Pantai Cenang.. Lepas beli coklat, pusing² pantai tengok depa main api.. ramai pelancong asing kat sini.. Pak Arab, Korea, Jepun, Mat Salleh.. Bangla pun ada.. 😁



pastu balik la bilik.. Rehat.. 

Selesai la hari ke-2... Part III (episod akhir) akan menyusul..


#mystory

#sharinginfo


(lepas bersara ingat nak menulis buku..😁)