Monday, 29 June 2026

Kisah Durian Musang King

Sepanjang seminggu lepas, bila masuk kawasan Mantin, punya lah ramai yang jual durian. Sampai 1 plastik RM50 pun ada. Teringin jugak nak beli, tapi macam tak minat sangat lagi.

Sabtu baru ni, seperti biasa, bila feel free sikit, balik lah ke weekend home kami di Tronoh. Pusing2 jugak ke Seri Iskandar, Tronoh, Bota, Titi Gantung, tapi tak lah pulak meriah jual duriannya. Cuma di Seri Iskandar adalah la tokey durian mai jual 1 plastik RM40. Tapi, sedih aku tgk buahnya. Buruk2 belaka, tapi still ada yang beli. Iya la, nak bagi anak bini merasa. Aku pun x beli disitu sebab serabut dengan orang ramai dan harga yg tak dpt aku nampak dengan jelas. 



Ahad semalam balik ke SI, ikut jalan bawah, ternampak sorang tokey jual Musing King di depan Petron pekan Bidor. Harga dah siap. Yg kecik sikit RM15/kg.. Yang sederhana RM20/kg. Aku beli sebijik saja sebab nak makan berdua. Anak di Poland lagi, masih belum balik. Aku ambik yang RM20/kg.. Bila timbang, RM27 sajer 😁😁

Ni nak habaq mai.. Punya lah cantik isi dia.. Tak keras, tak lembik.. Ngam2 sap soi.. Ya Allah.. Sedap sungguh. Terima kasih Allah hadirkan durian yang sedap. Habih licin sebijik kami berdua makan.. Alhamdulillah ☺️☺️ 

Friday, 19 June 2026

Sudah 25 Tahun di akar Umbi Pendidikan

18.06.2026 | Khamis

Harini.. 18.06.2026.. Cukup2 25 tahun aku sebagai penjawat awam. Bertugas sebagai guru KPM seawal usia 21 tahun. Bagi aku, 25 tahun ni perjalanan yang cukup panjang. Sejak diawal perkhidmatan, ramai yg kata aku boleh pi jauh.. Malah masa di maktab perguruan lagi, kawan2 nak lobi aku calon YDP Perwakilan Pelajar tapi aku memang taknak.

Jadi, harini.. Lepas 25 tahun, masih bertugas sebagai guru biasa walaupun berpeluang untuk naik pangkat sebagai pentadbir. Aku terus pilih bertugas sebagai GAB (Guru Akademik Biasa). Lebih tenang.. Cuma sesekali datang jugak serabut nya tapi bukan lah selalu. Rutin biasa yang akan dilalui oleh semua guru. 

Landskap pendidikan dlm masa 25 tahun ni boleh nampak perubahan. Paling ketara bila UPSR dimansuhkan. Pelajar harini datang ke sekolah tanpa ada misi untuk mencapai sesuatu. Cuma datang ke sekolah sebagai syarat seorang pelajar saja dan kurangnya keikhlasan didada untuk menuntut ilmu. Ini realiti. Bukan sekadar keperluan data sahaja. Ibaratnya, seperti permainan bola sepak yang tiada tiang golnya. 

Bercakap soal disiplin pula, memang berbeza juga dengan 20-25 tahun dahulu. Harini, murid datang lewat pun tak boleh didenda. Apatah lagi nak merotan ditangan untuk pengajaran dan peringatan, memang jauh sekali la. Jadi, amalan datang lewat sudah menjadi rutin sebab disiplin tidak dapat dibentuk melalui denda atau amaran keras. Malah selalu kedengaran.. "Walaupun lewat, tapi dia datang sekolah.." Semata2 untuk cantik rekod peratusan kehadiran. 

Budaya guru pun dah tak sama. Dulu sambutan Hari Guru dijalankan tanpa tema2 yang bukan2. Majlis tetap berlangsung dengan meriah. Tapi harini, bagi pandangan peribadi aku lah, tak perlu tema yang digunakan macam sekadar syok2 sendiri. Tapi ada yang suka bertema bagai. Itulah maksud aku zaman dah berubah. Masa mengajar di Puchong dulu, kalau Jamuan Hari Guru di luar, pakaian biasa ja.. Sekarang pun bertema jugak. 😁😁 Sebenarnya sambutlah Hari Guru dengan bersederhana sebagai memperingati tugas2 kita sebagai guru. Berbaliklah kepada yang asal. Tapi terpulanglah pada prinsip masing2.

Sebagai guru yang baru 25 tahun berkhidmat, apa cadangan aku untuk pendidikan di Malaysia ialah:

1.Kembalikan peperiksaan awam di peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas. Kena terima hakikat, penilaian paling baik adalah melalui peperiksaan awam. 

2.Hapuskan terus PBD yang majoriti guru terpaksa buat untuk melengkapkan kehendak pihak atasan.. Penilaian yang terpaksa dilakukan dan tak ada indikator yang benar2 telus untuk mengukur 45 org murid dalam setiap kelas selain ujian bertulis. 

3.Perlu terima hakikat, tiada manusia yang sempurna. Nobody perfect. Tak perlu terlalu "holistik" kerana azalinya manusia kita mempunyai kecenderungan yang berbeza. Kalau kamu memang handal main bola sepak, bidang akademik kamu akan ada kekurangan. Begitulah sebaliknya.

4.Bagi peluang guru mendidik anak2. Bagi peluang guru rotan, tarik side burn, jentik telinga untuk tujuan mendidik supaya guru seiring dapat mengajar dan mendidik. Jangan terlalu bagi muka pada ibubapa untuk buka peluang melalui SISPA yang kurang relevan.

5.Kurangkan program di sekolah. Kurangkan gimik2 melampau yang menyusahkan guru nak buat. Kurangkan kerja bukan mengajar bagi guru. 

Percayalah.. Fokuskan yang asas dalam pendidikan dalam guru mendidik dan mengajar pelajar perlu terus dimartabatkan dan diutamakan supaya pelajar yang bakal dibentuk akan cemerlang gemilang.  

Friday, 12 June 2026

Majlis Resepsi Faris & Amirah

 06.06.2026 | Sabtu

1. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat anak buah teman, Cikgu Faris dan pasangan, Amirah untuk majlis sebelah pengantin lelaki tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga berbahagia hingga ke jannah. 

2. Tahniah jugak untuk kakak aku dan abang Kamal seisi keluarga sebab dah terima menantu sulong / ahli keluarga baru.

3. Bila ditenung2 direnung2, majlis perkahwinan kdg2 bukan sekadar kenduri kahwin, tapi lebih kepada ala2 sesi jejak kasih. 😍😁😁.. Mana taknya, bila jumpa dengan sedara-mara yang lama tak jumpa. Masa ni lah boleh refresh balik hubungan kekeluargaan yang jauh dan dekat. Seronok rasanya. 

4. Mcm majlis kahwin Faris ni, selain adik beradik saudara mara, dapat jugak jumpa kawan2 arwah bapak aku yang dah 10-20 tahun bersara dari Jabatan Perikanan, tapi masih setia hadir support majlis anak kawan depa (arwah bapak aku).

5. Bila sembang2 tadi, sebelah arwah mak aku, dah habis dah generasi mak menakan dan pak menakan. Semua dah meninggal dunia. Yang tinggai, kami sepupu2 generasi paling senior dalam keluarga Tok Haji Ngah. 😁😁 (rasa sedaq diri dah tua rupanya).

6. By the way, bila teringat balik, dulu2 tujuan mak bapak bawak anak2 pi jalan rumah mak menakan pak menakan ni ada sebab nya. Supaya kenai adik beradik saudara mara dan perlu terus ada engagement. 

Al-Fatihah untuk semua yang telah meninggal dunia.

#mynameisanuar

#mystory