Tuesday, 6 October 2026

Murah dan Mahal Harga Makanan

06.10.2026 | Selasa

Kdg2, kita tak sedar.. Kedai makan yg ada aircond, selesa, menawarkan harga yg lebih sesuai daripada yang berniaga tepi jalan (tanpa sewa kedai). 


Restoran Hameediyah di Jalan TAR, KL harga nasi putih RM1.80 sepinggan.. Ayam kapitan quarter (1/4) gedabak beso RM10.50.. Tea O Ais RM3.00.. Sangat sesuai dengan restoran nya yg selesa. 


Aku pernah beli tea ais Thai katanya (tapi tak sedap) meniaga tepi jalan, 1 cup RM6.00.. Kedai mamak lebih telus dlm bagi harga sb lepas bayar, mesti ada resit.

Peniaga vendor ni meniaga spageti cabonara RM14.. Benda dah sejuk bila kita beli sebab depa jenis tour. Aku makan spageti cabonara di Richiamo baru RM12.90.. Restoran beraircon, selesa.. Ada lagu vibe2 rileks.. 

Harga peniaga tour


Harga pasta di Richiamo Restoran

Baru ni jugak perasan yg meniaga tepi jalan berubah2 tempat ni (tour). Harga Chicken Grill RM18. Aku makan di restoran mewah mcm Joe's Kitchen di Nilai, cuma RM17.90.. Datang panas2 dengan isi ayam yang beso. Kdg2, terlalu mengejar untung. Diakalnya pulak kos petrol bila jenis meniaga berubah2 tempat ni. Jom kira kos minyak dia.

Katalah rumah di Parit Buntar, meniaga di Seri Iskandar, petrol baru RM50 untuk dua hala. Tambah la kos toll dan lain2 RM50 = RM100 tapi harga dimarkup nya RM2-3 per pek.

Semua perniagaan ada kos nya. Cuma kita sebagai pengguna ni, nampak meniaga tepi jalan jual lebih mahal dari yang meniaga di restoran. 

Tuesday, 29 September 2026

Mohon Award Pemberian Awal GCR

29.09.2026 | Selasa

Iklan dari JPA

Baru ni aku ada mohon Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat GCR utk Tahun 2026. Aku dan beberapa orang kawan yang layak pun mengisi dengan letak sikit harapan kot la ada rezeki tahun ni dapat tembusi redeem awal GCR. 




Masa proses hantar pun nampak mcm x lancar sebab CC aku mcm tak cukup pengetahuan untuk uruskan namun aku dan kawan2 tetap menaruh harapan. Nak melengkapkan pun byk benda kena siapkan. 

Lepas 4 bulan isi, esok 30.09.2026 tarikh tutupnya. Senyap sunyi tanpa ada apa2 update. Aku pun emel admin yang uruskan Q&A berkenaan permohonan awal ini. Akhirnya.. Aku dapat reply yang menyedihkan.. Pihak admin GCR maklumkan no. ic aku tak ada dalam urusan permohonan. Ya Allah.. Mana borangnya kalau gitu? Siapalah yang x buat submission ke JPA? 

Kpd yang tak selesaikan menguruskan urusan submission ni, kenapa tak selesaikan. Aku tak kisah kalau gagal sekali tapi ada bukti "Permohonan Anda Tidak Berjaya". 

Jangan la pulak gunakan istilah yang selalu sangat aku dengar..  "Kalau senyap tu, maksudnya tak ada laaa".. Tak betul.. Kalau gagal, kena ada notification bahawa permohonan itu gagal. 

Kenapa ada orang yang malas bekerja begini? Tak faham aku. Kan tanggungjawab kau untuk selesaikan amanah tu. Semoga kamu mendapat pembalasan yang setimpal jika kamu tak laksanakan tugas dan tanggungjawab kamu dengan sepatutnya.

#mynameisanuar 

Thursday, 24 September 2026

Rutin @HPUPM

24.09.2026 | Khamis

Hari ni seperti biasa.. Appointment rutin setiap 6 bulan. Menunggu result darah. Pilih appointment petang sebab pagi boleh hadir bekerja.

Kita nantikan result sekejap lagi.. 

#mynameisanuar 

Tuesday, 22 September 2026

Proton eMas 5 Review Jujur

22.06.2026 | Selasa

Harini.. Cukup 11 hari menikmati "kesedapan" memandu Proton eMas 5. Untuk tempoh yang singkat ni, aku buat beberapa kesimpulan tentang eMas 5:

1.Kereta senyap sangat sebab tak ada enjin.

2.Tiada push start button. Masuk kereta, tekan brek, masuk gear D, terus jalan. 

3.Handling sedap. Sound speaker sedap jugak la sebab ada 6 bijik speaker.

4.Ada function auto high beam. Yang di try masa jalan malam dalam felda. Bila tak ada kereta, auto high beam. Bila ada kereta/motor/cahaya lampu, auto normal.

5.Service setiap 20,000km atau setahun 1x service. Ok ke?

6.Testimoni utk perjalanan jauh dari Tg Malim - KL - Nilai (170km)

-Tenaga yg digunakan 20kWh

Caj DC di luar: RM1.50 X 20kWh = RM30

Caj AC di rumah: RM0.37 X 20kWh= RM7.40

Kalau petrol (Almera) = RM35

Kesimpulannya, untuk tempoh 11 hari ni, aku rasa sangatlah berpuashati dengan performance eMas 5. Harap kekal berpanjangan. 

#mynameisanuar 



Monday, 21 September 2026

Capati Kari Daging, Titi Gantung, Bota

20.09.2026 | Ahad

Alhamdulillah.. Harini, pagi ni.. Sempat ke Titi Gantung pekena capati kari daging kegemaran mama Dina dan aku ler.. Ada jugak kari kambing, tapi kami lebih gemo kari daging.. 


Setiap kali balik rumah Tronoh, mostly lah pasti akan ke Titi Gantung cari capati. Seronok makan pagi area Perak Tengah ni sebab vibe original kampung. 

Harap next month masih ada kesempatan untuk aku ke Tronoh. Hanya Allah saja yang tau seronoknya jalan2 cari makan.. Semuanya rezeki Allah SWT.. Alhamdulillah

#mynameisanuar 

Wednesday, 19 August 2026

Antara Kisah Kehidupan Seorang Anak

19.08.2026 | Rabu

Harini aku ke Pantai Dalam ada urusan sikit dengan Dina. Sementara tunggu Dina balik dari kampus, aku mengetea la sorang2 di Restoran mama area rumah Dina. Aku memang suka minum sorang2. Kadang2 masa sorang2 ni mcm2 boleh fikir itu ini 😁😁.



Bila duduk di kerusi kedai mamak ni, aku teringat masa Tahun 2024 tahun yang boleh aku anggap hitam dalam sejarah kehidupan keluarga aku. Aku jumpa Dina di sini lah. Aku dengan Dina saja. Mama Dina tak datang masa tu sebab memang hari kerja. Aku jumpa Dina sebab urusan rumah sewa. Kerusi, meja dan mamak kat sini jadi saksi betapa sedihnya seorang anak ketika itu. Berlinang air mata anak aku menceritakan apa yang berlaku dalam kisah hidupnya. 

Aku kuatkan hati dan semangat supaya semangat aku masuk ke dalam jiwa anak tunggal aku yang sorang ni. 

Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Sejak dari kejadian itu, maka lahirlah Dina berwajah baharu yang lebih kuat, berjiwa keras dan berusaha melawan segala cabaran dalam kehidupan.

Klimaks nya bila Dina seorang diri dengan yakin dan jiwa kental, terbang ke Eropah selama 3 minggu. Alhamdulillah.. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu telah ada aturan dari Allah SWT untuk hambaNya. 

Sunday, 16 August 2026

Man Taiping Yong Tau Foo, Seremban & Senawang

16.08.2026 | Ahad

Baru ni, minggu lepas laa.. mem ajak pi pekena Yong Tau Foo di Seremban. Man Taiping Yong Tau Foo nama kedainya. Sebab selalu masuk FYP dalam Tiktok.. Dah bukak dua cawangan. 1 di Senawang dan 1 di Seremban. Bila ada nama Taiping, mungkin asal YTF ni dari Taiping la kot nya. 😁😁 


Nampak harga yg jelas

Alhamdulillah.. Dalam seminggu, aku dah sampai di kedua2 cawangan. Memang sedap kuah YTF nya. Mama Dina kata, memang rasa kuahnya mcm dia makan dulu2 di sekitar Taiping. Dan aku pun setuju dengan ayat mem aku. Kuah memang sedap. Pekat dan campuran cili buatkan lagi best.



Selain YTF, banyak makanan lain ada. Bukan semata2 YTF. Nasi Lemak Beras Basmathi ada, fries ada, mee kari ada.. Dan macam2 lagi lah ada. Dannnn.. Yang paling aku puji dan suka.. Ialah...

Ketelusan.. Masa nak memilih bahan2 YTF, memang dah tertera harga. Jelas nampak. Sosej jumbo cheese RM5.00.. Kalau rasa OK, ambik.. Kalau tak OK, tak payah ambik. Dan masa bayar, jelas harga setiap bahan YTF yang kita ambik. Ni namanya ketelusan dalam perniagaan.

Harga jelas.. Mantab!! 👍 

Cuba pergi pasar malam. Sambil potong bahan YTF, sambil mengira.. Pastu sebut RM25.. Kita pun bayo.. Pastu pening, mahalnya.. Mungkin betul la harga, tp tak ada ketelusan dalam mempamerkan harga (harga di banner dan tulisan kecik saja) dan tiada resit.

Kpd owner Man Taiping Yong Tau Foo, semoga terus berjaya dalam business YTF. 

#mynameisanuar 

Friday, 14 August 2026

Redeployment: Suka atau Duka?

14.08.2026 | Jumaat

Bila aku saja duduk-duduk dan termenung.. Terfikir kembali kisah lama.. Walaupun harini okey, baik2 dan tenang, tapi tetap jugak sesekali akan terfikir.. Ibarat kata-kata orang lama.. "Luka lama dah sembuh, tapi parutnya masih ada sampai harini.." 😁😁😁

Julai 2023, keputusan temuduga sebagai Guru Penolong Kanan berjaya memihak kepada aku (mmg sapa apply akan dpt 😁😁) walaupun tak serius masa temuduga. Namun aku, menolak tawaran sebagai GPK atas sebab2 tertentu. Sepatutnya Julai 2023 aku dah keluar dari sekolah lama dengan rela hati sebab naik pangkat, tapi aku menidakkan. Akhirnya Februari 2024, "ditunjukkan jalan keluar" secara berhemah oleh JPN utk redeployment ke sekolah baru. Nama program pun HIJRAH. 



Yang jadi pertanyaan aku sampai ke hari ini. Kenapa aku tersenarai? Kenapa tidak yang lebih senior dari aku di sekolah yang sepatutnya di redeployment. Sepatutnya dan secara faktanya, bukan aku.. Kenapa? 

Sebab 01:

Aku baru genap 15 tahun berkhidmat di sekolah pada Januari 2024. Semestinya proses serahan nama dari sekolah ke JPN untuk guru yang lebih 15 tahun diproses seawal Oktober atau selewat2nya Disember 2023 (secara logiknya). Semestinya la ketika nama diminta dari pihak sekolah, aku belum lagi cukup 15 tahun di sekolah. Sebab rakan lain yang naik nama, memang lebih 15 tahun hingga 20 tahun lebih. Kenapa nama aku yang masih belum "cukup umur" 15 tahun ketika tu boleh naik? 

Persoalan: Adakah ada percaturan untuk keluarkan aku dari sekolah? Mungkin la kan. Jika ya, aku memang tak akan maafkan sapa2 yang terlibat dalam percaturan tersebut. 


Sebab 02:

Jika alasan sebab penukaran guru Matematik. Ada seorang lagi guru Matematik yang ketika itu lebih lama berada di sekolah, kenapa tidak dia dikeluarkan? Aku guru Matematik tp belum 15 tahun tapi dia guru Matematik yang dah lebih 15 tahun mengajar di sekolah. Kenapa aku dan kenapa bukan dia? 


Sebab 03:

Ada guru sepasang suami isteri di sekolah yang sama. Kenapa tidak tukarkan salah seorang dari depa sedangkan salah sorang dari depa dah lebih 15 tahun di sekolah. Kenapa aku dan kenapa tidak dia? Semuanya aku rasa berfakta. 


Sebab 04:

Jika nak buat redep, buat lah seadil2nya. Ada yang dah lebih jauh lama dari aku disitu, tapi tak ditukarkan. Jangan sentiasa bagi alasan tentang opsyen. Semuanya tu alasan. Kalau memang dah mengajar 15 tahun dan ke atas, ok fine.. Silakan. Tapi berlaku redep berat sebelah. Kenapa 2025 dah tak buat redep lagi sebab masih ramai yg "terlepas" diredep masa 2024 dulu.

Hanya yang kena redep yang faham betapa kecewa, betapa tertekan nya bila dipaksa bertukar sekolah sehingga ada yang terus mohon bersara awal. Jangan samakan memintak tukar sekolah, bertukar sekolah sebab naik pangkat sebagai pentadbir dan di redeployment. Ketiga-tiga sebab ini sangat tidak sama. 

Iya lah.. Selagi bernama manusia, kita akan sentiasa terasa dengan keputusan yang dibuat oleh siapa, aku pun tak pasti. Yang aku rasa, pihak JPN tak kenal cikgu2 di sekolah. Hanya pentadbir yang tahu cikgu mana yang patut dikeluarkan dari premis sekolah mereka. Wallahualam..

Cuma, harini dah masuk sesi ke-3 persekolahan (2024,2025 & 2026), alhamdulillah.. Baru sedar kenapa Allah hantar aku ke sekolah sekarang ni..

 Alhamdulillah 

#mynameisanuar 



Wednesday, 12 August 2026

Teringat Rumah Perak

12.08.2026 | Rabu

Bila sejak kebelakangan ni macam2 hal kat perumahan aku ni, rasa macam nak pindah balik rumah Perak sesegera yang boleh. Rumah sana lebih besar dan lebih selesa dan yang penting aku rasa lebih privasi sebab rumahnya berkembar dua. Sebuah rumah sana bukaan nya sama dengan 2 1/2 rumah di Pajam ni (45 kaki lebar). Syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki ada sebuah rumah lagi di Perak yg tak jauh dengan sanak saudara aku.

😍 My weekend home😍 

Cuti sekolah tak lama lagi, boleh lah rehat dan rileks di rumah Perak sambil2 ziarah adik beradik belah sana. Sekurang2nya, aku dan keluarga ada tempat untuk healing selain rumah di Pajam ni. Vibe ada weekend home ni memang lain. Hanya yang ada saja boleh rasa vibenya. Syukur alhamdulillah. 

Terima kasih Allah

Monday, 10 August 2026

Proton e.Mas5 Di Mata Teman

10.08.2026 | Isnin

Dah banyak showroom kereta dah aku masuk sejak 2-3 bulan kebelakangan ni. Toyota, Honda, Perodua, Proton, dan Proton e.Mas.. Dalam banyak2 showroom yang aku masuk, jiwa dan hati tetap pada Proton. Perodua paling takdak jiwa. Harga kereta Perodua x setimpal dengan apa yang kita dapat. Kereta paling laris di Malaysia, Bezza, memang tak rasa nak beli. Seat nipis, panel pintu nipis, harga tebal. Full spec harga RM50K++.. Macam tak berbaloi. Lagi satu aku tak berkenan, kereta test drive Perodua semua pasang bodykit Gear Up. Sedangkan advance specs tak termasuk Gear Up yang ada pada kereta test drive. So, nampak gayanya, Perodua kurang berikan aku tarikan untuk next step (wpun tak ada pun sangat plan nak tukar kereta baru 😬😁)

Honda dan Toyota kalau beli, yang sedan biasa pun monthly installment +-RM950-RM1000. Agak keras jugak dan kurang minat dengan kedua2 jenama Honda ni sebab aku rasa dengan harga hampir RM100K, features masih ketinggalan compare dengan kereta China. So, buat masa ni, kurang terpikat dengan dua jenama gergasi Jepun, Honda dan Toyota.

Proton.. Macam2 peminat kereta kutuk Proton tapi, bagi aku, Proton tetap ada keistimewaannya sendiri. Ada orang taknak jenama Proton sebab rasa rendah diri dan malu. Lebih rela ambik ambik jenama P2 semata2 malu nak pandu jenama Proton. Terpulang pada individu. 

e.Mas5.. Kereta elektrik yang comel dan nampak elegan. Harga bermula RM56,800 untuk spec Prime (225km WLTP) dan harga RM69,800 utk spec Premium (325km WLTP) sangat efisien dan lebih sesuai untuk pemanduan bandar. Jalan jauh pun tak ada masalah. Menggantikan petrol, dengan caj di rumah, RM20+- utk 100% charge (325km) sangat2 berbaloi berbanding kereta petrol. Kalau kereta Almera aku, 325km tu isi petrol RM60. Berbaloi la kan..

Dengan hadir bersama ADAS 2, sistem keselamatan yang canggih, menjadikan pilihan utama aku untuk beli. Skrin 14 inci dan skrin kecik meter menampakkan keserlahan premiumnya Proton e.Mas5. Harga cuma mahal RM7K-8K kalau compare dengan Myvi advance, menjadikan e.Mas5 model kereta EV yang bukan berharga kayangan untuk dimiliki.

Penjimatan service juga dapat jimatkan kos. Setahun hanya 1x service dengan anggaran RM200 sekali service memang betul2 jimat selain jimat tanpa isian petrol. 

Moh beli Proton e.Mas5. 😁😁 (walaupun aku pun x beli lagi)

#mynameisanuar 

Wednesday, 5 August 2026

Program Luar Sekolah

05.08.2026 | Rabu

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos.. Kejap betul la masa berlalu.. 

Harini saja aku belek2 video lama dalam Tiktok. Seronok bila buat video dan upload dalam media sosial sebab akan datang boleh tengok balik. Dalam belek2 tu, terjumpa video Prog Kem Kepimpinan Pemimpin Muda masa Tahun 2025. Aku sebagai Penyelaras Program masa tu.

Majlis Penutup di Bagan Lalang

Bukan mudah nak hasilkan program yang perjalanannya lancar dan berjaya. Bagi aku, sangat berjaya. Aku bukan jenis buat kerja cincai2. No no no.. Itu bukan aku. Banyak benda kena fikir, rancang dan decide untuk hasilkan program yang berkualiti. 

Orang tak tahu betapa susahkan aku.. Betapa sukarnya aku nak dapatkan tempat penginapan, harga pakej dan tarikh yang sesuai. Adakalanya tempat dah memang selesa, tapi harganya mahal. Adakalanya harga nya dan tempat dah OK, tapi tarikh nya tak kena. Macam2 cabaran yang perlu dilalui sebelum dapat present kan program yang berkualiti tinggi. 

Paling utama ialah site visit. Apapun, mesti kena buat site visit. Kalau setakat survey kot Google atau chatgpt, cornfirm tak akan dapat macam keadaan yang sebenar. Jadi, site visit ni akan buatkan kita dapat tengok depan mata, dapat sentuh, dapat hidu, dapat pijak kawasan, dapat tengok 360 darjah apa yang ada kat tempat yang jadi pilihan kita. 

So, kesimpulannya.. Untuk aku, tak pandai nak buat kerja cincai2 asalkan ada. Asalkan jadi. Kesian budak2 sebab semua program diluar melibatkan bayaran yang mahal. Takkan nak bagi tido tempat yang tak bagus dengan alasan "kem" namanya. No no no.. Itu bukan aku. Itu ambik kesempatan namanya.

Sama jugak kalau aku buat lawatan sambil belajar. Aku mesti akan buat site visit. Utk ketetapan masa, kualiti bilik penginapan, makan minum budak dan cikgu. Aku tak akan lepaskan senang2 untuk "third party" kata semuanya OK. Aku takkan percaya. Mungkin itulah beza nya aku dengan orang lain.

Yang penting, apapun usaha, nawaita lillahitaala.. Sebab orang lain mungkin tak akan nampak dibelakang tabir apa yang kita lalui, apa yang kita korbankan untuk jadikan setiap program yang dibuat itu berjalan dengan lancar dan sempurna.

Wallahualam..

Klik 👇👇👇 

Program Kem Kepimpinan Di Bagan Lalang

Monday, 27 July 2026

Jiran Yang Pengotor

Dulu.. Jiran belakang rumah aku ni aso.. Baik saja orang nya.. Kalau CNY, mesti bagi buah limau.. Masa Dina kecik, bagi angpau kat Dina.. 2-3 tahun kebelakangan ni, anaknya dah sewakan rumah ni lepas aso meninggal dunia. Penyewa berbangsa melayu. 




Bertahun jugak bukak tingkap belakang, nampak keadaan mcm ni. Punyalah pengotor jiran belakang rumah aku ni. Lepas tu suka tabur nasi bagi burung merpati mai belakang rumah. Dan sebelum ni, bela kucing dalam rumah. Baru2 ni dia x bagi kucing dia masuk rumah. Hanya bagi makan saja kat belakang rumah. Akhirnya, kucing ni buat jamban kat slab belakang rumah aku ler..

Keadaan belakang rumah aku penuh taik kucing

Kerja aku pulak la nak membasuh belakang. Sejak belasan tahun sebelum ni, takdak pun kucing yang berani jambankan belakang rumah aku tempat dia melepaskan hajat. Cuba bayangkan.. Tak boleh tahan ooo..

Mcm2 la jiran2 aku la ni.. Nak cakap susah.. Tak cakap, pendamkan dalam hati saja la.. Cukup lah isu jiran pengotor belakang rumah aku ni.. Akhir sekali, apa yang boleh aku buat? Terpaksa buat aduan Majlis.. Alhamdulillah.. 

Lepas beberapa hari, dia dah bersihkan kawasan belakang. Kan senang kalau dari awal ko bersihkan. Tu kan rumah ko duduk hari2. Tak faham aku. 

Dah bersih. 

Belakang rumah aku pun dah aku bersihkan

Dan lepas ni, harap jiran2 sini faham la kesalahan bagi makan burung merpati. Burung merpati ni boleh bawak penyakit. Dan ada akta yang sabitkan kesalahan beri makan binatang di kawasan terbuka. 

#mynameisanuar

Wednesday, 22 July 2026

Bila Nak Pindah ke Tronoh?

Setiap kali dari Tronoh nak balik ke Nilai, hati selalu bertanya.. Bila dapat jadi permanent residence kat sini? Bulan Julai ni, genap 3 tahun ambik kunci rumah.. Dalam tempoh 3 tahun tu, beli itu ini buat itu ini sikit2 pun dah lebih RM50K.. Byk jugak labur dengan bayo monthly installment tanpa ROI.. 😢 

Soalan selalu aku tanya bila nak kunci pintu rumah.. Bila nak pindah ke sini? Bila boleh nak mengajar belah2 Perak sini..

Jawapannya.. Insyaallah.. Paling cepat hujung 2027.. Paling lambat Jun 2028..

Bergantung pada result eg-tukar 

Bergantung pada keizinan Allah SWT

Kalau panjang umur murah rezeki..

Kalau rancang macam manapun, kalau Allah tak izinkan, maka, sampai tua bangka duduk di Pajam niii.. 😁😁😁



Tiap2 bulan memang aku akan ke Tronoh.. Kadang2, masuk minggu ke-3, dah nak balik Tronoh.. Stay di hotel merosot teruk sampai 90% 😅😅😀😀.. Nikmat stay di weekend home ni lain mcm vibe nya.. Biarpun penat 270km ke Tronoh.. Tapi nak jugak balik.. 🤣🤣🤣

Sekian..

#mynameisanuar

#mas

#mystory

Thursday, 16 July 2026

Part 01: Dari KL ke Warsaw, Poland

Dah seminggu Dina balik ke Malaysia, baru sempat aku menulis.. Menulis sebagai satu coretan.. Sebuah perjalanan seorang anak.. 

1.Bila balik Malaysia.. Banyak yang dikongsikan dengan aku dengan mama nyer.. Banyak pengalaman yg dapat dijadikan panduan. Betul la kata Dina. Pergi melancong tak sama dengan pergi program yang Dina join. Pergi program ni memang bergaul, berkomunikasi 100% dalam English dan memahami kawan2 dari pelbagai negara. Ada yang bertanya, mcm mana apply course mcm ni? Di Malaysia masih ada program2 pertukaran pelajar yang diaturkan oleh sesetengah Uni tapi bukan semua. Individu yang apply sendiri akan ada melalui tapisan jugak sebab sesetengah negara menaja program2 short course ni yang melibatkan kos yang besar. Jadi, semua org ada peluang, cuma kena tahu dimana, bagaimana nak apply. By the way, Dina ke Poland dibawah tajaan sebuah agensi kerajaan Poland (NAWA) yang taja 15 hari program ni termasuk bagi duit tunai mingguan, penginapan, aktiviti termasuk trip ke Vilnus, sebuah bandar di negara Lithuania. 

2.Berbalik pada journey Dina.. Kadang2, tak sangka dia dapat jejakkan kaki di negara Poland, salah sebuah negara Eropah. Bagi yang memang selalu travel, maybe biasa bagi depa tapi tidak bagi aku, Mama Dina dan Dina. Luar biasa bagi kami semua. Bukan senang nak lepaskan anak perempuan bergerak solo ke negara Eropah.

3.Lepas Dina masuk Balai Pelepasan, perlahan2 aku dan Mama Dina ke Masjid KLIA untuk solat maghrib. Lepas solat, cepat2 ke Anjung Spotter KLIA nak tunggu Qatar Airway terbang ke Doha dari KLIA. Flight take off lewat 30 min dari jadual asal. Sepatutnya 8.20pm tp terbang jam 8.50pm. Hanya Allah saja yang tahu perasaan bila Qatar Airway betul2 atas kepala aku dan Mama Dina. Aku rasa, jauh sangat anak aku nak terbang sampai ke Poland. "Ya Allah.. Kau berilah perlindungan untuk anak kami".. Hanya itu yang mampu hati berkata2. 😢 

4.Siapa pernah terfikir untuk lepaskan seorang anak perempuan dan tunggal, seorang diri.. Menerbangkan diri ke sebuah negara Eropah dengan penerbangan sehingga 15-16 jam penerbangan dengan hanya bertemankan doa perlindungan dari Allah SWT. Penerbangan Dina dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar ambik masa dalam 7 jam. Transit di Doha dalam 3 jam sebelum tukar kapal terbang dari Doha ke Warsaw, Poland. 

5.Budak seusia 22 tahun untuk pertama kali, dan secara solo berjaya jejakkan kaki di Qatar terlebih dahulu. Cuba bayangkan lah.. Kalau aku sendiri, pun rasa bercelaru dan tak berani melainkan ada kenalan kita sama turut serta. 

6.Bak kata Mr. Thiru, pensyarah Dina di IPG.. "Once you dah masuk flight, you sudah tak boleh patah balik lagi.. You kena teruskan apa yang telah dicatat dan dirancang. Tapi, ketika you masih di kawasan departure hall, masih ada peluang untuk patah balik.." Betul lah kata Mr Thiru tu. Untuk info, harini (14/7), Dina ke IPGKBA jumpa JHEP dan mentornya, Mr Thiru utk bagi souvenir dan share story. Memang lecturer JHEP support program yang Dina join di Siedlce, Poland. 

7.Penerbangan dari Doha ke Warsaw, Poland ambik masa dalam 6 jam lebih kurang. Aku cuba bayangkan, tibanya Dina di airport Warsaw, bukan ada jemputan. Yang jemputnya adalah transportation hotel tempat Dina bermalam untuk malam pertama di Poland. Masa sampai di hotel, nasib baik atas negotiate Dina, dapat check in awal hotel. Masa tu sampai di hotel jam 8.30am (waktu Poland). Nak tunggu check in sebenar, jam 3.00pm. Kan lama lagi tu. 😁😁

Di luar Warsaw Airport. 1st time jejak Poland.. 💐 



8.Ketika di Malaysia, dapat text sorang kenalan di Thread yang buat master di Warsaw. Sharifah, orang Malaysia yang pertama Dina boleh ngopi2 😁. Alhamdulillah.. Boleh lah ada sorang kawan dari Malaysia yang mungkin boleh bantu kalau ada masalah sepanjang 20 hari di Poland. Sharifah pun baru belajar di Warsaw bulan Mac 2026. Masih newbie jugak lah tapi at least dah ada pengalaman.

9.Malam pertama Dina di luar negara berlalu dengan baik. Dengan suhu yang cecah 15 darjah celcius kata Dina walaupun di Poland menghampiri musim summer. Aku dan Mama Dina dah Subuh, tapi waktu di Poland jam 12am. Sebelum Dina tidur, sempat lah kami bervideo call sebab ketika tu kami sibuk nak ke tempat kerja. Penangan waktu berbeza buatkan aku dan Mama Dina biasanya jam 4am dah terjaga sebab nak tanya perkembangan anak. Nama pun anak. 😁😁 

10.Keesokan hari, dah janji dengan sorang kawan sama program, dari Turkey. Jumpa di bandar Warsaw untuk tren ke Siedlce (macam KL Sentral la 😁). Sepanjang 2H1M di Warsaw, masih ada jualan makanan halal. Nak cari makanan halal di Warsaw tak susah sangat sebab ramai orang Arab / Pakistan yang meniaga kebab dan beriani. 1 set nasi beriani lebih kurang RM45 tapi portion makan untuk 2-3 orang kata Dina. 

Begitulah kisah Dina di hari pertama dan kedua di bandar Warsaw, Poland. Belum lagi ke universiti di Siedlce yang ambik masa perjalanan tren dalam 1 jam 30 minit. 

Bersambung...... 

#mynameisanuar 



Sunday, 12 July 2026

Tecer Bella ke Warsaw, Poland

 08.07.2026 | Rabu

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..

Anak teman dah selamat balik ke Malaysia selepas lebih kurang 20 hari di Siedlce dan bandar Warsaw, Poland. Peluang yg datang mungkin sekali seumur hidup dan bukan semua orang dapat. So, nikmatilah dan rasailah..



Ambiklah seberapa banyak pengalaman semasa di benua Eropah. Sepanjang program ni, dapatlah Dina merasa berada di dua negara eropah, Poland dan Lithuania.



Dan, yang pasti, berjaya Dina terbang solo dari Kuala Lumpur transit di Doha, Qatar & terus ke benua Eropah tanpa aku dan mama Dina atau sesiapapun dari Malaysia. Yang temani Dina hanyalah doa dari aku dan Mama Dina selain saudara-mara & kawan2 yang sama2 kirimkan doa.




Semuanya dengan izin Allah SWT. Syukur alhamdulillah.

Penghargaan dan terima kasih buat:

✅ Pengarah, JHEP dan pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, KL kerana beri kelulusan dan sentiasa memberikan dorongan dan kata2 semangat. 

✅ University Of Siedlce sebab bagi peluang mengikuti program "Get to Know Poland Better"

✅ Narodowa Agencja Wymiany Akademickiej (NAWA) sebuah agency pendidikan tinggi di bawah Kerajaan Poland yang menyediakan tajaan sepanjang program berlangsung. 

✅ Tuan Tamizi & team Pejabat Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland yang memberikan respon yang baik sepanjang berurusan. 

✅ Seterusnya doa dan kata2 semangat dari saudara mara, kawan2 secara langsung atau tidak langsung yang memudahkan segala urusan perjalanan Dina sehingga pulang ke tanah air.


Akhir kata...

Mam nadzieję, że pewnego dnia będę mógł wrócić do Polski z mamą i tatą. 😁😁 (gpt) 

#mynameisanuar

Tuesday, 7 July 2026

Cukup 3 Tahun "Weekend Home" Perak

 07.07.2026 | Selasa

Harini cukup 3 tahun ambik kunci rumah Perak.. Rasa mcm baru bulan lepas ambik kunci rumah Perak. 😁😁 

Alhamdulillah.. Sentiasa syukur dengan apa yg Allah berikan, mudahkan segala2nya.. 

Bila laki bini suka berjalan, maka setiap bulan lah ulang balik "weekend home" di Tronoh. Kadang2 hanya 1 malam pun nak balik jugak sebab suka la.. 😍😍 

Untuk berpindah ke Perak ni, memang ada dalam perancangan cuma belum lagi masanya.. Sikit lagi rasanya.. Insyaallah

#mynameisanuar