Friday, 14 August 2026

Redeployment: Suka atau Duka?

14.08.2026 | Jumaat

Bila aku saja duduk-duduk dan termenung.. Terfikir kembali kisah lama.. Walaupun harini okey, baik2 dan tenang, tapi tetap jugak sesekali akan terfikir.. Ibarat kata-kata orang lama.. "Luka lama dah sembuh, tapi parutnya masih ada sampai harini.." 😁😁😁

Julai 2023, keputusan temuduga sebagai Guru Penolong Kanan berjaya memihak kepada aku (mmg sapa apply akan dpt 😁😁) walaupun tak serius masa temuduga. Namun aku, menolak tawaran sebagai GPK atas sebab2 tertentu. Sepatutnya Julai 2023 aku dah keluar dari sekolah lama dengan rela hati sebab naik pangkat, tapi aku menidakkan. Akhirnya Februari 2024, "ditunjukkan jalan keluar" secara berhemah oleh JPN utk redeployment ke sekolah baru. Nama program pun HIJRAH. 



Yang jadi pertanyaan aku sampai ke hari ini. Kenapa aku tersenarai? Kenapa tidak yang lebih senior dari aku di sekolah yang sepatutnya di redeployment. Sepatutnya dan secara faktanya, bukan aku.. Kenapa? 

Sebab 01:

Aku baru genap 15 tahun berkhidmat di sekolah pada Januari 2024. Semestinya proses serahan nama dari sekolah ke JPN untuk guru yang lebih 15 tahun diproses seawal Oktober atau selewat2nya Disember 2023 (secara logiknya). Semestinya la ketika nama diminta dari pihak sekolah, aku belum lagi cukup 15 tahun di sekolah. Sebab rakan lain yang naik nama, memang lebih 15 tahun hingga 20 tahun lebih. Kenapa nama aku yang masih belum "cukup umur" 15 tahun ketika tu boleh naik? 

Persoalan: Adakah ada percaturan untuk keluarkan aku dari sekolah? Mungkin la kan. Jika ya, aku memang tak akan maafkan sapa2 yang terlibat dalam percaturan tersebut. 


Sebab 02:

Jika alasan sebab penukaran guru Matematik. Ada seorang lagi guru Matematik yang ketika itu lebih lama berada di sekolah, kenapa tidak dia dikeluarkan? Aku guru Matematik tp belum 15 tahun tapi dia guru Matematik yang dah lebih 15 tahun mengajar di sekolah. Kenapa aku dan kenapa bukan dia? 


Sebab 03:

Ada guru sepasang suami isteri di sekolah yang sama. Kenapa tidak tukarkan salah seorang dari depa sedangkan salah sorang dari depa dah lebih 15 tahun di sekolah. Kenapa aku dan kenapa tidak dia? Semuanya aku rasa berfakta. 


Sebab 04:

Jika nak buat redep, buat lah seadil2nya. Ada yang dah lebih jauh lama dari aku disitu, tapi tak ditukarkan. Jangan sentiasa bagi alasan tentang opsyen. Semuanya tu alasan. Kalau memang dah mengajar 15 tahun dan ke atas, ok fine.. Silakan. Tapi berlaku redep berat sebelah. Kenapa 2025 dah tak buat redep lagi sebab masih ramai yg "terlepas" diredep masa 2024 dulu.

Hanya yang kena redep yang faham betapa kecewa, betapa tertekan nya bila dipaksa bertukar sekolah sehingga ada yang terus mohon bersara awal. Jangan samakan memintak tukar sekolah, bertukar sekolah sebab naik pangkat sebagai pentadbir dan di redeployment. Ketiga-tiga sebab ini sangat tidak sama. 

Iya lah.. Selagi bernama manusia, kita akan sentiasa terasa dengan keputusan yang dibuat oleh siapa, aku pun tak pasti. Yang aku rasa, pihak JPNS tak kenal cikgu2 di sekolah. Hanya pentadbir yang tahu cikgu mana yang patut dikeluarkan dari premis sekolah mereka. Wallahualam..

Cuma, harini dah masuk sesi ke-3 persekolahan (2024,2025 & 2026), alhamdulillah.. Baru sedar kenapa Allah hantar aku ke sekolah sekarang ni..

 Alhamdulillah 

#mynameisanuar 



No comments: