Wednesday, 11 November 2026

Balik Tronoh (November)

11.11.2026 | Rabu

1.Semalam baru balik dari Tronoh lepas bercuti selama 5 hari di Perak sebab cuti bersambung perayaan Deepavali. Hari Jumaat petang dah gerak balik ke Perak sb tak sabo tak berehat, rileks2, healing di weekend home kami di Tronoh.

MyWeekendHome❤️ 

2.Kali ni balik ke Tronoh ada diselitkan program famili gathering. Kali ni pilihan tempat di Gopeng River Rainforest Resort. Seronok sangat bila sesekali dapat berkumpul keluarga besar kami. Kecuali adik aku tak dapat join sebab dia ada program lain. Bagi aku, resort ni memang privacy.. Ada kolam buatan dan jalan 1 minit dah sampai sungai yang boleh untuk mandi air sungai semulajadi. 




3.Bila dah berusia ni, memang seronok bawak anak bergaul dengan sepupu2 depa. Barulah erat hubungan kekeluargaan. Kita yang lejen ni pulak sembang menyembang itu ini gosip2 semasa 😁😁 sambil2 planning program bersama akan datang. Maka tercetus idea untuk pi bercuti ke Jakarta Bandung 2027 nanti.

4.Begitulah kehidupan. Perlu ada aktiviti keluarga. Perlu rancang percutian. Hidup ni bukan makna kerja semata-mata. Masa untuk keluarga itu yang paling utama.

5.Masuk Gopeng Sabtu dan check-out hari Ahad. Malamnya buat BBQ ramai2.. Makan keluarga besar.. Alhamdulillah.. Memang best. Lepas check-out, semua kami gerak ke NIASE Restaurant di Ipoh sebab ada tajaan lunch di NIASE. Alhamdulillah.. Ini pun rezeki namanya. Semua makanan di Niase sedap2 belaka dan rating yang baik dari segi taste nya. Syukur. Terima kasih Abg K dan kakak aku sekeluarga yang taja lunch yang cecah RM 4angka jugak ler.. 😁😁 Semoga murah rezeki dan dikurniakan kehidupan yang barakah untuk hangpa sekeluarga.

@Niase, Gunung Rapat, Perak

6.Balik lah kami ke rumah Tronoh. Duduk di Tronoh bukanah buat kerja extreme pun. Cuma cangkul2 rumput liar sikit sambil adjustment pokok lemonade yang mati daunnya. Selain makan, memang santai sangat la duduk di rumah Perak ni. Setiap kali balik, aku memang panjat kesyukuran sb Allah pinjamkan rumah Tronoh untuk keluarga aku.

7.Selasa pagi, mama Dina masak lauk siap2 buat bekal Dina balik KL hari ni sebab cuti dah habis. So, ada rezeki, akan ku hadir lagi di rumah Tronoh.. Tungguuuu..


#mynameisanuar 

No comments: