12.10.2026 | Isnin
Situasi semasa jerebu skrg ni memang agak membimbangkan bagi pihak KPM terutamanya sekolah. Setiap hari guru pesan supaya kurangkan dedahkan diri di luar bilik darjah. Tiada aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. KPM JPN PPD dan Sekolah keluarkan poster sekolah tutup dan bahaya untuk kesihatan.
Tup tup tup.. Budak2 balik rumah, main kat luar rumah tak ingat dunia. Inilah contoh senang bahawa murid terima info jerebu yang tak seiring antara guru disekolah dan ibubapa dirumah.
Sepatutnya.. Ibubapa jugak perlu halang anak2 untuk main diluar rumah ketika musim jerebu. Barulah kelihatan pesanan guru disekolah dan pesanan ibubapa membawa mesej yang sama tentang kepentingan penjagaan kesihatan ketika musim jerebu. Ini tidak. Balik rumah, mak ayah tak menghalang anak2 dari melakukan aktiviti diluar rumah.
Contoh mudah harini kebanyakan ibubapa kurang mengawal aktiviti anak ketika anak dirumah.
Wallahualam..
#mynameisanuar

No comments:
Post a Comment