30.10.2026 | Jumaat
Sementara tunggu nak ke surau untuk Solat Jumaat, masih sempat menulis sikit.. Sebagai pelengkap cerita di bulan Oktober.
Kadang2, rasa baru semalam posting di SK Puchong Jaya. Masih nampak pada bayangan anak mata aku, bagaimana aku dengan Honda EX5 dari Pulau Pinang terus lone ranger ride ke Puchong Jaya.
Harini, rupa2nya, gambaran tu dah 25 tahun lebih berlalu. Bukannya tempoh yang singkat. Banyak ceritanya sepanjang 25 tahun lepas tu. Harini juga aku masih bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Peluang untuk ubah angin tu masih ada, tapi aku memilih untuk stay di sekolah. Aku suka mengajar.
Hitung tentang pencen.. Kalau panjang umur, aku plan untuk pencen awal 1 tahun daripada bersara wajib aku diusia 56 tahun. Aku nak bersara ketika usia 55 tahun. Maknanya, jika 1-2 tahun lagi aku di Perak, masa umur 53 tahun aku dah kena apply untuk bersara pilihan. Jika ambik kira tahun 2027 (sebab 2026 dah nak habis tahunnya), lagi 6 tahun aku dah boleh apply bersara pilihan. Dah tak lama la tu 😁😁
Tak sabo aku nak bersara sebab rasanya dah terlalu lama dalam dunia pendidikan. Nak berehat pulak la. Dah nak stop pikir prog itu ini, isi online itu ini, pikir gimik prog, menyelaras prog, kehadiran murid, HAC, HKK, Majlis Raya, Koko, bawak budak keluar, mesyuarat, bengkel.. Haishh.. Dan macam2 lagi lah.. Dah letih semua tu. Kalau mengajar, memang tak ada masalah.
So.. Boleh slow2 fikirkan soft landing..
Wallahualam..
#mynameisanuar

No comments:
Post a Comment