03.11.2026 | Selasa
Salam bulan November 2026 🫰
Sejak 5-6 tahun kebelakangan ni, aku selalu jugak buat aktiviti briskwalk. Aktiviti briskwalk ni bagus utk kategori usia mcm aku yg semakin hampir usia 50an.
Cuma, biasa lah.. Ada kalanya mood rajin, ada kalanya mood malas. Tahun 2020/2021 dulu, adakalanya sampai 1 hari 2x buat briskwalk. Bukan main rajin lagi 😁😁😁
Tapi harini, 2026.. Lutut dah start jem.. Belakang tumit pun sendi nya sakit betul lah rasanya. Dah buat checkup di hospital dan salah satu sebabnya berat badan lah. Pun tak insaf2 lagi aku ni.. Makan tak kawal sangat walaupun aku bukan jenis pemakan nasi sangat.
Lepas jumpa Doktor Afiq di klinik, mcm tersedar dari lamunan. Doktor nasihat aku macam yang buatkan aku terasa nak ubah sikit cara hidup.
Maka, bermula 06.10.2026, aku dah stop minum air manis. Bukan lagi ambik 1 hari 1x.. Ni mmg langsung tinggal air manis. Cuma sesekali dalam seminggu atau 2 minggu sekali, baru la aku minum air manis segelas. Nak diet tak boleh terlalu stress. Lain pulak jadinya.
Selain stop minum air manis, aku cuba buat treadmill training. Fuhh.. Main treadmill ni memang berbeza dengan briskwalk. Maksimum 20 minit, peluh mencurah2. Alhamdulillah.. Sampai 31.10.2026, nampak sikit trend penurunan berat badan. Hilang jugak 3-4kg dalam masa sebulan lebih kurang. Nasi pun dah kurangkan lagi portionnya.
Aku harap dan doakan semoga dapat aku turunkan lagi 4kg berat badan sehingga 30.11.2026 ni.. 😁😁😁
#mynameisanuar


No comments:
Post a Comment