Tuesday, 20 October 2026

Balik Tronoh (Oktober)

Baru ni utk bulan Oktober, berjaya kekalkan target 1 bulan 1 kali balik Tronoh 😁😁😁.. Seronok betoi la skrg ni.. Bila rasa sunyi, ada masa, ada duit petrol toll sikit, balik lah kami ke Tronoh. Nikmat yang Allah pinjamkan untuk aku dan keluarga. Alhamdulillah..

Balik untuk 3H2M ni lebih kepada santai2. Balik tanam pokok lemon yang diimport khas dari Pasar Tani Stadium Paroi. Harap2 mahu la hidup berpanjangan pokok lemonade yang aku tanam ni. Insyaallah..


Dah lama nampak besi grill dah mula berkarat. Dulu nak powder coating bermodal tambahan dalam RM1500 kalau x silap aku. Kalau letak powder coating, tak ada lah berkarat nya besi grill. Pelan2 cat anti karat. Baru la nampak elok molek sikit. 


Pusing2 Batu Gajah, Gopeng, Ipoh, Manong, Bota, Seri Iskandar.. Itulah koje teman dengan mem teman 😁😁😁 sambil2 cari makan. Yang best baru jumpa, Mee Rebus Tulang di Kg Tersusun Seri Rahmat, Batu Gajah kome. Baru RM7.00.. Murah bebeno.. Boleh lah deme try..

Apa sekalipun, aku panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT sebab diberikan rezeki yang sebegini. Rezeki ada "rumah hujung minggu" yang boleh dijadikan destinasi pengganti hotel. Kalau dulu2, sebelum2 ni, memang selalu check-in hotel untuk healing2 ringan. Sejak 2-3 tahun ni, dah jarang. Kalau ada cuti, ada modal, baliklah kami ke Tronoh.

#mynameisanuar 

No comments: