Wednesday, 26 February 2025

365 Hari Di SK Batang Benar

Tiba dah nak habis dah bulan Februari, Tahun 2025..

Harini, ngam ulangtahun pertama di SK Btg Benar.. Last year datang lapor diri bertarikh 26.02.2024 [Isnin]. Sempena ulangtahun pertama, dilampirkan lah sikit catatan kesah 😃

**********************************************

1. Kadang², rasa mcm baru bulan lepas aku di postingkan.. Toleh ke belakang sikit, tak pernah ada perasaan aku nak jadi cikgu dulu.. Apapun, aturan Allah tu adalah benar.. 

2. Tahun 2001, Mei, tamat Diploma Pendidikan Malaysia di M4P [Maktab Perguruan Pesekutuan Pulau Pinang], aku terus tercampak ke Lembah Klang ataupun KL lah.. KL ni tak lah asing sangat bagi aku sebab masa kakak aku posting di SK Tanming Jaya, Balakong, arwah mak bapak aku selalu jugak naik ke KL mai rumah kakak aku di Taman Impian Ehsan, Balakong.

3. Jun 2001 aku dipostingkan ke SK Puchong Jaya, Selangor. Tak sempat nak berjimba² lepas keluaw maktab sb mungkin keperluan segera. Di SKPJP, banyak ilmu baru sebagai guru, aku cedok di SKPJP. Pengalaman tinggal di sekolah selama beberapa bulan mematangkan aku apa erti kehidupan dengan berbekalkan sebuah motosikal bernama Honda EX-5 dan seketul radio buruk sebagai teman diwaktu malam.

4. Tahun 2008, cukup 7 tahun di SK Puchong Jaya, aku minta tukar masuk ke Negeri Sembilan sebab dah beli rumah di Nilai, N.Sembilan. Permohonan tukar ke N9 lulus dan mulai 01.01.2009, aku ditugaskan di SK Desa Jasmin, Nilai. Maka, episod ulang alik Nilai ~ Puchong tamatlah bila dapat mengajar di Nilai. Di Desa Jasmin, aku sempat bersama beberapa org boss yang hebat² belaka. Bermula dengan GB Azizah, kemudian GB Rahimah, GB Azhar, GB Rahayu dan yang terakhir sempat bersama GB Ariffin. Kiranya sempat lah merasa 5 pentadbiran daripada 5 orang guru besar. Alhamdulillah semuanya ada kelebihan masing². Bila sampai merasa 5 orang GB, maksudnya lama lah aku di Desa Jasmin. Bila lama, org tua kata, dah "tepu" sangat dah tu... 😁😁

5. Tahun 2024, lepas cukup 15 tahun di Desa Jasmin, kini di SK Batang Benar. Sekolah kampung yang muridnya lebih kurang 1600 orang dan dalam kariah kediaman aku, Kariah Masjid Batang Benar. Biasanya sekolah kampung, muridnya bawah 500 orang 😁. Itulah uniknya SK Batang Benar. Kawasan Kampung Batang Benar mmg tak asing bagi aku sejak aku pindah ke Nilai Tahun 2007.

6. Berapa lama lah agaknya di Batang Benar? Wallahualam.. Mungkin sampai pencen.. Oh tidak!! 😁😁

Begitulah catatan sebahagian perjalanan ringkas aku sejak berkhidmat sebagai penjawat awam ketika usia belum masuk 21 tahun. Terima kasih byk² sangat pada arwah mak & bapak aku yang memang mahukan aku jadi seorang cikgu. "Senang masa depan hang, walaupun tak kaya-raya", kata arwah bapak aku dulu. Alhamdulillah.. 

Terima kasih jugak byk² semua sahabat² yang pernah membantu aku, bekerjasama dengan aku untuk apa jua program sepanjang 24 tahun sebagai cikgu [banyak sangat nama kalau nak listkan].

#mystory

Friday, 7 February 2025

Proton X70: "Kuda Kiriman Tuhan"

17.01.2025 | Jumaat | Bangsar

Awal bulan Januari, aku ke Pasaraya CS di Bangi Lama depan Bangi Wonderland. Seperti biasa nak cari ikan dan barang² dapur. On d way jalan nak masuk main entrance CS, ada pameran kereta Proton dan kebetulan ada Proton X70 Executive warna grey. Aku pun masuk dan suruh mem aku masuk dan duduk sebelah. Sedap jugak duduk dlm X70 ni. Tapi aku memang tak ada plan nak beli pun kereta baru sebab masih ada loan dengan 2 bijik kereta sedia ada. Lalu aku pun masuk ke CS dan sorong troli sambil mem aku terus pilih ikan sayur dan lain². Otak pun berfungsi lah tentang X70.

1 aset 1 kuda baru utk myfamily

Diringkaskan cerita, Tiktok pun banyak membantu dalam urusan beli kereta X70 ni. Aku jumpa sorang SA dari Bangsar yang bagi better offer. Lepas discuss dengan mem aku, congak sana sini, tambah tolak darab bahagi, terus masuk loan. Jam 3pm submit dokumen ke SA, esok petang loan dah lulus dengan interest 2.48% dari Maybank. Rendah lah rate tu bagi aku.

Alhamdulillah.. 17.01.2025, Jumaat catat lagi 1 sejarah pemilikan kenderaan lepas deliver X70 kat kami sekeluarga. Terima kasih SA Nabil yang uruskan semua urusan belian X70 dengan free tinted (bukan bagi baucer tau) + dashcam DDPAI + Payung + mcm² gift dari Proton serta Petrol RM50.

Tak dinafikan, harini dah 3 minggu aku bersama X70, memang best handling, good performance, nice features dan yang paling utama, sentiasa kacak dan hemsem di jalan raya 😁😁. Petrol RM50 boleh pegi lebih kurang 300km bagi aku ok lah sebab sama saja dengan Proton Persona 2018 kami.

Apapun, syukur alhamdulillah dengan adanya "Kuda Kiriman Tuhan" ni, lebih baik lah untuk perjalanan kami sekeluarga yang selalu jalan melebihi 300km setiap perjalanan naik ke Perak dan Utara. Nissan Almera tetap terbaik dan dah gunakan hampir 9 tahun. Begitulah kehidupan bila kita tinggal jauh dari keluarga.

#mystory
#mynameisanuar

Wednesday, 8 January 2025

Isteri Saya

 08.01.2025 | Rabu 

Apakah uniknya seorang isteri? Isteri ni kadang² bersifat unik dan amat² dasyat. Aku kongsikan sedikit tentang isteri kesayangan aku selama mana aku dengannya sudah melebihi 22 tahun. 

URUSAN KERJA AKU

Isteri aku seorang yang cukup pandai dlm menggunakan komputer. Aku? Memang tahap lembab dan sangat tak pandai serta tak ada masa untuk explore. Jadi, adakalanya, urusan kerja aku terpaksa menggunakan kemahiran isteri utk selesaikan. Dan lebih advantage, isteri memang suka explore software dalam laptop. Akhirnya, dapatlah juga masalah kerja aku tu diselesaikan. 


SAKIT

Isteri aku cukup particular bab anak dan lakinya sakit. Biarlah dia cuti asalkan dapat bersama² anak dan suami kalau sakit sehinggalah dia nampak dan rasa selesa keadaan semasa anak dan suami. 


KEWANGAN

Ini bab yang paling unik. Biasalah.. zaman sekarang ni agak mencabar dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Kos beli barangan rumah meningkat, itu ini semuanya semakin mahal. Kuih 70 sen pun saiznya dikecikkan. 

Yang paling unik, ketika kewangan berada dihujung tanduk lembu, dan tiba² aku berada dalam keadaan kecemasan dan perlukan wang, isteri aku akan tampil dan terus transfer ke akaun aku untuk bayar apa yang kecemasan itu. Mana datang duit tu? Walaupun kita sebaik² perancangan kewangan keluarga, sebenarnya isteri yang memahami keadaan, akan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan dalam membantu suami dan keluarganya. 

Cukup lah itu sahaja sebagai sharing keunikan seorang isteri yang baik walaupun adakalanya yang baik dan manja seperti seekor kucing, boleh bertukar menjadi seekor singa yang kelaparan.😁😁 

Anyway, terima kasih banyak² untuk isteri kesayangan saya ni yang bersama saya sejak 2002. Alhamdulillah.. 

#mystory

Saturday, 4 January 2025

Asam Garam Kehidupan

04.12.2025 | Sabtu 

Salam Tahun Baharu 2025 pembuka ruang cerita. Semoga tahun baru ni memberikan kita azam baru dalam membina kehidupan dunia yang lebih bermakna & lebih menjiwai kehidupan akhirat. 

Maaflah ya. Aku memang jenis manusia yang suka bercerita.. Cerita yang tak berfokus.. Harini cerita kucing, esok cerita kapal, lusa cerita nasi lemak.. 😁😁😁. Jika sebarang "posting" aku yang kurang senang dihati pembaca, aku mintak maaf. Diruangan blog ni lah tempat bercerita tanpa perlu fikirkan sesiapa terasa hati. Tak mcm media social lain yang mana kena pulak fikir supaya "followers" tak terasa hati. Nasib baik lah "friends" aku di FB cuma 59 orang dan di IG cuma 13 orang. Aku memang select. Sorry la nak accept semua yang request lebih² lagi yang aku tak kenal.. No no no!!! 

Cerita harini begini... 

Semalam ada seorang sahabat bertanya.. "Cikgu, dapat jemputan kenduri anak Haji Manan [bukan nama sebenar]?" Haji Manan ni penduduk setaman dengan aku lah cuma aku x kenal sangat tapi tahu lah perwatakannya.. Lalu aku jawab.. "Takdak pulak dpt jemputan...." sambil senyum lah aku jawab.. sebenarnya aku tak lah kisah sangat tak dapat jemputan kenduri daripada orang yang aku tak kenali sgt pun. Tak ada masalah. 

Aku jadi teringat pada seorang sahabat ni. Yang juga setaman dengan aku. Suatu ketika dulu (10 tahun lalu) kiranya agak baik la hubungan sebab selalu bermesyuarat komuniti bersama dan berjawatan dalam NGO yang sama. 

Ketika anak pertama kahwin, ada jemputan untuk aku dan aku pun hadirkan diri ke majlis tersebut. Bila anak kedua kahwin, aku x dijemput tp kenalan lain ada terima jemputan juga. Tapi aku pun tak kisah sebab kebetulan tarikh tu aku ke Pulau Pinang. 

Baru² ni, dalam 3-4 bulan lepas, perkahwinan anak ke-3 nya dan aku pun tak dijemput ke majlis kenduri tu. Bila kawan² mengajak, tapi aku tak dijemput, agak sukar jugak nak bagi jawapan tapi aku terus terang saja lah sebab memang tak dijemput. Conclusionnya, tak apa walaupun tak dijemput. 

Cuma sebagai manusia yang masih berfikiran waras, rasa pelik jugak lah ye.. Bila aku joging / briskwalk, sahabat tu menegur aku sambil naik motor atau kereta, angkat tangan, dan sebagainya. Tetapi, kenapa bila anak nya menikah, tak dijemputnya aku yer? Takkan seperiuk nasik minyak aku nak habiskan kot? 😁😁😁

Begitulah kisah dalam kehidupan. Kadang², sikap manusia ni sukar untuk kita ramalkan. Harini OK, mungkin esok dah berpaling muka. Harini kita pakai keta Axia, muka OK.. Lusa kita pun tukar ke Honda CRV, muka terus beralih 360 darjah 😁. 

Begitulah asam garam suka duka kehidupan. 

#mystory

Tuesday, 17 December 2024

Program "Moh Kiter Ke Perak Komer" [Gua Tempurung & The Lost World Of Tambun]

 14.12.2024 | Sabtu

Cuaca di Btg Benar alhamdulillah seperti yang didoakan. Syukur. Seawal 3.45am, meriah kwsn Kampung Btg Benar sebab 147 parent hantar anak depa nak healing² ke Gua Tempurung & The Lost World Of Tambun. Kenapa Gua Tempurung? Sebab sejak ditubuhkan sekolah ni Tahun 1965, belum ada yg masuk tgk apa ada kat dalam Gua Tempurung. 😁😁 



On time!! Jam 5.00am tepat gerak keluar dari SKBB. Lepas singgah solat Subuh di Kawasan Rehat Rawang, tiba di kaki Gua Tempurung jam 8.20am. Walaupun jauh dari N9, masih yang pertama sampai di Gopeng. Breakfast di Gerai Kak Zizi di pintu masuk gua, memang terbaik. Sejak bertahun bawak budak² masuk gua, dengan Kak Zizi lah aki deal utk dapat the best price dan masakan yang sedap. 

Masuk gua tempurung, walaupun dah berkali², tetap puas hati sebab dapat bawak generasi muda menikmati apa yang ada di gua. Generasi yang tak berapa nak muda [cikgu😁] pun nampak happy. 1 jam yang berikan ilmu pengetahuan untuk peserta. 

Akhir sekali, jak 11.50am sampai di Tambun, kawasan PMX.. Masuk lah ke The Lost World Of Tambun. Dah 5-6 tahun x masuk, banyak benda baru yang dah siap boleh dicuba. Yang penting, 147 pelajar dan 23 kawan² guru aku nampak happy sepanjang handle prog walaupun agak keletihan. 




Jam 6.20pm gerak balik ke Batang Benar,, dan seperti biasa, singgah di Kawasan Rehat Tapah utk makan malam yang ohsem. Aku rder Kelly Nasi Kukus yang berpengkalan tak jauh dari Toll Tapah untuk makan malam. Jam 6.30pm, tokey nasik dah terpacak hantar order yang aku buat. 

Makan dan solat di R&R Tapah.. Jam 8.45malam bertolak balik Batang Benar dan semua bas selamat mendarat di SK Batang Benar pada jam 11.00mlm+-. 

Secara keseluruhannya.. program berjalan dengan baik. Terima kasih kpd kawan² guru pengiring yang banyak membantu dan offcoz tak lupa kepada boss GB yang benarkan program ni dibuat.

Tuesday, 3 December 2024

Makanan Viral? Sedapkah?

 03.12.2024 | Selasa

Sejak ada medium Tiktok, aku lihat banyak wujud peniaga² makanan yang menjual macam² jenis makanan dan tiba² viral. Maka berpusu² rakyat nak pi cuba tapi sedap atau tidak itu ada subjektif sebab bergantung pada tekak masing².

Kalau bukan peniaga yang sentiasa promosikan makanan jualannya, kita as a customer pulak akan bantu review makanan tersebut sebab kita rasa sedap ditekak kita tapi belum tentu sedap di tekak orang lain. Aku pun sama. Kalau tekak aku sedap, aku share di FB, di Tiktok dan di IG sebab memang sedap pada tekak aku la.

Apa yang aku nak share pandangan peribadi aku.. Makanan yang dikongsi atau diviral ini rata² tidak lah seperti yang digambarkan. Mungkin bila lalu FYP di Tiktok kita, wujud perasaan ingin merasa dan mencuba. Bila sekali mencuba, pasti tak akan kembali lagi untuk membeli. 

Pengalaman aku sendiri.. Bila bukak Tiktok, peniaga ni selalu masuk kat Tiktok aku sampai aku terasa nak cuba menu nasi nya dijualnya. Punyalah ramai orang beratur nak beli nasi yang dijualnya. Lepas 3-4 bulan layan Tiktok peniaga tu, aku nekad nak mencuba dengan jarak 100km lebih jugaklah kalau dari Nilai. Akhirnya, bila aku beli dan mencuba.... terlalu biasa nasi yang dijual oleh peniaga ni. Tak ada langsung yang special. Cuma maybe bila setiap hari dia live Tiktok pagi petang siang malam, membantu tingkatkan kehadiran pelanggan untuk membeli nasi jualannya. 

Masa viral mula², memang beratur 1 jam lebih baru dapat nasik nya.. Sekarang dah x perlu beratur. Mungkin rata² pengguna media sosial ni nak mencuba. Bila sekali cuba, setakat itu saja lah ye kot. 😁😁

Tak sama dengan kedai yang memang betul² sedap dan tak perlu live kan di media sosial & tak perlu viral². Sentiasa sedap.. Sentiasa ada pelanggan tetap..


Gulai Omak Den

Salah satu kedai yang aku nak rekemankan yang sentiasa sedap, sentiasa tenang dan padu. Search saja Gulai Omak Den, LBJ, Nilai, N.Sembilan. Boleh lah hangpa try. Tekak aku kata sedap tapi tekak hangpa, aku x pasti la..


Kesimpulannya.. Kita berhak untuk berikan pandangan terhadap makanan viral ni sebab kita bayar dan biasanya yang viral ni harganya boleh tahan juga.

#mystory

Tuesday, 19 November 2024

Gantung Nasi Di Pintu Bilik

 19.11.2024 | Selasa 

Rutin aku setiap 6 bulan.. Medical Check-up

1. Hari ni aku ambik cuti sebab ada appoinment di Hospital UPM.. Lepas selesai urusan hospital, ke KL sekejap ada urusan lain. Kita ni mak bapak kan 😁😁, sampai ja KL tu automatik la teringat kat anak aku. Semalam dia bagitau dia balik rumah sewa sekejap selepas kelas harini sebelum sambung kelas jam 2.30pm. Terus lah aku pi Nasi Kandar Kayu Original Penang di Bandar Seri Permaisuri, tapau nasi kandaq ayam goreng + telo rebuih 1 +  kuah campur asing ya mamu 😁😁😁. 

2. Pi lah kami berdua ke Pantai Dalam, just tinggai ja nasik kandaq + nangka di meja GrabFood/Foodpanda di lobi apartment rumah Dina.. Ambik gambo dan send kat Dina bgtau "FoodAbah" dah buat delivery kat S.P, Pantai Dalam. 🤭🤭 

Penang sikkandaq.. Hahaha..

3. Bila tengok gambo bungkusan yg aku send kat Dina, aku teringat masa dulu belajar di maktab perguruan antara Tahun 1998 ~ 2001..  Kadang², ada hari, tapi tak lah selalu.. aku balik dari kelas, sampai pintu bilik, ada sebungkuih nasi tergantung kat handle pintu bilik. Tak lain tak bukan, bapak aku Pak Haji Saed ler yang letak makanan sebab kalau kebetulan arwah bapak aku "duty" di Jabatan Perikanan Gelugor, bapak aku kadang² mai hantaq nasi bungkus kat bilik aku. Teringat jugak bapak aku kat anak dia yang "bulat" ni.. 

4. Secara fitrahnya, apa yang ayah ibu kita buat dulu kat kita, insyaallah akan berbalik lah untuk kita buat pula untuk anak kita. Begitu jugak dengan anak kita.. Dia juga akan buat benda yg sama terhadap apa yg mak ayahnya buat utk dia.. 

5. Dina.. setiap kali balik Nilai, dia merayau² ke area Pantai Dalam cari apa yang boleh bawak balik. Beli itu ini. Beli pelam lah.. beli desert lah.. beli ayam goreng Muiz lah.. Pendek kata, bila balik Nilai, mestilah ada buah tangan.. Alhamdulillah.. 

Semoga ingatan macam ni akan terus berterusan sehingga akhir hayat.. 😁

#mystory

#ceritasaya

#mynameisanuar