08.01.2025 | Rabu
Apakah uniknya seorang isteri? Isteri ni kadang² bersifat unik dan amat² dasyat. Aku kongsikan sedikit tentang isteri kesayangan aku selama mana aku dengannya sudah melebihi 22 tahun.
URUSAN KERJA AKU
Isteri aku seorang yang cukup pandai dlm menggunakan komputer. Aku? Memang tahap lembab dan sangat tak pandai serta tak ada masa untuk explore. Jadi, adakalanya, urusan kerja aku terpaksa menggunakan kemahiran isteri utk selesaikan. Dan lebih advantage, isteri memang suka explore software dalam laptop. Akhirnya, dapatlah juga masalah kerja aku tu diselesaikan.
SAKIT
Isteri aku cukup particular bab anak dan lakinya sakit. Biarlah dia cuti asalkan dapat bersama² anak dan suami kalau sakit sehinggalah dia nampak dan rasa selesa keadaan semasa anak dan suami.
KEWANGAN
Ini bab yang paling unik. Biasalah.. zaman sekarang ni agak mencabar dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Kos beli barangan rumah meningkat, itu ini semuanya semakin mahal. Kuih 70 sen pun saiznya dikecikkan.
Yang paling unik, ketika kewangan berada dihujung tanduk lembu, dan tiba² aku berada dalam keadaan kecemasan dan perlukan wang, isteri aku akan tampil dan terus transfer ke akaun aku untuk bayar apa yang kecemasan itu. Mana datang duit tu? Walaupun kita sebaik² perancangan kewangan keluarga, sebenarnya isteri yang memahami keadaan, akan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan dalam membantu suami dan keluarganya.
Cukup lah itu sahaja sebagai sharing keunikan seorang isteri yang baik walaupun adakalanya yang baik dan manja seperti seekor kucing, boleh bertukar menjadi seekor singa yang kelaparan.😁😁
Anyway, terima kasih banyak² untuk isteri kesayangan saya ni yang bersama saya sejak 2002. Alhamdulillah..
#mystory
No comments:
Post a Comment