Tuesday, 3 December 2024

Makanan Viral? Sedapkah?

 03.12.2024 | Selasa

Sejak ada medium Tiktok, aku lihat banyak wujud peniaga² makanan yang menjual macam² jenis makanan dan tiba² viral. Maka berpusu² rakyat nak pi cuba tapi sedap atau tidak itu ada subjektif sebab bergantung pada tekak masing².

Kalau bukan peniaga yang sentiasa promosikan makanan jualannya, kita as a customer pulak akan bantu review makanan tersebut sebab kita rasa sedap ditekak kita tapi belum tentu sedap di tekak orang lain. Aku pun sama. Kalau tekak aku sedap, aku share di FB, di Tiktok dan di IG sebab memang sedap pada tekak aku la.

Apa yang aku nak share pandangan peribadi aku.. Makanan yang dikongsi atau diviral ini rata² tidak lah seperti yang digambarkan. Mungkin bila lalu FYP di Tiktok kita, wujud perasaan ingin merasa dan mencuba. Bila sekali mencuba, pasti tak akan kembali lagi untuk membeli. 

Pengalaman aku sendiri.. Bila bukak Tiktok, peniaga ni selalu masuk kat Tiktok aku sampai aku terasa nak cuba menu nasi nya dijualnya. Punyalah ramai orang beratur nak beli nasi yang dijualnya. Lepas 3-4 bulan layan Tiktok peniaga tu, aku nekad nak mencuba dengan jarak 100km lebih jugaklah kalau dari Nilai. Akhirnya, bila aku beli dan mencuba.... terlalu biasa nasi yang dijual oleh peniaga ni. Tak ada langsung yang special. Cuma maybe bila setiap hari dia live Tiktok pagi petang siang malam, membantu tingkatkan kehadiran pelanggan untuk membeli nasi jualannya. 

Masa viral mula², memang beratur 1 jam lebih baru dapat nasik nya.. Sekarang dah x perlu beratur. Mungkin rata² pengguna media sosial ni nak mencuba. Bila sekali cuba, setakat itu saja lah ye kot. 😁😁

Tak sama dengan kedai yang memang betul² sedap dan tak perlu live kan di media sosial & tak perlu viral². Sentiasa sedap.. Sentiasa ada pelanggan tetap..


Gulai Omak Den

Salah satu kedai yang aku nak rekemankan yang sentiasa sedap, sentiasa tenang dan padu. Search saja Gulai Omak Den, LBJ, Nilai, N.Sembilan. Boleh lah hangpa try. Tekak aku kata sedap tapi tekak hangpa, aku x pasti la..


Kesimpulannya.. Kita berhak untuk berikan pandangan terhadap makanan viral ni sebab kita bayar dan biasanya yang viral ni harganya boleh tahan juga.

#mystory

No comments: