19.11.2024 | Selasa
![]() |
Rutin aku setiap 6 bulan.. Medical Check-up |
1. Hari ni aku ambik cuti sebab ada appoinment di Hospital UPM.. Lepas selesai urusan hospital, ke KL sekejap ada urusan lain. Kita ni mak bapak kan 😁😁, sampai ja KL tu automatik la teringat kat anak aku. Semalam dia bagitau dia balik rumah sewa sekejap selepas kelas harini sebelum sambung kelas jam 2.30pm. Terus lah aku pi Nasi Kandar Kayu Original Penang di Bandar Seri Permaisuri, tapau nasi kandaq ayam goreng + telo rebuih 1 + kuah campur asing ya mamu 😁😁😁.
2. Pi lah kami berdua ke Pantai Dalam, just tinggai ja nasik kandaq + nangka di meja GrabFood/Foodpanda di lobi apartment rumah Dina.. Ambik gambo dan send kat Dina bgtau "FoodAbah" dah buat delivery kat S.P, Pantai Dalam. 🤭🤭
![]() |
Penang sikkandaq.. Hahaha.. |
3. Bila tengok gambo bungkusan yg aku send kat Dina, aku teringat masa dulu belajar di maktab perguruan antara Tahun 1998 ~ 2001.. Kadang², ada hari, tapi tak lah selalu.. aku balik dari kelas, sampai pintu bilik, ada sebungkuih nasi tergantung kat handle pintu bilik. Tak lain tak bukan, bapak aku Pak Haji Saed ler yang letak makanan sebab kalau kebetulan arwah bapak aku "duty" di Jabatan Perikanan Gelugor, bapak aku kadang² mai hantaq nasi bungkus kat bilik aku. Teringat jugak bapak aku kat anak dia yang "bulat" ni..
4. Secara fitrahnya, apa yang ayah ibu kita buat dulu kat kita, insyaallah akan berbalik lah untuk kita buat pula untuk anak kita. Begitu jugak dengan anak kita.. Dia juga akan buat benda yg sama terhadap apa yg mak ayahnya buat utk dia..
5. Dina.. setiap kali balik Nilai, dia merayau² ke area Pantai Dalam cari apa yang boleh bawak balik. Beli itu ini. Beli pelam lah.. beli desert lah.. beli ayam goreng Muiz lah.. Pendek kata, bila balik Nilai, mestilah ada buah tangan.. Alhamdulillah..
Semoga ingatan macam ni akan terus berterusan sehingga akhir hayat.. 😁
#mystory
#ceritasaya
#mynameisanuar
No comments:
Post a Comment