Thursday, 14 May 2026

Sekian Lama Dalam J/K PIBG

14.05.2026 | Khamis

This Is Me 😁😁 


Sejak tahun pertama aku berkhidmat (tahun 2001), aku dah berada dlm jawatankuasa PIBG. Arwah cikgu Khairuddin yang mintak aku dimasukkan sebagai Naib Setiausaha PIBG ketika tu untuk membantunya. Biasalah.. Bila "penyapu baru", aku ok saja la..

Masuk di Nilai 2009, tak lama lepas masuk di Nilai, pun dilantik sebagai AJK PIBG.. Seterusnya sebagai Bendahari PIBG.. Selama 8 tahun aku dalam PIBG sampai sempat dalam PIBG bersama 4 orang Guru Besar. Secara tak langsung jugak, aku pernah beberapa kali diarahkan oleh boss aku untuk jadi Pengerusi Sementara menguruskan perlantikan Jawatankuasa PIBG yang baru.

Apa yang aku nak berkongsi, tentang perkhidmatan YDP dan J/Kuasa PIBG yang dilantik. Pada kebiasaannya, ibubapa atau guru akan mencadangkan orang yang pandai bercakap, orang yang mengutarakan usul, orang yang bangun berikan apa2 pandangan semasa berlangsungnya mesyuarat agung PIBG untuk dicadangkan sebagai calon YDP. Tambahan pula yang dicadangkan itu bejawatan besar seperti bekerja di GLC, berjawatan besar dalam sektor kerajaan dan dilihat mempunyai pengaruh yang besar. Biasanya calon sebegini akan menang bila proses undian berlangsung. Ada sesetengah lantikan calon YDP ni ok berkhidmat tapi begitulah sebaliknya.

Namun, hakikatnya.. Ikut nasib. 😁 Kebanyakkan mereka ni ada yang hanya pandai bercakap saja. Mcm boss2. Pandai berucap dikala dijemput merasmikan majlis sekolah tapi apa hasil pun jarang dibawa ke sekolah. Walaupun dia bekerja di company yang besar2 dan berjawatan besar2. Namun bukan semua. Yang aku nyatakan ni, sesetengah daripada yang dilantik.

Aku masih ingat satu ketika dulu. YDP PIBG sekolah lama aku ni Pensyarah UKM dan AJK pun dikalangan orang2 yang berjawatan biasa. Punya lah rajin cari sponsor utk bantu pihak sekolah. Antara yang memang aku nampak kesan, bila semua kelas (30 kelas) dapat pemasangan kipas dinding. Setiap kelas dapat 2 kipas. Cuba kita kira. Kalau kos 1 kelas RM200 X 30 kelas dah RM6,000.00.. Belum kira kos pemasangan. Diantara AJK tu jugak ada wiremen. Memang sama2 depa yg uruskan pemasangan kipas tu.

Lagi yang aku nampak team ni, depa cari sponsor utk semua jersi team permainan. Bola sepak, bola tampar, bola jaring dan lain2.. Semuanya ditaja jersi tu. Bukan guna duit PIBG. Semua depa cari dana luar. Memang aku salute habis team PIBG ni. Kerja biasa2 tapi sumbangan memang besar.

Tahun selebihnya.. Sorang Pegawai besar dalam kerajaan (Putrajaya) dilantik sebagai YDP. Yang ni memang pandai bercakap. Pandai berucap. Tapi satu tajaan pun tak bawak masuk. Pernah guna dana PIBG beli laci dalam kelas kalau tak silap aku. Dia datang masa lori sampai. Aku dan budak2 tolong susun2 bila lori datang hantar. Kebetulan dia sampai. Dia ambik gambar saja lepas tu pergi mcm tu saja. Kot nak tolong, mmg tak ada la. Sebab rasa diri tu pegawai besar. Dia maybe rasa dia dlm pejabat dia kot nya 😁😁. Beli laci tu pun guna dana PIBG.. Bukan dia yang dapatkan tajaan.

Kesimpulan.. Yang aku nampak.. Jangan la cadangkan orang yg pandai ckp dan berjawatan besar sebagai YDP PIBG. Dia bila berjawatan besar, dia sangka dalam organisasi PIBG pun dia mcm orang besar. Sebenarnya dia perlu "down to earth" utk tolong. Bukan pandai cakap sahaja. Walaupun sesetengah org x pandai bercakap, tapi percayalah.. Kerjanya akan jadi berkali ganda bagus daripada yang pandai bercakap sahaja.

Nota: Coretan diatas berdasarkan pengalaman selama belasan tahun dalam PIBG sekolah rendah. 

No comments: