Budaya kerja disetiap stesen kerja dah pastinya berbeza. Kalau lah kekal distesen kerja lama, kawan2 sekeliling dah faham apa kelebihan dan kekurangan kita. Tapi, mcm mana kalau tempat kerja tu 100% suasana, kawan2 dan persekitaran yang baru. Mcm yang aku lalui sekarang ni. 😁😁 Perit jugak nak lalui wpun terpaksa senyum sampai ke telinga. ☺️☺️
Aku menulis ni saja lah terfikir-fikir. Perancangan balik ke Perak tu memang ada dan perlu ada la sebab dah ada rumah di Perak. Cuma, dari Negeri Sembilan, aku nak bertukar negeri dikala usia hampir 50an. Macam mana la penerimaan kawan2 sekolah di Perak nanti. Sebab kehadiran aku diusia yang dah tua. Kalau muda bertenaga, ok lagi la kan..
Hidup kita mcm selalu aku kata la, berbeza2. Ada orang, posting pertama terus dekat dengan rumah mak ayah. Maksudnya sampai pencen lah dia kat sekolah tu. Ada ye berlaku begini. 30 tahun bertugas di sekolah yang sama.
Ada yang 6-7 tahun berkhidmat, dah dapat balik ke negeri kelahiran masing2. Macam kawan2 semaktab dengan aku. Majoriti dah balik ke Kedah, Penang, Perak dan lain2 negeri. Maksudnya, depa balik ke negeri kelahiran depa waktu usia 30an. Masih muda. Ok la kan..
Ada pulak yang sampai ke usia tua atau sampai pencen la duduk dan bermaustatin di bukan negeri kelahiran. Sebab dah selesa dengan keadaan.. Dah ada rumah sendiri. Dan bina circle yang bagus2 di kawasan kediaman. Cuma keadaan mcm ni menyedihkan kalau ada kenduri kendara di kampung.. Kalau ada sakit demam di kampung.. Kalau ada kematian di kampung.. Memang jauh la kalau nak balik segera. Maka, tak dptlah berjumpa sanak saudara mara.
![]() |
| Allah pinjam rumah di Kinta Selatan, Perak.. |
Dan ada yang bertahun2 duduk diluar. Dah beli rumah sendiri. Dah selesa tinggal di situ, tiba2 teringat dan rasa nak berhijrah ke kampung. Ni macam aku lah. Sebelum ni x terfikir pun nak beli sebuah rumah lagi di negeri lain, tp semuanya dengan izin Allah SWT sebab dapat beli sebuah rumah lagi di Perak. Bila nak eg-tukar ke Perak, mula la overthinking macam2 bila ke sekolah di Perak. Ingatkan org muda, rupanya cikgu tua 🤣🤣🤣.
Tapi tak kisah lah. Andai panjang usia, memang aku nak pencen ngam 55 tahun atau 4-5 bulan sebelum capai usia 55 tahun. Kalau service sampai 55 tahun bermakna aku berkhidmat selama 34 tahun dalam kerajaan. Lama tu. Aku tak mahu bila produktiviti semakin menurun, tapi dapat gaji penuh. Aku bukan jenis yang macam tu. Ada orang hari2 mengeluh byk kerja tp tetap bekerja sehingga 60 tahun sebab sayang bila pencen awai, pencen dapat 60% sahaja. Itu bukan aku.
Untuk mama Dina pun sama.. Aku dah mula pesan supaya standby untuk soft landing dari bekerja. Dah hampir 20 tahun mama Dina dalam gomen, cukup lah tu. Apa lagi yang nak dikejar. Berehatlah.. Buat lah apa yang rasa nak dibuat bila dah bersara awal. Otak perlu rehat. Jangan asyik nak berfikir hal kerja dan hal2 lain yg boleh bagi ketidaktenangan mental 😁😁 Moh balik Peghak.
Kesimpulannya.. Semoga sampai masa yang tepat nanti, berhijrah lah aku ke negeri Perak. Setidak2nya, bila ada kenduri kendara, sakit demam, kematian saudara mara, kita tak ketinggalan. Apa lagi ditunggu di perantauan bila usia dah jengah 50an ke atas. Pulang lah...
#mynameisanuar

No comments:
Post a Comment