Thursday, 21 May 2026

Kereta Dah Habis Hutang dan Masih Hutang

"Alhamdulillah.. Sy dah tak ada berhutang kereta.. Dah cash..." kata seorang hamba Allah

Apa sebenarnya yg nak disampaikan, aku pun tak tahu lah.. 😁😁

Keperluan kenderaan ni masing2 mengikut situasi kita. Kadang2 sesetengah orang setakat rutin harian dlm radius 10km-20km ok la. Kampung pun tak jauh yang bermaksud org tempatan. Memang tiada masalah kekalkan kenderaan 8 tahun ke atas untuk kegunaan harian.

Ada sesetengah orang pula, bukan orang tempatan. Selalu travel 300km ke atas dlm sebulan. Contohnya mcm keluarga aku. Every month mesti akan ke Perak dan adakalanya ke Pulau Pinang. Jadi, bila selalu travel, perlukan kenderaan yang condition yang baik. Dalam erti kata lain, terpaksa lah intai2 kereta baru supaya risiko untuk breakdown di highway tu kurang. Hanya orang yang jauh merantau saja akan faham situasi ni. 

Selesa untuk long distance journey

Kalau jenis kampung halaman dalam 70-80km, takdak masalah pakai kereta yang dah habis hutang tu. Sebab orang tempatan. Tapi kalau nak rasa kereta baru, pun tak ada masalah. Tapi, biarlah org yang merantau jauh ni sesekali dia beli kereta baru dan berhutang. Jangan la kita ada persepsi yang negatif bila orang tu beli kereta baru dan berhutang. 😁😁😁 Itu triggered namanya tu. 😍😍 

No comments: