Sembang2 kosong tadi dengan rakan sejawat. Secara dasarnya dan realitinya, di mana keberkesanan PBD diaplikasikan oleh guru dan kadar keberpuashatian ibubapa tentang respon keputusan PBD bila hadir ke majlis dialog prestasi sekolah.
Nombornya tak susah sangat. Kenapa pihak sekolah asrama penuh atau MRSM mewujudkan ujian PKSK sebagai tapisan penting sebelum terima pelajar Tahun 6 ke sekolah berasrama? Jawapannya mudah. Kerana tidak yakin dengan hasil PBD yang ditaksir oleh guru di sekolah rendah. Jika wujud keyakinan atau ada figure2 tertentu yang valid untuk penilaian terhadap murid, seperti peperiksaan awam UPSR, maka tak perlu lagi ujian PKSK. Hasil keputusan UPSR itu sendiri diyakini kesahihah keupayaan murid itu dan penilaian paling baik untuk melihat tahap pencapaian akademik mereka. Ini memang tak perlu dinafikan.
Jadi.. Penilaian berteraskan peperiksaan awam setakat ini paling relevan digunapakai untuk mengukur prestasi pelajar. PBD boleh diteruskan sebagai sub-dokumen untuk perekodan tambahan tetapi bukan ukuran utama.

No comments:
Post a Comment