Baru ni selalu lalu di Tiktok aku bilamana seorang guru besar di Ipoh meninggal dunia akibat "tekanan darah tinggi".. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh.
Aku selalu berkata pada diri sendiri dan keluarga.. Hidup cuba kurangkan tekanan. Jangan terlalu stress dengan apa cabaran yang dilalui. Bila kerja tu, berpada2 cukup. Tak perlu terlalu "bekerja"..
Bila sakit atau meninggal dunia, kawan2 mendoakan kita.. Dan berfikir sekejap nasib keluarga yang kita tinggalkan. Selepas 3 minggu, mereka jalani rutin hidup seperti biasa. Nama kita semakin hari semakin terhakis walaupun mungkin tidak luput diingatan.
Semakin berusia ni, semakin perlahan2 aku slowkan rentak kerja. Buatlah semua kerja berpada2. Sebab tu lah aku jarang sangat nak upload hal2 kerja aku di media social. Aku rajin buat story ttg kehidupan aku.. Tempat makan sedap, holiday, dan keluarga. Sesekali sangat baru ada selit 1 hal2 berkaitan kerjaya aku. 😁😁
#mynameisanuar

No comments:
Post a Comment