Thursday 23 March 2023

Ramadhan Baru Tahun Ni

 23.03.2023 | 01 Ramadhan | Khamis

Tahun ni ada sikit terasa kelainan dalam menyambut Ramadhan Al-Mubarak jika dibandingkan dengan tahun² sebelum ni. 😁

Yang pertama

Jejak 01 Ramadhan kali ni, episod baru sebab sahur dan berbuka puasa hanya berdua aku dan Mama Dina sajer ler.. biasanya ber-3.. tapi bermula tahun ni dan mungkin jugak sampai masa² akan datang, Dina bersahur dan berbuka puasa di KL dan kami org tua berdua ni kat rumah.

Aku faham, setiap daripada kita pun akan lalui perkara yang sama yang bila mana anak² dah dewasa, sambung belajar atau bekerja, akan keluar juga dari rumah mak ayahnya. Tp bagi kami, tetap ada perbezaan mcm aku story dlm post sebelum² ni.. di usia 40-an, anak dah keluar tanpa ada anak yang lain sebab kurniaan Allah hanya sebutir mutiara utk kami.. Perancangan Allah itu lah yang terbaik kan.

So, mungkin pasangan Abg Ramli dan Kak Kiah anaknya 3 orang. Seorang dah ke universiti, seorang lagi di Politeknik.. dan anak bongsu Form 3 masih ada dirumah sebagai peneman. 

Pasangan Pakcik Jenal & Mak Munah pulak tinggal berdua bila anak tunggal depa dah melalui fasa kehidupan dewasa tp usia mereka hampir dah 53 tahun & hampir bersara. Sebab tu aku kata, ada juga perbezaan dengan kami sebab aku dan Mama Dina belum pun cecah usia 45 tahun tp dah kembali berdua mcm masa muda² dolu².. hahahaha..

Tak apa lah. Berpuasa dan bersahur dimana² pun tak jadi masalah. Nanti hari Jumaat, budak tu mesti nak balik bukak posa kat rumah. Mama Dina dah pesan. Sepanjang posa ni, tiap² minggu balik rumah.. 🤣🤣🤣🤣

Yang Kedua

Ramadhan kali ni adalah tahun pertama aku lalui Ramadhan tanpa rokok. Memanglah waktu kecik dan awal remaja dulu dah berpuasa tanpa merokok, tp selepas 26 tahun aku merokok, akhirnya 01.07.2022 tahun lalu, aku berjaya hilang ketagihan merokok. Alhamdulillah..

Tiap kali bukan puasa, biasalah.. bila bergelar perokok, selepas bukak puasa dan bersahur, mesti lah cari rokok walaupun sepanjang hari di bulan posa tu boleh pulak tahan merokok. Hihihi.. Jadi, tahun ni, dah x kisah dengan rokok walaupun selepas bukak posa atau selepas bersahur. Kadang², bila kenang balik, tak sangka pulak aku boleh berhenti ketagihan rokok terus. Drive la jauh mcm mana pun, dah x hairan dah kalau x merokok. Sampai mcm tu sekali ganjaran Allah hadirkan kepada aku. Syukur Alhamdulillah..

Semoga Ramadhan tahun ni lepas bermakna dalam mengerjakan amal soleh sebanyak mana yang mampu. Insyaallah..

Salam Ramadhan Ya Kareem..

#mystory

No comments: