Wednesday 1 March 2023

Part II: Bercuti Ke Pulau Langkawi

Part II - Bercuti Di Pulau Langkawi

Day 2: 22/02/2023 | Rabu

6.30am

Hari ni dalam sejarah aku sampai di Langkawi ada fenomena laut terbelah di Pantai Tanjung Rhu. Jam 5.30am aku turun ke lobi, dah ada 3 bijik van pelancong standby.. 😁😅.. Utk info, kejadian alam yg unik ni hanya akan berlangsung selama 1 jam bermula jam 7.15am lebih kurang. So, hari Rabu tu, lepas solat Subuh, laju² aku pederas ke Pantai Tanjung Rhu. Dari hotel aku, lebih kurang 25 minit.. Sepanjang perjalanan, memang bersusun kereta depan dan belakang kami yang jangkaan aku tepat, semuanya menuju ke Pantai Tanjung Rhu 😁😁😁. Lebih kurang 30 minit, sampai la kami di Tanjung Rhu.. Ni kali pertama aku masuk sampai ke Tanjung Rhu Resort..



Bila nak sampai ke hujung, semua kalut dok parking.. berpusu² orang menuju ke laut.. Anggaran 2000-3000 orang pengunjung aku rasa.. Ya la, selain pelancong luar, mestilah org tempatan pun nak jugak join tengok dan rasa melintas laut sampai ke Pulau belah sana apa nama ntah. Sepanjang 600-700m tu, ada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APAM) yang memantau termasuk 2-3 bijik bot pasukan keselamatan. Akhirnya, dapatlah aku berjalan² atas beting pasir pi mai pi mai. Tapi syarat kena pakai kasut, kalau dak, sakit gila tapak kaki bila terpijak duri² landak laut kalau tak silap aku. Memang serius sakit kalau terpijak duri dari dalam laut tu. So far, alhamdulillah .. dapat menikmati keajaiban dunia di Langkawi kuasa Allah SWT..







Lepas lebih kurang 1 jam disitu, siren berbunyi 3-4x yang bermaksud semua kena beransur naik ke tepi pantai sebab air laut mula nak pasang. Overall, best jugak aktiviti mcm ni. Lain daripada yang lain.. Alhamdulillah kebetulan beli tiket flight waktu yang tepat.. Maka, keluarlah aku dari Pantai Tanjung Rhu. Nak keluar dari situ pun jenuh.. jem teruk.. Hahahaha..

9.00am

Mencari sarapan. Aku balik ke hotel dulu sebab nak bersihkan badan sebelum ke Oriental Village untuk ke Gunung Mat Chincang. Asalnya nak pi satu warung tepi bendang, tp x jadi sebab agak jauh nak berpusing. So, berenti ja lah kedai warung tepi jalan. Kali ni breakfast tak best sangat. Tp boleh la kenyangkan perut. Kot mana pun, tetap ada kari ikan termenung. 😁😁😁

11.30am

Bertolak ke Gunung MatChincang. Tapi kami singgah dulu kedai makan untuk lunch siap². Aku mmg plan nak ke Restoran Nasi Campur Kak Yan di mana ntah. Aku ni di Langkawi mmg taktau nama² tempat selain Kuah dan Cenang atau Padang Mat Sirat.. Hat lain pernah dengaq mcm Kedawang, Temonyong tp tak ingat belah mana. So, kedai nasi Kak Yan di kalau x silap aku la x jauh dari kawasan Kota Mahsuri.


Restoran Nasi Campur Kak Yan

Udang ni 5 ekor = RM8.. Ok tak?

Bercakap ttg menu Kedai Kak Yan ni.. Memang aku puas hati. Sedap dan boleh dikatakan murah. Kalau ikan bakar, memang kat pinggan ikan bakar dah di tulis siap² harga. Kalau hanga setuju, ambik laa.. Kalau rasa mahai, tak payah ambik. Aku ambik jugak ikan caru bakar, RM10. Ok tak rasanya? Yang paling aku rasa ok la, tengah aku nak bayar, nampak sambal tumis udang keluar dari dapur panas². Apa lagi, aku pi la ambik.. 5 ekor = RM8.. Hangpa rasa ok tak? 😁😁

Overall, dengan suasana kampung, lauk yang macam².. sedap², aku memang puas hati la makan tengah hari di Restoran Nasi Campur Kak Yan sampai keesokkan harinya kat sini jugak aku lunch.. hihihi.. Kalau nak makan, pukul 11am dah ada dah.. sampai 3.00pm kalau x silap aku.. Hari ke-3 aku pi lunch dalam jam 2.45pm, lauk masih ada..

12.30pm

Skycab di Gunung Mat Chincang. Banyak kali dah naik skycab atau cable car ni, tp kali ni mem aku teringin nak naik sb last naik masa anak aku darjah 2 kalau silap maksudnya 10 tahun lepas. Walaupun selalu mai Langkawi, jarang naik kecuali aku bawak rombongan sekolah masa 2019, terpaksalah aku naik jugak. Kali ni, kabel car bergoyang kuat sebab angin kuat masa tu. Serius aku pun rasa risau jugak sebab bergoyang² kabel car tu. Cuba la hangpa bayangkan.. Ke kiri.. ke kanan.. ke kiri.. ke kanan.. Ha.. hahahaha.. Dalam 20 minit kalau x silap, sampai la kami ke stesen paling atas.




Terus menuju ke Skybridge sb kali ni aku beli tiket skybridge. Cuma kena exercise la sikit sebab x beli tiket skyglide. Utk info, nak ke skybridge, ada 2 cara.. yang pertama turun ke skybridge jalan kaki ikut pokok².. yang kedua, boleh beli tiket skyglide.. RM10 kalau x silap aku laaa.. Tp kami pilih exercise. Masa turun bukit nak ke skybridge ok la.. tp masa nak balik, memanjat bukit, adoiiii.. memang mencabar.. memang senaman cardio betui.. tercungap² sementara nak sampai ke area cable car tadi.. ckp ttg skybridge, memang rasa bergoyang jambatan gantung tu.. Dina steady saja.. Memang berani budak ni.. Aku yang tua ni terasa jugak risau bila jalan atas jambatan tu sebab memang rasa bergoyang kalau tiba angin kuat.. tp pengalaman jugak la sebab ni 1st time naik skybridge.. lebih kurang 1 jam kat situ, aku pun turun. Kali ni turun ok sikit, sebab angin tak rasa. Jadi, cable car takdak la goyang².. smooth saja sampai ke bawah. Alhamdulillah..


Kat bawah ada lagi 3 benda boleh masuk dengan belian pakej tiket Skycab tadi.. Boleh masuk Skydome, Skyrex dan 3D Art Gallery.. syok jugak tp aku macam letih dah bercerita. Hangpa Google la sendiri okey.. Hahahahaha..

3.30pm

Balik ke hotel. Rehat dulu.. solat dan bersihkan diri sambil aku mendobi. Jenis kami ni, x suka kalut².. biar rileks².. penat kalau dok kalut².. Balik hotel, take a rest dalam sejam dua, lepas maghrib gerak keluar semula. Ke mana?

8.00pm

Dinner. Aku memang dah plan nak makan Kak G Ikan Bakar dekat area Desa Permata, Kuah.. ada 3-4 kedai ikan bakar sederet kat sini tp aku dah biasa dengan Restoran Kak G. Macam biasa.. Siakap sekor, sotong celup tepung, ketam masak cili / sambal, sup sayur.. nasi dan air.. Total = RM103.00.. yang paling best, kali ni x nampak air asam. Sebelum² ni memang ada ayaq asam.. tp kali ni ada sambal belacan saja. Aku pun pi la tanya tokey kat kaunter.. "Kak, ayaq asam takdak ka..?".. Tokey pun kata takdak.. sb selalu buat orang x makan sangat.. Tp kalau nak, dia boleh buatkan.. Apa lagi? Aku kata la nak ayaq asam.. Kak G teruih ke dapur pi buat ayaq asam kat aku. 10 minit kemudian, ayaq asam pun sampai.. Tudiaaa.. sempoi..


Ayaq asam special request.. 

Overall, alhamdulillah.. makanan sedap.. masih konsisten.. harga pun bagi aku reasonable la lebih kurang makan di Bagan Lalang..kalau mai Langkawi lagi, boleh mai lagi laaa..

9.30pm

Pi ronda² Pantai Cenang.. memang Cenang sangat happening diwaktu malam berbanding Kuah. Kuah ni malam² memang dah mcm mati. Agak sunyi. Tapi Cenang mcm pesta. 😅😅😅. Ronda² sambil beli cokelet.. Harga sama saja dengan kedai dekat Kuah. HIG ka, kedai² biasa ka, sama saja dengan kedai² coklat di sekitar Pantai Cenang.. Lepas beli coklat, pusing² pantai tengok depa main api.. ramai pelancong asing kat sini.. Pak Arab, Korea, Jepun, Mat Salleh.. Bangla pun ada.. 😁



pastu balik la bilik.. Rehat.. 

Selesai la hari ke-2... Part III (episod akhir) akan menyusul..


#mystory

#sharinginfo


(lepas bersara ingat nak menulis buku..😁)

No comments: