Friday 1 July 2022

Peluang Belajar Selepas SPM

Masa anak belum habis sek, takdak la aku nak pikir ke mana hala tuju selepas SPM. Tapi bila anak aku dah masuk Form 5, aku dah mula join group FB Halatuju Pendidikan Selepas SPM.. Group yg sangat² membantu.. Thanks to En.Mustafa (admin) , tenaga² pengajar IPTA/S, parent yg byk sharing info.. Sebab tu kdg² aku suka share balik apa² yg boleh dikongsi lepas org lain sudi share dengan kita..


Kumpulan pelajar yg kurang baik pencapaian
Jangan risau.. bagi pelajar² ini, sebenarnya byk sangat peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Dalam UPU, boleh mohon program² sijil atau diploma dari universiti² awam atau politeknik. UITM antara pembekal pengkhususan diploma yang sangat banyak. Pelajar juga boleh mohon politeknik² yg byk menawarkan prog² sijil dan diploma. Selain tu, byk jugak agensi² / pusat pembelajaran yang menyediakan program² kemahiran seperti IKM dan sebagainya.

Selain UPU, MARA jugak terlalu byk bagi ruang dan peluang utk sambung belajar selepas SPM. Melalui UPIM (Unit Pusat Institusi Mara), kumpulan pelajar ini boleh mohon kemasukan ke Kolej Profesional Mara yg juga menyediakan pengkhususan sijil dan diploma. Selain belajar percuma, pelajar juga akan dapat elaun sara hidup RM300/bulan.

So, anda boleh la mohon mengikut kemampuan yang diperolehi dalam SPM. SPM bukan penamat tp bekal utk permulaan kehidupan atau masa depan.

Harapan aku, parent² diluar sana, jangan la pertikaikan atau banding beza kumpulan lemah, sederhana atau cemerlang. Kalau anak org lain cemerlang, biarkan lah dia cemerlang. Kalau anak org lain tu kurang cemerlang, bantulah channelkan anak tu ke arah bidang yang lebih terarah bidangnya utk masa depan.

Kumpulan pelajar cemerlang dan sederhana cemerlang
Pelajar kumpulan ni banyak ruang dan peluang utk sambung belajar sama ada di dalam negara atau luar negara. Lebih advantage lagi kalau cemerlang dalam bidang Sains Tulen.

1.UPU
2.Kolej Matrikulasi
3.IPG (PISMP)
4.Prog Asasi Mara di Kolej Mara Kuala Nerang twinning prog dengan universiti swasta terkemuka
5.Young Talent Prog (YTP-MARA) twinning dgn private universiti.

MARA antara agensi kerajaan yang begitu komited untuk bantu anak² bumiputera melayu terutamanya utk melanjutkan pelajaran. Kalau anda rajin buat research, mmg MARA antara pioner agensi yang aku tgk sangat² membantu kaum bumiputera dari yg keputusan kurang baik dalam SPM sehinggalah cemerlang dalam SPM. Jadi, sebagai rakyat, aku bangga tgk kerajaan yang punyai iltizam utk bantu pelajar² kita utk lihat masa depan yang lebih cerah.

Pada masa sekarang, utk dapatkan tajaan penuh (full scholarship) memang susah. MARA sendiri pun sediakan pinjaman boleh ubah yang hanya perlu dibayar 10-15% sahaja jika mendapat CGPA 3.5 ke atas. Cuba bayangkan.. utk ambik kos kejuruteraan andaian RM100,000 dari asasi - tamat ijazah sarjana muda, hanya perlu bayar RM10,000 sahaja.. bukankah sangat² membantu?


Yang Cemerlang straight A's atau 8A ke atas
Boleh cuba mohon full scholarship dengan GLC atau company² yang besar

1.Petronas
-Dalam & luar negara

2.Khazanah Nasional (Watan/Global)
-Dalam & luar negara

3.Permodalan Nasional Berhad (PNB)
-Dalam & luar negara

4.Bank Negara Malaysia (Kijang Scholarship)
-hanya program luar negara

5.Yayasan TM (Telekom)
-Dalam & luar negara

6.Yayasan TNB
-Dalam & luar negara

7. Yayasan Sime Darby
-Luar negara (A-Level di Kolej Tunku Jaafar)

8. Yayasan UEM
-Luar negara

9. JPA - MARA
-Tapi JPA MARA skrg syarat dah ketat. Mcm tahun ni, perlukan 9A+ ..

10. Shell
-biasanya program ke luar negara



Dan byk lagi peluang utk mohon scholarship. Cuma kebiasaannya, tarikh permohonon akan dibuka pada hari result SPM diumumkan dan biasanya dilanjutkan sehingga 10 hari utk isi. Jadi, lepas dapat result SPM, jangan pi holiday dulu.. mohon dulu semua peluang scholarship.. lepas tu, boleh la pi holiday 😁😁😁😁

Dengan syarat asas 8A ke atas, dah boleh mohon full scholarship dengan syarikat² yang disebutkan tadi. Namun, kebiasaannya, jarang ada course perubatan yang ditawarkan utk biasiswa ni. Kebanyakkannya melibatkan kejuruteraan dan komputer sains serta perakaunan.

Namun, kalau ada peluang, sebaiknya cuba la.. tak dapat tu hal ke-2... apa yg aku share ni boleh lah digunapakai utk anda² yg ada anak bakal ambik SPM dalam tahun ni..

Selamat Maju Jaya Untuk Semua...

No comments: