Wednesday 6 July 2022

Kalau Diberi Pilihan, mana satu anda pilih?

Kalau diberikan pilihan.. mana 1 pilihan yang paling baik utk sambung belajar selepas SPM?


Sebelum memilih, antara perkara yg perlu difikirkan ialah:

1.Kesusahan utk study bidang yg dipilih di universiti (tp kalau rasa susah, kenapa pilih? 😁😁😁)

2.Peluang pekerjaan 5 tahun akan datang

3.Keadaan ekonomi dalam tempoh masa 5 tahun akan datang

4.Kos keseluruhan perbelanjaan sepanjang 5 tahun

Dan lain² hal yang dirasakan perlu.. Jikalau anda diberikan peluang pilihan yang berikut, andaikata lah kan.. :

1. Diterima tawaran masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (elaun +-RM450/bulan)




ATAU

2. Diterima tawaran Program Asasi Sains (1 tahun di Kolej Mara Kuala Nerang) *ada elaun sara hidup RM100/bulan* = twinning  program dengan Universiti Teknologi PETRONAS - habis asasi Kolej Mara Kuala Nerang, sambung degree di UTP (bidang kejuruteraan komputer) - pinjaman 100% boleh ubah MARA (byr 15% jika CGPA 3.5 ke atas)




ATAU

3. Diterima tawaran Asasi Sains Hayat di UM / UITM dan sambung degree di UM / USM dalam bidang Farmasi. - pinjaman PTPTN tp byk mana dpt pinjaman x pasti sebab kata org pinjaman based on kategori B40 / M40 / T20.

Bersedia awal jwpn sb tempoh masa setuju terima / tolak biasanya x lama depa bagi. Kalau semua tak dapat, maksudnya ada lah ke arah benda lain rezekinya.. 😄

Mana yang rasa lebih baik utk klik TERIMA?

😁😁😁😁

3 comments:

Chegu Anuar said...

Testing One Two Three

Anonymous said...

tawaran ke2 dan ke3 tu peluang kerja dlm bidang berkenaan sgt sedikit. malah sains komputer, komputer engineer perna disebut sbg kos yang perlu dibubarkan.

Chegu Anuar said...

Tkasih atas pandangan. Anak saya pilih No.1 ke IPG