Wednesday 13 July 2022

Anak: Anugerah & Kehidupan

Harini aku nak story sikit hal keluarga & anak. Cerita ni berdasarkan pandangan aku secara peribadi dan tak ada kena-mengena dengan anda atau jiran² anda.

Terdapat 3 kategori yang aku nak share:


Kategori 1: Anak ramai (2 org dan lebih)

Keluarga yang ramai memang seronok. Rumahtangga jadi meriah. Bila anak² meningkat remaja dan dewasa, seorang akan "keluar" yang bermaksud, masuk ke sekolah berasrama / ke IPT.. Tapi jika anak ada 2 / 3 /4 org, seorang pergi ada lagi 3 org yang mana parent masih tidak kesunyian. Habis tamat belajar di asrama / IPT, seorang akan balik dan seorang yang lain pula akan "keluar".. Jadi, rutin ini akan berpanjangan jugak la ambik masa bertahun². Jadi, kategori ini, kesunyian as a parent akan terasa bila ibu ayah sudah meningkat usia antara 55 - 60 tahun bila anak² semuanya berpasangan dan membawa haluan masing².

Kategori 2: Anak tunggal (sorang anak)

Bagi yang hanya mempunyai anak tunggal, kesunyian akan cepat terasa bila hubungan antara ibu ayah dan anak ini terlalu rapat kerana tidak ada anak lain lahi untuk dimanjakan. Bila sampai masa, anak berusia 18 tahun dan nak sambung belajar ke IPT, jelas lah kesunyian akan terasa kerana selama 18 tahun bersama ibu ayah. Selama 18 tahun jugak lah segala suka duka dikongsi bersama. Jadi, bila anak itu akan melangkah ke fasa kehidupan seterusnya, 100% kesunyian akan menjengah kehidupan ibu ayah kategori ini kerana tiada lagi anak lain untuk diuruskan. Namun, ramai yg tidak faham dan merasakan semua nya sama. Bagi aku tak sama.. Melangkah keluar anak tunggal ini, automatik rumah akan jadi sunyi. Tambahan kesunyian ni dirasakan ketika usia 40-an.. Tak sama dengan kategori 1, dimana kesunyian dirasakan ketika usia dah mencecah 50an-60an.

Kategori 3: Tiada anak

Aku sangat simpati kepada rakan² yang masih belum dikurniakan zuriat walaupun seorang. Aku yakin, mereka bukan tidak mahu anak, tp perancangan Allah itu lebih besar dan Allah itu Maha mengetahui. Jadi, kategori ini, kesunyian akan terus terasa kecuali mereka pandai mengatur aktiviti suami isteri supaya dapat menghiburkan diri masing². 

Kesimpulan:

Anak 5, anak sorang atau tiada anak.. semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita sebagai hambaNya tak perlu sangkal lagi segala perancangan Allah. Mensyukuri segala nikmat pemberian allah SWT adalah yang terbaik tanpa perlu mempertikaikan antara satu sama lain. Setiap kategori yang aku kelaskan ada kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri. Sebagai manusia, kita akur lah. 

"Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu mengharungi ujianNya.."

No comments: