Monday 4 July 2022

Bersara Wajib ATAU Bersara Pilihan?

 Bersara.. Bersara Wajib atau Bersara Pilihan?


Puan Rokiah berumur 49 tahun.. berkhidmat didalam agensi kerajaan dah 25 tahun.. berfikir sama ada nak terus berkhidmat sehingga umur 58 tahun atau memilih untuk bersara pilihan diusia 49 tahun. Kedudukan kewangan dah kukuh. Anak² semuanya dah habis sekolah dan hanya anak bongsu di IPTA. Jadi, beliau tak ada kekangan kewangan untuk kelangsungan hidup.

Penulis juga salah seorang penjawat awam 



JIKA PILIH BERSARA WAJIB (58 tahun)
Puan Rokiah terpaksa berkhidmat lagi 9 tahun dalam keadaan terpaksa sebab dalam pemikirannya produktiviti dah kurang bila usia mencecah 50an.. Jadi, dia terpaksa bekerja dalam keadaan terpaksa sehingga 9 tahun lagi. Kawan dia kata kat dia..

"Kiah, hang keja ja laaa.. dok rumah kalau pencen awai nak buat apa.. kalau hg mai keja, buat keja lebih kurang sikit², gaji penuh.. dpt RM7,000 sebulan.. kalau hg bersara pilihan, umur 55 tahun baru boleh dapat pencen bulanan.. Ada 6 tahun lagi.."

Jadi, Puan Rokiah pun berfikir².. ok la jugak.. kita dah org lama, org pun x bagi byk keja.. buat ja lah lebih kurang.. Dapat gaji penuh..

Betoi ka pemikiran mcm 👆?

JIKA PILIH BERSARA PILIHAN (Umur 45 tahun)
Ada org, golongan wanita terutamanya.. memilih utk bersara pilihan pada usia 50 tahun lebih kurang. Bersara awal kerana keadaan ekonomi dah stabil dan anak² jugak sudah mula berkerjaya. Manakala pendapatan suami juga dah bagus. Dan yang paling penting, bila produktiviti dah menurun, ada yg x sanggup makan gaji buta setiap bulan bila produktiviti tidak memenuhi kehendak bidang tugasan.

Mereka memberikan peluang kepada pelapis² baharu yang tamat belajar tp belum dapat pekerjaan yang sempurna. Walaupun pencen bulanan akan diterima pada usia 55 tahun, mereka x kisah sangat sb bagi mereka, keredhaan menerima gaji tu penting lebih² usia menuju ke arah warga emas.

Anda bagaimana?

Kalau aku, ada pendapatan lain (bis) yang stabil, aku pun berhasrat utk bersara pilihan, tp apakan daya.. belum ada kemampuan utk bersara awal.. hahahaha..

No comments: