Sunday 4 June 2023

Cuti Khas Kpd Kumpulan Ini

 03.06.2023 | Sabtu


Selalu kita dengar, kerajaan melalui kementerian berkaitan terutamanya mengusulkan pelbagai kemudahan untuk wanita dan keluarga. Di antaranya dulu ialah kemudahan cuti bersalin dilanjutkan ke 90 hari dan lain² keistimewaan kepada penjawat awam atau kakitangan wanita. Jika diperhalusi lagi, cuti² khas ini diberikan kesinambungan pulak jika anak² dijangkiti penyakit berjangkit dimana ibu atau bapa akan diberikan cuti kuarantin khas selama 5 hari untuk setiap anak. 

Aku tidak langsung menafikan kebaikan kerajaan untuk menambahbaik keistimewaan kepada kakitangan awam yang terlibat terutama dalam urusan melahirkan anak dan jugak cuti² khas kuarantin anak sakit ini sebab memang secara langsung memberikan kebaikan kepada keluarga.

Tetapi, adakah pihak kerajaan lupa kepada dua golongan ini? Siapakah itu??

Mereka ialah kumpulan kakitangan awam yang tidak berkahwin sehingga lanjut usia dan satu kumpulan lagi ialah pasangan yang berkahwin tetapi tidak mempunya zuriat

Adalah tidak adil jika pihak kerajaan langsung tidak memandang kepada insan² ini yang juga patut sekali diberikan sedikit ganjaran kepada mereka. Ada juga sampai ke bersara masih tidak dianugerahkan zuriat oleh Allah SWT. Mereka ini bukan tak mahu anak, tapi sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui. Bila tiada anak, bermaksud TIADA CUTI BERSALIN 90 hari & TIADA LAH CUTI KUARANTIN anak tak sihat.

Kumpulan lagi 1 adalah kakitangan wanita yang bujang atau tidak berkahwin sehinggalah mereka lanjut usia. Mereka ini bukan tak mahu berkahwin, tp jodoh mungkin belum tiba. Kumpulan mereka ini TIADA CUTI BERKAHWIN + TIADA CUTI BERSALIN + TIADA CUTI KUARANTIN.

Jom kita buat kiraan kasar:

Cuti bersalin 90 hari x 3 org anak = 270 hari sepanjang perkhidmatan.. Cuti kuarantin tu tak perlu lah kira sebab bukan semua orang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit. Namun jika ambik cuti kuarantin, sepanjang perkhidmatan mungkin akan ambil dalam 50 hari ambik lumpsum.. Jadi, total cuti bersalin + cuti kuarantin = 320 hari sepanjang perkhidmatan. Dari segi angka, memang kelihatan sanagt besar cuti yanh diperuntukkan itu.

Jadi, kadang² aku rasakan kerajaan perlu wujudkan atau ambik peduli sedikit supaya diberikan sedikit keistimewaan kepada kumpulan mereka ini dengan sesuatu yang mengubat hati mereka. Sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan "Cuti Khas Gantian" kepada mereka yang tidak berkahwin dan mereka yang tidak mempunyai anak.

Cuti Khas ini diberikan secara bersasar lah. Kalau dah berkahwin 10 tahun dan tidak ada zuriat, tahun ke 11 perkahwinan, diberikan cuti tambahan 2 hari untuk pasangan tu pergi bercuti atau sebagainya. Kalau 20 tahun berkhidmat selepas 10 tahun berkahwin, barulah 40 hari jumlah cuti yang diberikan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan keistimewaan kepada mereka yang dimurahkan rezeki dengan zuriat sejumlah 300 hari.

Cuti Khas ini jugak patut diberikan kepada kakitangan yang tak berkahwin [pegawai² kanan fikir lah term & conditon].

Nampak lebih adil kan? 

Aku harap idea dan pandangan aku ni dapat diperhalusi oleh pihak kerajaan supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih adil dan saksama dibawah pentadbiran kerajaan yang sangat cemerlang

Wallahualam...

Mohd Anuar Saed

Nilai, Negeri Sembilan.



No comments: