Thursday 8 June 2023

Keputusan SPM calon 2022

 08.06.2023 | Khamis

Insan hebat, my princess

Harini keluar keputusan SPM bagi calon² SPM2022.. Bila saat mcm ni, automatik rasa sebak terkenangkan kenangan ambik result SPM Dina tahun lepas. Orang lain mungkin byk kali boleh ambik result SPM anak, tp kami ni lah sekali ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Alhamdulillah.. berkat usaha yg gigih Dina.. siang malam pagi petang.. buku sentiasa menemani.. diadun dengan tahajjud dan mengaji Al-Quran setiap malam, menghasilkan keputusan cemerlang gemilang sebab aku sendiri masa sekolah dulu bukan kategori pelajar cemerlang.. Dina dapat 11A.. Straight A.. Bukan pencapaian yang mudah sebab 2 tahun on off sekolah akibat Covid19.. dan ditambah pulak Dina ambik aliran pure Sains + Agama.. dan hanya sekolah harian biasa walaupun pernah dipanggil oleh TKC by call masa Tahun 2016 dulu.. Syukur kepada Allah SWT kerana walaupun sebutir puteri yang kami ada, Allah hadirkan pakej luar biasa kepada Dina.. Terima kasih Allah..

Kepada calon² SPM 2022 yang ambik result tadi, TAHNIAH kepada yang cemerlang.. Tahniah jugak kepada yang kurang cemerlang.. Laluan perjalanan masih panjang.. Kepada yang cemerlang, anda mempunyai pelbagai laluan utk masa depan utk memilih Asasi, Matrikulasi, Kolej Mara, IPG atau mana² yang sesuai.. tak kurang jugak kepada yang kurang cemerlang, masih byk ruang TVET dan kemahiran yang disediakan oleh agensi kerajaan utk sambung belajar di peringkat sijil dan diploma.

All The Best semua !!!

No comments: