Wednesday 31 May 2023

Cabaran calon SPM 2020, 2021 dan 2022 [sebab Covid19]

 31.05.2023 | Rabu

Aku menulis sempena musim keputusan SPM nak diumumkan minggu depan. Kenangan ambik keputusan SPM 2021 iaitu anak aku Nurul Nabilla Irdina salah sorang calon masih segar dalam ingatan kami as a parent.. Alhamdulillah Dina berjaya dapat straight A [11A] dalam aliran Sains Agama.

This is my lovely daughter.. 😍😍😍

Minggu depan 08.06.2023 hari yg berdebar bagi calon² SPM 2022 sebab akan terima keputusan SPM masing². Seperti biasa, aku sebagai parent juga dah melalui fasa debaran masa SPM 2021 tahun lepas sebab anak aku salah sorang calon SPM 2021. Bila dikenang²kan semula, bukanlah nak cakap cabaran calon SPM 2021 lebih dasyat sebab anak aku, tapi sebab jika dibandingkan calon² SPM 2020, SPM 2021 dan SPM 2022, ada perbezaan disitu disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Jom kita buat sedikit perbandingan supaya kita nampak hal ini bukan auta, tapi berdasarkan fakta.

Calon SPM 2020 [kelahiran 2003]
- Terlibat dengan PT3 [mudah agihan aliran ke Form 4]
- Bersekolah penuh ketika Tingkatan 4 [2019]✅️
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 5 [2020]❌️
- Ambik SPM 2020 pada Mac 2021

Calon SPM 2021 [kelahiran 2004]
- Terlibat dengan PT3 [mudah agihan aliran ke Form 4]
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 4 [2020]❌️
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 5 [2021]❌️
- Ambik SPM 2021 pada Mac 2022

Calon SPM 2022 [kelahiran 2005]
- TIADA PT3 [sb masa 2020 Covid19 agak kronik]
- Bersekolah on off ketika Tingkatan 4 [2021]❌️
- Bersekolah penuh ketika Tingkatan 5 [2022]✅️
- Ambik SPM 2022 pada Mac 2023

Berdasarkan fakta 👆, bolehlah dilihat SPM batch mana yang sangat² struggle prepararation sebelum menduduki peperiksaan SPM. Semestinya batch 2004.

Sebagai throwback balik atau sejarah tercatat, batch 2004 ni lah yang bagi kejutan diseluruh negara sebab keputusan UPSR 2016 merosot kepada hanya 1% sahaja daripada 400,000+- calon UPSR ketika tu yang dapat 6A. Mereka ni 1st kohort yang menggunakan silibus baru dari KBSR ke KSSR. Alhamdulillah.. anak aku salah sorang yg termasuk dalam 1% tu.. 💪💪💪

Jadi, semoga keputusan SPM 2022 tahun ni mencatatkan kecemerlangan berterusan kepada calon² nya serta depa ni dapat lah melanjutkan pengajian dimana² IPT yang ada di Malaysia atau luar negara. Jika keputusan SPM kurang cemerlang, jangan putus asa.. Byk ruang dan peluang utk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran seperti di Kolej Profesional Mara [KPM], dan lain² agensi kerajaan yang banyak menyediakan peluang untuk sambung belajar.

Selamat maju jaya

p/s: Penulisan ikhlas penulis berdasarkan fakta dan pandangan peribadi.

No comments: