Tuesday 20 June 2023

Kesesakan Hospital Kerajaan

 20.06.2023 | Selasa

Tengah hari tadi, dari Nilai aku ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah [dulunya dikenali sebagai Hospital Pengajar UPM] sebab ada appointment dengan doktor. Sudah menjadi rutin aku dan mem aku setiap 5 atau 6 bulan ke HPUPM untuk pemeriksaan kesihatan berkala.

Bila nak ke HPUPM, mestilah kena lalu ikut Hospital Serdang.. setiap kali lalu, tak dpt aku nak gambarkan keadaan kenderaan kiri kanan bahu jalan bermula di flyover hala ke Hospital Serdang sampai lah ke lampu isyarat nak masuk hospital, punyalah sesak dengan kereta. Bukan sampai lampu isyarat saja, malahan lepas lampu isyarat sampai lah ke lagi satu lampu isyarat [nak ke MAEPS] kiri kanan bahu jalan penuh dengan kereta pesakit mungkin, atau waris pesakit atau yang ada temujanji hospital.Apa yg cuba aku share ni tentang kesesakan di luar hospital dan semestinya didalam hospital pun cornfirmlah sesak sangat. 

Aku pernah dengar luahan seorang kawan yang mana ada temujanji kali pertama di Hospital Serdang [Pusat Kardiologi Hospital Serdang] atau hospital jantung yang baru beroperasi dalam 2-3 bulan kebelakangan ni.. Kawan aku tu datang dari Rembau sebelum Subuh sebab beranggapan nak dapat giliran antara yang terawal. Sampai di hospital jam 6.30am mcm tu.. dia terkejut bila tengok barisan dah melingkar orang menunggu giliran. Siap bawak bangku mudah alih lagi. Kalau yang datang dengan anak, ok la sikit sb anak boleh la beratur ambik giliran, cuba bayangkan kalau dah berusia, kena beratur awal pagi mcm tu.. Kan mcm susahkan diri.. Tapi kadang² dah jadi keperluan, terpaksa lah datang juga ke hospital. Kawan bgtau lagi, dia selesai keluar pintu Hospital jantung tu jam 4pm.. Cuba lah kita bayangkan.. Punya lah lama berurusan di situ sebab apa? Mestilah sebab ramai sangat pesakit yang perlukan rawatan jantung.

Kerajaan Malaysia melalui KKM aku rasa dah cuba yang terbaik utk penuhi aspirasi kesihatan rakyat. Tp iya la, sakit bukanlah "dijemput".. Bila² pun boleh sakit. Istilah mencegah itu lebih baik daripada merawat aku rasa sangat baik utk mula diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Sepatutnya penjagaan makanan dan aktiviti senaman boleh membantu mengurangkan risiko terima pelbagai penyakit. Aku ulang.. "mengurangkan risiko".. bukanlah jaminan 100%.. 😁😁setidak²nya bila rakyat tahu dan berusaha menjaga kesihatan diri melalui kawalan penjagaan makanan seharian dan melakukan aktiviti senaman secara berkala, mungkin akan dapat membantu mengurangkan kesesakan pesakit di hospital dan secara tak langsung, membantu diri sendiri kekal sihat dalam melakukan pelbagai aktiviti seharian.Dengan cara begini, dengan kadar 80-90% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, semestinya dapat mengurangkan risiko penyakit. 

Kadang² di zaman sekarang ni, aku tengok mcm² makanan dan minuman viral yang kelihatan mengiurkan selera kita macam desert² merecik, yang secara tak langsung gunakan bancuhan kadar gula yang tinggi dan campuran bahan² yang kurang berkhasiat utk badan dijual dimerata² tempat. Makanan dan minuman pelik² ala-ala hipster ni patutnya dihentikan supaya tidak memudaratkan badan kita. Contoh paling senang, dulu² kita beli pisang goreng biasa saja. Zaman sekarang, pisang goreng disalut & dikisar dengan cheese tabur kat atas pisang goreng.. memang la sedap tp paham² lah.. aku pun kadang² belasah jugak la, tp 2-3 bulan sekali pun payah. Pisang goreng tu sendiri pun sebenarnya dah terlalu banyak kolestrol bila digoreng dalam minyak yang banyak. Inikan pulak di add-on dengan cheese.. Itu lah antara penyebab risiko pelbagai penyakit jika amalan ini diteruskan. Teringin nak makan tu boleh, tapi bukanlah menjadi tabiat. Sekali sekala tak ada masalah utk menikmati makanan begitu. [Teringat pulak kat goreng pisang cheese 🤣🤣]. 

Berbalik pada asal rencana aku ni, faktor kesihatan diri perlu ditingkatkan penjagaannya jika pada masa depan, kita berhajat untuk kurangkan kesesakan "tetamu" yang hadir ke hospital² kerajaan mahupun hospital swasta. Semoga sedikit sebanyak artikel ringkas dapat bantu memburu impian kita untuk jaga kesihatan diri dan keluarga. Insyaallah..

p/s: Artikel ringkas ini adalah pandangan peribadi penulis. 




No comments: