Tuesday 7 February 2023

Pelajar cemerlang di sekolah. Perlu diraikan?

Di penghujung sesi persekolahan 2022/2023, memang ketika ini musim Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan akan bakal di adakan di semua sekolah diseluruh Malaysia. Tidak lah terkecuali dengan sekolah aku yang tahun ni cuba kelainan dibuat di waktu malam.. 😁

Aku terpanggil nak menulis bukan sebab apa. Selepas tahun anak aku UPSR (2016), keluar pekeliling kalau tak silap aku mengatakan, "Tiada majlis meraikan pelajar cemerlang UPSR 2017".. Demi menjaga perasaan pelajar yang kurang cemerlang.. Lebih kurang begitulah lah bunyinya.. 

Sebenarnya, kenyataan ni akan melibatkan responbalas dari 2 pihak iaitu parent yang anaknya memang cemerlang dan semestinya responbalas sebelah pihak lagi dari parent yang anak mereka kurang cemerlang dalam bidang akademik. Aku nak ulas benda ni dari sudut kumpulan golongan masyarakat biasa bukan dari side ahli akademik dan sebagainya.

Sudah menjadi rutin dalam kehidupan, bila seseorang insan berjaya sesuatu, orang terdekat atau ahli keluarganya akan meraikan kejayaan tersebut. Diluar konteks pendidikan, misalnya anak kita tamat membaca 30 juzuk Al-Quran, ibubapa yang ambil berat akan hal ini akan meraikan anak mereka dengan bersedekah pulut kuning kepada guru yang mengajar bersama rakan². Jadi, disini juga akan ada istilah meraikan anak² yang berjaya menghabiskan atau khatam Al-Quran.

Dalam konteks pendidikan, sebenarnya pelajar cemerlang ini adalah sangat perlu diraikan oleh pihak sekolah kerana apa? Kerana setiap pelajar cemerlang ini ada liku² kesusahan mereka berusaha untuk mengecapi kejayaan dalam bidang akademik. Bukanlah suatu usaha yang ibarat melepaskan batuk ditangga, tp satu usaha keras yang akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Kenapa perlu dinafikan hak mereka untuk diraikan kecemerlangan mereka dengan memikirkan perasaan dikalangan pelajar yang kurang cemerlang? Jika anda pelajar cemerlang, semestinya akan terasa hati apabila pihak sekolah langsung tidak meraikan kejayaan anda setelah anda berusaha bagai nak gila bagi menempah kejayaan. Adakah perlu difikirkan perasaan pelajar lain? 

Sepatutnya, pihak sekolah atau KPM perlu bijak menilai apakah bentuk kaedah yang sesuai bagi meraikan yang berjaya & menghargai yang kurang cemerlang. Mungkin boleh wujudkan 2 majlis bagi menggembirakan semua pelajar disekolah tersebut. Ini lebih baik daripada menyisihkan kedua² kumpulan pelajar ini iaitu yang cemerlang dan kurang cemerlang. Ibubapa khususnya yang anak mereka kurang cemerlang, semestinya lah bersetuju untuk tidak diraikan.. tetapi cuba ketika keputusan diumumkan, anak mereka tiba² berjaya cemerlang, adakah mereka mahukan anak mereka berlalu begitu saja? Semestinya lah dalan hati ada sekelumit perasaan mahu anak mereka diraikan sedikit dengan kejayaan tersebut.

Sekali lagi apa yang perlu dilakukan ialah.. "MERAIKAN pelajar cemerlang & MENGHARGAI pelajar kurang cemerlang"

Kepada yang mengeluarkan idea ini di KPM ketika 2017 itu, cuba kita bayangkan.. Perlukah diwujudkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? Tak payah ambil jauh, kita fokuskan juga di dalam kawasan sekolah.. Semua guru mengajar.. semua guru membantu program² sekolah.. semua guru berusaha untuk kejayaan anak² murid.. TETAPI, kenapa dalam 100 orang guru, hanya 6-7 orang sahaja diberikan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG? Apa guru lain tak cemerlang? Terasa tak hati lagi 93 orang guru tu? Semestinya lah sedikit sebanyak akan terasa.. So, kenapa tak mansuhkan saja Anugerah Perkhidmatan Cemerlang supaya yang tidak cemerlang itu tak terasa atau berasa hati atau tersisih. Hal APC ni lagi dasyat daripada meraikan pelajar sekolah. Sebab meraikan pelajar cemerlang ni memang ada perbezaan usaha sb pelajar cemerlang mereka punya usaha berlipat ganda daripada pelajar yang kurang cemerlang. Memang layak lah mereka diraikan. Berbeza dengan APC, semua orang bekerja dengan bidang tugasan yang sama. Walaupun guru A lebih bagus dan menghasilkan kejayaan kepada murid, tp akhirnya guru W yang dianugerahkan APC.. betul ke mcm tu?

Benda simple mcm ni pun kadang² sebagai pagawai tinggi dalam kerajaan tak dapat nak fikirkan. Penyakit orang kita ni biasalah.. Bila kumpulan bawahan berikan idea atau pandangan yang memang betul, bernas tp tak mahu gunakan. Kenapa? Sebab orang atasan akan terasa tercabar kenapa dia x boleh berfikir mcm mana pegawai bawahan dia berfikir. Walaupun cdgn pegawai bawahan itu bagus, tetapi akan dibakulsampahkan sebab mengatasi pemikiran pegawai tertinggi tersebut. Kebenaran itu kadang² rasanya pahit namun kena juga telan..

Anyway, berbalik kepada meraikan pelajar cemerlang, aku sangat setuju. Tak dapat dinafikan. Sehingga harini, semua sekolah meraikan pelajar² cemerlang akademik dalam majlis² hari anugerah cemerlang. Mana boleh kita nak hadam kecemerlangan pelajar kita tidak diraikan. Jika sekolah bersetuju dengan saranan KPM suatu ketika dulu bahawa pelajar cemerlang tidak perlu diraikan, makan saban tahun TIADALAH HARI ANUGERAH CEMERLANG pelajar² sekolah.

Wallahualam..

#mystory

No comments: