Sunday 11 December 2022

UA & IPG. Betulkah Ada Diskriminasi Persepsi?

 10.12.2022 | Sabtu | 4.28pm

Cuaca yang sejuk mcm ni buatkan aku tiba² teringat untuk menulis.. Baru ni saja sembang² dengan rakan sejawat aku.. sembang² kosong.. Dia bertanyakan mcm mana Nabilla di IPG skrg? Dah 4 bulan di KL.. ๐Ÿ˜.. Aku respon, alhamdulillah.. Nabilla semakin boleh berdikari di Lembah Klang.. study peringkat persediaan PISMP pun susah jugak..


Penulisan aku ni bukan bertujuan untuk mengagongkan pelajar lepasan SPM yg pilih ke IPG, namun aku cuma nak bgtau, bila dah dapat IPG, terima masuk IPG, itulah pilihan yang TEPAT yg anda buat demi survival masa depan yang sangat mencabar. Juga penulisan aku ini jangan pulak disalahtafsir bahawa aku merendahkan pulak yang terima masuk UA / Politeknik / Matrikulasi dan sebagainya.. Cuma penulisan aku ni bertujuan utk meningkatkan martabat profesion perguruan disamping memberikan semangat kepada mereka yg DITAWARKAN MASUK ke IPG dan TERIMA BELAJAR di IPG disamping bukan berniat lain malahan belajar di UA juga sesuatu keputusan yang baik.

Sebelum baca lanjut, harapan aku agar pembaca faham tujuan utama aku menulis.. kesimpulan yg patut tahu, jika mendapat tawaran dari IPG dan UA atau tajaan MARA, personal opinion aku better ke IPG yang tentu² ada kerjaya selepas tamat pengajian. Tp kalau tak dapat IPG, teruskanlah belajar di mana² IPTA mengikut kelayakan.๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Bersambung perbualan aku dengan kawan aku tadi..

Aku bgtau kawan aku.. Harap² Nabilla semakin baik penerimaan utk belajar di IPG walaupun Nabilla dan kawan² nya ada yg sikit terasa bila masyarakat seolah² x gembira bila ke IPG. 

Sebagai contoh:

Soalan org: Anak sambung belajar di mana?Jawapan: Sambung di IPG..

Soalan lagi: Kenapa ke IPG? Tak masuk U?Jawapan: bla.. bla.. bla.. hahaha (padahal IPG atau U sama saja pengakhirannya Ijazah Sarjana Muda jugak) - aku anggap saja dia x paham pun sebenarnya atau x cuba memahaminya..

Yg syok lagi.. ada pulak tanya.. IPG tu apa? Hahahaha..

 Ok. Aku teringin nak kupas sedikit tentang sambung belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia) dan belajar di universiti awam tempatan (UA). Kupasan ni aku khususkan untuk pelajar cemerlang SPM yang menolak tawaran ke UA dan terima IPG sebagai destinasi sambung belajar.

Stigma memperendahkan pembelajaran di IPG ni dah lama berlaku. Aku tak menafikan belajar di UA memang sangat mencabar. Secara signifikan nya, kedengaran belajar di IPG ibarat kamu seorang yang kurang cemerlang dan hanya layak diterima di IPG untuk sambung belajar selepas SPM. Benarkah begitu? Kadang², sampai ada yang tak tahu IPG tu apa? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. Tak boleh lah aku nak salahkan sesiapa ttg hal ni. Mungkin masyarakat kurang terdedah laluan untuk menjadi seorang guru.. Anak aku sebagai contoh yang terdekat, alhamdulillah cemerlang dalam SPM2021, tetapi ada segelintir org sekeliling aku menganggap satu kekurangan / kesilapan sebab membiarkan anak aku terima tawaran ke IPG dan menolak tajaan MARA untuk program Farmasi di UKM. Berbaloikah? Dalam membuat keputusan, aku dan isteri aku tak membuat paksaan cuma membantu membuat PMI (plus minus interesting).

Aku ringkaskan sedikit ttg apa kelebihan IPG:

1.Permohonan kemasukan ke IPG Malaysia kebiasaannya cecah sehingga 40,000 - 50,000 permohonan. Selepas melalui tapisan UKCG, mungkin 50% akan diterim untuk ditemuduga oleh penemuduga profesional.

2.Daripada 25,000 yang layak melalui proses temuduga, hanya anggaran 3000-4000 sahaja yang akan mendapat tawaran belajar di IPG. Yang bermaksud, hanya +-10% daripada permohonan ke IPG yang akan diterima. Lagi 90% tak akan dapat laluan belajar untuk menjadi seorang guru.

3.Pelajar akan terima elaun bulanan sebanyak RM430 setiap bulan sehinggalah tamat belajar anggaran RM25,000 tanpa bayar balik. Tiada yuran pengajian dan bermaksud, selepas tamat 5 tahun pengajian di IPG, keluar tanpa bebanan hutang.

4.Jaminan kerja - Di Malaysia, 90% pelajar di UA belajar untuk tamatkan prog Ijazah adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian yang dipelajari. Walaupun, ada silibus kecik ttg dunia perniagaan kalau tak silap aku sebagai persediaan jika tidak mendapat tawaran kerja yang setimpal. So, tempoh 5 tahun, bolehlah sebut belajar di U jika ada yang bertanya, berbanding pelajar IPG yang kalau sebut IPG, haaa.. apa tu IPG? ๐Ÿ˜

5. Tamat 5 tahun belajar di IPG, insyaallah tak lama lepas tu, akan terus diberikan penempatan bekerja. Dengan gaji permulaan +-RM3,000 termasuk elaun, sangat baik lah memandangkan keadaan ekonomi dunia yang kurang baik dan tempias turut dirasai ekonomi tempatan di Malaysia. Bermaksud peluang pekerjaan sangat² terhad terutamanya 2023 nanti dimana akan berlaku kelembapan ekonomi dunia. Jadi, pelajar di IPG tidak perlu risau ttg kerjaya kerana kerajaan dah berbelanja besar untuk anda belajar di IPG, mana mungkin tiada pekerjaan untuk anda. InsyaAllah..

6. Belajar di IPG merupakan satu pembelajaran di pusat latihan dididik dan dilatih menjadi seorang guru. Berbeza dengan belajar di UA, anda belajar tp belum tahu apa bidang kerjaya anda pada masa akan datang. Contohnya belajar dalam bidang Farmasi.. byk cabang kerjaya.. Farmasi di hospital kerajaan.. hospital swasta.. kilang ubat.. outlet kesihatan seperti Alpro / Guardian / Watson dan sebagainya. Tak tahu lagi di mana lokasi kerjaya anda walaupun bidang yang diceburi itu farmasi. 

7. Jika ada rezeki dilantik sebagai guru kelak, antara kelebihan menjadi guru:

- waktu kerja yang lebih singkat

- urusan keluarga lebih fleksible budi bicara ketua jabatan

- 1 hari = 3 jam berada didalam kelas

- peluang memohon pertukaran sekolah sebab sekolah memang ada dimana² seluruh Malaysia sama ada di kampung atau dibandar.

- utk wanita, jika sudah berumahtangga, mudah untuk mengikuti kerjaya suami jika suami bukan bekerjaya sebagai seorang guru.

- laluan naik pangkat melalui permohonan Guru Cemerlang

- mohon sambung belajar ke peringkat master / PHD melalui HLP (hadiah latihan persekutuan) yang ditanggung oleh kerajaan dan bergaji penuh.

- serta banyak lagi kelebihan yang dapat dinikmati sebagai seorang guru.

8. Selepas 3-4 tahun bekerja, boleh sambung ke peringkat sarjana malahan jugak boleh ambik PHD. Peluang kerjaya jugak banyak.. anda boleh terus bertugas sebagai guru disekolah, mohon sebagai pengajar di Matrikulasi KPM, pensyarah di IPG atau di universiti² awam seluruh negara dan pelbagai lagi jika berminat untuk sambung belajar.

9. Zaman skrg ni susah dapat kerja. Alhamdulillah.. anda di IPG memang jaminan kerajaan untuk anda bekerja didalam sektor kerajaan yang mana akan diberikan penempatan disekolah² rendah. Ramai juga graduan UA sekarang ni sukar sangat nak dapatkan pekerjaan. Jadi, mcm baru² ni, belajar di UA ijazah bukan pendidikan tp akhirnya mohon juga guru "one-off" dan berkhidmat di sekolah² menengah dan rendah.

10. Terlupa.. lagi satu.. kpd yg mungkin tak tahu.. program di IPG ni adalah program pensiswazahan.. Namanya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).. Jadi, prog nya sama lah dengan ambilan pelajar Asasi di UA seterusnya yang sambung prog ijazah di UA seluruh Malaysia. Jadi, sepatutnya tiada lah diskriminasi antara belajar di IPG dan di UA.










Berdasarkan apa yang disenaraikan diatas, boleh dikatakan, anda² yg memilih laluan ke IPG dan mengetahui anda akan dilantik menjadi seorang GURU, TAHNIAH diucapkan. Anda membuat pilihan yang tepat.

Akhir kalam, sekiranya I (institut) boleh digantikan dengan U (Universiti).. Contohnya IPG digantikan dengan Universiti Perguruan Malaysia, baru nampak ada identiti yg lebih profesional nya.

Walaubagaimanapun, personally, selamat maju jaya kepada semua pelajar yang sambung pengajian ke peringkat ijazah , diploma dan sijil sama ada di IPG / UA / Politeknik / Kolej Profesional Mara dan lain²..

Jauhi persepsi.. Fahami realiti..

#mystory

1 comment:

Anonymous said...

Thanks atas pandangan cikgu.. Universiti Perguruan Malaysia nampak smart Nama tu