Friday 30 December 2022

GCR dan CRK Pada Pandangan Penulis

 Zaman skrg semakin mudah. Cuti Rehat Khas (CRK) boleh carry forward sendiri melalui HRMIS. Secara tak langsung, kita dapat tahu berapa jumlah GCR yg dah dikumpul untuk "diredeem" waktu bersara akan datang (kalau panjang umur ler..).

Bercerita ttg GCR Cikgu Awe contohnya.. senang.. aku nak tunjukkan calculation kasar ttg kegunaan CRK untuk GCR. Bagi kes Cikgu Awe:

GCR sehingga Disember 2022 = 100 hari

Tempoh perkhidmatan lagi (pencen Tahun 2036) = 14 tahun 

CRK yg digazetkan kerajaan = 14 tahun x 15 hari = 210 hari

So, maknanya jika Cikgu Awe tak ambik langsung CRK dalam tempoh 14 tahun akan dtg, GCR nya =310 hari

Oleh itu, kita andaikan Cikgu Awe setahun ambik 8 hari CRK dan setiap tahun dia berbakikan 7 hari CRK utk dimasukkan ke dalam GCR.

14 tahun x 7 hari GCR = 98 hari + 100 hari (GCR sehingga 2022), jumlah besar sebelum bersara = 198 hari.

Perlu kita ingat bahawa, kerajaan ketika ini hanya membenarkan "redeem" GCR selepas bersara maksimum 160 hari sahaja.

Sebelum bersara, Cgu Awe masih berbaki 38 hari untuk dihabiskan cutinya jika dia mahu sebab dia memang layak namun setiap permohonan cuti akan dipertimbangkan mengikut budi bicara pentadbir / Guru Besar.

Kesimpulannya.. kumpulan guru patut bersyukur sebab kerajaan menaikkan jumlah CRK sebanyak 15 hari setahun yang secara halus membantu kumpulan ini "redeem" maksima GCR sewaktu bersara. Oleh itu, sementara muda.. sementara kuat, sementara anak² bersama kita, jom la pi bercuti.. Tak perlu sayangkan sangat CRK tu (aku pesan kat aku la) sebab ambik lah cuti untuk berehat.. untuk bersama² keluarga.. Ciptalah kenangan bersama anak² ketika mereka kecik & remaja sebagai memori sebelum anak² bergerak ke haluan masing bila dah berkerjaya. Perlu diingat kawan², pergi bercuti tu juga satu kaedah terapi jiwa dan minda. Ada kaunselor berkata, pergi bercuti sekurang²nya 3 hari supaya dapat hilangkan stress bekerja. 

Lagi 1, bercuti ni x semestinya lah cuti sekolah, hari² biasa pun boleh pergi bercuti sb trend bercuti ketika cuti sekolah ni, semuanya jadi mahal contohnya hotel, sewa kenderaan dan lain². Dan bercuti bukan cuti sekolah ni keadaan lebih aman damai dan tak terlalu crowded dengan pelancong.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿคฉ

Oleh itu, kumpulan guru boleh lah buat calculation bilangan CRK untuk diambil dan keperluan utk genapkan 160 hari GCR maksimum supaya hidup kita lebih bermakna. Sesungguhnya bila berniat baik, permohonan CRK pasti anda akan diluluskan oleh boss masing².

Pesanan: Segala penulisan diatas adalah hasil carian sendiri oleh penulis. Kalau salah, maaf zahir batin dipinta. ๐Ÿ˜๐Ÿคญ

#cheguanuarmenulis@nilai

No comments: